Friday, March 27, 2015

Dikecam ghairah sebar berita palsu

MOHAMMAD YASIR JAAFAR:28 Mac 2015 1:43 AM 

KUALA LUMPUR 27 Mac - Pergerakan Pemuda UMNO mengecam keras serta mempersoalkan kredibiliti portal propembangkang The Malaysian Insider yang semakin lantang dan ghairah menyebarkan berita palsu dan separuh benar.
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kemuncak kebiadaban portal berkenaan adalah penyiaran laporan kononnya Majlis Raja-Raja menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang Persekutuan bagi membolehkan kerajaan Pas Kelantan melaksanakan hudud di negeri tersebut.

 “Kita mengutuk sekeras-keras-nya portal propembangkang ber-kenaan kerana sering terlibat dalam penyebaran berita yang tidak benar dan selalunya dengan memetik sumber yang tidak dinyatakan. 

“Dengan sumber yang dirahsiakan, sudah tentu pembaca tertanya-tanya sama ada sumber dan kredibiliti berita tersebut boleh dipercayai atau sebaliknya,” kata-nya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Sehubungan itu, Khairy mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera mengambil tindakan tegas terhadap portal yang tidak bertanggungjawab itu sehingga sanggup mencemarkan imej Majlis Raja-Raja yang menjadi simbol dan payung agama Islam di negara ini. 

“Perlu diingatkan bahawa kita menyokong penuh kebebasan media namun perlu ada batas dan bukanlah mutlak.

 “Apabila sebuah portal terus menerbitkan berita yang dinafikan, terutama daripada Majlis Raja-Raja, perlu ada tindakan tegas supaya perkara itu tidak diulangi oleh mana-mana pihak atau organisasi be-rita lain,” ujarnya.

Sementara itu, Khairy berkata, portal berkenaan pernah menyiarkan beberapa laporan palsu sehingga memaksanya memohon maaf kepada individu tertentu.

“Sebagai contoh pada 2011, portal itu telah mengemukakan permohonan maaf kepada bekas Pengerusi Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajuddin Ramli atas penerbitan berita tanpa fakta dan berunsur fitnah"

"{Pada 2013 poral terbabit juga telah memohon maaf dan menarik balik artikel tentang Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir, Khazanah Nasional Bhd. dan satu lagi tentang Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya.
Tambahnya, baru-baru ini, portal itu turut membuat permohonan maaf kepada Pas berhubung penyiaran gambar palsu yang mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.( Utusan online-).Posted by abnmulya  / Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 11.15 am on March 28,2015.

No comments: