C.SHEILA RANI
jANUARY 04,2018 @ 11.15 PM.
Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, sebagai seorang pemimpin yang pernah memegang jawatan nombor satu negara, Dr. Mahathir perlu sedar bahawa kebanyakan dasar kerajaan mempunyai `tempoh luput’ dan apabila tiba masanya akan digantikan dengan dasar baharu.
![]() |
Nazri Hussin Akhtar Hussin |
“Sebagai ‘negarawan’ (pandangan sesetengah pihak), Dr. Mahathir perlu lebih bertanggungjawab dan profesional. Hakikatnya, TN50 adalah kesinambungan kepada Wawasan 2020 dan Wawasan 2020 pula adalah kesinambungan kepada Dasar Ekonomi Baru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Nazir Hussin, pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam TN50 jauh berbeza daripada Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Dr. Mahathir.
Katanya, cara diktator juga terserlah dalam Wawasan 2020 yang mana Dr. Mahathir hanya mengumumkan secara top-down daripada ilhamnya.
“Kaedah itu berbeza dengan amalan mengumpulkan aspirasi rakyat (bottom up) yang dilaksanakan oleh kerajaan semasa. Ya, legasi cara diktator Dr. Mahathir memang harus dipadamkan,” katanya. - UTUSAN ONLINE ( Posted by abnmuly // haji abu bakar ninggal,blogspot.com at 8.22 am on January 06,2018.
No comments:
Post a Comment