Friday, February 17, 2017

PAS TOLK PARTI PPBM

RADHAN HUSSAIN : 18 FEBRUARAY 2017 @  12.11 AM.
Abdul Hadi Awanag menyempurnakan acara pelepasan kenderaan yang menyertai konvoi RUU355 di Padang Mertbok ,Kuala Lumpur selepasa solat Jumaat di perkarangan Masjid Rusila,Marang,Terengganu semaam.
MARANG 17 Feb. - Pas telah memuktamadkan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana parti yang baru ditubuhkan itu dengan jelas bersekongkol dengan DAP. Presiden Pas,

Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengulangi ketegasan bahawa Pas tidak akan sekali-kali menjalin kerjasama dengan mana-mana parti politik yang mempunyai hubungan de­ngan DAP dan juga PAN.

“Terpulang kepada PPBM, kita sudah ada garis panduan dan garis sempadan, kita tak akan kerjasama dengan parti yang bekerjasama dengan DAP dan juga PAN. Sikap kita (Pas) begitu,” tegasnya kepada pemberita di kediamannya di Rusila di sini hari ini.

 Terdahulu beliau menyampaikan kuliah Jumaat dan menyempurnakan majlis pelepasan Konvoi Himpunan Rang Undang-undang (RUU) 355 di pekarangan Masjid Rusila yang terletak bersebelahan.

 Minggu lalu, Timbalan Presi­den Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas akan membuat keputusan mengenai pendirian parti itu hari ini.

 Menurut bekas Perdana Menteri itu, keperluan DAP dalam pakatan pembangkang menyamai dengan keperluan Barisan Nasional (BN) terhadap MCA.

 Mengenai Himpunan RUU 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur esok, Abdul Hadi memberi jaminan Pas selaku penganjur program akan memastikan tidak berlaku sebarang provokasi sehingga boleh mengancam keselamatan mereka yang hadir.

Menurutnya, segalanya berjalan lancar hasil perbincangan pihak Pas dengan kerajaan selain mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa

 “Kita nasihatkan agar kita hadiri himpunan RUU 355 dengan tenang, aman dan konsisten untuk mencapai tujuan serta matlamat memperkasakan mahkamah syariah dan menghormati kebebasan penganut pelbagai agama di negara kita,” ujarnya ( Utusan online-berita utama).Posted by abnmulya  // haji abu bakar ningal.blogspot.com  at 1.55 am on Februarya 18,201.

No comments: