Saturday, March 28, 2015

Tindakkan tegas perlu diambil ke atas portal The Malaysian Insider

29 March 2015 at 1:55 am


KHAIRY JAMALUDDIN (dua dari kiri) bersama para pemenang Pertandingan Pengucapan Awam 2015 di Ramada Plaza Dua Sentral, Kuala Lumpur, semalam. MINGGUAN/SYEFRY MONIZ 

KUALA LUMPUR 28 Mac – Tindakan tegas perlu dikenakan segera terhadap portal propembangkang The Malaysian Insider untuk dijadikan pengajaran supaya kesalahan menyebarkan berita palsu tidak dipandang ringan di negara ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sehubungan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan paling tegas dan pantas di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Ini bukan kali pertama mereka menyiarkan berita tidak benar dan kali ini laporan tersebut berkenaan Majlis Raja-Raja menolak cadangan pindaan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang jelas tidak benar.

 “Maka sudah tiba masa untuk hantar satu mesej sekiranya ada mana-mana organisasi berita yang sentiasa menerbitkan berita palsu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Pertandingan Pengucapan Awam 2015 anjuran Kesatuan Pengucapan Bahasa Inggeris bersama Institut Perbahasan dan Pengucapan Awam Malaysia, di sini hari ini.

Sebelum ini, portal berkenaan melaporkan Mesyuarat Majlis Raja-Raja menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan kerajaan Pas Kelantan melaksanakan hukum hudud. Mengulas berhubung tindakan yang boleh dikenakan,

Khairy menjelaskan, semua itu bergantung kepada SKMM, namun perlu dilakukan segera sekiranya siasatan suruhanjaya berjaya membuktikan portal berkenaan melakukan kesalahan.

 “Tetapi jangan lambat mengambil tindakan kerana kita mahu melihat SKMM benar-benar profesional dalam mengendalikan perkara tersebut,” tegasnya.( Utusan online).Postee by abnmulya / Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 8.10 am on March 29,2015.

No comments: