Monday, February 13, 2017

LETAKAN JAWATAN : DAKWAAM AZMIN MAKAN DIRI

14 FEBRUARY 2017@ 1.43 AM.

PUTRAJAYA, 13 Feb -- Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian persefahaman (MoU) antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diwakili oleh Ketua Setiausahanya, Datuk Lokman Hakim Ali (kiri) dengan Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Yazid Ja'afar pada majlis menandatangani MoU itu, hari ini.--fotoBERNAMA (2017) 
PUTRAJAYA 13 Feb. – Pembohongan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai seorang menteri kanan meletakkan jawatan ternyata memakan diri apabila yang mengumumkan keluar parti semalam adalah empat wakil rakyat DAP.

Ramalan Moha­med Azmin mengenai masalah dalaman Barisan Nasional (BN) itu ternyata meleset kerana yang berhadapan dengan masalah sebenarnya adalah parti-parti dalam pakatan pembangkang..

Ketua Pemuda Umno,Khairy Jamaluddin berkata, pembohongan Mohamed Azmin itu sememangnya tidak berasas dan semua ahli Kabinet sama sekali tidak mempercayai dakwaan Timbalan Presiden PKR itu.

“Saya tidak tahu mengapa mereka (empat wakil rakyat DAP) keluar parti tetapi politik ini kelakar juga. Bagaimana ia berlaku? Tidak berapa lama atau beberapa hari selepas Menteri Besar Selangor berkata bahawa seorang menteri meletakkan jawatan, tiba-tiba kena dekat dia orang (pakatan pembangkang) pula,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kementerian Belia dan Sukan dengan Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) di sini hari ini.

Berhubung MoU hari ini, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, kerjasama tersebut bakal menjadikan Ins­titut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor sebagai ins­titut untuk melatih 1,000 belia dalam industri hiliran minyak dan gas ser­ta perkhid­matan so­kong­an.

“Langkah ini perlu dijalankan awal sebab bila PIPC (Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang) dan PIC Petronas (Kompleks Bersepadu Pengerang Petronas) siap tidak lama lagi, banyak peluang kerja perlu diisi, kalau tidak dimulakan latihan kepada belia sekarang, maka kita terlepas peluang besar,” katanya.

Mengenai isu rusuhan penyokong pasukan bola sepak dengan kes terbaru membabitkan penyokong Pulau Pinang, Khairy berkata, masalah itu wajar ditangani kelak oleh barisan kepemimpinan baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
“Kita kena cari cara untuk tangani masalah ini. Kita tidak mahu bahaya menimpa penyokong-penyokong yang datang ke stadium,” ujarnya.( Utusan online).Posted by abnmulya // hajia abu bakar ningal.blogspot.com.at 1456 hrs on February 14,2017.

No comments: