DR. ZAKIR NAIK
DR. ZAKIR NAIK
Menurut penceramah berasal dari Mumbai, India itu, secara ke seluruhan umat Islam di negara ini termasuk kedua-dua pemimpin parti itu dilihat sebagai pengamal Islam yang baik.
Jelasnya, walaupun terdapat perbezaan ideologi politik dalam kedua-dua parti, tetapi itu bukan penghalang.
“Kalau mereka boleh bersatu berlandaskan al-Quran dan hadis, ia akan menjadi sesuatu yang baik bagi muslim.
“Jika kedua-duanya bekerjasama ia akan membentuk komuniti Islam yang berkali ganda besar berbanding bukan Islam dan saya berdoa untuk itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri sesi wawancara bagi program Persepsi di TV Al-Hijrah, di sini hari ini.
Zakir yang optimis terhadap kerjasama itu memberitahu, beliau percaya kedua-dua parti itu mahukan kerjasama berkenaan, namun hanya ada segelintir umat Islam yang tidak bersetuju.
“Kita mungkin ada dua parti dan saya bukan bercakap bahawa mereka perlu bergabung untuk menjadi satu parti sebaliknya membentuk kerjasama atau kerajaan campuran.
“Mereka boleh bekerjasama dan masih mengekalkan identiti ma­sing-masing asalkan berpegang kepada al-Quran dan Hadis sekali gus negara ini dan Islam akan bertambah kuat,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan supaya tidak membenarkan musuh Islam menjadi penghalang kepada kerjasama berkenaan ataupun menyertai dalam perjuangan (kerjasama) itu.
“Saya sedar berhubung perkara itu dan ia menjadi punca. Jangan biarkan mereka (musuh Islam) mendapat manfaat sehingga memboleh­kan mereka berkembang. Jika kita (Islam) tidak bersatu dan kemudian tidak mendapat sokongan maka kita akan kalah dalam politik,” katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 3.15 a,m on Apil 20,2016.