Saturday, May 31, 2014

Calon "Window Show" DAP di PRK Parlimen Teluk Intan ternyata gagal..dan di tolak rakyat Teluk Intan.....

Begitu riang gembira tokoh-tokoh besar Barisan Nasional bila diumumkan calon BN  Datuk Mah Siew Keong menanga pada ( PRK) Parlimen Teluk Intan pada malam semalam.


Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
June 01,2014 at 2.02 pm

Apa sahaja yang kita mahukan di dunia ini? Hakikatnya!  Kita tidak akan boleh dapat semua apa yang kita mahukan atau apa-apa yang kita impi-impikan.

Kalau semua yang kita mahukan itu kita boleh dapat semuanya? Maka tidak ada seorang pun yang jadi penghjuni dunia ini,tak kira apa bangsa pun tentu tidak mahu jadi hamba Allah yang miskin?

Semuanya mahu jadi kaya raya.Hidup senang lenanag ketika menjalani kehidupan di dunia ini yang mana penuh dengan ujian cabaran.

Hakikatnya! Dan perlu anda fahami. Bahawa apa sahaja yang kita miliki hari ini? Ia bukanlah semata-mata dari hasil kerja keras yang telah kita lakukan untuk mendapatkan apa yang kita mahukan itu.

Hakikatnya! Tanpa izin dari Allah SWT maka segala kerja-kerja yang kjita lakukan itu,baik di bidang apa sekalai pun termasuk di bidang politik tanah air,kita pasti akan menemui kegagalan.Kerana Dialah Yang Mah Berkuasa ke atas sesuatu. Dialah yang menentukannNya.

Dengan kata lain dengan adanya izin dariNya serta belas ihsan dari Yang Maha Pencipta Alam ini iaitu,dari Allah Swt., maka barulah kita berjaya mendapatkan sesuatu yang kita mahukan itu akan menjadi nyata.

Begitulah apa telah terjadi terhadap Dyana Sofya dan parti DAP di (PRK) Parlimen Teluk Intan yang telah selesai pertandingannya pada hari semalam iaitu, pada tanggal 31/05/2014.

DAP dan calon Window Shownya di Parlimen "Teluk Intan" telah tumpas dan keputusan itu sangat memeranjatkan DAP. Perancangan DAP itu telah di VETO oleh Allah SWT., Manusia hanya mampu merancangan.Akan tetapi perangcangan Allah SWT., itu lebih hebat lagi.

Majoriti sebanyak 7000 undi yang telah dimiliki oleh calon DAP pada PRU ke-13 dulu itu dilihat telah hilang lenyap entah kemana? Menara Teluk Intan yang kelihatan condong sealam ini? Tiba-tiba tegak megah semula jika dilihat dengan kaca mata di segi politiknya.Dari segi moral politik ternyata DAP telah tewasa dan dimalukan di PRK Parl;imen Teluk Intan

Keputusan PRK Parlimen "Teluk Intan" itu sangat memalukan parti DAP khasnya dan sekaligus kepada parti-parti yang menjadi kerabat gabungan di dalam Pakatan Rakyat itu sendiri.

Datuk  Mah Siew  Keong dijulang tinggi oleh para penyokong Barisan Nasional (BN) sebaik sahaja beliau secara rasmi diumumkan telah menang PRK Parlimen Teluk Intan mengalahkan calon WINDOW SHOW DAP.
Tidak disangka-sangka buah cempedak dah jadi buah nangka.Disangkakan panas hingga ke petang,tetapi dengan ketentuan Allah SWT., maka hujan pula turun di tengah hari. Malang sungguh nasib DAP.Lain yang dihajati? Maka lain pula yang dimilikinya.

Keyakian DAP kononnya mereka akan pasti menang dengan calon Window Shownya itu?Rupa-rupannya telah menikam diri sendiri.Senjata makan tuan.Kerusi Parlimen Teluk Intan milik DAP pada PRU-13 berjaya dirampas semula dengan bergaya oleh Barisan Nasional (BN). Dyana Sofya  tumpas dan keputusan itu sangat memeranjatkan dan memalukan DAP.

Dengan izin Allah SWT.yang menang ialah Datuk  Mah Siew Keong dari parti Gerakan yang menjadi kerabat Barisan Nasional. Akibat kekalahan itu banyak penyokong-penyokong panatik DAP di Teluk Intan,pada malam itu menagis tersedu-sedu, amat sedih sebaik sahaja keputusan PRK Parlimen Teluk Intan telah diumumkan oleh Pengeusi SPR di Teluk Intan.

DAP setelah menang  PRK Parlimen Bukit Gelugur? Tokoh-tokoh besar DAP dilihat begitu angkuh dan DAP berhasrat untuk kekal mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan akibat kematian calon DAP di tempat tersebut.

Semua rakyat Malaysia tahu bahawa di kawasan Parlimen Bukit Gelugur itu merupakan kubu kuat DAP di mana majoriti penduduknya dan para penyokongnya ialah dari kaum Cina di mana sudah sekian lama DAP telah berjaya membakar semangat kecinaan mereka iaitu sejak parti DAP telah didaftarkan.secara sah di Malaysia.

Bermula pada PRU ke-12 DAP dan Pakatan Rakyat telah berjaya memesongkan hati nurani kaum Cina di Pulau Pinang dan di kawasan bandar,diserata kawasan di setiap negeri di dalam Malaysia. Dengan cogankata pengundi Cina harus undi parti Cina.

Yang dulu-dulunya iaitu sejak MERDEKA dan dah berpuloh-puloh tahun lamanya pengundi Cina telah menyokog parti Gerakan dan MCA yang menjadi kerabat Barisan Nasional.

Trend itu berubaha mulai PRU ke-12 ,pada tahun (2008) maka pengundi-pengundi Cina berjaya dipujuk, dirayu oleh DAP dan Pakatan Rakyat agar melakukan U turn sekligus melakukan corner baring menyokong DAP dan Pakatan Rakyat.

Menolak calon-calon MCA dan Gerakan yang menjadi  komponan Barisan Nasional yang ditomah seluas-luasnya oleh DAP kononnya MCA dan Gerakan tidak memperjuangkan kepentingan kaum Cina di Malaysia.Kononnya DAP sahaja yang perhatin terhadap nasib kaum Cina  di Malaysia.

Keputusan PRU ke-12 dan pada PRU ke-13 Malaysia,kita dapat menyaksikan tsunami politik pengundi-pengundi Cina telah melanda Malaysia.

DAP dan Pakatan Rakyat telah berjaya dapat memujuk pengundi-pengundi Cina di kawasan bandar-bandar dan separuh bandar bersatu padu menyokong DAP dan Pakatan Rakyat.

Dengan kata lain,pengundi-pengundi Cina baik di mana sahaja mereka berada di dalam Malaysia ini, terutama yang berada di kawasan-kawasan bandar dan separuh bandar diharuskan tanpa berbelah bahagi menyokong DAP dan Pakatan Rakyat membuat U turn menolak MCA,GERAKAN yang begabung dengan Umno pada PRU ke -13.

Tolak calon-calon Umno,MCA dan Gerakan dan penyokong PKR dan PAS pun diharuskan tolak calon-calon Umno di kawasan majoriti walau pun penduduk Melayu menguasai majoriti penduduk. Contohnya di kawasan Parlimen Gombak itu sendiri Umno-BN kalah 4 -0.

Sedangkan kawasan Parlimen Gombak itu mempunyai pengudi-pengundi Melayu sebanyak 74%. Lain-lain kaum hanya 26% sahaja. Hal ini terjadi disebabkan  undi Melayu berpecah 3 iaitu kepada Umno, PKR dan PAS.

UMNO-BN tewas disebakan penyokong Melayu dari PAS dan PKR dan dicampurkan dengan undi bulat-bulat dari kaum Cina yang menyokong DAP yang berada di dalam Pakatan Rakyat.

Maka calon Parl.imen Umno-BN tewas sebanyak lebih 4000 undi. Sedangkan suatu ketika dulu Tan Sri Zaleha Ismail pernah menang kerusi Parlimen Gombak dengan majoriti lebih dari 35,000 ribu undi. Ketika itu undi-undi dari kaum Cina menyokog MCA,gerakan secara pukal.

Lihatlah! Betapa cepatnya keadaan pemikiran politik rakyat telah berlaku.Tetapi orang-orang Melayu di dalam Umno,dilihat tetap tidak mahu berubah.Asyik bergaduh di antara sesama sendiri.

Itulah satu-satunya kebijakan orang-orang Melayu berpolitik macam Pak Kadok.Kesian dengan sikap mereka itu. Berpolitik tidak mempunya asas dan dasar politik kukuh dan langsung tidak punya semangat patriotik terhada bangsa ,agama dan negara.

Sedangkan bangsa asing cepat berubah dan tetap bersatu padu mengikut keadaan masa. Mereka begitu bijak membuat adjustment. demi untuk melakukan perubahan politik mereka.

Tetapi apa yang telah dibuat oleh orang Melayu di dalam Umno? Tetap beku dan tidak mahu berubah.Masing-masing asyik bergaduh sesama sendiri.Terutama musim pilihanraya.Masing-masing hendak bertanding pada sesuatu PilihanRaya Umum(PRU).Jika tidak dapat ?

Secara terangan-terangaan dia biokot.Tidak dengan cara itu? Maka cara bisik-bisik tikam sesama sendiri dari belakang.Adsa dianatara mereka ada yang membuat perjanjian dengan parti pembangkang.Kau sokong aku kat sini,maka akau akan sokongkau kat sana.Yang p[enting m,usuh politik aku itu berjaya dikalahkan.

Akibatnya?Maka Pakatan Rakyat berjaya tawan Pulau Pinang,Kedah,Perak dan Selangor pada PRU ke-12.

Pada PRU ke -13 pula DAP dan Pakatan Rakyat berjaya kekalkan kedudukan mereka di Pulau Pinang,Selangor dan Kelantan dan berjaya memenangi beberapa kerusi Parlimen di beberapa buah negeri yang dulu-dulunya tidak pernah dimenangi oleh mereka.

Justeru itu,di dalam Perlimen Malaysia Umno-BN kini tidak punya suara dua per tiga dari jumlah kerusi parlimen yang sebanyak 222 kerusi itu.Dengan keadaan itu?

Betapa susahnya nati jika kerajaan mahu mengubah perlembagaan Malayisa jika terjadi sesuatu hal yang penting terhadap negara yang memerlukan perlembagaan itu sendiri perlu dipinda?

DAP sahaja telah berjaya memenagi kerusi Parlimen pada PRU ke-13 sebanyak 38 kerusi. Sementara PKR dan PAS kerusi kemenangan mereka merosot berbanding pencap[ain mereka pada PRU ke-12.

KEPUTUSAN PRK (DUN) KAJANG DIJADIKAN DAP KAYU PENGUKUR
Presiden  Parti Keadilan Rakyat yang menang kerusi
DUN di Kajang pada PRK baru-baru ini atas tiket Parti Keadilan Rakyat
Semua orang tahu bahawa pada PRK DUN Kajang Datin Seri Dr.Wan Azizah,calon Melayu dari parti PKR telah menang di kawasan yang majoritinya merupakan kaum Cina. Pun begitu Datin Seri Dr.Wan Azizah telah menang.

Untuk membuktikan bahawa DAP itu kononnya tidak perkauman? Maka pada PRK Parlimen Teluk Intan itu. DAP yang hipokrit itu cuba mengenalkan formula politiknya yang hypokrit juga dengan cara melantik seorang wanita Melayu yang bernama Dyana Sofya bertanding di kawasan Parlimen Teluk Intan yang majoriti penduduk-penduduknya adalah kaum Cina.

Justeru itu, DAP berpersepsi di dalam hati kecilnya semacam berkata: "Kalau Dr.Wan Azizah Wan Ismail boleh menang di DUN Kajang?

"Maka pasti pengundi-pengundi majoriti Cina di Teluk Intan akan menerima Dyana Sofya seorang peguam muda yang cantik manis dan bijak pula berpidato dan baru saja berusia 27 tahun.Justeru itu sudah tentu DAP akan menang dengan majoriti lebih besar,.mungkin melebihi tujuh ribu,"bisik hati kecil tokoh-tokoh besar DAP.

Tokoh-tokoh besar DAP yang mengambil keputusaan meletakkan calonnya Dyana  Sofya  sebagai calon window shownya di Parlimen Teluk Intan itu? Sesungguhnya telah melakuan kesilapan yang sangat besar ketika membuat penilaian diantara Datin Dr.Wan Azizah dengan budak mentah politik Dyana Sofya

Sekaligus sesungguhnya tokoh-tokoh besar DAP itu dilihat tidak begitu arif dengan pepatah dan petitih Melayu yang berbunyi : Lain padang,maka lain pula belalangnya,"

Seterusnya mereka itu lupa hakikat yang sebenar. Siapa itu Datin Dr.Wan Azizah dan siapa pula Dyana Sofya ?

Bezanya amat ketara.Semacam langit dengan bumi. Datin Dr.Wan Azizah adalah Presiden Parti Keadilan Rakyat yang punya seramai 31 oarang Ahli Parlimen (MP) di dalam Parlimen Malaysia dan sekaligus beliau isteri kepada Ketua Pembangkang yang tersohor,iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tokoh politik licik inilah yang berkemampu mengajar dan memberi formula baru kepada tokoh-tokoh DAP bagaimana caranya dan resepinya hendak memujuk pengundi-pengundi Cina di mana dalam jangka masa selama 50 tahun telah menyokong UMNO-,MCA dan GERAKAN.

Hasilnya? Ternyata pada PRU ke-12 iaitu pada tahun 2008 boleh dikatakan sebilangan besar pengundi-pengundi Cina bertukar kiblat menyokong DAP dan Pakatan Rakyat.Tsunami politik pengundi Cina dah melanda Malaysia.Berubah secara drastik sekali secara senyap-senyap.

Dari segi moral politik?Ternyata Anwar Ibrahim lebih bijaksana dari Tun Dr.Mahathir berpolitik. Kesilapan besar Tun Mahathir ialah bawa Anwar masuk Umno dan ujung-ujungnya tendang pula Anwar dengan cara yang amat memalukan dan mengaibkan.

Mahathir boleh  tendang Anwar Ibrahim.Seelok-eloknya Mahatir harus bertindak semacam "menarik rambut di dalam tepung".Rambut berjaya ditarik sedangkan tepung itu sedikit pun tidak berserak.Tetap berada di kedudukan yang asalnya.

Tindakan Mahatir tendang Anwar Ibrahim dari UMNO sangat kasar dan tidak bertamadun.Mengaibkan Anwar Ibrahim dan seluruh keluarganya.

Hinggakan tilam dijulang berulang alik masuk mahkamah dan keluar mahkamah.Apa ini semua? Zaman jahiliyah pun tindakan serupa ini tidak pernah terjadi?

Wajar,tidak salah,jika Anwar Ibrahim membalas dendam hinggakan Umno-BN tidak punya lagi suara ( dua per tiga) di dalam Parlimen Malaysia. Hilang Pulau Pinang,Selangor ,Kedah,Perak,Kelanatan pada PRU ke-12 dan Ahli-Ahli Parlimen parti pembangkang betambah di dalam Parlimen Malaysia pada PRU ke-12 dan PRU ke-13.

Tun Mahathir hingga kini masih hidup dan masih segar bugar.Kenapa beliau tidak tolong cari satu formula baru untuk pulihkan semula sokongan pengundi-pengundi Cina agar menyokog semula Umno-BN secara besar-besaran? Ternyata Tun Mahthir pun tidak mampu.berbuat apa-apa.Nasi dah jadi bubur.

Land skape politik Malaysia telah berubah secara drastik sekali.  Tidak mungkin akan dapat diujudkan semula ke landskape politik Malaysia semacam sebalum tahun 2008.Jika sedikit sahaja kesilapan tindakan yang akan dilakukan  oleh para pemimpin Umno yang masih memegang tampok kuasa politik pada hari ini?

Ia kan memberikan padah kepada kedaulatan dan surviaval bangsa Melayu itu endiri di Malayisa di masa hadapan.Justeru diharapkan kepada para pemimpin Umno yang sedanag memegang tampuk Kuasa Politik hari ini di Malaysia agar jangan sekali-kali alpa sebaliknya hendaklah sentiasa siap siaga setiap saat dan ketika.

Tun Dr.Mahthir kita lihat? Beliau ternyata tak henti-henti bekerja kuat hendak pulihkan kekuatan kedudukan anaknya Mukhriz di dalam Umno.Tidak beliau sedar bahawa tindakan beliau itu akan memecaha-mecahkan perpaduan di dalam Umno itu sendiri?

Beliau semacam tidak sedar bahawa landskape politik Malaysia mulai PRU ke-12 pada tahun 2008  telah jauh berubah dan tsunami politik pengundi Cina dah bersatu pada menyokong parti-parti pembangkang dengan serius.

Kekuatan kuasa politik Melayu tidak begitu kukuh pada masa kini berbanding di zaman Anwar Ibrahim masih berada di dalam Umno.Tun Mahathir dilihat langsung tidak simpati dengan masalah yang sedang ditanggung oleh Datuk Seri Najib Tun Razak Tun Razak yang dilihat sedang berhempas pulas hedak memulihkan semula keadaan politik Malaysia

Politik Malaysia kini dah jadi caca-merba.Melayu berpecah tiga.Sedangkan bangsa asing dilihat tetap bersatupadu.Malah Mahathir pula mutakhir ini dilihat sering menyerang dasar-dasar yang sedang dna telah dilakukan oleh Datuk Seri Najib.Apa yang dikritik oleh Mahatghir itu kemudiannya jadi bahan modal kririk bagi para pembangkang pula.

FAKTOR CALON

Dari riak-riak sikap pengundi-pengundi Cina  di kawasan Prlimen Telauk Intan yang jadi penyokong kuat DAP pun belum tentu mahu menerima Dyana Sofya seorang Melayu bagi menggantikan  kerusi yang pernah dimenangi oleh tokoh politik Cina dari DAP? Dulu letak Cina? Kini kenapa letak Melayu? Ini macam tak boleh jadi dah.....

Itulah faktor utama yangt membuatkan DAP tewas di PRK Parlimen Teluk Intan.Aspirasi dan percaturaan politik dan formula baru yang hendak ditonjolkan oleh pucuk pimpinan DAP pusat di Parlimen Teluk Intan tidak dapat dimengerti oleh penyokomg Cina panatik DAP di Teluk Intan.

Dyana Sofya
Calon window  show DAP untuk membeli hati nurani orang-orang Melayu di Teluk Intan? Dengan alasan kononnya, kononnya DAP bukan parti perkauman.

Maka tokoh Melayu pun diletakan sebagai calon DAP di kawasan yang penuh sesak dengan kaum Cina.

Percaturan dengan menggunakan formula baru sebagai testing point (DAP) itu bukan sahaja tidak berjaya menarik hati nurani orang-orang Melayu di Teluk Intan?

Malah penyokong DAP itu sendiri semacam telah buat U turn pada Datuk Mah Siew Keong.Ertinya para penyokong dari kaum Cina Di Teluk Intan dilihat semacam melakukan protest serius dan semacam tidak bersetuju DAP letak calon Melayu di kawasan majoriti Cina dikawasan Parlimen di Teluk Intan.

Menyokong anak temapatan Teluk Intan dan sekaligus pula beliau adalah Presiden parti Gerakan Malaysia yang berwibawa.Tidak mustahil, di hati nurani pengundi Cina itu sendiri sering berbisik-bisik:

"Adalah lebih baik sokong Datuk Mah Siew Keong,tokoh politik tempatan yang berwibawa.Senang dihubungi.Rakyat.

"Rakyat Teluk Intan itu sendiri majoritinya memang dah tahu hati budi Datuk Mah Siew Keong berbanding dengan orang luar dari Teluk Intan seperti Dyana Sofya, hanya muncul di Teluk Intan secara tiba-tiba aje ketika kempen PRK Teluk Intan akibat kematian wakil DAP yang  menang pada PRU ke-13 dulu.

Sedangkan Datuk Mah Siew Keong dah jadi Ahli Parlimen (MP) di Teluk Intan salama dua penggal dulu-dulunya.Banyak jasa telah beliau lakukan di Teluk Intan.Tidak mudah dilupakan begitu sahaja.

Justeru itu, maka menanglah Datuk Mah Siew Keong walaupun dengan majoriti 238 undi aje. Yang sangat penting dikira adalah menang.

Tidak kisah sama ada menang dengan majoriti kecil atau sebaliknya. Yang pentingnya ialah Datuk Mah Siew Keong dah menang hatta walaupun dengan satu undi sahaja.

Kejayaan Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan menerusi Presiden  Parti Gerakan,Datuk Mah Siew Keong menumpaskan DAP merupakan signal yang unik bagi parti komponan BN itu bangkit semula sesudah mengalami kekalahan teruk pada PRU ke-12 dan PRU ke-13 dulu.

Mungkin tidak berapa lama lagi beliau akan dilantik jadi Menteri Kabinet Datuk Seri Najib.Maka akan bertambah mudah bagi beliau memberi bantuan dan menyalorkan pertolongan kepada para pengundi di Teluk Intan itu sendiri.

Melaksanakan segala (Janji-janji untuk ditepati) seperti mana yang telah beliau janji-janjikan dalam ucapan-ucapan beliau semasa kempen PRK di Parlimen Teluk Intan itu berjalan. (Posted by abnmulya /Bakar Ninggal, blogspot, com at 1402 hrs on June 01,2014.

Zambry bangga dengan pencapaian Mah Siew Keong

TELUK INTAN 31 Mei - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyifatkan strategi serta taktikal jentera yang digunakan Barisan Nasional (BN) sebagai faktor utama mendorong kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan kali ini.

Menteri Besar Perak,
Datuk Dr.Zambry Abd. Kadir
Beliau berkata, pendekatan yang direncanakan supaya calon BN, Datuk Mah Siew Keong bersikap rendah diri dan tidak bertindak membidas lawan seperti diamalkan pihak pembangkang membuahkan hasil.

Katanya, pergerakan jentera yang seiring dan mengelakkan perselisihan juga berjaya membantu memantapkan strategi parti.

"Saya kata pada Siew Keong supaya tidak terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang selalu menghentam lawan di pentas ceramah, sebaliknya amalkan sikap rendah diri. Itu sebenarnya yang rakyat tengok.

"Ini merupakan pendekatan berbeza yang kami amalkan. Akhirnya membuahkan kejayaan kepada parti, ini kemenangan yang cukup bermakna," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry memberitahu kekalahan DAP pada PRK kali ini merupakan tamparan serta pengajaran kepada parti itu supaya tidak bersikap angkuh.

Katanya, DAP terlalu angkuh sehingga yakin memenanginya tanpa menghiraukan calon BN.

"Sejak awal lagi mereka telah mempertontonkan kehebatan dengan membawa penceramah yang hebat-hebat, seolah-olah kami tidak boleh buat apa-apa. Bala tentera mereka hebat menghentam calon kami.

"Walau bagaimanapun hasilnya berbeza apabila pendekatan dan strategi yang kami amalkan lebih memberi kesan. Meskipun majoriti hanya 238 undi sahaja tetapi mengambil kira kekalahan 7,600 undi pada pilihan raya umum lalu, ini pencapaian yang menakjubkan," jelas beliau. - Utusan onliner-Dalam Negeri.(Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at 0.28 am on June 01,2014.

Perdana Menteri bersyukur BN menang PRK Teluk Intan


KUALA LUMPUR 31 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan malam ini. - Utusan online-Dalam Negeri.(Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at 23 47 hrs on Mei 31,2014.

BN menang PRK di Teluk Intan

TELUK INTAN 31 Mei - Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 238 undi.

Calon BN, Datuk Mah Siew Keong meraih 20,157 undi manakala calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud meraih 19,919 undi. - UTUSAN ONLINE-DALAM NEGERI (Posted by abnmulya /Bakar Ninggal. blogspot.com .at 23 45 hrs on Mei,31,2014.

Thursday, May 29, 2014

Gabungan Ngo-Ngo Gombak : Akan adakan mesyuarat agong ke:4 pada hari Ahad,tanggal 06/07/2014.

Sebahagian Ahli-Ahli Jawatan Kuasa yang telah hadir di majlis mesyuarat khas di dalam mesyuarat yang telah di adakan di Ibu Pejabat Gabungan Ngo-Ngo Gombak ,di Taman Selayang, baru-baru ini.




Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
Mei 30,2014 at 3.17 am.

Tidak sesiapa pun boleh menafikan bahawa di antara begitu banyak badan ngo-ngo yang tumbuh bak cendawan ketika hendak menempuh cabaran PRU ke:13 yang telah bertlangsung pad 5 hb.Mei 2013 dulu itu?

Bolehlah dikatakan bahawa Gabungan Ngo-Ngo Gombak pimpinan Datuk Dr.Rahman Ismail,mantan Ahli Parlimen Umno Gombak dilihat paling aktif sekali melakukan aktiviti-aktivitnya mendekati akar umbi rakyat Gombak berbanding dengan banyaknya tumbuh badan-badan ngo lain di Selangor.

Datuk Dr.Rahman Ismail selaku Presiden Gabungan
sedang mempengerusikan mesyuarat khas itu.
Sejak mula ditubuhkan pada penghujug tahun 2010 secara terus menerus Gabungan Ngo-Ngo Gombak tidak jemu-jemu telah mengadakan berbagai-bagai bentuk aktiviti mendekti rakyat akar umbi yang difokuskan khas di kawasan Parlimen Gombak itu sendiri.

Boleh dikatakan sekurang-kurangnya 2 kali pada setiap minggu Gabungan Ngo-Ngo Gombak di bawah pimpinan Datuk Dr.Rahman Ismail telah mengadakan berbagai-bagai program kemasyarakat dan umumnya aktiviti-aktiviti tersebut  telah mendapat sambutan yang hebat dari rakyat di kawasan-kawasan 3 DUN yang berada di kawasan Perlimen Gombak itu sendiri.

Tahun-tahun yang paling rancakbekerja yang telah dilakukan oleh Gabungan Ngo-Ngo Gombak ialah pada tahun 2011,2012 dan 2013. Lebih kurang lebih dari 250 kali jumlah aktiviti-aktiviti telah dilakukan oleh Gabungan Ngo-Ngo Gombak hingga tiba saat dan ketika Pilihanraya Umum ke-13 yang berlangsung pada 05 hb.mei 2013.

Akibat dari begitu cergas aktiviti-aktiviti mendekatyi rakyat di dalam kawasan Parlimen Gombak yang telah dipamirkan oleh Datuk dr.Rahman Ismail menerusi badan Gabungan Ngo-Ngo Gombak,sekaligus Gabungan Ngo-ngo Gombak di bawah pimpinannya begitu cepat jadi popular khasnya kepada rakyat di kawasan Parlimen Gombak.
Tauan Hj.Rashid,Ketua Penerangan  Gabungan Ngo-Ngo
  Gomabk sedang meneliti agenda mesyuarat khas itu.

Berdasarkan dengan beberapa MERIT yang tertentu yang ada pada seseorang tokoh politik itu? Maka pucuk pimpinan tertinggi Umno pusat telah mengambil keputusan betul,adil dan tidak ada cacat celanya.

Di kawasan Parlimen Gombak itu sendiri pada PRU ke-13 yang lalu, Datuk Dr.Rahman Ismail,Presiden Gabungfan Ngo-Ngo Gombak dan selaku mantan (MP)Member of Parliman Umno Gombak pada PRU 2004-2008 telah dipilih sekali lagi oleh pucuk pimpinan tertinggi Umno bertanding selaku calon Parlimen Gombak.

Sedangkan beliau ketika itu hanya menjadi Ketua Cawangan Umno di Taman Selayang sahaja dan tidak ada apa-apa jawatan di dalam pucuk pimpina di dalam Umno Bahgian Gombak.

Bohong sekali,jika ada orang-orang yang mengatakan bahawa pemilihan Pucuk Pimpinan Tertinggi Umno Pusat itu? Ianya tidak menimbulkan  sebarang perasaan negatif di kalangan para pemimpin Umno di Bahagian Gombak.Gerak ikan di air tahu kita yang mana satu jantan dan yang mana satu betina?

Justeru itu, hendak tentang keputusan pucuk pimpinan perengkat pusat semacam takut-takut. Untuk melepaskan hati yang terbuku itu?Maka wujudlah perang urat saraf di antara tokoh-tokoh Umno di Gombak itu sendiri terutama pada golongan yang tidak puas hati itu dengan keputusan pucuk pimpinan Umno pusat itu.

Maka terjadilah perbuatan tikam menikan dari belakang dengan serius,secara berbisik-bisik, di antara tokoh-tokoh Umno itu sendiri dan akhir-akhirnya pada pertanding PRU ke-13 itu berkesudahan Umno Gombak kalah semua kerusi di Parlimen Gombak di tangan parti pembangkang sekali lagi.

3 calon Umno-BN yang bertanding di 3 DUN dan sekaligus Datuk Dr.Rahman Ismail pun kecundandang juga di tangan pembangkang dengan kiraan 4-0.Ertinya, sekali lagi  4 kerusi di Parlimen Gombak Umno-BN tewas buat kali kedua iaitu pada PRU ke-12 dan juga pada PRU ke-`13. Sungguh memalukan.

Maka ke empat-empat dari mereka berputih mata.Menggigit jari sendiri.Sedangkan Parlimen Gombak adalah merupakan majoriti penduduk Melayu yang mengandung peratusan pengundinya ialah 74%.Kenapa jadi begitu? Ertinya kini di Gombak Melayu dah benci Umno-BN. Orang-oarang Melayu hanya pandai bergaduh sesama sendiri.

Kekalahan 4-0 pada  PRU ke-12 itu? Rupa-rupanya ia berulang lagi pada PRU-13 pula.Malang sungguh nasib Mt Jenin.Apa yang diangankan lagi? Ianya hanya tinggal dengan angan-angan sahaja.

Kepunanlah mereka hendak merasa mendapat gelaran Yang Berhormat (YB) bagi calon yang baru pertama kali bertanding.Ada juga calon dah bertanding dah 2 kali dah.Pun merasa kepunan juga pada PRU-13. Agaknya memang tak ada nasib  di Gombak.  Kalau jumpa bomoh? Tentu bomoh itu suruh mandi bunga untuk buag sial.
Ahli Jawatan Kuasa wanita juga tidak ketinggalan secara cergas
 turut sama membincangkan agenda-agenda mesyuarat yang 
telah dibentangkan pada petang itu.

Kekalahan itu bolehlah dikatakan disebabkan oleh kesilapan sendiri-sendiri dan sering bermusuh-musuhan di antara mereka sendiri walaupun mereka itu merupakan orang-orang Umno juga tetapi tidak dapat mengubah sikap buruk mereka serta tidak mampu menghapuskan perasaan (Hasad Dengki) yang melampau terhadap orang-orang Umno yang jadi rakan seperjuangan mereka sendiri.

Seharusnya orang-orang Umno-BN di dalam perjuangannya untuk kuatkan parti Umno.Mereka harus memfokuskan perasaan hasad dengki itu pada tokoh-tokoh parti yang menjadi musuh politiknya iaitu pada parti yang mereka lawan sepertti parti PKR,PAS dan DAP.

Sekaligus boleh dikatakan mereka ini langsung tidak mahu berubah walaupun kekuatan Umno itu sendiri telah berubah dan tidak begitu mantap semacam 50 tahun yang lalu dan keadaan cara para pengundi membuang undi mutakhir ini di dalam satu-satu (PRU) Pilihan Raya Umum dari masa ke masa pun telah berubah dengan cepat dan drastik sekali bak gaya tiupan angin puting beliong memusnahkan mangsanya.

Inilah kelemahan yang paling ketara dan paling unik yang menjadi amalan oleh setengah-tengah tokoh-tokoh politik Umno bukan sahaja di Gombak sahaja, malahan boleh dikatakan seantero Malaysia beginilah terjadi.

Mereka sentiasa mendabik dada kononnya begitu sayang dan begitu kasih pada parti Umno.Kononnya sanggup berkorban nyawa untuk Umno.

Tetapi kenyataannya?Sayanag  mereka hanya dimulut sahaja dan dihatinya penuh dengan ketul-ketul hati yang hitam legam semacam tidak boleh dipulihkan lagi. Ketika ada ganjaran peluang keuntungan diberikan kepada mereka?

Mereka akan berkata kononnya mereka begitu sayangkan kepada Umno.Bila  tak dapat lagi peluang? Maka lantas mereka maki hamun dengan berbagai-bagai kata-kata nesta terhadap Umno.

Mereka dah lupa.dan muda lupa..dari seorang guru sahaja,kemudiannya dah pernah jadi Menteri Besar,dah Pernah jadi Menteri Pusat dan dah pun jadi kaya raya dan dah punya wang ringgit ratusan juta ketika berada di dalam Umno?

Seluruh keturunannya makan wang tersebut? Ianya tidak akan habis.Kerana wanag yang depa miliki itu terlalau banyak.

Jika hajat terakhir mereka tidak ditepati?Mereka tidak tengok kiri,tak tengok kanan, tidak tengok atas dan bawah lagi?

Lantas tinggalkan Umno dan masuk parti pembangkang pula ? Manusia yang sungguh tidak mengenang jasa kepada Umno.Apa lagi yang mereka mahu? Tidak mereka sedar.tanpa Umno dulu-dulnya siapa depa tu... budi dari Umno? Oranmg serupa ini? 10 sen pun tak laku.Berjuang dalam politik kerana kepentingan sendiri.

UNDI BESAR DAN MENANG SEMUA SALAUR PENGUNDI MELAYU

Datuk Dr.Rahman Ismail walaupun beliau telah kalah pada PRU ke:13 tetapi beliau telah berjaya mendapat undi yang besar dan sekaigus telah berjaya mengurangkan majoriti pihak lawan dengan banyaknya.

Calon Parlimen Umno Gombak pada PRFU ke-12 dulu telah kalah ditangan pembangkang dengan majoriti lebih 7000 ribu undi dan kalah di setengah-tengah saluran pengundi Melayu.

Sedangkan Datuk Dr.Rahman Ismail pula? Di samping dapat mengurangkan majoriti pembangkang pada PRU ke-13 itu,malahan beliau menang di semua saluran pengundi-pengundi Melayu terutamanya dikawasan pengundi penduduk-penduduk tradisinal Melayu di seluruh kawasan Perlimen Gombak.

Ini bererti satu signal yang amat jelas bahawa pengundi-pengundi Melayu telah kembali memberi kepercayaan semula pada Umno di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding denagan pencapaian parti-parti pembangkang pada PRU ke-12 pada tahun 2008.

Beliau dapat 50,090 undi. Sementara pembangkang dapat 55,000 undi. Pembangkang menang hanya 4000 undi lebih sedikit.Jumlah undi yang besar yang telah didapati oleh Datuk Dr.Rahman Ismail itu adalah dari pengundi-pengundi Melayu yang sudah tidak yakin lagi pada parti-parti pembangkang (PR) terutama dari pengundi-pengundi Melayau yang telah sedar bahawa pembangkang hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah ditepati.

Sesungguhnya pencapaian gemilang yang diperolehi oleh Datuk Dr.Rahman Ismail itu? Adalah disebabakan selama 3 tahun lebih beliau dengan Gabungan Ngo-Ngo Gombak tidak jemu-jemu bekerja menemui rakyat akar umbi di kawasan di seluruh 3 DUN di Parlimen Gombak secara aktif.

Berkenalan dan bermesra dan mnemeberi penerangan kenapa Umno harus disokong san disamping itu secara tulus ikhlas telah memberi bantuan setakat yang mampu kepada rakyat yang menjadi akar umbi.

Tak kenal maka tidak cinta.Jika selalu dah bertemu muka maka akan terjalinlah rasa kasih dan cinta.falasafah inilah yang sentiasa menjadi pegangan Datuk Dr.Rahman Ismail selaku tokoh p[olitik Umno di Gombak dan prinsip perjuangan ini memang sentiasa diamalkannya sebaik sahaja beliau berjuang di arena politik di dalam Umno.

Ribut Djsunami politik kaum Cina melanda Parlimen Gombak

Kemenangan pembangkang di Parlimen dan di 3 DUN di Gombak? Adalah disebabakan sokongan pengundi-pengundi Cina. Di Gombak pengundi-pengundi Melayu dah merosot mengundi PAS dan PKR.Tanpa sokongan dari penugundi Cina di kawasn Parlimen Gombak?

Maka PAS dan PKR sudah pasti akan kalah teruk di Parlimen Gombak.Bayangkanlah dari jumlah sebanyak hampir 29,000 pengundi Cina di di kawasan Parlimen Gombak?

Datuk Dr.Rahman Ismail hanya dapat 1,100 undi sahaja. Tsunami pengundi Cina benar-benar dah melanda kawasan Parlimen Gombak.Pengundi-pengundi Cina bukan sahaja telah buat U turn,baghkan mereka dah buat korner baring.

MESYARAT AGUNG GABUNGAN YANG KE-4

Pada mesyuarat khas itu telah memutuskan tarikh mesyuarat Agong Gabungan Ngo-Ngo Gombak ialah pada hari Ahad,tanggal 06/07/2014. Bertempat di rumah Datuk Dr.Rahman Ismail,di Country Home.Bermula pada jam 4.00 petang. 

Disebabakan ianya jatuh di bulan Ramadhan (bulan Puasa),maka majlis berbuka puasa akan berlangsung di rumah Datuk Dr.Rahman Ismail.  Bersolat Maghrib dan bersolat sunat Tarawih di rumah beliau juga.Seorang Iman Khas akan dijemput memimpin solat tarawih itu nanti.

Di dalam mesyuarat Agong itu nanti beberapa aktiviti besar untuk menemui dan mendekati rakyat akar umbi akan diorbitkan untuk mendapat persetujuan para hadirin yang akan hadir di majlis terserbut.

Kerja-kerja untruk mendaftarkan para pengundi baru di kalangan ahli-ahli Gabungan Ngo-Ngo Gombak itu yang berjumlah 115,000 orang itu akan dijadika fokus utama.

Dijangka  banyak program-program besar akan dilakukan oleh Gabungan Ngo-Ngo Gombak, pimpinan Datuk Dr.Rahman Ismail, dalam usaha dan di dalam perjalanaan(on the road) untuk menempuh PRU ke-14 yang mungkin akan berlangsung pada tahau 2018.

Menurut Datuk Dr.Rahman Ismail,bahawa perjuanagan untuk menempuh PRU ke-14 itu, Gabungan Ngo-Ngo Gombak, bukan sahaja berazam untuk menang 4-0 di Parlimen Gombak,bahkan berazam kuat untuk merampas semula Selangor dari parti pembangkang,

Inysa Allah!Dimana ada kemahuan,maka di situ akan ada jalan untuk kemenangan.Kalau tidak dipecahkan ruyong dimanakah akan medapat sagunya. Posted by abnmulya /Bakar Ninggal. blogspot,com.at 3.17 am on Mei 30,2014.

Sultan Johor arah tubuh pasukan rayuan PULAU Batu Putih.

JOHOR BAHRU 29 Mei - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menitahkan kerajaan negeri menubuhkan pasukan khas untuk memfailkan rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Kehakiman Antarabangsa (ICJ) berkaitan Pulau Batu Putih.

Menurut baginda, walaupun hal ehwal luar negara terletak di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan, adalah tidak wajar jika kerajaan Johor tidak dimaklumkan atau tidak dibawa berunding dalam perkara yang melibatkan kepentingan Johor dan Singapura.

"Bukankah orang Johor lebih memahami tentang jirannya berbanding orang di Putrajaya? Bagaimana pihak Persekutuan lebih tahu tentang keperluan atau kehendak negeri dan rakyat Johor?" titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE-dalam negeri( Postd by abnmulya. blogspot.com.at 12.39 M ON mEI 30,2014.

Sunday, May 25, 2014

Coklat Cadbury dikesan DNA babi


Seorang petugas sebuah pasar raya menarik semula penjualan coklat Cadbury yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan mengandungi DNA babi di Kuala Lumpur, semalam. - Bernama

KUALA LUMPUR 24 Mei - Kementerian Kesihatan mengesahkan dua sampel coklat Cadbury iaitu coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (gambar) berkata, keputusan tersebut diperoleh hasil daripada tiga sampel coklat susu Cadbury yang telah diambil untuk analisis bagi tujuan pemantauan.

"Keputusan analisis mendapati dua sampel dikesan mengandungi DNA babi iaitu coklat susu dengan kacang hazel, nombor kelompok 200813M01H I2 yang tarikh luput pada 13 November 2014 dan coklat susu dengan buah badam, nombor kelompok 221013N01R I1 yang tarikh luput pada 15 Januari 2015.

"Satu lagi sampel coklat susu Cadbury (Cadbury Dairy Milk Chocolate) tidak dikesan DNA babi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, pihak pengeluar produk berkaitan, Cadbury Confectionary Malaysia Sdn. Bhd. memberi jaminan akan menarik balik produk terbabit daripada pasaran dengan serta-merta.

"Kementerian menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok pada label produk sebelum membeli atau memakannya.

"Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada kami menerusi laman web Bahagian Ke­selamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di http://fsg.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq," ujarnya.

Sementara itu, Cadbury Malaysia dalam laman Facebooknya menyatakan, pihaknya akan mengambil tindakan segera dengan menarik balik dua produk berkenaan.

"Bagaimanapun, kami kini sedang memantau pembekalan produk tersebut secara menyeluruh bagi memastikan standard kualiti mencapai tahap ditetapkan.

"Kami memberi jaminan kepada pengguna bahawa semua coklat Cadbury yang dikeluarkan di Malaysia disahkan halal oleh Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), termasuk lokasi dan bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran produk.

"Cadbury Malaysia menggunakan prosedur yang ketat dalam memastikan semua produk kami mempunyai standard keselamatan dan kualiti yang tinggi," katanya ( Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya.blogspot.at 2.10 am on Mei 26,2014.



Friday, May 23, 2014

RAYER DISIFATKAN SEBAGAI BIADAB -Muhyiddin


Muhyiddin Yassin disambut oleh penduduk Orang Asli pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Orang Asli Pos Erong, Changkat Jong, Teluk Intan, Perak, semalam. Turut sama, Zambry Abd. Kadir (kanan).

TELUK INTAN 23 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, Pulau Pinang, RSN Rayer sebagai bersikap kurang ajar apabila menggelar pemimpin UMNO sebagai ‘celaka’.

Menurut beliau, cercaan tersebut tidak bersopan dan beradab serta memalukan parti yang diwakili oleh Ketua Penyokong Kerajaan Pulau Pinang itu.

Beliau yang dukacita dengan cercaan Rayer berkata, apa yang berlaku itu menunjukkan satu lagi sikap buruk pemimpin parti pembangkang.

"Saya dukacita dengan sikap pemimpin rakyat pembangkang ini. Dia bersikap kurang ajar dan tidak bersopan.

"Walaupun dia boleh berkata apa sahaja, tetapi kita mestilah ada adab, mesti tertib dan berdisiplin.

Tindakan beliau memalukan parti beliau sendiri," katanya dalam sidang akhbar selepas program ramah mesra bersama rakyat di Kampung Orang Asli Erong dekat sini hari ini.Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Mengenai tindakan Rayer yang bukan sahaja enggan meminta maaf malah semakin biadab apabila mengulangi celaan yang sama dalam ceramah terbuka DAP di Pulau Pinang semalam, Muhyiddin berkata, itu menunjukkan sikap wakil rakyat pembangkang tersebut yang tidak bersopan dan tidak menghormati parti lain.

"Tidak sewajarnya perkataan itu diungkapkan berkali-kali. Walaupun dia bencikan UMNO, sejarah sudah membuktikan UMNO sudah lama berjuang dan lebih banyak jasa daripada DAP dan lain-lain parti.

"Kalau ada perkara yang mereka tidak puas hati, ada cara, disampaikan dengan penuh adab dan bersopan santun," katanya.

Mengenai kekecohan di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kelmarin selepas sekumpulan 100 Pemuda UMNO Negeri merempuh masuk ke bangunan berkenaan untuk meminta penjelasan daripada Rayer berhubung kenyataan biadabnya itu, Muhyiddin berkata, ia adalah reaksi semula jadi apabila parti dicabar.

Menurutnya, mereka yang dicabar sudah pasti tidak akan berdiam diri apatah lagi golongan muda yang bersemangat untuk mempertahankan maruah parti.

"Apa yang dilakukan oleh kumpulan berkenaan adalah reaksi spontan mereka untuk mempertahankan maruah dan imej parti.

"Namun kita ada undang-undang dan ia harus dipatuhi dan aspek ini harus diberikan perhatian," kata beliau. ( Utusan online-politik).Posted by abnmulya.blogspot.com at1313 hrs on Mei 24,2014.

Ke final selepas 12 tahun

Norzie Mohd. Khasbi


Chong Wei Feng meraikan kejayaannya menumpaskan Dionysius Rumbaka dalam perlawanan perseorangan kedua, sekali gus membawa Malaysia ke perlawanan akhir Piala Thomas di New Delhi semalam.- Ihsan The Star

NEW DELHI - Malaysia hadir di New Delhi bersama pasukan yang dianggap paling lemah, namun pemain-pemain negara membuktikan semangat juang tinggi berjaya me­ngatasi segala keraguan dengan me­langkah ke final Piala Thomas buat kali pertama dalam tempoh 12 tahun selepas menundukkan juara 13 kali, Indonesia 3-0 malam tadi.

Malah, beberapa jam sebelum perlawanan, keyakinan bahawa peluang untuk merampas kejuaraan Piala Thomas buat kali pertama selepas 22 tahun cukup cerah setelah melihat Jepun mengejutkan gergasi dunia, China 3-0 turut menjadi motivasi tambahan buat pasukan negara.

Datuk Lee Chong Wei, Tan Boon Heong-Hoon Thien How dan Chong Wei Feng, semuanya memberi aksi terpuji biarpun terpaksa mengha­rungi perlawanan mendebarkan sebelum melakar kemenangan.

Chong Wei dipaksa berhempas pulas di set pertama sebelum menjinakkan Tommy Sugiartro 21-19, 21-13 untuk menghadiahkan mata semangat buat pasukan negara.

Selepas gagal menghadiahkan mata dalam pertemuan menentang Denmark di suku akhir, gandingan senior, Boon Heong-Thien How kembali menunjukkan taring dengan mengejutkan juara dunia dan pasa­ngan No. 1 dunia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 8-21, 23-21.

Daripada sekadar pemain simpanan pada penampilan sulung Piala Thomas di Wuhan, dua tahun lalu, Wei Feng sekali lagi menjadi wira dengan menghadiahkan mata kemenangan Malaysia selepas menumpaskan Dionysius Rumbaka 21-10, 21-17.

Bagi Chong Wei dan Wei Feng, mereka adalah tonggak penting yang membawa kepada kejayaan Malaysia ke perlawanan akhir apabila memenangi semua lima perlawanan setakat ini.

"Memang amat teruja apabila berjaya melangkah ke final sekali lagi. Saya tidak merasai pengalaman perlawanan akhir terakhir Malaysia dan gembira melihat pemain-pemain muda ini berjaya menunjukkan semangat juang yang tinggi.

"Selepas tiba di sini, ramai yang memandang rendah kemampuan Malaysia, apatah lagi kami dikatakan hadir sebagai pasukan paling lemah, namun hari ini kami membuktikan mereka silap dengan berjaya melangkah ke final.

"Saya tidak pernah anggap peluang Malaysia untuk merampas kejuaraan adalah cerah selepas Jepun menewaskan China dalam separuh akhir pada sebelah petang, pada saya berdepan Jepun juga bukan mudah dan mereka adalah lawan yang kental.

"Yang paling penting buat semua pasukan adalah fokus kepada permainan sendiri. Kami sudah menyahut cabaran persatuan yang mahu pasukan melangkah ke final, sekarang terpulang kepada kami untuk mencari keputusan lebih baik," kata Chong Wei.

Jika rekod pertemuan Malaysia dan Jepun menjadi ukuran, pasukan negara memegang kelebihan 3-1 ke atas negara Matahari Terbit itu.

Namun Jepun, yang menunjukkan peningkatan sangat ketara di bawah bimbingan Park Joo Bong mengejutkan pasukan negara pada pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di Kuala Lumpur pada 2010.

Kali terakhir Malaysia layak ke perlawanan akhir adalah di Guangzhou 2002, di mana kita tewas 2-3 kepada Indonesia manakala kejohanan 1992 di Kuala Lumpur adalah kali terakhir pasukan negara muncul juara. - UTUSAN ONLINE-SUKAN (POSTED BY ABNMULYA.BLOGSPOT.COM.AT12.55 NOON AT MEI  24,2014.

PAS sanggup 'tutup mata' soal hudud,makan 'racun ' buatan sendiri

TELUK INTAN 22 Mei - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan memperlihat wajah sebenar Pas apabila menyokong calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud, seorang wanita Islam, yang secara jelas menolak hukum hudud biarpun perjuangan menegakkan agama, sebelum ini dijadikan sebagai doktrin utama oleh mereka untuk menentang UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar)berkata, Pas sanggup 'menutup mata' dengan menerima penolakan hudud oleh DAP itu semata-mata bagi mempertahankan kerusi yang bakal dipertandingkan pada 31 Mei ini.

"Jika ditelanjangkan seluruh topeng, serban dan jubah, tiada Islam pada mereka. Mereka cuma 'haiwan' politik biasa yang menggunakan Islam untuk kepentingan diri.

"Pas sudah memakan racun yang mereka buat dahulu dan racun inilah yang akan memakan diri mereka sendiri, maka Teluk Intan akan menjadi saksi kepada perkuburan parti itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program santai minda di rumah Ketua Kampung Sungai Kerawai di sini malam tadi.
]
Dyana Sofya sebelum ini dilaporkan membuat kenyataan terbuka menolak hukum hudud, malah enggan mengulas lanjut mengenainya apabila diasak dengan pelbagai soalan oleh pemberita mengenainya.

Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang itu sebaliknya berkata, tiada apa lagi kenyataan yang perlu ditambah selain menegaskan pendiriannya selari dengan parti DAP.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Shabery berkata, pengundi beragama Islam justeru tidak perlu berasa 'berdosa' untuk menyokong BN ekoran tidak mengikuti kata-kata guru pendakwah Pas kerana semuanya kini telah terbongkar.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, Pas selama ini telah menanam satu pemikiran bagi mencabar orang Islam kononnya untuk menegakkan negara Islam, walhal Malaysia telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sebagai salah sebuah negara Islam terbaik di dunia.

"Mereka kata negara ini belum diisytihar sebagai negara Islam selagi tidak melaksanakan hukum hudud dan UMNO perlu ditentang kerana mengamalkan undang-undang sekular.

"Kalau tentang UMNO kerana faktor hudud, DAP sudah terang lagi bersuluh menolak pelaksanaan hukum Allah ini," katanya.(Utusan onlone-politik).Posted by abnmulya.blogspot.com at1901 hrs on Mei 23,2014.

Thursday, May 22, 2014

Pelik! PAS kunci mulut bila Dyana tolak hudud

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

Apa sudah jadi pada Pas? Pendirian calon Melayu DAP kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud yang terang-terang menolak hukum hudud mencetuskan keresahan dalam kalangan penyokong dan pengikut Pas.
Dyana Sofya

Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu benar-benar memberi tamparan hebat kepada pemimpin-pemimpin Pas.

Ini terutama terhadap Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Kalau itu nada Ramkarpal Singh Deo, calon DAP Parlimen Bukit Gelugor lainlah.

Dia memang meneruskan `legasi tolakan hudud' bapanya. Ini Dyana Sofya, calon Melayu, orang Islam.

Takkan tidak terdetik seorang pun pemimpin Pas mahu memberikan nasihat atau tarbiah kepada gadis muda ini?

Barangkali Pas dalam hal ini nampak diri mereka tidak ada peranan dalam pakatan kerana jumlah kerusi Parlimen pun tercorot berbanding dimiliki DAP dan PKR.

Sebab itu Pas langsung tidak ada suara. Nak `mengaum', bimbang pula dimalukan.

Setakat ini nampaknya komen-komen Dyana Sofya menguntungkan DAP di kaca mata kaum Cina apabila dia seiring dengan dasar-dasar DAP seperti UiTM dan hudud.

Pas kelihatan tidak hirau komen atau reaksi DAP terhadap perjuangan hududnya.

Sikap Pas memeningkan kepala para penyokongnya di Teluk Intan apabila Naib Presidennya sendiri, Salahuddin Ayub pun secara terbuka berkata, `Pas menyokong Dyana di Teluk Intan'.

Itu belum lagi suara Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu di Bukit Gelugor tempoh hari yang secara terbuka melaungkan `Pas menyokong Ramkarpal'.

Dalam keadaan DAP tidak mempedulikan hukum hudud yang diperjuangkan Pas, kita juga dok hairan bagaimana dia sebagai setiausaha politik Kit Siang secara terbuka menyatakan penolakan terhadap hudud. 

Sepatutnya Teluk Intan menjadi medan terbaik untuk Pas memperjelaskan hukum hudud kepada pengundi
Cina selain Melayu.

Tetapi sehingga kini, baik pemimpin pusat atau pemimpin tempatan Pas, semuanya kunci mulut rapat-rapat ( Utusna on line-politik0.Posted by abnmulya.blogspot.com at 1703 hrs on M ei 23,2014..

Monday, May 19, 2014

JUSUF KALLA DIUMUM GANDINGAN JOKOWI

Oleh Saharuddin Musthafa

Dari kiri, Joko Widodo serta isteri, Iriana dan Jusuf Kalla bersama isteri, Mufidah melambai ke arah penyokong mereka semasa pengumuman Jusuf sebagai calon gandingan Jokowi di Gedung Joang 45 di Jakarta, Indonesia, semalam. - AFP 

JAKARTA 19 Mei - Bekas Naib Presiden Indonesia kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono secara rasmi menjadi calon gandingan kepada Joko Widodo (Jokowi) untuk bertanding pada Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden 2014 pada 9 Julai ini.

Jokowi yang juga calon popular Presiden daripada Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P) berkata, keputusan menamakan Jusuf Kalla sebagai rakan gandingannya diputuskan oleh kesemua kepimpinan parti yang membentuk pakatan bersama parti itu.

“Setelah menghalusi semua pertimbangan dan selepas mengadakan perbincangan dengan seluruh ketua parti serta pertimbangan daripada Ibu Megawati Sukarnoputeri (Ketua Umum PDI-P) malam tadi, kita putuskan calon wakil (Naib) Presiden yang akan mendampingi saya ialah Bapa Drs. Muhammad Jusuf Kalla," kata Jokowi yang juga Gabenor Jakarta dalam deklarasinya, di sini hari ini.

Jokowi berikrar, beliau dan Jusuf akan membawa perubahan di negara yang mempunyai penduduk lebih 234 juta orang ini.

Jusuf pula dalam reaksinya menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Jokowi sebagai calon Naib Presiden bagi penggal baru selama lima tahun bermula Oktober ini.

"“Saya ingin menyatakan sepenuh hati, saya bersedia mendampingi Ir. Joko Widodo," katanya.

Persetujuan untuk menamakan Jusuf sebagai calon Naib Presiden dicapai pada rundingan antara PDI-P dan tiga parti politik lain iaitu Nasional Demokrat (Nasdem), Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) dan Hati Nurani Rakyat (Hanura).

Gabungan Jokowi-Jusuf sekali gus menyaksikan mereka bakal bersaing dengan gabungan Prabowo Subianto daripada parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) dan Hatta Rajasa daripada Parti Amanat Nasional (PAN).

Pencalonan Prabowo sebagai calon Presiden dan Hatta sebagai calon Naib Presiden dibuat oleh Gerindra dan PAN bersama empat parti lain iaitu Golongan Karya (Golkar), Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Parti Persatuan Pembangunan (PPP) dan Parti Bulan Bintang (PBB). - UTUSAN-POLITIK LUAR NEGARA.( Posted  by abnmulya.blogspot.com.at 12.55 noon on Mei 20,2014.

Calon window dressing-Dr.Mahathir

Tun Dr.Mahathir Mohamad
MELAKA 19 Mei - Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd. Daud yang mewakili DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan disifatkan sebagai calon ‘window dressing’.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu tidak sepatutnya terus ditipu dan diperangkap oleh pembangkang yang menampilkan Dyana Sofya, 27, dalam PRK tersebut.

“Beliau (Dyana Sofya) hanyalah calon ‘window dressing’, bukan ada harapan apa tapi kalau dia menang dia menanglah.

Orang Melayu akan sokong kerana mereka mudah kena tipu, ramai dah orang Melayu kena tipu.

Yang ini (Dyana Sofya) anak orang UMNO. “Kalau anak orang Pas dia tidak jadi, dari kecil mereka diajar suruh benci UMNO, dia disuruh pijak gambar saya tapi anak orang UMNO dia tidak disuruh masuk UMNO tak diajar pasal UMNO tak cakap sejarah UMNO bila dah besar dia bebaslah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama Chancellor Talk, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Dewan UTeM, Durian Tunggal, di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob, isteri Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan.

Ketika ditanya mengapa Barisan Nasional (BN) tidak menyenaraikan calon muda dalam PRK Parlimen Teluk Intan, Dr. Mahathir dengan sinis menjawab:

"“Kalau BN nak letak calon muda, kita kena cari calon ‘window dressing’, kita buat cantik-cantik biar orang nampak menarik sikit"( Utusan online-politijk)..Posted by abnmulya .blogspot.com.at 12.35 noon on Mei 20,2014.
.

Sunday, May 18, 2014

Calon BN ada kelebihan-Khairy

Oleh AZHARI ZAINOODDIN 
utusanpenang@utusan.com.my 

Khairy Jamaluddin
PULAU PINANG 18 Mei - Pemilihan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan disifatkan sebagai tepat dan paling sesuai.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, meskipun tewas dalam pilihan raya umum lalu, Siew Keong memiliki pengalaman luas dalam politik untuk ditawarkan kepada pengundi di kawasan berkenaan.

"Sebagai anak tempatan sudah tentu beliau dapat memahami dengan lebih mendalam terhadap masalah rakyat di kawasan berkenaan dan pengalamannya sebagai timbalan menteri juga sudah pasti akan banyak membantu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan Siew Keong sebagai calon BN bagi bertanding merebut Kerusi Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini.

PRK berkenaan diadakan selepas penyandangnya, Seah Leong Peng daripada DAP meninggal dunia akibat barah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Kuala Lumpur pada 1 Mei lalu.

Ditanya mengenai pemilihan Dyana Sofya Mohd. Daud yang juga Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai calon DAP bagi PRK berkenaan, Khairy berkata, pemilihan gadis Melayu itu adalah strategi parti berkenaan dalam menghadapi PRK tersebut.

"Kita tak ambil berat pun soal siapa calon DAP memandangkan mempunyai firasat sokongan kuat terhadap BN masih ada di Teluk Intan terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Cangkat Jong dan saya yakin sokongan penuh akan diberikan kepada BN," katanya.(utusan on line-politik).Posted by abnmulya.Blogspot.com.at 1334 hrs on Mei 19,2014.

Saturday, May 17, 2014

Presiden Gerakan calon BN di PRK Teluk Intan

TELUK INTAN 17 Mei - Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan, umum Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE-POLITIK.( Posted by abnmulya.blogspot.com at 1755 hrs on Mei 17,2014.

Friday, May 16, 2014

Alamak...ini jawapan Ramkarpal Singh pasal naik jip tak ada road tax


KHAMIS, 15 MEI 2014 22:46 KEMASKINI :

Rasanya tidak perlu cakap banyak...budak darjah satu pun tahu mana-mana kenderaan yang tidak ada cukai jalan TIDAK BOLEH berada di atas jalanraya.

Mungkin Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP perlu tampil memberi pencerahan kepada anak buahnya ,Ramkarpal Singh mengenai undang-undang jalan raya.

Bukan apa... malu rasanya mendengar seorang peguam yang bertanding hendak jadi Ahli Yang Berhormat di Parlimen Malaysia cakap macam ini. Ini berkaitan dengan isu jip kepunyaan mendiang Karpal Singh yang digunakan DAP untuk berkempen dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor.

Ia menjadi perhatian ramai kerana cukai jalannya sudah tamat tempoh. Jip warna merah dengan nombor pendaftaran PDT 9898 itu telah digunakan untuk perarakan Ramkarpal pada hari penamaan calon di kawasan Dewan Sri Pinang pada 12 Mei lalu sedangkan cukai jalannya sudah tamat tempoh pada 24 Mac 2014.

Ramkarpal yang ditanya wartawan mengenai isu berkenaan ketika berkempen di pasar basah Air Itam,Jumaat beri jawapan yang tidak masuk akal langsung.

Katanya keluarga mereka dalam proses untuk memindahkan hak milik jip berkenaan.

"Kami jarang menggunakan jip itu dan kami menggunakan nombor pendaftaran sementara untuk kenderaan itu," katanya.

Jip berkenaan sering digunakan mendiang Karpal Singh, yang juga bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor ketika melawat kawasan yang diwakilinya dan dalam beberapa pilihan raya umum lepas.

Isunya sekarang kalau tahu cukai jalan jip itu sudah tamat tempoh kenapa ia masih digunakan. Hakikatnya atas apa alasan sekalipun kenderaan yang tidak ada cukai jalan tidak boleh berada diatas jalan...apa lagi dipandu sana sini untuk kempen pilihanraya.

Kalau Lim Guan Eng tidak tahu cara untuk beri petunjuk kepada Ramkarpal bahawa beliau terang-terang sudah langgar undang-undang jalanraya mungkin bapanya Lim Kit Siang yang juga seorang peguam boleh tolong bantu bagi kursus.

Lebih elok...apa kata DAP boleh konvensyen khas mengenai undang-undang jalanraya kepada wakil rakyatnya. Jawapan Ramkarpal pada isu naik kenderaan tanpa cukai jalan ini sudah tentu akan menconteng arang pada parti yang mendakwa dirinya pejuang ketelusan,kebenaran dan benda-benda yang baik-baik belaka. 

Ini baru benda kecil sudah tidak betul...jadi apa yang nak diharap pada yang lebih besar.-16/4/2014

Hello DAP...jip arak Ramkarpal di penamaan calon PRK Bukit Gelugor tak ada road tax Isu ini mungkin nampak kecil.

Namun dari segi prinsipnya ia sah-sah salah dari segi undang-undang dan boleh bagi gambaran tentang sikap DAP.

Lagi teruk kita bercakap bab ini yang melibatkan keluarga peguam mendiang Karpal Singh yang sepatutnya menghormati undang-undang.

Calon DAP untuk pilihanraya kerusi Parlimen Bukit Gelugor,Ramkarpal juga seorang peguam. Kalau ini macam apa cerita?

Cuba tanya dia bolehkah orang naik kereta tanpa cukai jalan. Ini bukan naik pusing-puisng makan angin...tapi untuk penamaan calon satu pilihanraya kecil.

Dalam kes ini sehebat mana pun team peguam dari keluarga Karpal kalau masuk mahkamah gerenti kalah. Jip warna merah bernombor PDT 9898 yang diguna untuk mengarak Ramkarpal ke pusat penamaan di Dewan Sri Pinang,Georgetown pada 12 Mei tidak ada cukai jalan.

Bukti bergambar jelas menunjukkan di sticker cukai jalan jeep itu ia mati pada 24 Mac 2014. jip2xx Mungkin ada yang bertanya apakah DAP nak tunjuk taiko main suka hati langgar undang-undang di Pulau Pinang,negeri ia menjadi kerajaan negeri?

Bayangkan kalau kes umpama ini melibatkan mana-mana pemimpin BN.Gerenti puak pembangkang melompat melalak segala macam sepanjang kempen.-15/5/2014( Dari Agenda Daily).Posted by abnmulya.blogspot.com at 8.20 am on Mei 17,2014.

Thursday, May 15, 2014

ANWAR DIJANGKA BUAT KENYATAAN RASMI PEMILIHAN SEMULA

SHAH ALAM 15 Mei - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat kenyataan rasmi tidak lama lagi mengenai tarikh pemilihan semula 12 cabang PKR Selangor yang ditangguhkan pemilihannya.
Menteri Besar Selangor,
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Biro Politik PKR negeri malam tadi bagi membincangkan tata cara pengundian dan penyeragaman tempat-tempat pengundian untuk pemilihan semula cabang PKR Selangor.

Menurut beliau, mesyuarat itu turut memutuskan supaya semua ahli PKR negeri menutup mulut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

"Kita telah buat ketetapan dengan Biro Politik PKR Pusat, di mana hari ini atau esok Penasihat PKR akan membuat kenyataan rasmi mengenai isu pemilihan semula cabang PKR Selangor yang ditangguhkan.

"Orang lain tidak digalakkan untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan, hanya selepas Anwar buat (kenyataan), ahli biro politik lain dibenarkan memberi komen," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan sumbangan sempena Malaysian Women Marathon 2014 di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini hari ini.

Pada Ahad lalu, pemilihan PKR yang berlangsung di Selangor menyaksikan 12 daripada 22 cabang parti itu terpaksa dibatalkan ekoran bantahan daripada ahli yang mendakwa proses tersebut tidak telus dan wujud unsur penipuan.

Cabang PKR yang membatalkan pemilihannya adalah Shah Alam, Subang, Klang, Kapar, Kota Raja, Sabak Bernam, Sungai Besar, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Selayang termasuk kawasan Abdul Khalid sendiri iaitu Kuala Selangor.

Sementara itu, beliau memberitahu, peguamnya telah menghantar notis tuntutan saman kepada calon Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, S. Manikavasagam yang didakwa melanggar etika kerana membuat kenyataan berhubung pemberian wang RM50 kepada ahli PKR untuk mengundinya.(UTUSAN ONLINE-POLITIK).POSTED BY ABNMULYA /BAKAR NINGGAL.BLOGSPOT.COM.AT 9.56 AM ON MEI 16,2014.

Abdul Khalid dahului Azmin

Oleh ABDUL YAZID ALIAS 
pengarang@utusan.com.my 
Tan Sri
Abdul
Khalid Ibrahim

SHAH ALAM 15 Mei - Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi negeri Selangor menyaksikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima jumlah undi tertinggi dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR setakat ini.

Setakat pukul 3.30 petang ini, Abdul Khalid menerima 2,732 undi berbanding pencabarnya, Azmin Ali meraih 1,062 undi manakala Datuk Saifuddin Nasution Ismail hanya 248 undi hasil kiraan yang dibuat melibatkan peti undi enam cabang PKR di negeri ini iaitu di kawasan Pandan, Serdang, Puchong, Petaling Jaya Utara, Kuala Langat dan Sepang.

Azmin Ali
Menurut sumber parti itu, daripada keenam-enam cabang PKR tersebut, Abdul Khalid menerima 656 undi di Sepang diikuti 392 undi (Kuala Langat); 479 undi (Petaling Jaya Utara); 861 undi (Puchong) selain menerima 248 undi di cabang PKR Serdang.

Bagaimanapun, bagi cabang Pandan, Saifuddin Nasution menerima 174 undi melebihi daripada Abdul Khalid dan Azmin yang mana masing-masing hanya memperoleh 96 dan 140 undi.
Datuk
Saifuddin Nasution

Pada masa yang sama, sumber berkenaan turut menyatakan kedudukan Abdul Khalid dalam persaingan jawatan Timbalan Presiden PKR dilihat semakin positif setakat ini apabila mendahului jumlah keseluruhan undi sekali gus mengatasi Azmin dengan kelebihan 59 undi.

Menurut sumber itu, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini, Abdul Khalid memperoleh 11,837 undi diikuti Azmin dengan jumlah undi sebanyak 11,778 manakala Saifuddin meraih 7,624 undi.(Utusan online-Politik).Posted bya abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at9.23 am on Mei 16,2014.

Wednesday, May 14, 2014

Boko haram papar video pelajar perempuan diculik

Gambar yang diambil daripada rakaman video kumpulan militan Boko Haram, memaparkan sebahagian pelajar yang diculik memakai hijab dan berdoa di kawasan yang tidak diketahui, semalam. - AFP

LAGOS 12 Mei - Kumpulan militan Boko Haram mengeluarkan satu rakaman video berdurasi 27 minit yang memaparkan gambar pelajar-pelajar perempuan yang diculik bulan lalu, memakai hijab berwarna hitam dan kelabu sambil berdoa, Isnin lalu.

Ketua kumpulan berkenaan, Abubakar Shekau dalam rakaman tersebut berkata, pelajar yang ditahan tidak akan dibebaskan sehingga kesemua anggota militan yang berada di penjara dibebaskan.

"Kami tidak akan membebaskan mereka sehingga anda membebaskan sahabat-sahabat kami," jelas Abubakar. Abubakar juga mendakwa, dia bertanggungjawab di atas rakaman itu.

Video berkenaan memaparkan kira-kira 130 orang pelajar memakai hijab duduk berhampiran pokok sambil membaca al-Quran dan berdoa.

Seramai tiga orang pelajar ditemuramah dalam rakaman tersebut, dengan dua daripada pelajar tersebut mendakwa sudah memeluk agama Islam dan percaya kepada agama itu.

Setakat ini tiada sebarang butiran tentang bila rakaman tersebut diambil, walaupun kualitinya lebih baik daripada sebelumnya.

Dalam kejadian 14 April lalu, seramai 223 pelajar perempuan diculik oleh kumpulan militan Boko Haram di timur laut bandar Chibok, negeri Borno.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Nigeria menolak tawaran kumpulan tersebut yang mahu membebaskan pelajar yang diculik dengan syarat kesemua anggota militan yang dipenjara dibebaskan. - AFP(Utusan onl;ine-Luar Negara).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com at 11.10 amj on Mei 15,2014.

Wan Ahmad ditukarkan dalam rombakan pegawai tadbir

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB 
(Berita Terkini).

KUALA TERENGGANU 14 Mei - Kerajaan negeri membuat rombakan kecil dalam pentadbiran negeri dengan melakukan pertukaran tiga orang pegawai tadbir kanan berkuat kuasa mulai hari ini.

Pertukaran itu membabitkan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incoporated, Datuk Wan Ahamad Wan Muda yang kini menjawat jawatan Pegawai Jawatan Kumpulan di Pejabat Setiausaha Kerajaan.

Beliau merupakan pegawai tadbir yang dikatakan paling dipercayai dan berpengaruh di bawah pentadbiran bekas Menteri Besar, datuk Seri Ahmad Said Dalam surat arahan yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan, Datuk Mazlan Ngah, Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Md. Kamaru Al-Amin Ismail kini memegang tugas sebagai Setiausaha Sulit Kanan Kepada Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Ismail.

Setiausaha Sulit Kanan kepada bekas Menteri Besar, Azman Ghani turut menjawat jawatan Pegawai Jawatan Kumpulan.

Mazlan ketika dihubungi mengesahkan pertukaran dilakukan bagi mengisi keperluan segera apabila Menteri Besar memerlukan seorang Setiausaha Sulit Kanan yang baharu.

Katanya, dua lagi pegawai itu ditempatkan sementara di Pejabat Setiausaha Kerajaan sebelum ditentukan jawatan baharu kelak apabila rombakan lebih menyeluruh dibuat kelak. - UTUSAN ONLINE-POLITIK.(Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at 1702 hrs on Mei 14,2014.

Kemelut politik di Terengganu selesai-MB Abdul Razif

PUTRAJAYA 14 Mei - Kemelut politik yang melanda Terengganu sejak kelmarin ekoran berlakunya pertukaran Menteri Besar selesai, kata Menteri Besarnya yang baharu, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman(gambar kiri).

Sehubungan itu beliau berkata, kini tumpuannya adalah untuk meneruskan usaha membangunkan negeri tersebut, selain membuat persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). - UTUSAN ONLINE- POLITIK at 3.12 pm.(Posted by abnmulya  /.Bakar Ninggal. blogspot.com.at 1649 hrs,on Mei 14,2014.