Sunday, November 19, 2017

BN Harapan Rakyat--Najib

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) ditemani Ketua Pemuda UMNO Pekan, Datuk Shahruddin Ahmad bergambar bersama jentera Pemuda BN Parlimen Pekan sempena Pemukiman Jentera Pemuda BN di Kem PLKN Semarak di Pekan, Pahang hari ini.- MAHATHIR ALI/UTUSAN

Mohd  Shafii Mat Isa
19 november 2017@1.27pm.

PEKAN 19 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada parti selain Barisan Nasional (BN) yang mampu membela nasib rakyat secara keseluruhannnya di negara ini.

Pengerusi BN itu berkata, jika hendak diharapkan kepada pembangkang, gabungan mereka kucar-kacir dan berdepan dengan pelbagai masalah dalaman.

 “Orang muda hendak harap kepada siapa? Pembangkang Pembangkang berpecah, tipu orang muda. Kata ada Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) tetapi tiada dalam perlembagaan parti berkenaan. 

“Kumpulan orang muda sudah kena tipu dan marah, buat perlembagaan ikut UMNO tetapi tidak mampu melaksanakannya,” katanya ketika berucap merasmikan Pemukiman Jentera BN Pemuda Pekan di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Semarak, Tanjung Selangor di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Datuk Shahruddin Ahmad. Baru-baru ini, bekas Exco Armada, Mohamad Taufik Abas mendedahkan sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak wujud dalam perlembagaan parti tersebut.

Menurut Mohamad Taufik, perlembagaan parti itu yang disahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hanya menyatakan mengenai penubuhan sayap Pemuda, Wanita dan Srikandi tanpa menyebut secara khusus pembentukan Armada. - (Utusan onlie-politik).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 9.49 am on November 20,2017.

No comments: