Tuesday, January 20, 2015

OIC mahu saman Charlie Hebdo

Susulan provokasi berterusan hina Nabi Muhammad SAW.

20 Januari 2015 12:3.04 AM. 

Iyad Ameen Madani,Setiausaha Agong OIC.

RIYADH 19 Jan. - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hari ini merancang untuk menyaman akhbar mingguan Perancis, Charlie Hebdo selepas menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW dalam edisi keluaran terbaharunya pada 14 Januari lalu.

Laman web Independent.co.uk melaporkan, tindakan tersebut diambil selepas berlakunya tunjuk perasaan membantah penerbitan karikatur tersebut di beberapa buah negara Islam seperti Niger, Pakistan, dan Algeria.

Setiausaha Agung OIC, Iyad Ameen Ma­dani berkata, beliau mengutuk perbuatan ‘bodoh’ Charlie Hebdo menerbitkan karikatur itu dan tindakan undang-undang sewajarnya perlu diambil terhadap mereka. “OIC sedang mengkaji undang-undang Eropah dan Perancis serta beberapa prosedur lain yang boleh diguna pakai untuk mengemukakan saman.

 “Jika undang-undang Perancis membenarkan kami mengambil tindakan terhadap Charlie Hebdo, kami tidak teragak-agak untuk berbuat demikian,” jelasnya.

Sementara itu, Pre­siden Afghanistan, Ashraf Ghani dalam satu kenya­taan, me­ngu­tuk tindakan majalah ber­kenaan yang disifatkan sebagai satu perbuatan ‘menghina dan tidak bertanggungjawab’. 

“Kebebasan bersuara perlu digunakan dengan cara yang baik iaitu bagi meningkatkan persefahaman di antara agama,” ujar­nya.

Tindakan sama turut diambil oleh Perdana Menteri Iraq, Haider Abadi dengan berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengakibatkan berlaku pertum­pahan darah.

“Kejadian serangan pengganas di Paris langsung tiada kena me­ngena dengan agama Islam,” tegas Haider.(Utusan online-Luar Negara).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1613 hrs on Jan-20,2015.

No comments: