Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pasukan petugas itu akan dianggotai oleh pelbagai agensi kerajaan termasuk individu yang dihormati dan berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu.
Penubuhan pasukan petugas itu merupakan langkah permulaan untuk mendapatkan dan menganalisis semua fakta berkaitan pada masa itu termasuk hansard rasmi Parlimen, minit Mesyuarat Kabinet, Laporan Ketua Audit Negara, Laporan Bank Negara dan laporan-laporan agensi berkenaan.
“Ia juga bertujuan menge­tahui apa sebenar yang telah berlaku, jumlah kerugian sebenar dan sama ada terdapat salah laku tatacara pentadbiran kewang­an serta adanya tindakan pihak tertentu untuk menutup apa yang sebenar berlaku daripada pengetahuan rakyat Malaysia selama ini,” menurut kenyataan itu,
Ujar kenyataan itu, pasukan petugas berkenaan akan mengemukakan syor dan cadangan untuk dipertimbangkan Kabinet dalam tempoh terdekat dan tindakan selanjutnya termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja jika di­perlukan kelak.
“Tindakan kerajaan ini membuktikan komitmen dan kete­lusan kerajaan untuk memastikan urusan Bank Negara pada ketika itu dijalankan mengikut urus tadbir yang ditetapkan.
“Kerajaan akan sentiasa terbuka dan telus dalam siasatan ini memandangkan ia melibatkan Bank Negara Malaysia dan dikatakan skandal kewangan terbesar,” menurut kenyataan itu lagi.( Utusan online)Posted by abnmulya  // haji abu bakar ningal.blogspot.com.at 1901 pm on February 16,2017.