Wednesday, September 10, 2014

Cikgu Mat Razi calon BN untuk PRK Pengkalan Kubur

Oleh Zaain Zin TUMPAT 10 Sept. - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tumpat, Mat Razi Mat Ail diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Mat Razi, 49, yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mat Razi merupakan anak tempatan dan merupakan Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tumpat.

Biarpun begitu, ada di antara penduduk memanggilnya Ustaz Mat Razi kerana beliau aktif dalam pelbagai aktiviti agama termasuk mengasaskan sekolah pondok di tanah wakaf sendiri Kampung Simpangan.

Selain itu beliau turut menjadi imam di Masjid Simpangan dan pernah muncul sebagai johan taranum al-Quran ketika menuntut di maktab perguruan dahulu.

Pengumuman beliau sebagai calon BN dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Operasi PRK Pengkalan Kubor BN, di sini hari ini. - Utusan online-Politik ( Posted by abnmulya / Abu  bakar ninggal.blogspot.com at 1807 hrs on Sept 10,014.

No comments: