Friday, May 23, 2014

PAS sanggup 'tutup mata' soal hudud,makan 'racun ' buatan sendiri

TELUK INTAN 22 Mei - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan memperlihat wajah sebenar Pas apabila menyokong calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud, seorang wanita Islam, yang secara jelas menolak hukum hudud biarpun perjuangan menegakkan agama, sebelum ini dijadikan sebagai doktrin utama oleh mereka untuk menentang UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar)berkata, Pas sanggup 'menutup mata' dengan menerima penolakan hudud oleh DAP itu semata-mata bagi mempertahankan kerusi yang bakal dipertandingkan pada 31 Mei ini.

"Jika ditelanjangkan seluruh topeng, serban dan jubah, tiada Islam pada mereka. Mereka cuma 'haiwan' politik biasa yang menggunakan Islam untuk kepentingan diri.

"Pas sudah memakan racun yang mereka buat dahulu dan racun inilah yang akan memakan diri mereka sendiri, maka Teluk Intan akan menjadi saksi kepada perkuburan parti itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program santai minda di rumah Ketua Kampung Sungai Kerawai di sini malam tadi.
]
Dyana Sofya sebelum ini dilaporkan membuat kenyataan terbuka menolak hukum hudud, malah enggan mengulas lanjut mengenainya apabila diasak dengan pelbagai soalan oleh pemberita mengenainya.

Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang itu sebaliknya berkata, tiada apa lagi kenyataan yang perlu ditambah selain menegaskan pendiriannya selari dengan parti DAP.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Shabery berkata, pengundi beragama Islam justeru tidak perlu berasa 'berdosa' untuk menyokong BN ekoran tidak mengikuti kata-kata guru pendakwah Pas kerana semuanya kini telah terbongkar.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, Pas selama ini telah menanam satu pemikiran bagi mencabar orang Islam kononnya untuk menegakkan negara Islam, walhal Malaysia telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sebagai salah sebuah negara Islam terbaik di dunia.

"Mereka kata negara ini belum diisytihar sebagai negara Islam selagi tidak melaksanakan hukum hudud dan UMNO perlu ditentang kerana mengamalkan undang-undang sekular.

"Kalau tentang UMNO kerana faktor hudud, DAP sudah terang lagi bersuluh menolak pelaksanaan hukum Allah ini," katanya.(Utusan onlone-politik).Posted by abnmulya.blogspot.com at1901 hrs on Mei 23,2014.

No comments: