Tuesday, March 31, 2015

ANWAR HILANG KELAYAKAN AHLI PARLIMEN

01 April 2015 10:25 AM 

Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR 1 April – Datuk Seri Anwar Ibrahim telah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan pada 16 Mac lalu.

Hilang kelayakan itu berkuat kuasa serta-merta dengan penolakan petisyen pengampunan tersebut, sejajar dengan peruntukan Artikel 48 (4) (c) Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia yang menghalang Anwar daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat turut ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.( Posted by abnmulya / Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 10.55 am on April01,2015).

The Edge Communication didakwa jatuhkan instituasi diraja.

AHMAD SHAZWAN 
MD. YUSOF 
01 April 2015 1:46 AM 

KUALA LUMPUR 31 Mac – Ja­ringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Lembaga Pengarah The Edge Communication Sdn. Bhd. kerana didakwa cuba menjatuhkan Majlis Raja-Raja dan kesucian Islam.

Azwanddin Hamzah
 Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, penangkapan tiga pengarang portal propembangkang, The Malaysian Insider tidak memadai sedangkan ketiga-tiga pemilik sebenar syarikat penerbitan itu, Tong Kooi Ong, Ahmad Abdullah dan Tan Boon Kean dibiar bebas sehingga kini.
Katanya, mereka menggunakan tiga saluran, akhbar The Edge, The Malaysian Insider dan stesen radio BFM untuk menjalankan agenda tersembunyi kerana ketiga-tiganya adalah milik syarikat berkenaan.
“Ahli lembaga pengarah syarikat penerbitan itu harus didakwa kerana mencipta agenda kejatuhan Majlis Raja-Raja dan Islam.

Jelas sekali pasti ada individu penting yang berperanan memberi arahan kepada setiap artikel yang diterbitkan.

“Media milik syarikat itu dilihat secara terang terangan menjalankan agenda menjatuhkan institusi diraja, kononnya Majlis Raja-Raja menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas penahanan tiga pengarang The Malaysian Insider semalam bagi membantu siasatan berhubung beberapa laporan yang diterbitkan dan disiarkan dalam portal propembangkang itu. 

Ketiga-tiga mereka yang ditahan semalam ialah pengarang Bahasa Melayu portal itu, Amin Shah Iskandar, 35; pengarang bahasa Inggeris, Lionel Morais, 47 dan Pengarang Rencana serta Analisis, Zulkifli Sulong, 53 (Utusan online).Posted by abnmulya  / Haji abu bakar. ninggal.blogspot.com at 9.33 am on April 01,2015.

Harga bahan api kekal untuk April

31 Mac 2015 10:26 PM

KUALA LUMPUR 31 Mac - Harga runcit RON95, RON97 dan diesel bagi April kekal pada harga bulan Mac, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan malam ini. 

Sehubungan itu, harga RON95 tidak berubah pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter, dan diesel pada RM1.95 seliter.


Ia akan berkuat kuasa mulai 12.01 pagi 1 April, kata jurucakap kementerian itu ketika dihubungi Bernama.
Namun begitu, menurut jurucakap itu, RON97 tidak dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus ( 6%) yang akan dilaksanakan mulai esok. - BERNAMA( Utusan online-).Posted by abnmulya / Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 2355 hrs on MARCH 31,2015.

Dua lagi kakitangan The Malaysian Insider ditahan

Nurhidayu Mohd Hasan :31 Mac 2015 2:43 PM 

KUALA LUMPUR 31 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua lagi kakitangan portal berita, The Malaysian Insider ditahan untuk siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung beberapa laporan disiarkan dalam portal propembangkang itu baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitter berkata, pihaknya menahan dua lagi kakitangan portal berita berkenaan kira-kira pukul 11 pagi ini bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

“@PDRMsia sahkan jam 11 pagi ini telah tahan dua orang lagi kakitangan The Malaysian Insider untuk bantu siasatan. Tiada toleransi kepada sebarang aktiviti menghasut,” katanya hari ini. 

Semalam, tiga kakitangan portal itu yang masing-ma­sing merupakan Pengarang Bahasa Inggeris, Lionel Morais, 47, Pengarang Bahasa Melayu, Amin Shah Iskandar, 35, dan Pengarang Rencana serta Analisis, Zulkifli Sulong, 53, turut ditahan ketika serbuan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di pejabat portal itu di Mutiara Damansara, Petaling Jaya kira-kira pukul 5.45 petang. - UTUSAN ONLINE ( Posted by abnmulya / Haji Abu Bakar Ninggal blogspot.com at 1645 pm om March 31,2015)..

Monday, March 30, 2015

Tiga pengarang The Malaysian Insider ditahan

Disiasat mengikut Akta Hasutan 
MASZUREEN HADZMAN: 31 Mac 2015 1:37 AM


AHMAD Fadli Shaari (depan, dua dari kiri) bersama ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas menunjukkan salinan laporan polis terhadap The Malaysian Insider di IPD Kota Bharu, semalam. – UTUSAN /YATIMIN ABDULLAH 


KUALA LUMPUR 30 Mac - Tiga pengarang The Malaysian Insider ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung beberapa laporan yang disiarkan dalam portal propembangkang itu.

Ketiga-tiga mereka masing-ma­sing merupakan pengarang bahasa Inggeris portal itu, Lionel Morais, 47, Pengarang Bahasa Melayu, Amin Shah Iskandar, 35, dan Pengarang Rencana serta Analisis, Zulkifli Sulong, 53.

Mereka ditahan semasa serbuan di pejabat portal itu di Mutiara Damansara, Petaling Jaya kira-kira pukul 5.45 petang. < Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala lumpur,

Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, ketiga-tiga mereka ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen Menurut beliau, turut dirampas ialah komputer riba dan telefon bimbit.

“Serbuan dibuat bagi mendapatkan bahan-bahan berkaitan untuk membantu siasatan berhubung kenyataan berbaur hasutan yang dibuat portal propembangkang itu.

Kesemua mereka ditahan di lokap Jinjang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya turut mengesahkan penahanan tiga pengarang terlibat.

Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan memberitahu sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat The Malaysian Insider berhubung laporan-laporan yang disiarkan dalam portal itu.

Menurutnya, siasatan itu dilakukan selepas Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membuat laporan polis menafikan perkara itu, sementara banyak pihak turut mengeluarkan kenyataan bantahan terhadap portal tersebut.( Utusan online-).Posted by abnmulya  / Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 9.25 am on March 31,2015.

Sunday, March 29, 2015

Malaysian Insider disiasat

Melibatkan SKMM dan PDRM 
ABD. AZIZ ITAR: 30 Mac 2015 1:47 AM

                                Keratan Mingguan Malaysia semalam.

KUALA LUMPUR 29 Mac - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang menyiasat The Malaysian Insider berhubung laporan-laporan yang disiarkan dalam portal propembangkang itu. 

Ketua Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Ahmad Raffie Sheikh Abdul Rahman berkata, siasatan itu termasuk laporan kononnya Majlis Raja-Raja menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Menurutnya, siasatan itu dilakukan selepas Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membuat laporan polis menafikan perkara itu, sementara banyak pihak turut mengeluarkan kenyataan bantahan terhadap portal propembangkang tersebut.
“SKMM dan polis (PDRM) telah bekerjasama menyiasat The Malaysian Insider selepas laporan polis dibuat selain meneliti laporan-laporan mengenainya di akhbar-akhbar sejak Jumaat lalu. Siasatan itu masih lagi berjalan hingga kini.

“Belum dapat dipastikan bila siasatan akan selesai, sama ada ia akan mengambil masa yang lama atau sekejap juga tidak pasti. Semua itu bergantung kepada keadaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan pelbagai pihak termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pergerakan Pemuda UMNO sebelum ini yang mempersoalkan tentang apakah bentuk tindakan SKMM terhadap The Malaysian Insider berhubung laporan portal itu yang sering dipersoalkan kesahihannya.

Malah, Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini turut mencadangkan supaya kerajaan membubarkan SKMM kerana The Malaysian Insider dilihat ‘lebih berkuasa’ dan sering terlepas daripada dikenakan tindakan meskipun menyiarkan banyak laporan yang menghasut, fitnah dan memudaratkan ketenteraman awam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Mortadza Nazarene memberitahu, PDRM kini sedang menunggu laporan siasatan berhubung kes berkenaan daripada SKMM.

“Kami perlu mendapatkan laporan daripada SKMM terlebih dahulu sebelum membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut,” katanya.(Utusan online).Posted by abnmulya /Haji Ab u Bakar Ninggal.blogspot.com.at 10.25 am on March 30,2015.

Saturday, March 28, 2015

Tindakkan tegas perlu diambil ke atas portal The Malaysian Insider

29 March 2015 at 1:55 am


KHAIRY JAMALUDDIN (dua dari kiri) bersama para pemenang Pertandingan Pengucapan Awam 2015 di Ramada Plaza Dua Sentral, Kuala Lumpur, semalam. MINGGUAN/SYEFRY MONIZ 

KUALA LUMPUR 28 Mac – Tindakan tegas perlu dikenakan segera terhadap portal propembangkang The Malaysian Insider untuk dijadikan pengajaran supaya kesalahan menyebarkan berita palsu tidak dipandang ringan di negara ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sehubungan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan paling tegas dan pantas di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Ini bukan kali pertama mereka menyiarkan berita tidak benar dan kali ini laporan tersebut berkenaan Majlis Raja-Raja menolak cadangan pindaan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang jelas tidak benar.

 “Maka sudah tiba masa untuk hantar satu mesej sekiranya ada mana-mana organisasi berita yang sentiasa menerbitkan berita palsu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Pertandingan Pengucapan Awam 2015 anjuran Kesatuan Pengucapan Bahasa Inggeris bersama Institut Perbahasan dan Pengucapan Awam Malaysia, di sini hari ini.

Sebelum ini, portal berkenaan melaporkan Mesyuarat Majlis Raja-Raja menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan kerajaan Pas Kelantan melaksanakan hukum hudud. Mengulas berhubung tindakan yang boleh dikenakan,

Khairy menjelaskan, semua itu bergantung kepada SKMM, namun perlu dilakukan segera sekiranya siasatan suruhanjaya berjaya membuktikan portal berkenaan melakukan kesalahan.

 “Tetapi jangan lambat mengambil tindakan kerana kita mahu melihat SKMM benar-benar profesional dalam mengendalikan perkara tersebut,” tegasnya.( Utusan online).Postee by abnmulya / Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 8.10 am on March 29,2015.

MAT SABU DITAHAN

28 Mac 2015 11:09 AM 

PULAU PINANG 28 Mac - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu ditahan polis sekitar pukul 12.20 tengah malam tadi setelah keluar dari kereta Timbalan Pesuruhjaya Pas,

Mohamad Sabu
Ustaz Saleh Man untuk minum di sebuah restoran berdekatan pekan Sungai Dua di sini. Sebelum itu, beliau baru sahaja selesai mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Pas negeri di Markaz Tarbiyah Pas, Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Pagi semalam, beliau hadir ke Mahkamah Seksyen Butterworth untuk pembicaraan kes Mat Indera.

Penolong Setiausaha Pas negeri, Zahar Zainul, Mohamad belum sempat minum bersama-sama kami, pihak polis terus membawanya ke Balai Polis Seberang Jaya dan selepas itu ke mana tidak diketahui.

Penahanan terbabit berkemungkinan melibatkan kes demonstrasi haram yang akan di Dataran Merdeka hari ini. - UTUSAN ONLINE-POLITIK.( Posted by abnmulya / Haji Abu Baklar Ninggal.blogspot.com at 1.18 am on March March 29,2015.

Friday, March 27, 2015

Dikecam ghairah sebar berita palsu

MOHAMMAD YASIR JAAFAR:28 Mac 2015 1:43 AM 

KUALA LUMPUR 27 Mac - Pergerakan Pemuda UMNO mengecam keras serta mempersoalkan kredibiliti portal propembangkang The Malaysian Insider yang semakin lantang dan ghairah menyebarkan berita palsu dan separuh benar.
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kemuncak kebiadaban portal berkenaan adalah penyiaran laporan kononnya Majlis Raja-Raja menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang Persekutuan bagi membolehkan kerajaan Pas Kelantan melaksanakan hudud di negeri tersebut.

 “Kita mengutuk sekeras-keras-nya portal propembangkang ber-kenaan kerana sering terlibat dalam penyebaran berita yang tidak benar dan selalunya dengan memetik sumber yang tidak dinyatakan. 

“Dengan sumber yang dirahsiakan, sudah tentu pembaca tertanya-tanya sama ada sumber dan kredibiliti berita tersebut boleh dipercayai atau sebaliknya,” kata-nya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Sehubungan itu, Khairy mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera mengambil tindakan tegas terhadap portal yang tidak bertanggungjawab itu sehingga sanggup mencemarkan imej Majlis Raja-Raja yang menjadi simbol dan payung agama Islam di negara ini. 

“Perlu diingatkan bahawa kita menyokong penuh kebebasan media namun perlu ada batas dan bukanlah mutlak.

 “Apabila sebuah portal terus menerbitkan berita yang dinafikan, terutama daripada Majlis Raja-Raja, perlu ada tindakan tegas supaya perkara itu tidak diulangi oleh mana-mana pihak atau organisasi be-rita lain,” ujarnya.

Sementara itu, Khairy berkata, portal berkenaan pernah menyiarkan beberapa laporan palsu sehingga memaksanya memohon maaf kepada individu tertentu.

“Sebagai contoh pada 2011, portal itu telah mengemukakan permohonan maaf kepada bekas Pengerusi Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajuddin Ramli atas penerbitan berita tanpa fakta dan berunsur fitnah"

"{Pada 2013 poral terbabit juga telah memohon maaf dan menarik balik artikel tentang Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir, Khazanah Nasional Bhd. dan satu lagi tentang Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya.
Tambahnya, baru-baru ini, portal itu turut membuat permohonan maaf kepada Pas berhubung penyiaran gambar palsu yang mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.( Utusan online-).Posted by abnmulya  / Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 11.15 am on March 28,2015.

Terjahan Guan Eng umpama peluru kosong

RADHUAN HUSSAIN: 28 Mac 2015 1:42 AM 


Keretan Utusan Malysia 25 Mac,2015.
MARANG 27 Mac - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini ‘memulangkan paku buah keras’ kepada DAP yang memutuskan hubungan dengan beliau apabila menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng umpama ‘peluru kosong’.

Katanya, segala `serangan’ Guan Eng tempoh hari termasuk menganggap dirinya tidak bermaruah, tidak jujur dan pengkhianat langsung tidak memberi apa-apa kesan terhadap beliau.

Malah tegas Abdul Hadi, perbuatan DAP yang dianggap biadab dan melampau oleh pemimpin-pemimpin kanan Pas itu juga tidak akan mematahkan semangat perjuangan beliau serta Pas untuk kepentingan semua kaum di negara ini.
“Kenyataannya peluru kosong, tidak kena sasaran kerana segala tindakan Pas mengambil kira kepentingan semua kaum yang ada di negara ini, berbanding DAP yang mementingkan satu kaum saja.

“Dia (DAP) tak ambil hati orang Islam yang merupakan 60 peratus daripada penduduk (Malaysia), dia kena sedar dan orang Islam jangan diapa-apakan kedudukan mereka. Usul yang kita bawa ini (hudud) tak sentuh orang bukan Islam, kenapa dia timbulkan isu ini?.

“Kita dahulukan orang Islam dalam aspek dan ruang yang kita boleh laksanakan (hukum) syariah untuk menjadi contoh kepada orang bukan Islam agar melihat apa itu Islam.

Adakah dia takut yang kita nak tunjukkan Islam? Jangan takut,” katanya kepada pemberita di kediamannya selepas men- yampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng Selasa lalu bahawa DAP membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi berikutan tindakan parti itu bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi menegaskan, Guan Eng tidak berhak untuk menilai dirinya sama ada mempunyai maruah atau tidak, sebaliknya terserah kepada rakyat untuk menilai.

“Yang menentukan maruah saya bukan dia (Guan Eng), rakyat yang tentukan maruah saya. Alhamdulillah, saya dapat tentukan maruah saya dengan Islam. Pegangan saya dengan Islam melalui kerjasama dengan semua pihak dalam pakatan pembangkang serta bergantung kepada perlembagaan dan hala tuju Pas,” jelasnya.
Ujar beliau, semua parti dalam pakatan pembangkang telah mencapai persetujuan berkaitan dasar serta matlamat parti masing-masing. 

Malah, kata Abdul Hadi, sebelum ini beliau sendiri bersama-sama Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menandatangani perjanjian bersama.

“Kita sudah ada perjanjian yang dibuat dan ditandatangani bersama oleh saya, Kit Siang dan Anwar iaitu kita terima hakikat DAP tak setuju (pelaksanaan hudud), tetapi saya mengatakan apa yang saya bawa ini untuk orang Islam, tidak berkait dengan orang bukan Islam dan tak perlu dia (Guan Eng) melenting,’’ katanya.

Beliau seterusnya berkata, Pas bukan sebuah parti yang oportunis untuk memperjuangkan kaum ter­tentu sahaja, berbeza dengan rakan parti lain dalam pakatan pembangkang.

“Orang nak sokong kita, sokonglah tapi kalau tak mahu sokong silakan. Pas mempunyai satu kekuatan hari ini yang mana kita sudah ada Dewan Himpunan orang bukan Islam sokong Pas, dengan sebab itu kita tak jadi masalah,” katanya.

Ditanya tentang status hubungan DAP dengan Pas ekoran kenyataan Guan Eng itu, beliau berkata, perkara itu diserahkan kepada beberapa jawatankuasa tertinggi Pas termasuk Majlis Syura Ulama bagi menentukannya.

 Mengenai masa depan Pas dalam pakatan pembangkang, beliau mengakui tidak dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku, namun percaya perkembangan terhadap Pas sangat positif dengan pertambahan keahlian yang kini mencecah lebih 1 juta orang selepas kemasukan 10,000 ahli baharu bulan lalu.( Utusan online-).Posted by abnmulya / Hj.Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.

Thursday, March 26, 2015

Senarai barang dikecualikan GST.

Menjelang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan 1 April ini 


HERMAN HAMID:27 Mac 2015 1:13 AM 


KUALA LUMPUR 26 Mac - Menjelang pelaksanaan cukai barangan dan perkhid­matan (GST) 1 April ini, Kementerian Kewangan hari ini memperluaskan lagi senarai barang dan perkhidmatan yang dikecuali­kan daripada cukai tersebut bagi memanfaatkan rakyat dan industri.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, senarai tersebut meliputi empat perkara iaitu bahan bacaan, ubat, yuran penyelenggaraan terma­suk sinking fund kediaman dan perkhid­matan pendidikan.
Menurut Kementerian Kewa­ngan, pengecualian GST kini diperluaskan kepada semua jenis bahan bacaan termasuk surat khabar manakala majalah dan buku-buku lain yang bukan merupakan bahan bacaan dikenakan GST.

Kata kenyataan itu, langkah ini diharap dapat memastikan bahan bacaan yang dikecualikan GST tidak akan mengalami sebarang kenaikan dan seterusnya dapat me­ningkatkan budaya membaca dalam kalangan rakyat.

Selain itu, bilangan ubat yang dikecualikan GST di bawah Senarai Ubat-Ubatan Penting Nasional diperluaskan daripada 2,900 kepada 4,215 jenama ubat untuk memastikan ubat-ubatan di bawah senarai ini dapat meliputi semua dos dan kaedah pengambilan.

Malah Kementerian Kewangan juga akan mengkaji cadangan Kementerian Kesihatan untuk memperluaskan lagi jenis ubat bagi penyakit tertentu untuk dikecualikan GST,” kata kenyataan itu. 

Di samping itu, Kementerian Kewangan memaklumkan, yuran penyelenggaraan dan sinking fund yang sebelum ini hanya dikecuali­kan GST ke atas rumah kos rendah dan kos sederhana rendah kini turut diperluaskan meliputi semua jenis bangunan kediaman yang dipegang di bawah hak milik strata.

Perkhidmatan pendidikan yang dikecualikan daripada GST turut diperluaskan meliputi pendidikan kemahiran yang disediakan oleh penyedia latihan kemahiran yang menjalankan program yang diluluskan dan ditauliahkan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652). 

Selain itu, Kementerian Kewangan dalam kenyataan itu turut memberi penjelasan berhubung empat perkara iaitu GST ke atas perkhidmatan kesihatan, pertubuh­an bukan kerajaan (NGO) terma­suk institusi keagamaan, GST di zon perdagangan bebas dan gudang, serta barang yang dikecualikan cukai tersebut.

 Menurut Kementerian Kewangan, perkhidmatan jagaan kesihatan oleh hospital, klinik, pusat rawatan dialisis dan seumpanya tidak dikenakan GST namun GST akan dikenakan ke atas caj rawatan atau perkhidmatan rundingan yang diberikan oleh doktor bebas (independent doctor) yang tidak berdaftar sebagai kemudahan jagaan kesihatan.

“Di dalam membantu kemudah­an jagaan kesihatan swasta untuk mengurangkan kos untuk menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan, sebanyak 120 jenis peralatan perubatan yang dibeli oleh hospital, klinik atau mana-mana kemudahaan jagaan kesihatan swasta diberi pelepasan GST,” kata kenyataan itu.

Selain itu, Kementerian Kewangan turut menjelaskan barang yang dikecualikan GST termasuk susu formula bayi di bawah umur 36 bulan, semua jenis beras dan gula.

Sementara itu, tambah Kementerian Kewangan, bagi aktiviti NGO dan institusi keagamaan yang terlibat sepenuhnya di dalam aktiviti kebajikan atau keagamaan juga tidak dikenakan GST. 

“Mengenai layanan GST di zon perdagangan bebas dan gudang, secara prinsipnya, pengenaan GST ke atas perkhidmatan yang dibekalkan tidak akan menambahkan kos perniagaan kerana apa-apa GST yang dibayar boleh dituntut semula sebagai kredit oleh syarikat yang berdaftar.

 “Penelitian semula sedang dijalankan dan secara prinsipnya beberapa jenis perkhidmatan yang digunakan di dalam kawasan berikut akan diberi layanan khas.

Langkah ini bagi memastikan aktiviti perniagaan yang dijalankan di dalam kawasan tersebut adalah kompetetif dan selaras dengan amalan di pe­ringkat antarabangsa.

“Keputusan mengenai jenis perkhidmatan yang akan diberi pelepasan GST akan dimaklumkan kepada pihak industri,” ujar kenya­taan itu.( Utusan online).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com./

"Kebebasan mutlak bukan di sini"

Perdana Menteri menegaskan kepentingan Akta Hasutan dan Rang Undang-Undang Anti Keganasan adalah tepat 


MOHD. ASRON MUSTAPHA:   26 Mac 2015 2:27 AM 

Najib Tun Razak melakukan tabik hormat dalam Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-28, di Kuala Lumpur semalam. Di sebelah beliau ialah Khalid Abu Bakar--Utusan / Mohds Najib Mohd Nor.

KUALA LUMPUR 25 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kebebasan mutlak tanpa sebarang rasa bertanggungjawab yang cuba dituntut dan diinginkan pihak tertentu tiada tempat di negara ini.

Serentak dengan itu, beliau dalam nada tegas mempertahankan kepentingan Akta Hasutan, selain turut menyifatkan langkah kerajaan menggubal dan bakal membentangkan Rang Undang-Undang Antikeganasan adalah tepat.

Pada masa yang sama, Najib berkata, tiada sebab untuk kerajaan apologetik dalam usaha memelihara keamanan dan keselamatan negara, walaupun beberapa pihak menuduh langkah tersebut sebagai tidak demokratik.

“Kerajaan mesti pastikan tidak berlaku sebarang bentuk keganasan dalam negara kita, tidak perlu apolo­getik walaupun mungkin akan ada yang kata ini tidak demokratik. Saya nak kata bahawa tiada kebebasan mutlak.

“Kebebasan mutlak tanpa rasa tanggungjawab tiada tempat di negara ini, kita akan pastikan setiap warganegara ikut lunas undang-undang,” katanya semasa berucap pada Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-208 di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Sambutan tersebut turut diserikan dengan terbang lintas tiga buah helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM), gimik pertunjukan membasmi jenayah pemerdagangan manusia oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dan penyampaian Anugerah Integriti PDRM.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, untuk mentadbir dan memastikan sesebuah negara itu menjadi teguh serta kuat, terdapat empat aspek terpenting yang perlu diberi perhatian oleh mana-mana kerajaan.

Menurutnya, aspek pertama adalah mempunyai struktur ekonomi yang kukuh, disusuli kestabilan politik serta perpaduan erat dalam kalangan rakyat sebelum yang ter­akhirnya ialah aman tanpa sebarang kacau bilau.

“Kalau tanya saya antara empat aspek ini, mana yang lebih penting? Mana satu yang perlu kita dahulukan? Saya boleh katakan bahawa keamanan dan keselamatan adalah aspek paling penting yang perlu dipertahankan.

 “Sebab itu janganlah kita sebagai rakyat tidak hormati polis, pandang rendah dan tuturkan kata nista, hormatilah mereka kerana disebabkan polis kita dapat hidup dalam keadaan aman tanpa rasa takut,” katanya.( Utusan online).Posted  by abnmulya  / Abu Bakar NInggal.blogspot.com at 2111 hrs on March 26,2015.

Wednesday, March 25, 2015

BANTAH GST: DUA AHLI PARLIMEN ANTARA 25 INDIVIDU DIHADAP KE MAHKAMAH

25 Mac 2015 2:49 

PETALING JAYA 25 Mac - Dua Ahli Parlimen pembangkang antara 25 individu yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan tidak mematuhi arahan untuk bersurai ketika berkumpul membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuala Lumpur, kelmarin.

Mohd Hatta Ramli
Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli daripada Pas; Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Michael Jeyakumar daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan serta 22 individu lain mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Yasmin Abdul Razak.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Mei ini untuk sebutan semula kes. -( Utusan online-Mahkamah).Posted by abnmulya  / Abu Bakar NInggal.blogspot.com.at 1409 hrs on March 26,2015.

Akar umbi PKR sokong hudud

26 Mac 2015 2:10 AM

Norizam Yassin (tiga dari kiri) bersama-sama ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan sokongan mereka terhadap pelaksaaan hudud di Kelantan di Seksyen 14 di sini semalam. UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS 


SHAH ALAM 25 Mac – Sekumpulan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini tampil menyatakan pendirian mereka menyokong sepenuhnya pelaksanaan hukum hudud di Kelantan menerusi pembentangan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Dewan Rakyat. 

Menurut kumpulan itu, soko­ngan terhadap pelaksanaan hudud dibuat atas kesedaran mereka sebagai rakyat yang bukan hanya mahu memartabatkan Islam, bahkan mengekalkan prinsip toleransi serta hormat-menghormati antara pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Wakil kumpulan terbabit, Norizam Yassin berkata, pihaknya sedar tindakan mereka tidak selari dengan pendirian rasmi PKR pada 21 Mac lalu yang bertegas tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hukum hudud itu.

“Bagaimanapun, sebagai umat Islam tanpa mengira ras dan keturunan, kita perlu bangkit mempertahankan kesucian agama Islam daripada diasak bertubi-tubi oleh beberapa pihak yang melihat isu hudud ini sebagai agenda politik.

“Oleh demikian, kami menyokong penuh apa yang dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan berlandaskan kesedaran bahawa Islam jauh merentasi sempadan politik kepartian,” katanya yang juga Naib Ketua PKR Cabang Rasah di sini hari ini.

Pada masa sama, Norizam turut mengkritik kepemimpinan PKR supaya tidak membuat keputusan hanya berlandaskan kepentingan untuk mengekalkan kuasa, selain mendesak pemimpin bukan Islam, khususnya daripada DAP agar menghentikan sebarang spekulasi dan kenyataan terbuka tentang hudud yang digubal untuk umat Islam di Kelantan.

Sementara itu, ahli PKR Cabang Kota Raja, Anthony Dass menyifatkan tindakan menyelar pihak yang menentang pelaksanaan hudud khususnya daripada kalangan bukan Islam disifatkannya memberi implikasi negatif kepada hubu­ngan serta rasa hormat-menghormati antara penganut pelbagai agama di negara ini.

Menurutnya, walaupun me­nganut Kristian Katholik, dia menyokong pelaksanaan hukum hudud yang dikenakan hanya ke atas umat Islam.

“Mana-mana parti politik khususnya daripada kalangan pe­mimpin bukan Islam tidak boleh campur tangan, apatah lagi memberi nasihat supaya jangan sokong hukum melibatkan agama orang lain. 

“Siapa mereka untuk menentukan hukum hudud tidak boleh dilaksanakan sedangkan tiada kena-mengena dengan orang bukan Islam,” tegasnya.

Pandangan sama turut diberikan oleh ahli PKR dari Cabang Shah Alam, Datuk Hussien Ahmad yang memberi amaran kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung parti itu yang belum disahkan jawatan,

Lim Guan Eng supaya tidak mencampuri urusan umat Islam berkaitan dengan soal pelaksanaan hudud termasuk memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“DAP jangan cuba ajar orang Islam berkenaan hukum hudud. Sedar atau tidak bahawa pakatan (pembangkang) itu masih belum didaftarkan. Mengapa perlu pertikai hasrat Abdul Hadi... beliau adalah seorang pemimpin Islam,” ujarnya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya  / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 11.19 am on March 26,2015.

DAP dianggap putus dengan PAS--Haron Din

Pakatan pembangkang bakal berkecai 
(MAISARAH SHEIKH RAHIM: 26 Mac 2015 2:13 AM). 

KUALA LUMPUR 25 Mac - Keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Pre­siden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dianggap amat melampau sekali gus memberi isyarat hubungan pakatan pembangkang bakal berkecai.

Mursyidul Am Pas, Datuk Dr.Haron Din
Perkara itu disua­rakan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang turut menyelar tindakan DAP menggelarkan Abdul Hadi sebagai pengkhia­nat kerana ia tidak patut dikeluarkan oleh rakan sekutu parti sendiri sedangkan orang biasa pun tidak mengeluarkan perkataan seumpama itu.

Beliau turut mempersoalkan kewajaran DAP berbuat demikian seperti mahu mengajar Pas seolah-olah mengarahkan parti itu untuk menukarkan Presiden jika mahu terus kekal dalam pakatan pembangkang.

 “Adakah pada saat-saat seperti ini ketika kita semua mahu per­ba­i­ki semua keretakan, tiba-tiba DAP buat kenyataan yang meluaskan retak itu, memutuskan hubungan dengan Presiden mengisyaratkan kepada pakatan akan berpecah.

“Apa yang nyata bukan kita memulakan masalah keretakan ini, tidak fahamkah DAP bahawa Pre­siden adalah sebahagian dalam parti dan parti merupakan sebahagian Presiden, jadi mana mungkin dipisahkan? Kalau tidak mahu berhubung dengan Pre­siden nak berhubung dengan siapa?
“Parti di bawah arahan Presiden, amat pelik tindakan DAP itu, kita nampak isyaratnya adalah ke arah itu (berpecah). Apa maknanya kalau putus kepala kalau ekor tidak putus?

Putus kepala maknanya mati, ertinya habis,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. DAP semalam mengambil keputusan untuk memutuskan hubu­ngan dengan Abdul Hadi berikutan tindakan Pas bertegas mahu me­laksanakan hudud di Kelantan dan pada masa sama, parti itu turut menuduh Abdul Hadi sebagai pe­mimpin yang tidak bermaruah dan tidak jujur.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, keputusan sebulat suara dibuat oleh DAP kerana menganggap Abdul Hadi ‘pengkhia­nat’ dalam pakatan pembangkang kerana membentangkan usul rang undang-undang persendirian ber­kenaan hudud ke Parlimen tanpa pengetahuan parti itu.

Dalam pada itu, tokoh ulama berpengaruh itu berkata, Pas sudah berkali-kali menyatakan kepada DAP bahawa jika mereka merasakan tidak perlu lagi kepada pakatan, maka parti itu dipersilakan keluar daripada gabungan kerjasama antara mereka.

Menurut beliau, DAP perlu membuat keputusan sebegitu tanpa lagi berdolak-dalik mencari pelbagai alasan dengan menjadikan isu hudud sebagai modal pekikan mereka.

Sedangkan Pas, katanya, meng­anggap pakatan masih lagi berguna dan boleh dipertahankan buat ketika ini sehingga keadaan menentukan sebaliknya.

“Kalau DAP rasa mahu keluar, keluar sahaja dan kita tunggu senario politik baharu,’’ katanya.
Mengulas lanjut, Haron berkata, DAP diminta merujuk semula keputusan pakatan pembangkang dalam soal hudud iaitu ketiga-tiga parti bersetuju dalam tidak bersetuju tentang agenda perjuangan Pas tersebut.

 “Tidak mengapalah kalau mereka menentang hudud tetapi ja­nganlah sampai buat tuduhan begitu yang kurang sopan,” katanya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya  / Abu Bakar Ningga .blogspot.com.at 10.44 am on March 26,2015.

Tuesday, March 24, 2015

DAP diminta keluar pakatan

25 Mac 2015 1:32 AM  

KUALA LUMPUR 24 Mac – DAP dipersilakan keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya tidak boleh lagi bekerjasama dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana Pas akan terus mempertahankan Ahli Parlimen Marang itu sebagai Presidennya.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Pas juga bertegas akan terus kekal berada dalam pakatan pembangkang walaupun menerima pelbagai desakan dan tekanan daripada DAP khususnya melibatkan isu hudud.

“Kita sudah jelas, tuan guru Abdul Hadi adalah kecintaan rakyat Malaysia. Beliau adalah Presiden Pas dan akan terus membawa mesej Pas.
“Kita juga jelas bahawa Pas akan terus berada dalam pakatan pembangkang. Jadi, dari­pada suruh orang keluar (daripada pakatan pembangkang), lebih baik diri sendiri (DAP) yang keluar,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas ke­nyataan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng yang meminta Abdul Hadi me­ninggalkan pakatan pembangkang sekiranya masih mahu meneruskan agenda membawa rang undang-undang persendirian berke­naan hudud ke Dewan Rakyat.
DAP dalam kenyataannya hari ini juga menegaskan mahu memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi namun dalam masa sama masih mahu menjalinkan kerjasama de­ngan Pas dalam pakatan pembangkang.
Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menyifatkan tindakan
DAP mengeluarkan kenyataan itu sebagai tidak berakhlak kerana cuba mencampuri urusan dalaman Pas.
“Apa yang saya faham, ini satu tekanan supaya dalaman Pas menolak Presiden, usaha ini adalah usaha yang saya sebut wujud dalam Pas tapi masih berlapik-lapik,” katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Marzuk Shaary menyifatkan tindakan DAP yang tidak mahu mengiktiraf Abdul Hadi sebagai Presiden Pas sebagai janggal.( Utsan online-politik).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ningal,blogspot.com.at 1400hrs on March 25,2015.

Umno Kelantan Kecam Guan Eng

25 Mac 2015 1:44 AM 

KOTA BHARU 24 Mac – UMNO negeri ini mengecam tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengeluar kenyataan menuduh parti itu menghasut Pas berhubung isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Datuk Md. Alwi Che Mat
Ketua Penerangannya, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, tuduhan yang dilemparkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu bukan sahaja tidak berasas tetapi sengaja dilakukan bagi mengalih pandangan masyarakat selepas mereka memutuskan hu­bungan dengan Pas.

Beliau berkata, semua sedia maklum, UMNO menyokong hudud kerana Allah dan pendirian itu jelas.
“Hukum hudud adalah undang-undang Allah dan sebagai umat Islam mesti menyokongnya, tidak timbul soal UMNO menghasut Pas kerana parti itu sendiri sejak sekian lama telah memperjuangkan hu­dud.

 “Saya juga tidak faham, dia (DAP) gaduh dengan Pas tetapi salahkan UMNO. Bagaimana sekiranya UMNO kata DAP hasut MCA dan Gerakan menyokong mereka menentang hudud?

Semua ada pendirian ma­sing-masing, jangan tuduh orang lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 DAP hari ini mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan tindakan parti itu bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan. 

Pada masa sama, Guan Eng me­lalui kenyataannya itu turut menuduh UMNO menghasut Pas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan, selain mendakwa parti itu menjanjikan sokongan apabila rang-rang undang berkaitan hudud itu dibentangkan di Parlimen kelak.

Selain menuduh UMNO, Guan Eng turut mendakwa Abdul Hadi sebagai pemimpin yang tidak bermaruah dan tidak jujur, selain tidak menghormati persetujuan Majlis Pimpinan Pakatan

Pembangkang dalam isu itu sebelum ini. < “Saya terkejut dia (Guan Eng) hina Abdul Hadi sampai begitu sekali.

Abdul Hadi seorang pemimpin, ulama dan dihina dengan begitu teruk sekali. “Abdul Hadi dituduh tidak bermaruah, perkataan ini adakah sesuai digunakan kepada seorang ulama yang dihormati? Tidak ada maruah apa, Abdul Hadi mempertahankan Islam,” katanya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 12.42 pm on MARCH 25,2015.

Monday, March 23, 2015

DAP keterlaluan gelar Pas pengkhiianat--Hadi

WAN ZULKIFLI WAN YAACOB DAN ISWAN SHAFIQ MAT ISA
23 Mac 2015 1:04 AM 



MARANG 22 Mac – DAP bersikap keterlaluan apabila menggelar Pas sebagai pengkhianat dalam pakatan pembangkang kerana berkeras untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, soal khi­anat tidak berbangkit kerana DAP menerusi Penasihatnya, Lim Kit Siang menandatangani kenyataan bersama Penasihat Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2011 yang ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ dalam pelaksanaan hudud.

“Kami buat kenyataan bersama bahawa kami (pakatan pembangkang) menerima hakikat itu adalah hak kerajaan Kelantan (untuk melaksanakan hudud) dan kami memberi ruang kepada DAP untuk tidak bersetuju.
“Kami tidak halang mereka untuk tidak setuju. Kami bukan orang Melayu yang mudah lupa. Kami orang Islam yang tidak lupa.

“Macam dalam isu pilihan raya PBT (pihak berkuasa tempatan), kami (Pas) tidak setuju, tapi DAP tetap kemukakan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). Kami diam, tapi mereka tidak diam (dalam isu hudud). Itu bezanya,” katanya.
Abdul Hadi berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Pidato Kemuncak sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3, di sini malam tadi.

Beliau diminta mengulas tuduhan DAP bahawa Pas khianat dan sengaja melakukan provokasi untuk memecahbelahkan pakatan pembangkang kerana terus berkeras melaksanakan hudud di sebalik bantahan parti-parti sekutu.

Menyentuh mengenai pendirian rasmi PKR yang diterajui oleh kalangan pemimpin Islam yang turut memutuskan tidak menyokong pembentangan rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat,

Abdul Hadi membayangkan itu juga tidak akan menghalang langkah Pas. Abdul Hadi berkata, kewajipan Pas setakat ini adalah untuk membentangkan apa yang dipersetujui sebulat suara oleh pucuk pimpinan parti khususnya di Kelantan dan pihaknya tidak boleh memaksa PKR memberi sokongan.

Mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri bahawa rang undang-undang persendirian itu mungkin tidak dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang, beliau berkata, itu boleh diputuskan mengikut budi bicara Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia).

Katanya, mengikut peraturan, rang undang-undang persendirian hendaklah diusulkan dan perlu mendapat keizinan daripada seorang menteri terlebih dahulu sebelum boleh dibentangkan.

Pas hanya perlukan majoriti mudah melalui 21 ahli Parlimennya dengan sokongan penuh 88 Ahli Parlimen UMNO untuk membolehkan pelaksanaan hudud di Kelantan.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya  / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 2137 hrs on March 23,2015.

Sunday, March 22, 2015

PAS pertahan kerusi DUN Chempaka

ZAAIN ZIN 
DAN MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB :23 Mac 2015 1:06 AM 


Ahmad YAKOB (kanan) dan Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Nik Abdullah (dua dari kiri) mengangkat tangan Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad (dua dari kanan) selepas diumumkan memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka di Pusat Penjumlahan Undi di MRSM Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam. utusan/Rosni Masri

KOTA BHARU 22 -Mac  Seperti dijangka, Pas tidak berhadapan masalah untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka malah empat calon Bebas yang turut bertanding hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya kecil (PRK) tersebut.

Calon Pas, Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad memperoleh majoriti 10,092 undi selepas menewaskan empat calon Bebas iaitu Sharif Mahmood, 59; Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; Fadzillah Husin, 55 dan Aslah Mamat, 64.

Ahmad Fathan mendapat 10,899 undi manakala Sharif (807 undi), Izat Bukhary (51 undi), Fadzillah (89 undi) serta Aslah (27 undi). Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Chempaka, Ibrahim Bakri Mat Deris pada pukul 9 malam ini di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bitara Pengkalan Chepa, di sini.

Kemenangan itu menyaksikan kedudukan DUN Kelantan kekal iaitu Pas dengan 32 kerusi, manakala Barisan Nasional (12) dan Parti Keadilan Rakyat (satu).
Seramai 55 peratus atau 12,039 daripada 21,890 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab hari ini. Peratusan itu menurun berbanding 85.9 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Antara yang hadir meraikan kemenangan Ahmad Fathan ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Pesuruhjaya Pas negeri yang juga Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi tersebut iaitu bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Februari lalu.

BN tidak bertanding dalam PRK tersebut demi kepentingan rakyat kerana memberi tumpuan kepada kerja-kerja membantu mangsa banjir dan memulihkan negeri ini yang terjejas teruk akibat malapetaka itu penghujung Disember lalu.

Langkah tersebut juga bagi mengelakkan perpecahan dalam kalangan rakyat apabila bibit-bibit perpaduan telah menjelma ekoran kerjasama erat antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Pas Kelantan untuk membangunkan semula negeri ini.

Allahyarham yang juga bekas Mursyidul Am Pas menguasai kawasan DUN Chempaka selama tujuh penggal berturut-turut. Dalam PRU-13, beliau menang dengan majoriti 6,500 undi apabila memperoleh 12,310 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Wan Razman Wan Abd. Razak yang memperoleh 5,810 undi.

Sementara itu, Ahmad Fathan Berkata, beliau tidak menyangka memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih besar. “Alhamdulillah, ini yang kita harapkan. Saya akan meneruskan perjuangan Tok Guru Nik Abdul Aziz di kawasan ini,” katanya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 9.39 am on March 23,2015.

Saturday, March 21, 2015

PAS tidak gusar disisih parti sekutu--Abdul Hadi

22 Mac 2015 12:49 AM 

KUALA TERENGGANU 21 Mac – Pas
tidak gusar jika sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP memutuskan untuk menamatkan hubungan kerjasama mereka dan menyisihkan parti itu melalui pembentukan satu pakatan baharu. Presiden Pas,

Datuk Seri Abdul Hadi Awanag
Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang seakan memba­yangkan ia bukan satu persoalan lagi dan bersedia ‘berpatah arang’ berkata, terserah kepada DAP untuk membuat keputusan kerana dalam soal itu tiada siapa yang menghalang.

“Itu bukan hak kita...itu hak masing-masinglah. Dalam negara demokrasi sesiapa bebas nak tubuh parti, nak adakan pakatan pun boleh. Kita tak boleh halang siapa-siapa.
Abdul Hadi yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia diminta mengulas mengenai langkah yang dipercayai sedang digerakkan oleh DAP untuk membentuk satu pakatan baharu tanpa Pas setelah tidak lagi mempedulikan gesaan agar menghentikan usaha untuk melaksanakan udang-undang hudud.

Ditanya sama ada beliau yakin langkah susulan Pas di Parlimen akan berjaya, Abdul Hadi enggan meramalkan namun katanya kelulusan hanya memerlukan majoriti mudah.

Beliau juga menjelaskan, adalah menjadi hak ahli Parlimen yang mewakili parti-parti sekutu untuk menolak dan menjejaskan usaha Pas di Dewan Rakyat kelak (Utusan online-politik).Posted by abnmulya n / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.53pm on March22,2015.

Pengacara BFM akan disiasaata polis

22 Mac 2015 1:20 AM 

KUALA LUMPUR 21 Mac – Setelah mencetus kontroversi serta membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini, pengacara radio BFM, Aisyah Tajuddin disahkan akan disiasat polis berkaitan kandungan video mempersoalkan pelaksanaan hudud di Kelantan lakonannya baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, turut akan disiasat ialah individu yang melakukan ugutan terhadap Aisyah serta penulis skrip video tersebut.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan siasat kedua-dua pihak, penyiar BFM (Aisyah) dan yang ugut penyiar. Penulis skrip penyiar juga akan dipanggil,” katanya menerusi Twitter di sini hari ini.
Kelmarin, sebuah video yang mengupas pelaksanaan hukum hudud menjadi viral di laman sosial kerana mempersoalkan tindakan kerajaan Kelantan yang lebih mengutamakan isu itu berbanding sosioekonomi rakyatnya.
Ekoran penyebaran video bertajuk Hudud Isi Periuk Nasi? itu, pengacara berusia 27 tahun berkenaan telah menerima ugutan bunuh dan rogol daripada orang ramai di media sosial.

Khalid dalam satu sidang akhbar semalam berkata, berdasarkan penelitian awal pihaknya, kandungan video tersebut belum sampai ke tahap menghasut tetapi lebih kepada pandangan peribadi mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan.( Utusan online).Posted b y abn mulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 12.35 pm on March 22,2015.

BFM diberi amaran keras jangan main isu agama

22 Mac 2015 11:07 AM 

PUTRAJAYA 22 Mac - Polis memberi amaran keras kepada stesen radio BFM supaya tidak lagi memainkan isu sensitif berkaitan agama sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, walaupun pernah dikenakan tindakan kerana menyiarkan wawancara isu kalimah Allah pada tahun lalu, stesen radio itu dilihat tidak serik apabila sekali lagi menimbulkan kontroversi dengan memuat turun video mempersoal pelaksanaan hukuman hudud di Kelantan, kelmarin.

Katanya, perbincangan akan diadakan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen radio yang berani mempersenda dan menyentuh isu sensitiviti agama di negara ini.

“Saya beri peringatan kepada seluruh stesen radio khususnya BFM supaya lebih berhati-hati kerana sebelum ini mereka pernah dikenakan tindakan membabitkan isu kalimah Allah.

“Tindakan terbaharu pula apabila mereka cuba persendakan hukum hudud dan perkara ini sensitif bagi orang Islam. Jadi, jangan pandai-pandai buat perkara yang timbulkan kemarahan orang ramai terutamanya membabitkan agama,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Kayuhan Malaysia Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersempena sambutan Hari Polis Ke-208 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE( Utusan online).Posted by abnmulya / Abu Bakar NInggal.blogspot.com.at 12.20 pm on March22,2015.

Belanda nafi Rusia tembak jatuh MH17

21 Mac 2015 12:52 AM 

RANGKAIAN berita Belanda, RTL kelmarin mendedahkan gambar serpihan yang didakwa milik peluru berpandu BUK berdasarkan penemuan huruf dalam bahasa Rusia, yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17 pada 17 Julai tahun lalu. – AGENSI 

AMSTERDAM 20 Mac – Pihak berkuasa Belanda menafikan laporan yang mendakwa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lalu, menggunakan sistem pertahanan peluru berpandu permukaan ke udara (SAM), BUK.

Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) yang menyiasat punca nahas tersebut, mengeluarkan kenya­taan tersebut sebagai menafikan laporan rangkaian berita tem­patan,

RTL yang mendakwa pesawat MH17 ditembak jatuh menggunakan senjata buatan Rusia itu. 

“Siasatan punca kejadian masih dijalankan secara terperinci dan memberi tumpuan kepada banyak sumber lain berbanding sekeping serpihan.

“Bahan tambahan bagi membantu siasatan sangat dialu-alukan, tetapi apa yang penting bahan itu tidak boleh menimbulkan keraguan dan perlu mempunyai kaitan dengan nahas pesawat tersebut,” jelas DSB dalam kenyataannya.

Semalam, RTL mendakwa sekeping serpihan logam yang ditemukan oleh seorang wartawan Belanda di Kampung Grabovo beberapa bulan lalu, tidak jauh dari lokasi pesawat MH17 ditembak jatuh, merupakan bahan yang digunakan untuk roket BUK.

Awal bulan ini, media Ukraine membuat kesilapan apabila men­dakwa memetik kenyataan penyiasat Belanda yang menuduh

Rusia terlibat dalam nahas yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal, kebanyakannya warga Belanda.

Malah dalam laporan media Ukraine, termasuk rangkaian televisyen utama seperti TSN dan akhbar harian,

Segodnya, mendakwa pasukan penyiasat Belanda mencapai kesimpulan bahawa sistem pertahanan BUK digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17. :

Terdahulu, Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov menempelak laporan agensi berita Reuters yang memetik kenyataan saksi kejadian bahawa mereka melihat roket dilancarkan ketika pesawat Boeing itu ditembak jatuh. J

Jelasnya, laporan itu cuba mengalihkan fakta dan mencetuskan pelbagai teori, sekali gus berniat buruk.

“Kenyataan saksi ternyata bercanggah antara satu sama lain, dan menimbulkan keraguan seperti cara roket meluncur, perbezaan peringkat roket dan asap berwarna biru.

 “Bagaimana saksi boleh memberi maklumat tersebut, sedangkan mereka berada 25 kilometer dari lokasi kejadian, ditambah dengan cuaca mendung,” soal beliau.( UTUSAN ONLINE-LUAR NEGARA).Posted bya ab nmulyta / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 16 08 hrs on March 21,2015.

Kab inet dimaklumkan mengenai hudud

Mac 21 20,2016 at 1.20am.


MOHD. SHAFIE APDAL bersama Naib Prinsipal Royal Agricultural University United Kingdom (RAU), Prof. Dr. Paul Davies pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dengan RAU di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Putrajaya, semalam. BERNAMA 

PUTRAJAYA 20 Mac – Kabinet telah dimaklumkan mengenai pelaksanaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hukum hudud di Kelantan dan bersetuju dengan sokongan yang diberikan wakil UMNO di Kelantan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, perkara tersebut tidak boleh diulas panjang kerana UMNO telah bersetuju supaya ada jurucakap yang dilantik untuk membicarakan perkara berkenaan kepada umum.

"Kita memang amat setuju supaya hudud dijadikan sebagai undang-undang yang diluluskan kerana ia adalah hukum Allah, jadi kita sememangnya memberi sokongan (terhadap hudud).

"Tiada persoalan bahawa kita menentang hukum Allah, cuma cara pelaksanaannya perlu ditingkatkan lagi. Pendirian kita selaku pimpinan yang ada adalah bersetuju dengan suara yang diberikan oleh wakil UMNO di Kelantan," katanya dalam sidang akhbar sini hari ini.

Semalam Kelantan mencipta sejarah sekali lagi apabila pindaan kepada Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) diluluskan sebulat suara dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Ini merupakan kali kedua rang undang-undang yang lebih dikenali dengan hukum hudud itu diluluskan di Dewan tersebut selepas kali pertama dibawa pada 1993. <

Kesemua 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu 31 daripada Pas, 12 Barisan Nasional (BN) dan seorang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hadir ketika ia diluluskan.

Keputusan itu juga menunjukkan kesepakatan kesemua ADUN yang beragama Islam biarpun berbeza fahaman politik untuk meluluskan hukum Allah itu biarpun ada di antaranya terpaksa dipapah untuk datang ke sidang DUN dan dihalang oleh partinya sendiri.

ADUN Guchil, Roslan Puteh daripada PKR paling menarik perhatian apabila tetap hadir walaupun diarah supaya tidak berbuat demikian oleh kepimpinan tertinggi parti itu.( Utusan online).Posted by abnmulya  // Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1510 hrs on March 21,2015.

Friday, March 20, 2015

21 Mac 2015 1:28 AM 

SEDUTAN video yang menjadi viral dalam aplikasi WhatsApp yang memaparkan pengacara stesen radio BFM memperlekehkan hukuman hudud yang akan dilaksanakan di Kelantan. 

KUALA LUMPUR 20 Mac – Tindakan pengacara stesen radio BFM, Aisyah Tajuddin memuat naik video mempersoalkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan telah membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Video berdurasi 1 minit 55 saat yang disiarkan BFM Kupas dan ditonton sebanyak 378,868 pengguna internet itu mendakwa Pas Kelantan menggunakan agama bagi mengaburi mata rakyat untuk meraih populariti politik.

Malah, Aisyah juga mendapat kecaman hebat daripada ribuan pengguna laman sosial yang memarahi tindakannya memperlekehkan dan mempersendakan agama Islam.

Dia juga turut mempersoalkan rakyat negara ini yang bergaduh mengenai agama dan bangsa tetapi ekonomi negara merosot dan hutang meningkat.

Aisyah yang memakai baju berwarna putih itu juga turut menyindir pelaksanaan hukum hudud dengan membuka bungkusan nasi lemak tetapi di dalamnya kosong sambil mengibarkan bendera ne­geri Kelantan.

Penguna laman sosial Facebook meminta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan ke atas Aisyah yang dianggap bukan sahaja menghina rakyat Kelantan tetapi agama Islam dan hukum Allah. 

BFM dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya telah mengambil keputusan untuk menarik balik video tersebut memandangkan kemarahan yang timbul.

“Berdasarkan komen-komen yang diterima daripada pelbagai pihak jelas bahawa sebahagian da­ripada penonton menganggap kami mempersoalkan hukum hudud sedangkan kami tidak berniat sedemikian.

Kami hanya mengajak penonton supaya mempertimbangkan beberapa persoalan mengenai pelaksanaannya.

“Walau bagaimanapun, kami i­ngin menyatakan rasa kesal terhadap serangan peribadi ditujukan kepada Aisyah termasuk ugutan bunuh dan rogol. Kami ingin mene­gaskan Aisyah hanyalah pengacara pengganti BFM Kupas dan bukanlah pengacara tetap rancangan tersebut,” kata kenyataan itu di sini hari ini.(Utusan online).Posted by ab nmulya //Abu Bakar Ningal.blogspot.com.at1440 hrs on March 21,2015.

ADUN PKR sedia dikenakan tindakan oleh parti


KOTA BHARU 20 Mac – “Sebagai umat Islam saya wajib sokong hukum Allah (hudud).” Itu reaksi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil,

Roslan Puteh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai tindakan beraninya membelakangi arahan parti apabila hadir pada sesi pembahasan dan menyokong Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dalam masa sama Roslan turut mengakui beliau menjadi salah seorang daripada 44 ADUN ma­sing-masing daripada Pas dan Barisan Nasional (BN) yang sebulat suara menyokong pindaan tersebut diluluskan.
Rang itu diluluskan selepas mendapat sokongan kesemua 44 ADUN termasuk seorang daripada PKR serta 12 wakil pembangkang daripada BN.

Paling menarik perhatian pada sesi pengundian rang undang-undang tersebut apabila wakil daripada PKR itu tetap hadir memberikan sokongan walaupun diarahkan tidak berbuat demikian oleh kepemimpinan tertinggi parti.

PKR menerusi satu kenyataan semalam mengarahkan Roslan tidak menyertai perbahasaan dan pengundian rang undang-undang berkenaan.






Sementara itu Roslan berkata, beliau sedia menerima sebarang tindakan yang bakal dikenakan terhadapnya oleh parti selepas ini.(Utusan online).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at1415 hrs on March 21,2015.

"Jangan sekat urusan Islam"

21 March, 2015 1:28 AM
ABDUL HADI AWANG (tengah) bersama delegasi dari dalam dan luar negara dalam Majlis Perasmian Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah Ke-3 di Rusila, Marang, Terengganu, semalam. utusan/Shaifudin Mohd Nor

MARANG 20 Mac - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan rakan sekutunya, DAP agar tidak lagi berterusan mencampuri hal-hal agama Islam yang menjadi teras perjuangan Pas.
Tegas Abdul Hadi,

DAP tidak boleh menyekat usaha yang wajib dilakukan oleh Pas dalam menegakkan syiar Islam apatah lagi dengan kerjasama pakatan pembangkang sejak awal lagi tidak melibatkan dasar parti masing-masing.

“Jadi, ia tidak melibatkan (perkara) halal dan haram bagi orang Islam. Itu yang wajib. Sebab itu kita tak sentuh pun tentang perkara dalam agama mereka kerana itu hak mereka.

Justeru, mereka juga tidak perlu menyentuh hal-hal dalam agama kita sendiri. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah di sini hari ini yang turut disertai perwakilan dari 41 buah negara.

 Yang hadir sama, Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahudin Ayub; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapa Ali dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Dalam masa sama, Abdul Hadi berkata, sebarang kenyataan tidak bersetuju mengenai sesuatu perkara atau usul merupakan soal biasa dalam mana-mana parti khususnya yang melibatkan pakatan.
DAP menentang keras langkah Pas untuk melaksanakan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan secara sebulat suara melibatkan 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas, 12 ADUN Barisan Nasional dan seorang ADUN PKR.
Sehubungan itu, DAP yang begitu kecewa kerana desakan parti itu tidak diendahkan Pas, dilaporkan akan mengadakan mesyuarat tergemparnya Khamis ini untuk memutuskan pendirian mereka dalam soal pelaksanaan hudud dan masa depan pakatan pembangkang.
Isu terbaharu ini memburukkan lagi konflik dalaman Pas dan juga sengketa dengan parti-parti sekutu menyebabkan banyak pihak membayangkan pakatan ini semakin menghampiri ambang perpecahan apabila Pas tidak lagi mahu dilihat sentiasa tunduk sehingga mengorbankan prinsip perjuangannya.
Abdul Hadi menyifatkan penentangan ini tidak sepatutnya terus berbangkit kerana persoalan hudud adalah isu lama dan proses perjalanannya dilakukan secara demokratik.
Bahkan, jelas beliau, Pas pernah membawa usul persendirian berhubung hudud di Parlimen pada tahun 1996 dan 1997.
Diminta mengulas pendirian DAP, Abdul Hadi enggan mengulas lanjut sambil menyatakan untuk ‘tunggu dan lihat’ apa yang bakal berlaku kelak.
“Saya tidak boleh jawab soalan anda. Saya tidak tahu apa akan terjadi. Nanti dah berlaku (DAP keluar pakatan), baru boleh jawab. Kena lihat dulu (tunggu keputusan mesyuarat DAP berhubung hala tuju parti itu)... belum berlaku lagi sekarang,” katanya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1352 hrs on March 21,2015.

HUDUD DILULUSKAN

Kesepakatan ahli politik Islam 


20 Mac 2015 1:39 AM 


KOTA BAHARU 19 Mac - Kelantan mencipta sejarah sekali lagi apabila pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) diluluskan sebulat suara pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini.

Ini merupakan kali kedua undang-undang yang lebih dikenali dengan hukum hudud itu diluluskan di Dewan tersebut selepas kali pertama dibawa pada 1993.

Kesemua 44 Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) iaitu 31 daripada Pas, 12 Barisan Nasional (BN) dan seorang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hadir ketika enakmen tersebut diluluskan.
Keputusan itu juga menunjukkan kesepakatan kesemua ADUN yang beragama Islam biarpun berbeza fahaman politik untuk meluluskan hukum Allah itu biarpun ada di antaranya terpaksa dipapah untuk datang ke sidang DUN dan dihalang oleh partinya sendiri.

ADUN Guchil, Roslan Puteh daripada PKR paling menarik perhatian apabila tetap hadir walaupun diarah supaya tidak berbuat demikian oleh kepemimpinan tertinggi parti itu.

Walau bagaimanapun, beliau tidak mengambil bahagian dalam perbahasan dan tidak menyatakan sebarang bantahan ketika undang-undang itu diluluskan kira-kira pukul 12 tengah hari.

Malah, beliau yang bergegas meninggalkan dewan lebih awal sebaik sahaja persidangan ditangguhkan juga enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan hukum hudud.

“Terpulang pada persepsi, macam mana kamu tengok tadi. Parti arahkan saya untuk tidak mengeluarkan sebarang komen,” katanya kepada pemberita di lobi DUN di Kota Darul Naim di sini hari ini.

Pada masa sama, ADUN Gual Ipoh, Mohd. Bakri Mustapha daripada BN dilihat menggunakan tongkat dan dipapah untuk berjalan, tetap hadir bagi menyatakan iltizam dan sokongan untuk memastikan undang-undang tersebut dilaksanakan.

Difahamkan beliau yang tidak hadir pada sesi pembentangan rang undang-undang tersebut semalam, menghidap penyakit gout.

Dalam pada itu, satu-satunya individu yang berada dalam DUN ketika enakmen tersebut diluluskan pada 1993,

Datuk Norzula Mat Diah menyatakan rasa syukur undang-undang Islam itu sekali lagi dibentangkan dan berharap pelaksanaannya tidak tertangguh lagi.

ADUN Paloh daripada BN itu berkata, kali ini Kerajaan Pas Kelantan dilihat amat serius untuk me­laksanakan hukum hudud, malah wujud kerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk melaksanakannya. 

“Sekarang saya melihat kerajaan negeri serius untuk melaksanakan hudud dan di peringkat Pusat telah ditubuhkan jawatankuasa teknikal bagi memastikan undang-undang Islam ini terlaksana,” katanya.
]
\Ketika enakmen tersebut diluluskan kali pertama pada 1993, beliau berusia 33 tahun dan menjadi wakil rakyat dari parti Semangat 46 yang bekerjasama dengan Pas untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun, harus diingat kelulusan enakmen itu hanya baharu di peringkat awal sebelum dilaksanakan kerana beberapa akta dan fasal dalam Perlembagaan harus dipinda di Dewan Rakyat terlebih dahulu.

Dua perkara yang perlu dipinda ialah Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah) Bidang Kuasa Jenayah 1965 dan Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada negeri melaksanakan kanun jenayah syariah itu.

Kerajaan Pusat dan Kerajaan Pas Kelantan telah bersetuju untuk membawa rang undang-undang persendirian bagi meminda kedua-dua akta tersebut.(UTUSAN ONLINE-POLITIK_).POSTED BY ABNMULYA  // ABU BAKAR N
INGGAL.BLOGSPOT.COM.AT 23.31hrs on March 20, 2015.

Wednesday, March 18, 2015

Mat Sabu,Mustafa Ali kalah kes mahkamah

Diperintah bayar ganti rugi RM200,000 kepada Wan Ahmad 

19 Mac 2015 2:18 AM 
Mohamad Sabu

PUTRAJAYA 18 Mac - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana memfitnah bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berhubung Projek IC di Sabah.

Demikian keputusan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini diketuai oleh Datuk Lim Yee Lan yang bersidang bersama Datuk G. V. Varghese dan Tan Sri Idrus Harun ketika menolak rayuan mereka.

Kuorum berkenaan turut memerintahkan kedua-dua pemimpin tertinggi parti pembangkang itu membayar kos RM10,000 bagi pe­ringkat Mahkamah Rayuan dan kos RM50,000 bagi Mahkamah Tinggi.

 Mahkamah menolak pembelaan kedua-dua mereka selaku perayu selepas berpuas hati bahawa artikel dalam akhbar Harakah itu berniat jahat dan memfitnah Wan Ahmad kerana disiarkan tanpa maklumatnya disahkan terlebih dahulu.

Datuk Mustafa Ali
Wan Ahmad selaku plaintif memfailkan saman tersebut pada 5 Mac 2013 berhubung penerbitan artikel bertajuk Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai dan Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan dalam lidah rasmi Pas edisi 1 hingga 3 Februari 2013.

Menurut pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pihak defendan mengeluarkan perkataan fitnah bahawa beliau tidak boleh dipercayai kerana kononnya terlibat dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam ‘Projek IC’ di Sabah.

Bagaimanapun, plaintif gagal membuktikan kes terhadap defen­dan ketiga hingga kelima iaitu pen­cetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran ENT Sdn. Bhd.; Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman; dan penulis artikel itu, Aziz Muda.

Mahkamah Tinggi mendapati plaintif gagal membuktikan bahawa defendan ketiga adalah pencetak, defendan keempat sebagai ketua pengarang dan defendan kelima adalah penulis kepada artikel terlibat.

Perayu-perayu diwakili oleh peguam Azhana Mohd. Khairuddin manakala Wan Ahmad oleh Datuk Mohd. Hafarizam Harun.( Utusan online-Mahkamah).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal blogspot.com.at 12,05 pm on March 19,2015.