Monday, September 8, 2014

AS serang kedudukan militan IS

Tentera AS membantu tentera Kurdish merampas kawalan ke atas Empangan Mosul, Iraq daripada kumpulan militan IS, smalam. - AGENSI 

BAGHDAD 7 Sept. - Amerika Syarikat, hari ini melancarkan empat serangan udara ke atas kedudukan kumpulan militan Negara Islam (IS), yang menyebabkan Empangan Haditha di barat Iraq berdepan ancaman.

Ia merupakan serangan pertama AS ke atas wilayah Anbar, barat Iraq, sejak ia memulakan kempen ketenteraan ke atas IS di utara negara ini pada bulan lalu.

Jurucakap Pentagon, Laksamana Muda John Kirby berkata, atas permintaan kerajaan Iraq, tentera AS melancarkan serangan udara ke atas IS di Empangan Haditha di wilayah Anbar.

"Kami melancarkan serangan ini bagi membendung ancaman ke atas keselamatan empangan tersebut yang kini masih berada di bawah kawalan Pasukan Keselamatan Iraq dengan anggota puak Sunnah,'' katanya.

Pemimpin ketua pasukan separa tentera di wilayah barat negara ini, Sheik Ahmed Abu Risha berkata, serangan itu menghapuskan kumpulan peronda IS yang cuba menyerang empangan tersebut yang merupakan kemudahan hidro elektrik kedua terbesar di negara ini dan menyediakan bekalan air kepada berjuta-juta penduduk.

"Serangan mereka tepat. Jika IS berjaya merampas kawalan ke atas empangan itu, kebanyakan kawasan di Iraq akan terancam termasuk Baghdad,'' katanya.

Menteri Luar Iraq, Hoshiyar Zebari menyambut baik peningkatan kempen serangan udara AS, dan menyatakan IS cuba mengawal beberapa aset strategik termasuk empangan-empangan di seluruh Iraq.

IS telah merampas kawalan sebuah empangan di luar Fallujah pada April lalu menyebabkan kawasan luar bandar di barat Baghdad banjir dan beribu-ribu penduduk kehilangan tempat tinggal. - REUTERS(  Utusan online-Luar Negara).Posted by abnmulya / Abu bakar Ninggal.blogspot.com at 1829 hrs on Sept., 08,2014.

No comments: