Tuesday, September 30, 2014

Pas ambil keterangn Hasnul,Saari

SHAH ALAM 29 Sept. - Dua wakil rakyat Pas yang menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menghadap Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.

Saari Sungib
Kedua-dua mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.

Bagaimanapun menurut Hasnul, perjumpaan tersebut hanya untuk mengambil keterangan sebelum dibawa ke Lembaga Disiplin Pas bagi tindakan selanjutnya.

Katanya, perjumpaan itu berlangsung pada pukul 3 petang di Ibu Pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

"Saya dan Saari hanya diambil keterangan, seterusnya perkara ini dibawa kepada Pas pusat.

Hasnu Baharuddin
"Setakat ini, tiada perjumpaan dengan Lembaga Displin lagi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran pertemuan tersebut.

Hasnul dan Saari sebelum ini bersama 15 ADUN daripada DAP dan 13 ADUN PKR menyokong Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid sebelum Pas membuat sebarang keputusan mengenai perkara tersebut.

Baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Pas ke-60 mengecam tindakan kedua-dua ADUN itu dengan gelaran 'broker' dan 'barua'.


9 mUtusan online-politik).Posted by abnmulya /Abu Bakar bligspot.com art 1619 hrs on Sept., 30,2014.

No comments: