Saturday, March 21, 2015

Pengacara BFM akan disiasaata polis

22 Mac 2015 1:20 AM 

KUALA LUMPUR 21 Mac – Setelah mencetus kontroversi serta membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini, pengacara radio BFM, Aisyah Tajuddin disahkan akan disiasat polis berkaitan kandungan video mempersoalkan pelaksanaan hudud di Kelantan lakonannya baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, turut akan disiasat ialah individu yang melakukan ugutan terhadap Aisyah serta penulis skrip video tersebut.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan siasat kedua-dua pihak, penyiar BFM (Aisyah) dan yang ugut penyiar. Penulis skrip penyiar juga akan dipanggil,” katanya menerusi Twitter di sini hari ini.
Kelmarin, sebuah video yang mengupas pelaksanaan hukum hudud menjadi viral di laman sosial kerana mempersoalkan tindakan kerajaan Kelantan yang lebih mengutamakan isu itu berbanding sosioekonomi rakyatnya.
Ekoran penyebaran video bertajuk Hudud Isi Periuk Nasi? itu, pengacara berusia 27 tahun berkenaan telah menerima ugutan bunuh dan rogol daripada orang ramai di media sosial.

Khalid dalam satu sidang akhbar semalam berkata, berdasarkan penelitian awal pihaknya, kandungan video tersebut belum sampai ke tahap menghasut tetapi lebih kepada pandangan peribadi mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan.( Utusan online).Posted b y abn mulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 12.35 pm on March 22,2015.

No comments: