Saturday, November 18, 2017

PIHAK PERTAHANKAN LARANGAN BERTUDUNG SATU PENGKHIANATAN- MENTERI BESAR

Ahmad Razif, Mas Ermieyati, Zahida (tengah) bersama ahli pemimpin dan ahli Puteri UMNO Terengganu menunjukkan kesediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. UTUSAN ONLINE 

Radhuan Hussain 
18 November 2017 6:55 PM 

KUALA TERENGGANU 18 Nov. - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini menyifatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mempertahankan larangan memakai tudung bagi pekerja barisan hadapan di sektor perhotelan sebagai satu pengkhianatan dan penghinaan kepada agama Islam.

Beliau menegaskan, sebagai umat Islam yang tinggal di sebuah negara Islam sebagai agama rasminya mesti mempertahankan habis-habisan sekiranya ada pihak yang cuba memperlekehkan kesucian Islam.

Tegasnya lagi, Malaysia adalah sebuah negara Islam dan jika terdapat mana-mana pihak yang tidak menentang atau tidak sukakan Islam, mereka perlu tinggalkan negara ini. "Ini suatu pengkhiatan untuk menghina agama kita (Islam).

Peranan kita sebagai orang Islam, kita pasti tak akan benarkan sesiapa pun pertikaikan agama kita. Tetapi malangnya ada pihak yang cuba pertahankan (pihak kenakan larangan kepada pekerja hotel yang bertudung).

"Ini (Malaysia) negara Islam, kalau tak suka, nyah (pergi) kamu dari sini. Kita tidak akan kompromi kalau ada pihak yang ambil pekerja tapi tak boleh pakai tudung. Ini kita tak akan benarkan (melarang pemakaian tudung). Kita kena pertahankan habis-habisan," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu ketika berucap merasmikan program Ramah Mesra Bersama Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan Ketua Puteri Cawangan Seluruh Terengganu di Stadium Negeri, di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri beliau, Toh Puan Seri Halina Zakaria; Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Naib Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan; Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang; Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Johari Abu Bakar serta Ketua Puteri UMNO Terengganu, Erniesalwani Saidi.

Mengulas lanjut ketika ditemui pemberita selepas itu, Ahmad Razif turut memberi jaminan bahawa pihaknya akan memastikan tiada mana-mana pihak yang terlibat dalam sektor perhotelan di negeri ini yang sesuka hati mengenakan larangan sedemikian ke atas pekerja wanita yang beragama Islam. 

"Sudah semestinya (pastikan tiada larangan memakai tudung di sektor perhotelan di Terengganu), kita dah arahkan PBT (pihak berkuasa tempatan) membuat semakan ke atas semua hotel untuk pastikannya tidak berlaku.

"Sekiranya ada, kita tidak akan benarkan hotel ini beroperasi dan ini adalah amaran keras daripada kerajaan negeri Terengganu berhubung isu inik," tegasnya. - (Uutusan online).Posted by abnmulya  // haji abu bakar ningal.blogspot.com at 2144 hrs on November 18,2017.
0

No comments: