Tuesday, March 31, 2015

Dua lagi kakitangan The Malaysian Insider ditahan

Nurhidayu Mohd Hasan :31 Mac 2015 2:43 PM 

KUALA LUMPUR 31 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua lagi kakitangan portal berita, The Malaysian Insider ditahan untuk siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung beberapa laporan disiarkan dalam portal propembangkang itu baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitter berkata, pihaknya menahan dua lagi kakitangan portal berita berkenaan kira-kira pukul 11 pagi ini bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

“@PDRMsia sahkan jam 11 pagi ini telah tahan dua orang lagi kakitangan The Malaysian Insider untuk bantu siasatan. Tiada toleransi kepada sebarang aktiviti menghasut,” katanya hari ini. 

Semalam, tiga kakitangan portal itu yang masing-ma­sing merupakan Pengarang Bahasa Inggeris, Lionel Morais, 47, Pengarang Bahasa Melayu, Amin Shah Iskandar, 35, dan Pengarang Rencana serta Analisis, Zulkifli Sulong, 53, turut ditahan ketika serbuan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di pejabat portal itu di Mutiara Damansara, Petaling Jaya kira-kira pukul 5.45 petang. - UTUSAN ONLINE ( Posted by abnmulya / Haji Abu Bakar Ninggal blogspot.com at 1645 pm om March 31,2015)..

No comments: