Portal berita Arab News me­laporkan, kempen itu dilancarkan melalui slogan ‘Boikot Perancis’ dan telah mempunyai lebih 4,000 pengikut di laman sosial Facebokk sejak dibuka beberapa hari lalu.
Beberapa laman web di Arab Saudi turut menyiarkan senarai barangan buatan Perancis terma­suk minyak wangi dan makanan yang dijual di pasaran tempatan, bagi memperingati orang ramai dan rakyat asing menyertai kempen boikot tersebut.
Satu daripada mesej yang di­sampaikan melalui laman media sosial menyebut, kempen memulaukan produk Perancis dan menjatuhkan ekonomi negara itu perlu dilakukan kerana mereka (Charlie Hebdo) mengabaikan perasaan orang Islam dan menyiarkan kartun kontroversi.
“Kempen boikot merupakan jalan terbaik bagi mempertahankan Islam dan Nabi Muhammad,” jelas mesej itu.
Sementara itu, aktivis Jordan mendesak kerajaan mengambil tindakan terhadap pelaburan Perancis di negara itu termasuk perusahaan stesen minyak dan pasar raya Carrefour.
Dalam perkembangan sama, beberapa syarikat Perancis yang beroperasi di negara-negara Arab mula melantik firma perhubu­ngan awam bagi mengatasi kempen boikot dalam kalangan penduduk Islam.
Seorang pengamal perhubungan awam dengan agensi tempatan, Emad Kareem berkata, syarikat Perancis turut melancarkan kempen bagi memulihkan imej mereka supaya dapat mengurangkan kesan boikot.
“Syarikat terbabit terutamanya di negara-negara Teluk, mengutuk tindakan Charlie Hebdo menghina agama Islam dan menyiarkan kartun tersebut.
“Jika kempen boikot produk Perancis merebak, mereka terpaksa melantik agensi perhubung­an awam untuk menangani krisis tersebut,” katanya.(Utusan online-Luar Negara).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.at 1.13 am on Jan 21-2015.