Saturday, January 31, 2015

Gabungan Ngo-Ngo Gombak :Sebulat suara menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak

                     
Sebahagian besar AJK Gabungan Ngo-Ngo Gombak telah hadir di dalam mesyuarat AJK kali pertama pada tahun 2015 pada malam semnalam.Mesyuarat telah berjalan lancar dan di dalam suasana yang mesra sekali.

                                                                                                                                         

February 01,2015 at  2.13pm.

Lazimnya sesorang pemimpin parti politik ataupun seseorang pemimpin yang menjadi Presiden pada sesebuah badan ngo itu ketika memulakan ucapannya akan memberi ucapan mukaddimahhnya terlebih dahulu sebelum memulakan untuk membahaskan agenda-agenda mesyuarat yang telah ditentukan pada sesuatu mesyaurat itu.

Datuk Seri Najib Tun Razak
Dalam konteks ini, selaku Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak,Datuk Dr.Rahman Ismail telah mengambil kesempatan menyentuh banyak isu-isu semasa yang bertali temali dengan kepentingan negara Malaysia khasnya.

Pada ucapan mukadimahnya ketika memulakan mesyuarat bulanan kali pertama Gabungan Ngo-Ngo Gombak,pada tahun 2015 yang telah berlangsung pada malam semalam (31/01/2015) di pejabat Gabungan Ngo-Ngo Gombak, di Taman Selayang.

Tun Dr.Mahathir Mohamad
Beliau telah menyentuh banyak isu-isu semasa yang penting yang perlu diketahui oleh AJK Gabungan.

Antara banyak isu-isu yang disentuh oleh Datuk Dr.Rahman Ismail pada malam itu? Isu yang paling menarik ialah tentang isu Ketegangan politik dalaman anatara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Tun Dr.Mahathir akhir-akhir ini.

Isu-isu yang sering Mahathir bangkitkan secara terbuka menerusi media-media tempatan ialah isu pentadbiran dan pengurusan ekonomi negara.

Alasannya? Kononnya hendaka memberi tunjuk ajar kepada Najib kemudian mengkritik apabila dilihat oleh Mahathir kononnya Najib semacam seolah-olah  memekakkan telinga,membutakan mata dan membisuykan mulut.

GABUNGAN NGO-NGO GOMBAK MENYESALI KRITIK TUN DR.MAHATHIR TERHADAP NAJIB SECARA TERBUKA ITU...


Di antara AJK wanita yang hadir pada malam tersebut.
DALAM konteks kritik-kritik Tun Dr.Mahathir terhadap Najib itu? Bila tiba pada agenda tiap-tiap AJK yang hadir pada mesyuarat itu bebas mengeluarkan pendapat masing-masing.

Maka seorang AJK Gabungan Ngo-Ngo Gombak mengusulkan agar mesyuarat pada malam itu membuat satu resolusi yang tegas menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin tanpa ragu-ragu lagi.

Sekaligus dengan kerasnya menolak segala kritik-kritik secara terbuka yang telah dibuat oleh Mahathir dan konco-konconya itu terhadap Datuk Seri Najib.

Kritik-kritik Mahathir dan konco-konconya secara terbuka terhadap Datuk Seri Najib itu dilihat lebih banyak bahaya dari manfaatnya. Mahathir dan regimnya harus segera memberhentikan "perang saraf" antara beliau dengan Datuk Najib Tun Razak itu jika mahukan Umno tetap utuh.

Kririk-kritik yang telah dilakukan oleh Mahathir dan konco-konconya itu ternyata akan melemahkan Umno itu sendiri.Bak kata pepatah Melayu meludah ke langit..ujung-ujung air ludah itu jatuh semula ke muka kita.

Dengan kata lain? Mahathir secara sedar atau pun  tidak sedar telah menyediakan bahan-bahan kritik kepada pihak pembangkang terus menghentam lumat kepimpinan Datuk Seri Najib.

Dr.Mahathir boleh membuat teguran dan memberi tunjuk ajar pada Najib,tetapi secara berdailog dengan Najib secara tertutup. Bukan secara terbuka menghentam Najib terang-terangan di media arus perdana dan sebagainya.

Dengan mendedahkan kelemahan-kelemahan Najib secara terbuka itu? Ianya bererti Mahathir itu sendiri semacam telah membukakan pekong di dada Umno terhadap pembangkang.Pihak pembangkang sudah tentu berjoget ria menikmati hidangan lazat yang telah disediakan oleh Mahathir dan konco-konco itu.

KENAPA MENTERI-MENTERI DAN PEMIMPIN UMNO SELURUH NEGARA MEMBISU DAN TIDAK MEMBELA  NAJIB?

KECUALI Ketua Pemuda Umno Khairi Jamaluddin merangkap Menteri Beli dan Sukan telah meminta agar "perang saraf?"antara Mahathir dengan Najib itu harus segera diberhentikan kerana beliau berpendapat ketegangan itu akan melemahkan Umno sendiri.
Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda Umno
merangkap Mente
ri Belia dan Sukan.

Penulis lihat lain-lain menteri dari Umno di dalam kabinet Datuk Seri Najib dan para pemimpin Umno diperingkat negeri di seluruh Malaysia, dilihat mengambil sikap negatif, diam dan lihat sahaja apa yang sedang berlaku dan tidak bersedia menyokong Najib dalam menghadapi kemelut kritik-kritik Mahathir dan regu-regunya yang boleh dikatakan tidak jujur dan tidak ikhlas itu. Ada udang di sebalik batu?

Sikap semacam ini dilihat sangat tidak adil dan amat mendukacitakan. Berat tidak sudi diangkat bersama.

Seolah-olah menggambarkan tokoh-tokoh Umno yang memegang jawatan menteri dan juga para pemimpin Umno di peringkat negeri-negeri langsung tiada inisiatif bersedia berdiri  teguh dibelakang Datuk Seri Najib ketika sedang menghadapi sebarang cabaran.

Walaupun Mahathir dan regu-regunya membuat kesimpulan bahawa Datuk Seri Najib semacam tidak memandang berat segala teguran yang telah dilontarkan oleh mereka.?
/
Nun jauh di sana, Datuk Seri Najib dilihat masih mempunyai hati nurani yang lembut dan sederhana di dalam segala tindak tanduknya. Kita semua tahu selaku Perdana Menteri? Datuk Seri Najib punya kuasa veto yang tidak boleh dicabar,tetapi beliau tidak menggunakan sewenang-wenangnya kuasa yang ada ditangannya selaku orang nombor satu di Malaysia.

Itulah keistimewaan yang ada pada Datuk Seri Najib berbanding dengan Mahathir. Yang suka banyak bercakap sejak era Tungku Abdul Rahman hingga kini.Mahathir menganggap beliau sahaja bijaksana dan pandai dalam segala hal? Orang lain kononnya jahil belaka.

Hakikatnya? Walaupun sehebat mana beliau dihentam akhir-akhir ini? Pun begitu? Kita lihat beliau tetap sabar dan hingga kini beliau masih belum mengambil tindakan yang melampau terhadap pengkritik-pengkritiknya itu.

Dengan kata lain? Hingga kini ( di era Najib)kebebasan bersuara tetap berjalan dan amalan demokrasi  terus dihormati dan masih belum ada peristiwe  terkulai layu pada tiga orang Timbalan Perdana Menteri seperti mana telah berlaku di zaman Mahathir berada di tahkhta kekuasaan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun lamanya.(Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1413 hrs on Feb-1,2015.
                    

Datuk Dr.Rahman Ismail : Menyeru perpaduan antara kaum perlu diutamakan.


Berbaju hitam ( tengah) Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak,Datuk Dr.Rahman Ismail,mantan Ahli Parlimen Gombak sedang mempengerusikan mesyuarat AJK Gabungan yang pertama pada tahun 2015 pada malam semalam ,bertempat di Pejabat Gabungan Ngo-Ngo Gombak ,di Taman Selayang,pada tanggal 31/01/2015.



Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
February  01,2015 at 2.40 am.

Disebabakan Gabungan Ngo-Ngo Gombak mempunyai badan-badan Ngo yang berbilangan kaum iaitu badan Ngo-Ngo dari kaum China dan India.

"Justeru saya menyeru kepada seluroh anggota-anggota yang berada di dalam gabungan hendaklah mengutamakan konsep untuk memupuk semangat kerjasama yang erat dan sekaligus saya juga mengharapkan kita tidak akan menyentuh isu-isu sensetif yang boleh melukai hati nurani kaum lain yang menjadi kerabat di dalam Gabungan Ngo-Ngo Gombak.

"Terutamanya ketika anda membuat komen-komen dan di dalam tulisan-tulisan di dalam Whatsapp Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang telah kita ujudkan itu,"

Di atas adalah wajah-wajah AJK Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang hadir pada malam semalam di pejabat Gabungan Ngo-Ngo Gombak,di Taman Selayang
Seruan ini telah dibuat oleh Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak, Datuk Dr.Rahman Ismail, pada mesyuarat AJK pertamanya pada tahun 2015 yang berlangsung pada malam 31/01/2015,bertempat di pejabat Gabungan Ngo-Ngo Gombak,di Taman Selayang malam tadi.


Sreterusnya Datuk Dr.Rahman Ismail selaku Presiden Gabungan tersebut telah memberi penerangan kepada AJK Gabungan berhubung dengan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh Gabungan Ngo-Ngo Gombak dan juga oleh badan-badan yang telah bergabung mengikut dasar-dasar masing-masing dengan dipantau oleh Gabungan di bawah pimpinan oleh Datuk Dr.Rahman Ismail.

Untuk menjayakan aktiviti-aktiviti anjuran badan-badan kecil yang bergabung di dalam Gabungan itu?.Maka besar juga jumlah wang ringgit telah dibantu oleh Datuk Dr.Rahman Ismail ,selaku Presiden Gabungan demi kemajuan aktiviti-aktiviti badan-badan ngo itu sendiri.
Sebahagian lagi AJK Wanita telah hadir pada malam semalam.Depan sekali bertudung merah ialah Puan Rosnah Abdul,Pengerusi Ibu-Ibu Tunggal di kawasan Hulu Kelang,satu-satu aktivis wanita yang paling aktif di DUN  Hulu Kelang.
Boleh dikatakan hampir 90% dari jumlah semua AJK Gabungan Ngo-Ngo Gombak telah hadir pada mesyuarat tersebut dan masing-masing secara terbuka telah bercakap di dalam mesyuarat itu dengan melontarkan berbagai-bagai idea yang bernas demi kemajuan aktiviti-aktiviti mendekati masyarakat di seluruh kawasan Parlimen Gombak itu sendiri.

Demi untuk lebih melancarkan lagi aktiviti-aktiviti di 3 kawasan DUN di Parlimen Gpmbak itu sendiri?

Mesyauarat pada malam semalam telah melantik Ketua Penyelarasan di 3 DUN itu. Iaitu di DUN Gombak Setia,DUN Hulu Kelang dan DUN Batu Caves,Tiap-tiap satu DUN  dilantik seorang Ketua Penyelaras dan dibantu dengan 2 orang lagi iaitu seorang lelaki dan seorang wanita.

Mesyuarat telah berlangsung dalam suasana penuh mesra dan segala perbahasan telah berlaku dengan penuh kebijaksaan.Mesyuarat tamat kira-kira jam 11.50 malam.( Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 2.40 am on Feb-01,2015).


Wednesday, January 28, 2015

Kita ada kes---MB

(Isu transgender di Mahkamah Persekutuan)
Ainol Amriz Ismail 
January 29,2015 at 1.28am.

SEREMBAN 28 Jan. - Kerajaan negeri bersyukur selepas berjaya mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap perintah Mahkamah Rayuan yang memutuskan undang-undang syariah negeri yang menghalang kaum lelaki berpakaian wanita di tempat awam sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan.

MOHAMAD HASAN
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pandangan kerajaan itu dalam membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan telah diperhalusi dan dipertimbangkan sebaik mungkin oleh panel hakim.
“Alhamdullilah, maknanya kita telah pun mengemukakan pandangan untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan dan dibenarkan, sekali gus menunjukkan kita ada kes untuk dibawa.
“Bukan semua pihak boleh me­rayu atau membawa kes ke Mahkamah Persekutuan kerana panel hakim akan terlebih dahulu memerhatikan secara teliti sama ada wujud merit atau tidak untuk diperdengarkan rayuan berkenaan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri, di sini hari ini.
Mohamad diminta mengulas perkemba­ngan itu selepas pa­nel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif memutuskan demikian secara sebulat suara ketika bersidang bersama Ha­kim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Ri­chard Malanjum, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Moha­med Apandi Ali dan Datuk Zaharah Ibrahim, semalam.
Kata Mohamad, pada peringkat ini selepas wujud merit atau kes untuk dibawa, maka Pendaftar Mahkamah Persekutuan akan menentukan tarikh untuk mendengar kes pula.
“Bagi saya, dengan kebenaran panel hakim untuk kerajaan ne­geri membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan, bermakna kita ada merit atau kes. Jika tidak, tentulah permohonan itu ditolak.
“Baguslah perkara itu akan dapat menjaga kepentingan yang tertentu,” tegas Mohamad.
Dalam keputusan panel lima hakim semalam, antaranya meme­rintahkan semua pihak terlibat menjawab persoalan yang akan menjadi teras kepada rayuan tersebut.
Persoalan itu adalah sama ada Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Undang-Undang Negeri Sembilan 1992 yang melarang kaum lelaki memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam bertentangan dengan lima Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kelima-lima Perkara itu adalah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan (hak rakyat untuk hidup dan kebebasan diri); Perkara 8(1) dan (2) (perlindungan sama rata tanpa mengambil kira agama, kaum, keturunan, tempat lahir atau jantina); Perkara 9 (hak untuk bergerak de­ngan bebas) dan Perkara 10(1)(a) (hak untuk bercakap dan bersuara).
Kerajaan Negeri Sembilan diwa­kili peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang merupakan pemohon di dalam rayuan tersebut.
Yang turut disenaraikan sebagai pemohon adalah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, pe­ngarahnya, ketua pegawai peguat kuasa syariah dan ketua pendakwa raya syariah.
Panel itu juga membenarkan permohonan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang diwakili peguam Datuk Sulaiman Abdullah untuk menjadi pencelah dalam rayuan itu.(Utusan online-),Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 11.51 am on Jan--2015.

Monday, January 26, 2015

Keputusana rayuan Anwar 10 Feb

27 Januari 2015 1:50 AM 

KUALA LUMPUR 26 Jan. - 10 Februari 2015, pu­kul 9 pagi, Dewan Mahkamah Persekutuan 1, Istana Kehakiman, Putrajaya.

Pada tarikh tersebut, Mahkamah Persekutuan akan memuktamadkan rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat keduanya membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Anwar Ibrahim
Pada tarikh tersebut juga, umum bakal mengetahui sama ada Anwar akan dipenjara, dibebaskan daripada sabitan dan hukuman atas pertuduhan meliwat buat kali kedua atau kes itu dibicarakan semula (sekiranya mahkamah mendapati terdapat kekhilafan yang teruk).
Mahkamah Persekutuan juga boleh mengekalkan sabitan salah dan meminda hukuman penjara lima tahun yang telah dijatuhkan (sama ada mengurangkan atau menambah tempoh pemenjaraan. Tempoh penjara maksimum bagi kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan ialah penjara 20 tahun dan sebat).
Makluman berhubung tarikh keputusan rayuan tersebut diumumkan oleh Mahkamah Persekutuan melalui laman sosial Twitter rasminya, @MYJudiciary kira-kira pukul 12.03 tengah hari sebelum disusuli dengan siaran akhbar oleh Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada sebelah petang.
Notis rasmi mengenai perkara tersebut juga telah dihantar melalui faksimile oleh mahkamah kepada pihak-pihak terlibat sekitar waktu sama.
Peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan ketika dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) memberitahu menerima notis terbabit lewat pagi tadi manakala peguam, Ramkarpal Singh yang mewakili Anwar mengesahkan penerimaan notis berkenaan pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari.
Rayuan akhir Ahli Parlimen Permatang Pauh itu telah didengar selama lapan hari bermula 28 Oktober hingga 7 November tahun lalu di hadapan panel lima hakim mahkamah tertinggi negara diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.
Yang turut bersidang ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Keputusan Mahkamah Persekutuan itu nanti adalah muktamad dan tidak boleh dikemukakan ra­yuan lagi.
Sekiranya gagal dalam rayuannya, Anwar akan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen sebagaimana Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan seseorang ahli Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika dijatuhkan hukuman penjara lebih dari setahun atau denda lebih daripada RM2,000.
Sementara itu, Anwar dalam kenyataan akhbarnya meluahkan rasa optimis akan dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan itu berdasarkan hujah ‘perincian fakta dan undang-undang kukuh yang telah dibentangkan’ oleh barisan 14 peguamnya.
“Fitnah tidak wajar dijadikan alat dalam tinju politik dan diberi ruang untuk memporak-perandakan negara.
“Saya panjatkan doa pada Allah Yang Maha Esa agar keadilan dapat ditegakkan dan saya dibebaskan,” katanya lagi.
Anwar, 68, memfailkan rayuan tersebut selepas tidak berpuas hati dengan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 9 Januari 2012 yang melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 30, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008 di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.
Pada 7 Mac 2014, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Balia Wahi Yusof yang bersidang bersama-sama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh sebulat suara mendapati Anwar bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun.
Mereka memutuskan demikian selepas mendapati Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila memutuskan bahawa integriti bahan bukti yang diletakkan di dalam 11 botol sampel berlainan telah tercemar.
Bahan bukti itu sebelum ini didakwa tercemar apabila beg plastik yang digunakan untuk menempatkan kesemua sampel itu digunting di bahagian bawahnya oleh bekas pegawai penyiasat, Superintenden Judy Blacious Pereira.(Utusan online-).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at1340 hrs on Jan-27,2015.

Minoriti Melayu bakal berasa semakin terpinggir

26 Januari 2015 1:14 AM

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Niat DAP yang mahu melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dilihat akan lebih menjadikan orang Melayu sebagai penduduk minoriti di kebanyakan kawasan bandar, sekali gus semakin terpinggir dalam arus pembangunan negara. >

Prof.Dr.Mohd Fuad Mat Jali
Penganalisis Geopolitik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, apabila pilihan raya itu diadakan, akan mewujudkan monopoli kaum Cina yang majori­tinya tinggal di bandar dan menguasai ekonomi bandar tersebut.

Katanya, kesan yang akan timbul adalah sama ada mengurang atau mengetepikan tempat wakil-wakil Melayu dan juga kaum-kaum lain dalam PBT yang dikuasai bangsa Cina, seterusnya mencetuskan rasa tidak puas hati golongan terbabit.

“Apabila pilihan raya PBT diadakan, pemimpin Cina pasti akan mendapat lebih banyak undian daripada kaum tersebut kerana majoriti penduduk bandar seperti di Pulau Pinang terdiri daripada bangsa tersebut. Cara ini akan mengurangkan wakil Melayu dalam PBT.

“Secara tidak langsung suara dan kepentingan orang Melayu serta kaum-kaum lain dalam sesebuah PBT akan lenyap dan wujud monopoli tertentu iaitu bangsa Cina,” katanya kepada Utusan Malaysia sewaktu dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membantah pilihan raya PBT soleh DAP itu kerana akan memberi kesan buruk kepada kepentingan orang Melayu dan kaum-kaum lain. /

“Ketika ini, ekonomi negara dikuasai Cina dan bayangkan pula apa akan jadi kalau kuasa dalam PBT juga dikuasai bangsa tersebut? Tentunya rasa tidak puas hati itu akan mengundang perkara yang lain. Inilah kesan yang paling kita takutkan,” ujarnya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Mohamad Faisol Keling turut menyokong bantahan Abdul Hadi berhubung isu tersebut.

Ujarnya, cadangan DAP mahu mengadakan pilihan raya PBT itu antara lain boleh menggambarkan matlamat DAP dalam melebarkan lagi pengaruh politik mereka seperti di Pulau Pinang tanpa memikirkan kepentingan Melayu dan kaum lain.

 “Cadangan DAP itu seolah-olah membayangkan sejauh mana keikhlasan DAP dalam menjaga kepentingan orang Melayu terutamanya, malah menjadi suatu gerakan secara halus yang akan memberi kesan jangka panjang kepada politik dan ekonomi orang Melayu,” katanya.(Utusan online-)Posted by abnmulya  /Abu Bakar Ninggal.blospot.com.at12.53 noon on Jan-27,2015.

Sunday, January 25, 2015

Wahai The Malaysian Insider blog! Jika nak berbohong hendaklah berpatutanlah....penglihatan orang lain masih belum buta lagi...janganlah bodoh-bodohkan pembaca.Benarkah wajah-wajah di dalam GAMBAR di bawah ini berjumlah kira-kira 100 orang aje?

Berpandukan dari jumlah wajah-wajah penduduk Taman Keramat yang tertera di atas itu bukanlah ianya berjumlah 100 orang aje seperti yang telah disiarkan oleh The Malaysia Insider blog hari ini. 

Penduduk-penduduk Taman Keramat berarak menunjuk perasaan pagi semalam, pada tarikh 25/01/2015 ialah dalam konteks membantah projek (Datun Jelatek) yang akan dibangunkan olek PKNS  Selangor di Taman Keramat.

Penduduk-penduduk Taman Keramat melihat bahawa Projek itu akan menghakis "Geo-Poliitk" orang Melayu di kawasan Taman Keramat itu sendiri disebabkan kondo yang akan dibangunkan itu adalah konda-kondo mahal dan tidak mampu dibeli oleh orang-orag Melayu yang umumnya berpendpatan rendah dan miskin-miskin belaka,


Justeru mereka membatah dengan sekeras-kerasnya.(Gambar ini penulis petik dari Utusan online yang telah disiarkan oleh Utusan online hari ini).

POSTED BY ABNMULYA.BLOGSPOT .COM/ ABU BAKAR NINGGAL.BLOGSPOT.COM AT 12.52 NOON  ON JAN-26,2015.

Bantahan projek Datun Jelatek

(Penduduk dakwa kerajaan negeri tidak peduli nasib rakyat)

MOHAMAD SUHAIMI: 26 Januari 2015 1:15 AM 

SEBAHAGIAN daripada lebih 1,000 penduduk mengadakan bantahan terhadap pembinaan projek Datum Jelatek, berhampiran LRT Jelatek, Keramat, dekat Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/NUR AISYAH MAZALAN

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Kira-kira 1,000 orang berkumpul di tapak projek Datum Jelatek di Taman Keramat hari ini bagi membantah tindakan kerajaan negeri Selangor membenarkan projek mega berkenaan diteruskan.

Turut memberi sokongan ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) serta penduduk tempatan yang diketuai wakil anak Taman Keramat, Ariffin Abu Bakar.
Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek (BBDJ), Salleh Samad berkata, bantahan itu diadakan kerana Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dilihat tidak mempedulikan suara rakyat terutamanya bantahan penduduk kawasan Keramat.
Katanya, penduduk tidak akan berdiam diri dan terus membantah projek tersebut kerana dikhuatiri penduduk bakal berdepan dengan pelbagai masalah termasuk kawasan Melayu di Keramat dijadikan kawasan utama kaum lain.
“Sekiranya projek ini diteruskan, bakal memberi malapetaka besar kepada orang Melayu, sekali gus menjadikan kawasan penempatan Melayu di Jelatek diganggu-gugat dengan kehadiran kaum lain termasuk warga asing.
“Perjuangan ini akan diteruskan oleh golongan generasi ketiga yang memberi jaminan tidak akan menyerahkan biarpun seinci tanah di Jelatek ini kepada warga asing,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyertai Himpunan Bantahan Projek Datum Jelatek di sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo dan Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya.
Sebelum ini, BBDJ mendakwa projek Datum Jelatek di atas tanah seluas 2.2 hektar dikatakan sebagai projek pembangunan semula kawasan perumahan kos rendah dan kemudian bertukar menjadi cadangan pembangunan empat bangunan eksklusif merangkumi unit kediaman, pejabat, hotel dan pusat beli-belah yang disasarkan untuk golongan berpendapatan tinggi dan korporat.
Dalam bantahan itu, penduduk turut memecahkan dinding penghalang tapak projek berkenaan kerana tidak puas hati terhadap pemaju yang enggan memberhentikan pembangunan itu.
Bagaimanapun keadaan itu berjaya dikawal oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berada di kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, Salleh menggesa Mohamed Azmin turun padang berjumpa dengan penduduk setempat bagi menyelesaikan isu tersebut yang bermula sejak 2008.
“Kalau dia (Mohamed Azmin) anak jantan, saya cabar beliau untuk turun dan berjumpa dengan kami bagi menyelesaikan isu ini. Kami tidak mahu lagi rasa tertipu dengan pelbagai helah oleh parti pembangkang, khususnya dalam soal perumahan,” tegasnya.
Sementara itu, Ismail mendesak supaya kerajaan campur tangan dalam isu tersebut bagi membela nasib rakyat yang bakal berdepan dengan pelbagai masalah termasuk keadaan senario politik dan geopolitik di kawasan berkenaan.
“Saya percaya kerajaan mampu menukarkan projek ini kepada perumahan mampu milik ataupun syarat-syarat berkaitan yang sesuai dengan pendapatan isi rumah orang Melayu, khususnya penduduk di sekitar Taman Keramat ataupun Jelatek.
“Kami sentiasa memberi sokongan padu kepada penduduk yang membantah projek perumahan mega ini bagi membela nasib mereka,” katanya.(Utusan online-)Posted by abnmulya  / Abu Bakar Ninggal .blogspot.com.at 11.16 m on Jan-26,2015.

Saturday, January 24, 2015

Salah guna nama PRiMA serius


Kerugian berjuta ringgit
JANUARY 23 2015 AT 2.15 AM.


KUALA LUMPUR 22 Jan. – Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menyuarakan rasa marah dan bimbang dengan tindakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan nama perbadanan itu untuk menipu orang ramai membeli rumah di bawah kendaliannya sehingga mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit.
Abdul Mutalib
Abdul Mutalib
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, pihak terbabit menggunakan nama program `Perumahan Mampu Milik 1Malaysia’ bagi mempengaruhi mereka yang amat berkehendakkan rumah yang sedikit sebanyak mencemarkan imej PR1MA.
Sehubungan itu, beliau menjelaskan, PR1MA atau Program Perumahan Rakyat 1Malaysia tidak pernah melantik mana-mana ejen, syarikat atau koperasi untuk menjalankan urusan pembelian rumah di bawah PR1MA.
Sebaliknya, kata Abdul Mutalib, pihaknya menjalankan proses cabutan undi secara telus dan terbuka untuk pemohon yang memenuhi syarat kelayakan.
“Dalam satu kes, sejumlah lebih RM100,000 dibayar orang awam kepada ‘syarikat tertentu’ yang mempergunakan nama PR1MA sehinggakan kerugian di pihak orang awam mencecah RM6 juta.
“Dalam satu kes lain, seramai 137 orang, kesemuanya kaum Cina membayar RM2,000 seorang kepada sebuah syarikat dengan dijanjikan rumah PR1MA di Alam Damai (Bandar Tun Razak-Sungai Besi).
“Baru-baru ini juga kami mendapat maklumat ada pihak menawarkan rumah PR1MA di Jalan Jubilee dekat Dewan Bahasa dan Pustaka dalam sebuah surau di Kota Damansara dengan bayaran pendahuluan RM1,888 seorang dan ketika staf kami dikejarkan ke sana, pihak terbabit telah melarikan diri.
“PR1MA berharap orang ramai tidak terpedaya dengan pihak tidak bertanggungjawab ini, kalau ada apa-apa kemusykilan, mereka boleh menghubungi pihak kami untuk maklumat lanjut di talian 03-74959888 atau melayari laman web kami www.pr1ma.my,” kata beliau dalam sidang akhbar di sini.
Menurut Abdul Mutalib pihaknya sedang mengendalikan tujuh projek perumahan di bawah PR1MA tahun ini dengan 14 projek lagi dijangka menyusul.
“Sebanyak 105,000 unit rumah PR1MA diluluskan pembinaannya pada Disember 2014. Antaranya termasuklah 11,359 unit rumah sedang dibina dan 65,378 unit rumah lagi yang kini dalam perancangan atau rundingan,” katanya.
Pada Oktober tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah bagi pemohon program PR1MA dinaikkan tahun ini daripada RM8,000 kepada RM10,000.
Kata beliau, di bawah program berkenaan, sebanyak 80,000 unit rumah dengan peruntukan seba­nyak RM1.3 bilion akan dibina, antara lain bagi menangani isu pemilikan rumah dengan harga berpatutan.(Utusan online-Jenayah).     Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.23 noon aon Jan-25,2015.

Ronaldo jadi pengemis ceriakan peminat

25 Januari 2015 12:51 AM 

Cristiano Ronaldo menunjukkan kemahirannya menimang bola ketika menyamar sebagai seorang gelandangan di Madrid untuk mencipta kejutan kepada peminatnya.  

SELAIN hebat di padang, kaya dan memiliki wajah kacak, bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo juga membuktikan dirinya merupakan seorang lelaki yang baik hati.

Penyerang yang baharu sahaja dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia itu, baru-baru ini sanggup menyamar sebagai pengemis semata-mata untuk melakukan kejutan ke atas peminatnya.
Kejadian itu berlaku di Row Zed, dan Ronaldo telah membuktikan dirinya seorang yang hebat. Dia bukan sahaja handal di padang, malah cukup bijak mengambil hati para peminatnya.

Kapten Portugal itu sering kali tampil di khalayak umum dengan memastikan para peminatnya akan mendapat autograf dan bergambar bersama, selain cukup sabar melayan kerenah orang ramai yang mengaguminya."

Rasa hormat para penyokong terhadap Ronaldo berterusan apabila bintang Real Madrid itu telah melakukan sesuatu yang tidak diduga demi memenuhi impian seorang peminat kecil.
Sebuah video, yang dirakam menggunakan telefon bimbit milik seorang penyanyi Sepanyol terkenal, Juan Pena telah memaparkan Ronaldo menyamar semata-mata untuk mencipta kejutan ke atas seorang budak lelaki dengan memberinya sebiji bola yang telah ditandatanganinya.

Watak pilihannya untuk menyamar? Seorang pengemis gemuk yang tiada tempat tinggal, sedang­kan dalam kehidupan realitinya Ronaldo seorang bintang bola sepak yang kaya-raya.

Difahamkan, remaja lelaki tersebut tidak tahu bagaimana untuk memberikan reaksi yang sewajarnya. Namun, dia bukan satu-satunya peminat yang bertuah.

Pemenang anugerah Ballon D’Or tersebut turut melakukan kejutan sama di tengah-tengah pusat bandar Madrid yang sibuk,

Plaza de Callao, sebelum orang ramai yang kemudian menyedari kehadirannya mengerumuni idola mereka itu.

Apa yang menjadi persoalan, mengapa Ronaldo bertindak demikian? Mungkin pemain itu memiliki masa terluang untuk dia melakukan kejutan dengan menyamar, hanya semata-mata bagi menggembirakan peminat kecilnya. – AGENSI

Tuesday, January 20, 2015

Negara Arab boikot produk Perancis

21 Januari 2015 12:21 am.
ANGGOTA Barisan Tindakan Islam mengadakan tunjuk perasaan membantah tindakan akhbar Perancis, Charlie Hebdo menyiarkan kartun menghina Nabi Muhammad di Amman, Jordan pada 16 Januari lalu. – REUTERS
JEDDAH 20 Jan. – Satu kempen memulaukan produk Perancis giat dijalankan oleh pengguna laman sosial Arab Saudi dan Jordan sebagai tindakan membalas provokasi yang dilakukan oleh akhbar mingguan, Charlie Hebdo yang menyiar­kan karikatur yang menghina Nabi Muhammad.
Portal berita Arab News me­laporkan, kempen itu dilancarkan melalui slogan ‘Boikot Perancis’ dan telah mempunyai lebih 4,000 pengikut di laman sosial Facebokk sejak dibuka beberapa hari lalu.
Beberapa laman web di Arab Saudi turut menyiarkan senarai barangan buatan Perancis terma­suk minyak wangi dan makanan yang dijual di pasaran tempatan, bagi memperingati orang ramai dan rakyat asing menyertai kempen boikot tersebut.
Satu daripada mesej yang di­sampaikan melalui laman media sosial menyebut, kempen memulaukan produk Perancis dan menjatuhkan ekonomi negara itu perlu dilakukan kerana mereka (Charlie Hebdo) mengabaikan perasaan orang Islam dan menyiarkan kartun kontroversi.
“Kempen boikot merupakan jalan terbaik bagi mempertahankan Islam dan Nabi Muhammad,” jelas mesej itu.
Sementara itu, aktivis Jordan mendesak kerajaan mengambil tindakan terhadap pelaburan Perancis di negara itu termasuk perusahaan stesen minyak dan pasar raya Carrefour.
Dalam perkembangan sama, beberapa syarikat Perancis yang beroperasi di negara-negara Arab mula melantik firma perhubu­ngan awam bagi mengatasi kempen boikot dalam kalangan penduduk Islam.
Seorang pengamal perhubungan awam dengan agensi tempatan, Emad Kareem berkata, syarikat Perancis turut melancarkan kempen bagi memulihkan imej mereka supaya dapat mengurangkan kesan boikot.
“Syarikat terbabit terutamanya di negara-negara Teluk, mengutuk tindakan Charlie Hebdo menghina agama Islam dan menyiarkan kartun tersebut.
“Jika kempen boikot produk Perancis merebak, mereka terpaksa melantik agensi perhubung­an awam untuk menangani krisis tersebut,” katanya.(Utusan online-Luar Negara).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.at 1.13 am on Jan 21-2015.