Tuesday, March 24, 2015

Umno Kelantan Kecam Guan Eng

25 Mac 2015 1:44 AM 

KOTA BHARU 24 Mac – UMNO negeri ini mengecam tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengeluar kenyataan menuduh parti itu menghasut Pas berhubung isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Datuk Md. Alwi Che Mat
Ketua Penerangannya, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, tuduhan yang dilemparkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu bukan sahaja tidak berasas tetapi sengaja dilakukan bagi mengalih pandangan masyarakat selepas mereka memutuskan hu­bungan dengan Pas.

Beliau berkata, semua sedia maklum, UMNO menyokong hudud kerana Allah dan pendirian itu jelas.
“Hukum hudud adalah undang-undang Allah dan sebagai umat Islam mesti menyokongnya, tidak timbul soal UMNO menghasut Pas kerana parti itu sendiri sejak sekian lama telah memperjuangkan hu­dud.

 “Saya juga tidak faham, dia (DAP) gaduh dengan Pas tetapi salahkan UMNO. Bagaimana sekiranya UMNO kata DAP hasut MCA dan Gerakan menyokong mereka menentang hudud?

Semua ada pendirian ma­sing-masing, jangan tuduh orang lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 DAP hari ini mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan tindakan parti itu bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan. 

Pada masa sama, Guan Eng me­lalui kenyataannya itu turut menuduh UMNO menghasut Pas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan, selain mendakwa parti itu menjanjikan sokongan apabila rang-rang undang berkaitan hudud itu dibentangkan di Parlimen kelak.

Selain menuduh UMNO, Guan Eng turut mendakwa Abdul Hadi sebagai pemimpin yang tidak bermaruah dan tidak jujur, selain tidak menghormati persetujuan Majlis Pimpinan Pakatan

Pembangkang dalam isu itu sebelum ini. < “Saya terkejut dia (Guan Eng) hina Abdul Hadi sampai begitu sekali.

Abdul Hadi seorang pemimpin, ulama dan dihina dengan begitu teruk sekali. “Abdul Hadi dituduh tidak bermaruah, perkataan ini adakah sesuai digunakan kepada seorang ulama yang dihormati? Tidak ada maruah apa, Abdul Hadi mempertahankan Islam,” katanya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 12.42 pm on MARCH 25,2015.

No comments: