KUALA LUMPUR 24 Mac – DAP dipersilakan keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya tidak boleh lagi bekerjasama dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana Pas akan terus mempertahankan Ahli Parlimen Marang itu sebagai Presidennya.
![]() |
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz |
“Kita sudah jelas, tuan guru Abdul Hadi adalah kecintaan rakyat Malaysia. Beliau adalah Presiden Pas dan akan terus membawa mesej Pas.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng yang meminta Abdul Hadi meninggalkan pakatan pembangkang sekiranya masih mahu meneruskan agenda membawa rang undang-undang persendirian berkenaan hudud ke Dewan Rakyat.
DAP dalam kenyataannya hari ini juga menegaskan mahu memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi namun dalam masa sama masih mahu menjalinkan kerjasama dengan Pas dalam pakatan pembangkang.
Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menyifatkan tindakan
DAP mengeluarkan kenyataan itu sebagai tidak berakhlak kerana cuba mencampuri urusan dalaman Pas.
DAP mengeluarkan kenyataan itu sebagai tidak berakhlak kerana cuba mencampuri urusan dalaman Pas.
“Apa yang saya faham, ini satu tekanan supaya dalaman Pas menolak Presiden, usaha ini adalah usaha yang saya sebut wujud dalam Pas tapi masih berlapik-lapik,” katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Marzuk Shaary menyifatkan tindakan DAP yang tidak mahu mengiktiraf Abdul Hadi sebagai Presiden Pas sebagai janggal.( Utsan online-politik).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ningal,blogspot.com.at 1400hrs on March 25,2015.
No comments:
Post a Comment