Sunday, November 19, 2017

Pendaratan Cemas C130 Ikut SOP


20 NOVEMBER 2017 @ 3.00

LABUAN 19 Nov. – Juruterbang pesawat angkut C130 Hercules bersama tujuh anak kapal lain yang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan semalam telah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) pengendalian pesawat bagi mela­kukan pendaratan tanpa tayar. 
AFFENDI  BUANG

‘‘Cara-cara dan teknik yang digunakan oleh juruterbang bersama anak-anak kapal dalam proses pendaratan adalah licin, yang mana pesawat dikawal dengan cara sepatutnya.

‘‘Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada juruterbang dan anak kapal kerana telah mela­kukan pendaratan cemas dengan berjaya tanpa ada kecederaan dan kerosakan yang teruk pada pesawat,’’ katanya dalam satu sidang akhbar di Kem Membedai, Pangkalan Udara Labuan hari ini.

Katanya, pengendalian dan pengawalan pesawat yang selamat mendarat itu adalah hasil latihan simulator yang berterusan.

‘‘Sikap juruterbang dan anak-anak kapal yang profesional membolehkan kita melihat tidak ada nyawa terkorban dan harta kerajaan dapat diselamatkan,’’ katanya.

 Affendi berkata, satu siasatan sedang dibuat bagi mengenal pasti masalah teknikal yang menyebabkan kekaki pesawat (main landing gear) di sebelah kanan tersekat dan gagal berfungsi. 

‘‘Bagaimanapun kes seperti ini bukanlah kes terpencil, masalah sedemikian juga berlaku kepada pesawat lain di negara lain, namun sekiranya pengendalian tidak dilakukan dengan betul, sudah tentu akan ada kerosakan yang serius dan nyawa terkorban,’’ katanya. Katanya, Pangkalan Udara Labuan kini menempatkan empat buah pesawat C130 Hercules. – BERNAMA( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 10.20 am on November 20,2017.

No comments: