Friday, January 5, 2018

ABU TALIB NAFI PERNAH GUNA NAMA TUN M


05 hb.Jan 2018 @ 3.00pm.

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman menafikan dakwaan bahawa beliau pernah menggunakan nama Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membolehkan pemecatan dilakukan terhadap bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada tahun 1988. 


Mantan Peguam Negara,Tan Sri Abu
Talib Othman.
Menurut Abu Ta­lib, Krisis Perlembagaan 1988 dilaksanakan menerusi tribunal yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan ­Agong ke­tika itu, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.

“Malah, saya juga mengingatkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, beliau mempunyai tanggungjawab untuk mendukung Perlembagaan Per­sekutuan,” katanya dalam satu temubual media me­metik laporan New Straits Times hari ini.

Mengulas lanjut, Abu Talib berkata, pemecatan Salleh hanya boleh dilakukan melalui Perkara 125 (3) Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan sebuah tribunal di­tubuhkan untuk me­lihat sama ada terdapat sebarang kes salah laku sebelum Ketua Hakim dipecat.

“Tribunal itu hanya boleh ditubuhkan melalui representasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong dan memandangkan Dr. Mahathir dan Seri Paduka bersetuju, tindakan perlu diambil, maka saya telah menyediakan dokumen yang sepatutnya bagi penubuhan tribunal tersebut,” katanya.

 Abu Talib berkata, komunikasi dengan pihak istana bagi memaklumkan mengenai penubuhan tribunal itu turut dikendalikan oleh Pejabat Perdana Menteri.

“Dalam hal ini, nama Perdana Menteri dan pejabat beliau telah digunakan kerana Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa tribunal hanya boleh ditubuhkan menerusi representasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri.

“Isu ini berlaku pada tahun 1988 dan kita tidak boleh mengharapkan Dr. Mahathir untuk mengingati setiap maklumat yang berlaku pada masa itu,” katanya.

 Abu Talib bagaimanapun menegaskan bahawa bukan Dr. Mahathir yang mahu memecat atau memulakan tindakan terhadap Salleh, dan hanya bertindak atas arahan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya nampak surat yang ditulis dan ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong mengarahkan Dr. Mahathir memecat Salleh sebagai Ketua Hakim Negara dan melantik Tun Abdul Hamid Omar,” katanya. ( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ningfga.blogspot.com at 1052 am on Jan  06,2018.

No comments: