Anina Saadudin
Anina Saadudin
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk David Wong Dak Wah, Datuk Dr. Badariah Sahamid dan Harmindar Singh Dhaliwal memutuskan demikian secara sebulat suara selepas berpuas hati bahawa Seksyen 18(C) Akta Pertubuhan 1966 adalah undang-undang yang baik untuk diguna pakai.
Seksyen 18(C) menyatakan, keputusan parti adalah muktamad, konklusif dan tidak boleh dicabar, dirayu, disemak, dibatalkan atau dipertikaikan dalam prosiding mahkamah.
Sehubungan itu, kuorum itu memutuskan, Mahkamah Tinggi betul ketika membatalkan saman bekas ahli UMNO tersebut.
Pada 7 Disember tahun lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, S. Nantha Bala (kini hakim) membenarkan permohonan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Anina dengan kos RM5,000.
Anina dipecat daripada UMNO selepas beliau memfailkan saman pada 8 Ogos tahun lalu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung sumbangan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi presiden parti itu. - UTUSAN ONLINE. ( Utrusan online).Posted by abnmulya //haji abu b akar ningal.blogsppot.com at2243 hrs on April 21,2016.