KOTA BHARU 10 Feb. - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan khabar angin kononnya terdapat menteri kanan kerajaan meletak jawatan.
![]() |
Datuk Seri Mustafa Mohamad |
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali melalui status Twitternya hari ini bermain teka-teki berhubung kedudukan seorang menteri kanan kerajaan yang didakwanya meletak jawatan.
Kata Mohamad Azmin, Menteri terbabit melepaskan jawatannya kerana tidak mahu bersubahat dalam isu 1Malaysia Developement Bhd. (1MDB).
Mengulas lanjut, Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri berkata, khabar angin tersebut langsung tidak menjejaskan semangat kerajaan untuk terus memberi khidmat terbaik kepada rakyat.
“Kita tidak akan terpengaruh dengan khabar-khabar angin begini selain tidak akan terpedaya dengan orang-orang tidak bertanggungjawab ini.
“Kita akan terus fokus dalam menjalankan tugas di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya. - Utuan online.( Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal. blogspot, com at 9.23 am on February 11,2017).
No comments:
Post a Comment