Saturday, April 30, 2016

TOLAK KESEMUA 35 CALON BEBAS--PM.

MD AZRIN ROSLY | 01 Mei 2016 12:44 AM 


Najib Tun Razak bersamah mesra dengan masyarakat Penan pada majlis Najib Tun Razak bersamah mesra dengan masyarakat Penan pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat, di Rumah Panjang Mareng Penan di Suai, Niah, Miri, semalam. BERNAMA

SIBUTI 30 April -Ini kuasa demokrasi, gunakanlah kuasa undi dengan bijak, kalau nak melabur, labur dengan bijak dan nak buat sesuatu gunalah kebijaksanaan.

“Itu asas kita pada 7 Mei (pengundian) nanti, bukan soal peribadi suka atau tidak suka, tapi gunakan kebijaksanaan,” ujarnya. Kata Najib:
 Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pengundi Sarawak menolak kesemua 35 calon Bebas yang bertanding kerana mereka tidak mampu membawa sebarang pembangunan untuk manfaat rakyat.

\Tegas Perdana Menteri, sekali pun memenangi kerusi dalam pilihan raya negeri kali ini, mereka sama sekali tidak akan diterima menyertai Barisan Nasional (BN).

“Pembangkang yang bergerak sebagai calon Bebas tidak dapat berbuat apa-apa pun untuk membawa perubahan kepada rakyat.

\“Jika menang, mereka tidak akan diterima dalam BN, hanya yang diiktiraf adalah calon BN seperti di sini bagi kerusi Bekenu adalah Rosey Yunus dan Lambir, Ripin Lamat. Pembangkang kita tolak dan Bebas kita tolak.

“Oleh itu, tidak payah kita bercakap banyak, pembangkang hanya boleh berjanji, nak api-apikan perasaan, mengadu-domba tapi tidak boleh menjamin masa depan yang lebih baik untuk anak cucu kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sibuti di sini hari ini. Yang turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang; calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir, Ripin Lamat (BN-Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) dan calon Bekenu, Rosey Yunus (BN langsung).

Dalam majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan di hadapan ribuan penduduk di sini mengenai penyaluran peruntukan RM94.8 juta untuk projek bekalan air DUN Bekenu yang akan memanfatkan tiga buah kampung iaitu Lajoh, Rumah Mandau dan Ngayum yang bermula pertengahan tahun ini.

\Turut diberi peruntukan adalah pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di DUN Bekenu dan DUN Lambir yang masing-masing berjumlah RM1.5 juta. Sehubungan itu, Perdana Menteri meminta pengundi supaya menggunakan kuasa demokrasi yang diberikan dengan bijaksana.

“Jika pejam mata kita, tanya kepada diri secara ikhlas. Bukan sahaja perasaan emosi tapi dengan kepala yang dingin, sudah tentu jawapan amat mudah, tidak lain tidak bukan adalah kerajaan BN.” 

Pengerusi BN negeri, Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini mendakwa, terdapat calon Bebas yang ditaja oleh beberapa ‘taikun besar’ dengan puluhan ribu ringgit tetapi tidak berkempen.

“Kebanyakan atau 90 peratus wang yang ditaja masuk ke dalam poket sendiri, maka itu dianggap seperti menipu.

“Saya dapati mereka sedar mereka tidak boleh berbuat apa-apa walaupun menang tetapi mereka tetap cuba bertanding dan berharap BN akan menerima mereka selepas itu,” katanya. (Utusan online-) .Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 3.39 am on Mei 01,2016.

No comments: