Saturday, April 28, 2018

'"CHEK ( IBU) BERSAMA SAYA= NIK ABDUH


TUAN SABARIAH TUAN ISHAK (tiga dari kanan) dibawa oleh petugas Pas semasa proses penamaan calon Parlimen Bachok di Pejabat Tanah dan Jajajan Bachok pagi ini. - UTUSAN ONLINE 

Asma Hanim Mahmood
28 April 2018 @ 2.45 pm.


KOTA BHARU 28 APRIL - Calon Pas bagi kerusi Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menganggap kehadiran ibunya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak untuk bersama semasa proses pencalonan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah tanda restu dan isyarat yang sangat baik.

Nik Mohamad Abduh berkata, ibunya memberi sokongan kepadanya untuk mewakili Pas sebagaimana ketika dia bertanding di Parlimen Pasir Mas pada PRU-13.

“Macam lima tahun lepas, ‘chek’ (ibu) juga bersama saya dan memberi semangat besar kepada saya untuk meneruskan legasi ayahanda.

 “Kehadiran bonda juga memberi semangat untuk seluruh jentera Pas di Bachok terutama muslimat,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman calon bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok di sini hari ini.

Balu kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu hadir sejak pagi di Markaz Pas Pantai Irama di sini untuk memberi sokongan bersama kira-kira 2,000 penyokong Pas kepada Nik Abduh dan calon-calon Pas yang lain.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan abangnya Nik Omar yang membuat kejutan sebagai calon PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, beliau enggan mengulas.

Sebelum ini, Nik Omar mengaku tidak mendapat restu ibunya untuk bergiat aktif dalam politik kerana cenderung kepada gabungan pembangkang PKR. - UTUSAN ONLINE ( Posd by abnmulya // haji abu bakar ninggal. blogspot.com. at 7.08 pm on April 28,2018.

No comments: