Penyerang yang baharu sahaja dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia itu, baru-baru ini sanggup menyamar sebagai pengemis semata-mata untuk melakukan kejutan ke atas peminatnya.
Kejadian itu berlaku di Row Zed, dan Ronaldo telah membuktikan dirinya seorang yang hebat. Dia bukan sahaja handal di padang, malah cukup bijak mengambil hati para peminatnya.

Kapten Portugal itu sering kali tampil di khalayak umum dengan memastikan para peminatnya akan mendapat autograf dan bergambar bersama, selain cukup sabar melayan kerenah orang ramai yang mengaguminya."

Rasa hormat para penyokong terhadap Ronaldo berterusan apabila bintang Real Madrid itu telah melakukan sesuatu yang tidak diduga demi memenuhi impian seorang peminat kecil.
Sebuah video, yang dirakam menggunakan telefon bimbit milik seorang penyanyi Sepanyol terkenal, Juan Pena telah memaparkan Ronaldo menyamar semata-mata untuk mencipta kejutan ke atas seorang budak lelaki dengan memberinya sebiji bola yang telah ditandatanganinya.