Saturday, May 31, 2014

Zambry bangga dengan pencapaian Mah Siew Keong

TELUK INTAN 31 Mei - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyifatkan strategi serta taktikal jentera yang digunakan Barisan Nasional (BN) sebagai faktor utama mendorong kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan kali ini.

Menteri Besar Perak,
Datuk Dr.Zambry Abd. Kadir
Beliau berkata, pendekatan yang direncanakan supaya calon BN, Datuk Mah Siew Keong bersikap rendah diri dan tidak bertindak membidas lawan seperti diamalkan pihak pembangkang membuahkan hasil.

Katanya, pergerakan jentera yang seiring dan mengelakkan perselisihan juga berjaya membantu memantapkan strategi parti.

"Saya kata pada Siew Keong supaya tidak terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang selalu menghentam lawan di pentas ceramah, sebaliknya amalkan sikap rendah diri. Itu sebenarnya yang rakyat tengok.

"Ini merupakan pendekatan berbeza yang kami amalkan. Akhirnya membuahkan kejayaan kepada parti, ini kemenangan yang cukup bermakna," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry memberitahu kekalahan DAP pada PRK kali ini merupakan tamparan serta pengajaran kepada parti itu supaya tidak bersikap angkuh.

Katanya, DAP terlalu angkuh sehingga yakin memenanginya tanpa menghiraukan calon BN.

"Sejak awal lagi mereka telah mempertontonkan kehebatan dengan membawa penceramah yang hebat-hebat, seolah-olah kami tidak boleh buat apa-apa. Bala tentera mereka hebat menghentam calon kami.

"Walau bagaimanapun hasilnya berbeza apabila pendekatan dan strategi yang kami amalkan lebih memberi kesan. Meskipun majoriti hanya 238 undi sahaja tetapi mengambil kira kekalahan 7,600 undi pada pilihan raya umum lalu, ini pencapaian yang menakjubkan," jelas beliau. - Utusan onliner-Dalam Negeri.(Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at 0.28 am on June 01,2014.

No comments: