01 April 2015 1:46 AM
KUALA LUMPUR 31 Mac – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Lembaga Pengarah The Edge Communication Sdn. Bhd. kerana didakwa cuba menjatuhkan Majlis Raja-Raja dan kesucian Islam.
![]() |
Azwanddin Hamzah |
Katanya, mereka menggunakan tiga saluran, akhbar The Edge, The Malaysian Insider dan stesen radio BFM untuk menjalankan agenda tersembunyi kerana ketiga-tiganya adalah milik
syarikat berkenaan.
“Ahli lembaga pengarah syarikat penerbitan itu harus didakwa kerana mencipta agenda kejatuhan Majlis Raja-Raja dan Islam.Jelas sekali pasti ada individu penting yang berperanan memberi arahan kepada setiap artikel yang diterbitkan.
“Media milik syarikat itu dilihat secara terang terangan menjalankan agenda menjatuhkan institusi diraja, kononnya Majlis Raja-Raja menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas penahanan tiga pengarang The Malaysian Insider semalam bagi membantu siasatan berhubung beberapa laporan yang diterbitkan dan disiarkan dalam portal propembangkang itu.
Ketiga-tiga mereka yang ditahan semalam ialah pengarang Bahasa Melayu portal itu, Amin Shah Iskandar, 35; pengarang bahasa Inggeris, Lionel Morais, 47 dan Pengarang Rencana serta Analisis, Zulkifli Sulong, 53 (Utusan online).Posted by abnmulya / Haji abu bakar. ninggal.blogspot.com at 9.33 am on April 01,2015.
No comments:
Post a Comment