Thursday, November 30, 2017

57 peratus projek di Selangor yang diluluskan pada 2015 belum mula

30 November 2017 11:50 AM 

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Sebanyak 57 peratus projek yang diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor pada 2016 masih belum dimulakan iaitu yang paling tinggi berbanding negeri-negeri lain." 57 peratus projek di Selangor yang dilulus pada 2015 belum mula".Budiman Mohd  Zohdi.ahi parlimen Sg.Besar. Selangor.
Budiman Mohd. Zohdi berkata, perkara itu berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 2.

Katanya, laporan itu sering dijadikan bahan kempen pembangkang untuk menyerang Kerajaan Persekutuan terutamanya yang melibatkan projek yang gagal atau lambat disiapkan, tetapi rakyat sering terlepas pandang tentang kepincangan yang dilaporkan dalam laporan tersebut terutamanya bagi negeri yang bukan di bawah Barisan Nasional.  



“Bagi projek di bawah kerajaan negeri, adalah sesuatu yang mengejutkan apabila laporan tersebut mendedahkan sebanyak 57% projek yang diluluskan kerajaan negeri Selangor bagi tahun 2016 masih belum dimulakan.

Ia juga adalah yang paling tinggi berbanding negeri-negeri lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Menurut Budiman, laporan itu juga menyebut hanya lapan peratus sahaja keseluruhan projek negeri Selangor bagi tahun 2016 telah berjaya disiapkan iaitu yang paling rendah berbanding negeri lain.


 “Peruntukan bagi semua projek tahun 2016 telah diluluskan menerusi Belanjawan Negeri 2016 yang dibuat pada tahun 2015.

Kini sudah hampir kepada penghujung tahun 2017. Selepas hampir dua tahun peruntukan diluluskan, laporan ini adalah jelas sesuatu yang begitu memalukan dan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali perlu menjelaskan perkara ini kepada rakyat negeri Selangor.


 “Azmin selalu mendabik dada kononnya pentadbirannya telah membawa banyak kejayaan. Namun laporan yang dikeluarkan ini dengan jelas menunjukkan kepincangan ketara pentadbiran negeri di bawah beliau,” kata Budiman.(UTUSAN ONLINE-politik).
Posted by abnmulya // haji abu bakar niggal.blogspot.com.at 1831 hrs on November 30,2017.

Korea Utara Isytihar Negara Kuasa NUKLEAR

Korea Utara isytihar negara kuasa nuklear Selepas berjaya uji balistik Hwasong-15 mampu musnahkan AS 

30 November 2017 3:00 AM 

SEOUL 29 Nov. - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un hari ini menyifatkan negaranya sudah layak digelar sebagai negara kuasa nuklear selepas berjaya melancarkan peluru berpandu terbaharu yang dikatakan mampu menyasarkan mana-mana bahagian di Amerika Syarikat (AS).

Peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), Hwasong-15 yang dilancarkan itu didakwa mencetuskan cabaran terbaharu kepada Presiden AS, Donald Trump yang sebelum ini berikrar untuk mengekang sebarang pembangunan senjata nuklear oleh Korea Utara.

Kenyataan Jong-un itu dibacakan oleh pembaca berita televi­syen Korea Utara, Ri Chun-hee yang sering dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan sebarang maklumat atau pengumuman penting mengenai negara tersebut.

“Jong-un dengan penuh bangga mengisytiharkan Korea Utara kini mencipta sejarah kerana sudah berjaya melengkapkan siri ujian senjata nuklear. Kejayaan pelancaran Hwasong-15 adalah satu kemenangan untuk semua pihak di negara ini,” katanya.

 Agensi berita KCNA pula melaporkan, sistem Hwasong-15 mempunyai bahan letupan yang tinggi dan mampu membinasakan sasaran seluas tanah besar AS.

Pyongyang memaklumkan peluru berpandu tersebut mampu mencapai altitud 4,475 kilometer dan berupaya meluncur sejauh 950 kilometer dari tapak pelancaran, manakala satu analisis yang dilakukan oleh para saintis AS menyatakan Hwasong-15 mampu meluncur sejauh 13,000 kilometer. 

Dalam pada itu, Trump menyenaraikan kembali Korea Utara sebagai negara yang menyokong keganasan, manakala Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersetuju untuk mengadakan mesyuarat tergempar.

Trump menyatakan bahawa AS akan bertindak berhubung pelancaran peluru berpandu terbaharu itu, namun beliau tidak menjelaskan secara lanjut mengenai tindakan yang bakal dibuat.

Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson menekankan bahawa pilihan secara diplomatik untuk menyelesaikan krisis dengan Korea Utara masih kekal sebagai ‘terbuka dan masuk akal’.

Selain itu, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menyifatkan ujian pelancaran tersebut sebagai tiada toleransi serta ganas dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in turut menyelar tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Ketegangan berhubung siri program senjata nuklear Korea Utara memuncak apabila negara itu melancarkan peluru berpandu buat kali keenam pada September lalu.

Sehubungan itu, China yang merupakan sekutu Korea Utara mencadangkan supaya AS menghentikan latihan ketenteraan di Korea Selatan manakala Korea Utara menghentikan pembangunan senjata nuklearnya.

Bagaimanapun, cadangan itu ditolak oleh AS dan pada minggu lepas, Washington mendedahkan sekatan baharu yang akan dikenakan terhadap Korea Utara melibatkan kegiatan perkapalan negara itu. – AFP( Utusan online phto and beritanya).Posted by abnmulya // haji abu bakar ningal.blogspot.com. at 1752 hrs on November 30,2017.

Sunday, November 19, 2017

Pendaratan Cemas C130 Ikut SOP


20 NOVEMBER 2017 @ 3.00

LABUAN 19 Nov. – Juruterbang pesawat angkut C130 Hercules bersama tujuh anak kapal lain yang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan semalam telah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) pengendalian pesawat bagi mela­kukan pendaratan tanpa tayar. 
AFFENDI  BUANG

‘‘Cara-cara dan teknik yang digunakan oleh juruterbang bersama anak-anak kapal dalam proses pendaratan adalah licin, yang mana pesawat dikawal dengan cara sepatutnya.

‘‘Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada juruterbang dan anak kapal kerana telah mela­kukan pendaratan cemas dengan berjaya tanpa ada kecederaan dan kerosakan yang teruk pada pesawat,’’ katanya dalam satu sidang akhbar di Kem Membedai, Pangkalan Udara Labuan hari ini.

Katanya, pengendalian dan pengawalan pesawat yang selamat mendarat itu adalah hasil latihan simulator yang berterusan.

‘‘Sikap juruterbang dan anak-anak kapal yang profesional membolehkan kita melihat tidak ada nyawa terkorban dan harta kerajaan dapat diselamatkan,’’ katanya.

 Affendi berkata, satu siasatan sedang dibuat bagi mengenal pasti masalah teknikal yang menyebabkan kekaki pesawat (main landing gear) di sebelah kanan tersekat dan gagal berfungsi. 

‘‘Bagaimanapun kes seperti ini bukanlah kes terpencil, masalah sedemikian juga berlaku kepada pesawat lain di negara lain, namun sekiranya pengendalian tidak dilakukan dengan betul, sudah tentu akan ada kerosakan yang serius dan nyawa terkorban,’’ katanya. Katanya, Pangkalan Udara Labuan kini menempatkan empat buah pesawat C130 Hercules. – BERNAMA( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 10.20 am on November 20,2017.

BN Harapan Rakyat--Najib

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) ditemani Ketua Pemuda UMNO Pekan, Datuk Shahruddin Ahmad bergambar bersama jentera Pemuda BN Parlimen Pekan sempena Pemukiman Jentera Pemuda BN di Kem PLKN Semarak di Pekan, Pahang hari ini.- MAHATHIR ALI/UTUSAN

Mohd  Shafii Mat Isa
19 november 2017@1.27pm.

PEKAN 19 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada parti selain Barisan Nasional (BN) yang mampu membela nasib rakyat secara keseluruhannnya di negara ini.

Pengerusi BN itu berkata, jika hendak diharapkan kepada pembangkang, gabungan mereka kucar-kacir dan berdepan dengan pelbagai masalah dalaman.

 “Orang muda hendak harap kepada siapa? Pembangkang Pembangkang berpecah, tipu orang muda. Kata ada Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) tetapi tiada dalam perlembagaan parti berkenaan. 

“Kumpulan orang muda sudah kena tipu dan marah, buat perlembagaan ikut UMNO tetapi tidak mampu melaksanakannya,” katanya ketika berucap merasmikan Pemukiman Jentera BN Pemuda Pekan di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Semarak, Tanjung Selangor di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Datuk Shahruddin Ahmad. Baru-baru ini, bekas Exco Armada, Mohamad Taufik Abas mendedahkan sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak wujud dalam perlembagaan parti tersebut.

Menurut Mohamad Taufik, perlembagaan parti itu yang disahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hanya menyatakan mengenai penubuhan sayap Pemuda, Wanita dan Srikandi tanpa menyebut secara khusus pembentukan Armada. - (Utusan onlie-politik).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 9.49 am on November 20,2017.

Saturday, November 18, 2017

Pesawat Udara Terbesar Dunia Terhempas, Saeorang Cedera.

GAMBAR fail menunjukkan pesawat Airlander buatan syarikat penerbangan Hybrid Air Vehicles. -GAMBAR/BBC/HYBRID AIR VEHICLES 

18 November 2017 10:53 PM 

 LONDON 18 Nov. - Sebuah pesawat udara milik syarikat penerbangan Hybrid Air Vehicles yang dianggap terbesar di dunia dilaporkan terhempas tidak sampai 24 jam selepas berjaya diterbangkan, semalam.

Portal BBC memetik kenyataan seorang saksi sebagai berkata, kenderaan gabungan pesawat dan kapal udara yang dikenali sebagai Airlander 10 itu ‘terpisah dua’ selepas terhempas di Cardington, Bedfordshire, timur England.

Difahamkan, tiada penumpang berada dalam pesawat itu ketika kejadian, namun, seorang wanita yang dipercayai kakitangan syarikat penerbangan pesawat tersebut cedera ekoran insiden itu dan telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. -Agency.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal at 12.28 am on November 19,2017.

JANGAN POLITIKKAN ISU KEDUDUKKAN SABAH DALAM MALAYSIA.


Abdul Rahman Dahlan
C. Sheila Rani



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, tindakan mempolitikkan perkara tersebut hanya akan menyebabkan parti-parti politik yang berbeza fahaman saling menuduh dan mengkritik antara satu sama lain.

“Kita juga tidak seharusnya menganalisis peristiwa yang berlaku pada era 1960-an berdasarkan perspektif kita tahun ini.

“Kita tidak boleh menghukum keputusan dan tindakan dibuat oleh pemimpin kita semasa proses pembentukan Malaysia hanya kerana merasakan tindakan dan keputusan mereka itu tidak lagi relevan pada tahun 2017,” katanya.

Abdul Rahman menambah, perbincangan mengenai sejarah Sabah dalam pembentukan Malaysia juga tidak boleh didominasi oleh ahli politik semata-mata malah seharusnya dibincangkan oleh pakar sejarah, ahli akademik, pakar perlembagaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai. - (Utusan online-politik).Posted by abnmulya //  haji abu bakar ningal.blogspot.com at 2345 hrs on November,18.2017.

Kadar Tambang ERL DAP Contoh Zombienmoics

Encik Eric See To

18 November 2017 3:00 AM

KUALA LUMPUR 17 Nov. – Kadar tambang perkhidmatan Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) Pakatan Harapan yang diketuai DAP antara contoh Zombienomics pembangkang bagi mengelirukan masyarakat.

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Eric See-To berkata, kadar tambang yang dikemukakan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua Kiam Wee itu menunjukkan pemim­pin pembangkang gagal dalam memahami dunia ekonomi bergerak dan kepen­tingan hubungan dalaman antara pemegang konsesi dengan penajanya.

Katanya, sebab utama kerajaan tidak menaikkan kadar tambang ERL kerana berusaha untuk melindungi kepentingan rakyat dengan memberi pelbagai pilihan pengangkutan untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

“Pertamanya, syarikat ERL mempunyai liabiliti sebanyak RM2.8 bilion dan kebanyakannya dalam bentuk bon dan pinjaman yang dimiliki oleh Tabung Haji serta bank-bank.

Tabung Haji turut mempunyai 40 peratus kepenti­ngan dalam ERL yang dilaburkan ketika memulakan projek infrastruktur tersebut pada 1997.

“Sekiranya ERL rugi seperti yang didakwa Tony, maka Tabung Haji akan kehilangan bilion ringgit manakala bank-bank tidak akan meluluskan pinjaman syarikat itu.

Sudah tentu kerajaan memikirkan kesan-kesan tersebut, bukan seperti pemimpin pembangkang itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara mencabar kerajaan Pusat supaya menaikkan kadar tarif perkhid­matan ERL dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), bukan menyelamatkannya dengan lanjutan konsesi sehingga 30 tahun.

Katanya, berdasarkan jadual permulaan ERL untuk kenaikan tambang, harga tiket pada masa ini sepatutnya RM74 dan bukannya RM55 dan harga harus dinaikkan pada tahun 2019 kepada RM97, diikuti pada tahun 2024 hingga RM126.

Jelas Eric, perkara kedua pula kos RM2.9 bilion masih tertunggak itu perlu dibayar sekarang jika perjanjian konsesi ERL itu tidak dilanjutkan, justeru kerajaan mengambil keputusan tidak membayar jumlah itu sekarang demi kepentingan rakyat.

“Syukurlah pembayaran ini akan berakhir pada 2029 dan tidak akan dilanjutkan walaupun tempoh konsesi ERL dilanjutkan sebab pembayaran Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) serta unjuran pendapatan yang bersifat optimis membolehkan kerajaan meraih pampasan yang besar,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau menggesa Tony supaya mempersoalkan Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebab beliau bersetuju dengan terma-terma tersebut pada awal pemerintahannya lalu. 

“Mahathir bersetuju untuk membayar peratusan tertentu daripada PSC atau Cukai Lapangan Terbang yang dikutip oleh KLIA untuk penumpang antarabangsa dan domestik tanpa mengira sama ada penumpang mengambil ERL ke lapa­nga
n terbang atau tidak,” katanya. ( Utusan online).Posted by abnmulya //hji abu bakar ninggal at 2210 hrs on November18,2017.

PIHAK PERTAHANKAN LARANGAN BERTUDUNG SATU PENGKHIANATAN- MENTERI BESAR

Ahmad Razif, Mas Ermieyati, Zahida (tengah) bersama ahli pemimpin dan ahli Puteri UMNO Terengganu menunjukkan kesediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. UTUSAN ONLINE 

Radhuan Hussain 
18 November 2017 6:55 PM 

KUALA TERENGGANU 18 Nov. - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini menyifatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mempertahankan larangan memakai tudung bagi pekerja barisan hadapan di sektor perhotelan sebagai satu pengkhianatan dan penghinaan kepada agama Islam.

Beliau menegaskan, sebagai umat Islam yang tinggal di sebuah negara Islam sebagai agama rasminya mesti mempertahankan habis-habisan sekiranya ada pihak yang cuba memperlekehkan kesucian Islam.

Tegasnya lagi, Malaysia adalah sebuah negara Islam dan jika terdapat mana-mana pihak yang tidak menentang atau tidak sukakan Islam, mereka perlu tinggalkan negara ini. "Ini suatu pengkhiatan untuk menghina agama kita (Islam).

Peranan kita sebagai orang Islam, kita pasti tak akan benarkan sesiapa pun pertikaikan agama kita. Tetapi malangnya ada pihak yang cuba pertahankan (pihak kenakan larangan kepada pekerja hotel yang bertudung).

"Ini (Malaysia) negara Islam, kalau tak suka, nyah (pergi) kamu dari sini. Kita tidak akan kompromi kalau ada pihak yang ambil pekerja tapi tak boleh pakai tudung. Ini kita tak akan benarkan (melarang pemakaian tudung). Kita kena pertahankan habis-habisan," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu ketika berucap merasmikan program Ramah Mesra Bersama Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan Ketua Puteri Cawangan Seluruh Terengganu di Stadium Negeri, di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri beliau, Toh Puan Seri Halina Zakaria; Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Naib Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan; Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang; Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Johari Abu Bakar serta Ketua Puteri UMNO Terengganu, Erniesalwani Saidi.

Mengulas lanjut ketika ditemui pemberita selepas itu, Ahmad Razif turut memberi jaminan bahawa pihaknya akan memastikan tiada mana-mana pihak yang terlibat dalam sektor perhotelan di negeri ini yang sesuka hati mengenakan larangan sedemikian ke atas pekerja wanita yang beragama Islam. 

"Sudah semestinya (pastikan tiada larangan memakai tudung di sektor perhotelan di Terengganu), kita dah arahkan PBT (pihak berkuasa tempatan) membuat semakan ke atas semua hotel untuk pastikannya tidak berlaku.

"Sekiranya ada, kita tidak akan benarkan hotel ini beroperasi dan ini adalah amaran keras daripada kerajaan negeri Terengganu berhubung isu inik," tegasnya. - (Uutusan online).Posted by abnmulya  // haji abu bakar ningal.blogspot.com at 2144 hrs on November 18,2017.
0

Thursday, November 16, 2017

Larangan Pekerja Hotel Bertudung Mencabuli Hak Wanita- Rahani

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berucap ketika merasmikan Forum 'Peguam Bagi Kanak-kanak: Hak Mereka Untuk Diwakili' di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, hari ini. - UTUSAN ONLINE/fotoBERNAMA 

Nobemberr 16,2017 @6.15pm.

PUTRAJAYA 16 Nov. - Tindakan melarang pekerja wanita Islam bertudung bertugas di bahagian hadapan sektor perhotelan merupakan satu tindakan yang mencabuli hak wanita, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul Karim. 

Beliau berkata, tindakan itu bertentangan dengan Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).

"Saya amat terkejut dengan berita ini. Ini (pemakaian tudung) adalah hak wanita. Isu ini tidak pernah timbul sebelum ini. Kenapa ia menjadi isu di negara kita sekarang?," katanya selepas merasmikan Forum Peguam Bagi Kanak-Kanak:

Hak Mereka Untuk Diwakili, di sini hari ini. Baru-baru ini, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia mendedahkan ramai kakitangan hotel mengadu mengenai diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam di bahagian kaunter yang diarahkan menanggalkan tudung mereka. 

Pengerusi Persatuan Hotel-Hotel Malaysia, Samual Cheah Swee Hee pula berkata, larangan itu diamalkan rangkaian hotel antarabangsa yang menggunakan prosedur operasi standard yang sama bagi pemakaian uniform di semua rangkaian hotel mereka di seluruh dunia.

Beliau berkata, dalam kes penceraian di mahkamah, suami dan isteri mempunyai peguam-peguam bagi memperjuangkan hak dan kebajikan masing-masing namun bagi anak-anak, mereka tidak mempunyai peguam untuk menyuarakan pendapat dan hak mereka.

Beliau menambah, kementeriannya menganjurkan forum hari ini dengan kerjasama Persatuan Rakan Peguam bagi membincangkan kepentingan peguam yang mewakili kanak-kanak yang terlibat dalam kes undang-undang keluarga selain mengupas mekanisme yang sesuai bagi memastikan hak kanak-kanak sentiasa terbela.

Menurutnya, New Zealand merupakan antara negara yang kanak-kanak diwakili peguam agar suara mereka didengari. - BERNAMA.( Utusan online).Posted by abnmuya // haji abu bakar ninggal blogspot.com.at 2055 hrs on November 16,2017.