MUSTAPA MOHAMED


MUSTAPA MOHAMED
Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, meskipun mengakui Kerajaan Pas Kelantan mempunyai kelemahan daripada segi urus tadbir namun situasi tersebut tidaklah sampai boleh menyebabkan sesebuah negeri itu muflis.

Katanya, kerajaan Pulau Pinang juga didapati mempunyai kelemahan terutama daripada segi menyediakan rumah kos rendah sehingga menyebabkan rakyat terhimpit.

“Kita akui Kerajaan Pas Kelantan ada kelemahan dan kerajaan Pusat sentiasa membantu terutama daripada segi menampung belanja mengurus. Jadi kita kena sama- sama baiki kelemahan sama ada kerajaan Kelantan atau Pulau Pinang sendiri,” katanya kepada pemberita selepas majlis Town Hall isu-isu semasa bersama penjawat awam di sini hari ini.