![]() |
Tan Sri Harussani Zakaria |
KUALA LUMPUR 20 April – UMNO dan Pas wajib menjalinkan kerjasama demi kelangsungan Islam di negara ini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, walaupun mempunyai ideologi politik berbeza, namun hubungan kedua-duanya yang masing-masing merupakan parti Islam di negara ini tidak boleh dipisahkan.
Beliau berkata, umat Islam walaupun berbeza pegangan politik adalah haram berpecah dan perkara itu telah dinyatakan dalam al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.
“Saya amat bersetuju supaya UMNO dan Pas bekerjasama demi kelangsungan Islam di negara ini. Itu memang ajaran Islam, umat Islam kalau berpecah hancur kita.
“Ideologi berlainan tidak mengapa tetapi perpecahan tidak boleh. Hendak selamatkan Islam di negara ini hanya dengan satu cara sahaja iaitu kerjasama antara UMNO dan Pas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan pendakwah tersohor dari India, Dr. Zakir Naik yang mahu melihat UMNO dan Pas bekerjasama berlandaskan al-Quran dan hadis bagi membolehkan negara ini dan Islam terus berkembang maju.
Sementara itu, pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias turut menyokong penuh saranan Dr. Zakir demi kelangsungan kuasa politik Melayu dan Islam memandangkan perkara itu adalah perintah Allah dan Rasulullah supaya bersatu dan bertolong-tolongan atas perkara kebaikan dan ketakwaan.
Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong pula berkata, saranan Zakir itu penting kerana hanya dengan penyatuan orang Melayu-Islam selaku masyarakat dominan dapat menjamin kestabilan di negara ini.( Utusan on line).//haji abu bakar ninggal.blogspot,com,at 11.52 am on April 21,2016.
Dalam pada itu, Naib Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Prof. Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkata, soal penyatuan antara UMNO dan Pas bukan perkara baharu malah telah dan sedang diusahakan pihak tertentu dalam menguruskan perbezaan dan mencari titik persamaan antara kedua-dua parti itu.
Beliau berkata, perpecahan antara UMNO dan Pas tidak boleh terus dibiarkan kerana kedua-dua parti mempunyai pengikut paling ramai dalam kalangan orang Islam di negara ini.
No comments:
Post a Comment