Thursday, November 30, 2017

57 peratus projek di Selangor yang diluluskan pada 2015 belum mula

30 November 2017 11:50 AM 

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Sebanyak 57 peratus projek yang diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor pada 2016 masih belum dimulakan iaitu yang paling tinggi berbanding negeri-negeri lain." 57 peratus projek di Selangor yang dilulus pada 2015 belum mula".Budiman Mohd  Zohdi.ahi parlimen Sg.Besar. Selangor.
Budiman Mohd. Zohdi berkata, perkara itu berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 2.

Katanya, laporan itu sering dijadikan bahan kempen pembangkang untuk menyerang Kerajaan Persekutuan terutamanya yang melibatkan projek yang gagal atau lambat disiapkan, tetapi rakyat sering terlepas pandang tentang kepincangan yang dilaporkan dalam laporan tersebut terutamanya bagi negeri yang bukan di bawah Barisan Nasional.  



“Bagi projek di bawah kerajaan negeri, adalah sesuatu yang mengejutkan apabila laporan tersebut mendedahkan sebanyak 57% projek yang diluluskan kerajaan negeri Selangor bagi tahun 2016 masih belum dimulakan.

Ia juga adalah yang paling tinggi berbanding negeri-negeri lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Menurut Budiman, laporan itu juga menyebut hanya lapan peratus sahaja keseluruhan projek negeri Selangor bagi tahun 2016 telah berjaya disiapkan iaitu yang paling rendah berbanding negeri lain.


 “Peruntukan bagi semua projek tahun 2016 telah diluluskan menerusi Belanjawan Negeri 2016 yang dibuat pada tahun 2015.

Kini sudah hampir kepada penghujung tahun 2017. Selepas hampir dua tahun peruntukan diluluskan, laporan ini adalah jelas sesuatu yang begitu memalukan dan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali perlu menjelaskan perkara ini kepada rakyat negeri Selangor.


 “Azmin selalu mendabik dada kononnya pentadbirannya telah membawa banyak kejayaan. Namun laporan yang dikeluarkan ini dengan jelas menunjukkan kepincangan ketara pentadbiran negeri di bawah beliau,” kata Budiman.(UTUSAN ONLINE-politik).
Posted by abnmulya // haji abu bakar niggal.blogspot.com.at 1831 hrs on November 30,2017.

No comments: