Saturday, March 21, 2015

PAS tidak gusar disisih parti sekutu--Abdul Hadi

22 Mac 2015 12:49 AM 

KUALA TERENGGANU 21 Mac – Pas
tidak gusar jika sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP memutuskan untuk menamatkan hubungan kerjasama mereka dan menyisihkan parti itu melalui pembentukan satu pakatan baharu. Presiden Pas,

Datuk Seri Abdul Hadi Awanag
Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang seakan memba­yangkan ia bukan satu persoalan lagi dan bersedia ‘berpatah arang’ berkata, terserah kepada DAP untuk membuat keputusan kerana dalam soal itu tiada siapa yang menghalang.

“Itu bukan hak kita...itu hak masing-masinglah. Dalam negara demokrasi sesiapa bebas nak tubuh parti, nak adakan pakatan pun boleh. Kita tak boleh halang siapa-siapa.
Abdul Hadi yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia diminta mengulas mengenai langkah yang dipercayai sedang digerakkan oleh DAP untuk membentuk satu pakatan baharu tanpa Pas setelah tidak lagi mempedulikan gesaan agar menghentikan usaha untuk melaksanakan udang-undang hudud.

Ditanya sama ada beliau yakin langkah susulan Pas di Parlimen akan berjaya, Abdul Hadi enggan meramalkan namun katanya kelulusan hanya memerlukan majoriti mudah.

Beliau juga menjelaskan, adalah menjadi hak ahli Parlimen yang mewakili parti-parti sekutu untuk menolak dan menjejaskan usaha Pas di Dewan Rakyat kelak (Utusan online-politik).Posted by abnmulya n / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.53pm on March22,2015.

No comments: