![]() |
Gambar di atas adalah gambar Ku Li masih muda dan sedang berada ditampuk kuasa politik di zaman Hussin Onn. |

Haji abu bakar ninggal
Ahad,March 27,2016 @ 7.37 pm.
Atas nama peribadi saya dan saya sendiri begitu yakin banyak lagi orang-orang Melayu di luar sana pasti akan bersetujua dengan saya setelah membaca hurai-hurain saya di bawah ini,bahawa gelaran (Negarawan Ulung) itu lebih "perfect",lebih sempurna lagi,jika di anugerahkan kepada Ku Li ( Tegku Razaleigh Hamzah) berbanding dengan Mahathir.
Kepada anak-anak muda yang agak tak dapat mengikuti sejarah kegemilangan kepimpinan Ku Li dan juga perkembangan politik di era Tun Razak Hussin.Banyak diantara mereka masih belum lahir lagi di dunia yang maha pana ini.
Melalui ruangan komen ini,ingin penulis nyatakan dan izinkanlah penulis menceritakan tentang perjuangan Ku Li, untuk menarik perhatian anda semua golongan generasi"Y" bahawa Ku Li adalah seorang ahli politik yang paling banyak berjasa pada Malaysia dan sangat popular berbanding Mahathir.
Ku Li adalah seorang hartaan,keturunan anak raja Kelantan yang berjiwa rakyat.Dengan sukarela sedia turun ke padang,berjuang di arena politik bersama-sama rakyat jembel Malaysia demi ke manfaatan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Kalau anak-anaak muda genarasi "Y" ini nak tahu? Bahawa Ku Li-lah satu2nya tokoh kepercayaan Perdana Menteri Malaysia yang ke-2, Tun Razak Hussin,bapa pembangunan Malaysia, ayahanda kepada Datuk Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.
Berdasarkan ijazah-ijazah yang tinggi yang dimiliki oleh Ku Li dan kebijasanaan-nya berpolitik dan mentadbir perniagaan dan harta2nya dan sebagainya. Sebaik sahaja Tun Razak dah mengambil alih tugas jawatan Perdana Menteri dari Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Ku Li lah di arahhkan oleh Tun Razak untuk mengasaskan dan menubuhkan Bank Bumiputra (M) Bhd, guna bagi kemudahan-kemudahan untuk membantu peniaga-ppeniaga bangsa Melayu khasan dna juga rakyat lain kaum umumnya yang mana ketika itu kebanyakan-nya masih miskin tegar dan sangat memerlukan bantuan dari kerajaan Umno-BN.
![]() |
Pemandangan Bangunan Pewtronas dari jauh.Petronas apun di asasakan oleh Ku Li atas arahan Tun Razak Husin,Perdana Mentyeri Malaysia ke-2. |
PETRONAS menjadi kebangaan rakyat Malaysia sekaligus telah tersohor di dunia antara bangsa. Itu adalah hasil usaha dan buah fikiran Ku Li yang berkelulusan ekonomi dari Universiti Londan yang mengasaskan Petronas.
Ketika itu nama Mahathir Mohamad langsung tidak dikenali oleh rakyat Malaysia yang baru sahaja capai kemerdekaan tanah air dari penjajahan British pada 1957.
Di arena politik parti Umno, selain Ku Li jadi Ketua Perhubugan Umno Kelantan. Maka beliau juga adalah merupakan Naib Presiden Umno yang berada di tempat di atas dan diikuti oleh Ghafar Baba di era Hussin On peganag jawatan PM.
Nama Mahathir mulai dikenali di kalangan Umno sebaik sahaja beliau telah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969 dari Umno.Akibat tulisannya di dalam buku ( Malay Delima) yang mana isi-isi buku tersebut bersifat ultra di mana telah mengkritik Tunku Abdul Rahman Putra ,Perdana Meneri Malaysia yang pertama secara semberono .
![]() |
Banguna ini adalah bangunan Ibu Pejabat Bank Bumiputra yang diasas dan ditubuhkan oleh Ku Li ,Di era Mahathir tanpa alasan-lasan yang nyata Mahathir telah bubakan Bank Bumiputra (M) Bhd itu dibubarkan |
Dengan tujuan agar pemimpin Umno di ketika itu beralih muka ke arahnya dan tidak begitu fanatik pada Tunku.
Untuk pengetahuan genarasi "Y". Di sini ini ingin penulis maklumkan bahawa Mahathir ini pernah tewas pada satu pilhan raya umum walau pun beliau bertanding atas tiket Umno.
Di era Tun Razak-lah Mahathir ini di terima semula menyertai parti Umno setelah di tendang oleh Tunku.
Itu pun atas pujuk rayu oleh beberapa orang pemimpin tertinggi parti Umno termasuk oleh arwah (Datuk Haron Idris),bekas Menteri Besar Selangor dan juga Datuk Adib Adam,bekas Ketua Menteri Melaka.
Akibat pujuk rayu mereka inilah hati Tun Razak jadi chair? Jika mengikut amanat Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, bahawa Mahathir ini sama sekali tidak boleh diberi tempat lagi di dalam parti Umno.
Menurut tilikan makrifat Tungku mengikut " firasatnya" bahawa "nature politik " Mahathir ini sangat bahaya pada Malaysia yang mana para penduduknya bersifat masyarakat "majmuk"
Menurt "FIRASAT" Tunku bahawa Mahathir di lihat-nya suka benar mengamalkan politik "adu -domba" demi kepentingan peribadinya dan demi survival nature politiknya yang radikal itu.
Dulu banyak ahli-ahli Umno berkata bahawa firasat Tunku itu karut marut dan tahyul belaka. Kini semuanya telah menjadi kenyataan yang hakiki.
Bahawa tilikan Tunku melalui makrifatnya itu dah pun betul dan pun tepat belaka. Dulu Mahathir sangat benci pada parti DAP yang mengamalkan dasar politik Malaysia Malaysian itu.
Menurut Mahathir ketika itu iaitu, ketika beliau masih jadi PM Malaysia? Parti yang mengamalkan faham perkauaman yang melampau dan sebagainya oleh Mahathir,
Kini,apa yang telah diludah oleh Mahathir itu? Terpaksa beliau jilat semula demi mahukan gerakannya nak gulingkan Najib memerlukan batuan dari DAP.Jadi beliau bersahabat baik dengan Kit Siang dan parti DAP.
Kini apa daha jidi?Bekerja sama pula dengan DAP disebabkan nafsu Mahathir nak gulingkn Najib itu sangat panas membara. Apabila Mahathir lihat nak guling Najib itu dengan gerakan dari dalam parti Umno tidak berjaya? Semua gerakan Mahahtir itu telah digagalkan dan dipintasa oleh Najib dengan mudah aje/
Mahathir sanggup bertindak gila-gilaan dengan cara"matlamat menghalakan cara" asal-kan apa yang menjadi cita-cita dan harapan beliau itu akan tercapai?.
Sebaik sahaja Hussin On jadi PM Malaysia.Ku Li-lah satu2nya anak (Melayu jati) berketurunan darah raja pula dilantik oleh Hussin Onn sebagai Menteri Kewangan Malaysia yang pertama di Malaysia.
Sebelum itu Tan Siew Sin dari parti M.C.A. jadi Menteri Kewangan Malaysia.Bila Ku Li berkemelut dengan Mahathir akibat Ku Li hanya kalah 40 undi aje dalam pertandingan merebut jawatan Presiden Umno padsa tahun 1987?
Ku Li menubuhkan parti lain yang bernama parti "Semangat 46" dan Semangat 46 bergabung pula dengan PAS di Kelantan. Bermula dari detik itulah Umno-BN langsung hilang kuasa politik di Kelantan hingga kini di mana parti Umno kekal hanya sebagai parti pembangkang sahaja di Kelantan.
Dipendekkan cerita.Jika kita nak bercakap fasal jasa Ku Li berbanding dengan Mahathir? Dari segi jasa dan bakti? Walau pun Ku Li itu tidak memeganga sebarang jawatan semasa era politik Mahathir?Tetapi sebelumnuya Ku Li lebih banyak berjasa pada parti Umno berbading dengan Mahathir legasai Karala mari itu? Terutama di era Tun Razak dan Tun Hussin Onn jadi Perdana Menteri Malaysia.
![]() |
Disebelah kiri di belakanag banguna yang berbumbung mereah itu ialah banguanan yang dijadikan oleh parti Umno sebagai Ibu Pejabat Besar Umno. |
Dan di Era Pak Lah jadi PM dan juga di era Najib pegang jawatan PM pun tak ada sebarang jawatan kabinet diuntukan pada Ku Li.Sedangkan Ku Li tetap menananga sebagai ahlki Parlimen kawasan Gu Musang pada setiap kali Pilihan Raya Umum di adakan?
Tidak diketahui sama ada arahan cara sulit oleh dari orang tertentu yang mengarahkan pada Pak Lah atau pun pada Najib? Hanya mereka berdua aje yang dapat menjelaskannya?
DEMI SAYANGKAN UMNO KU LI BUBARKAN PARTI (SEMANGATA 46p).
Bank Bumiputra yang ditubuhkan oleh Ku Li?Tanpa sebab-sebab yang nyata dan munasabah (BBMB) Telah dibubarkan di era Mahathi masih pegang jawatan PM.
Pun begitu? Ku Li masih mahukan orang-orang Melayu di Malaysia ini tetap berada di dalam parti Umno?
Ku Li yang berjiwa besar dan berjiwa rakyat dan begitu sayangkan pada parti Umno lebih dari kepentingan dirinya? Dengan rela hati telah membubarkan parti "Semangat 46" pimpinannya itu.
Manakala semua ahli-ahli dari parti Semangat 46 telah diserapkan ke dalam parti Umno. Sedangkan Mahathir,apabila dilihat anaknya Mukhriz yang di angan-angankan-nya akan jadi PM Malaysia pada suatu hari nanti itu?
Ertinya jalan untuk Mukhriz berpeluang jadi PM dah begitu jauh dan langsung tak ada jalan shot cut-nya( jalan pintasnya) sedangkan usia Mahathir itu sendiri pun dah semakin lanjut usianya?
Apabila didapatinya Mukhriz dah di tendang dari jawatan Menteri Besar, di Kedah. Mahathir sangat rasa kecewa lantas ambil keputusan keluar dari parti Umno buat kali keduanya?
Kemudiannya,,terus bersengkokol dengan parti Cina DAP yang dasar perkaumannya tebal pada orang-orang Melayu.Bukan setakat itu aje? Malahan Mahathir bawa DAP beersengkokol degan konco-konconya...secara cepat kilat pula lantas adakan majlis isytiharkan ( deklarasi rakyat) tajaan Mahathir dengan kekuatan yang hanya seramai 56 orang hendak gulingkan Datuk Seri Najib dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.
![]() |
Banugana Putra World Trade Centre ini di asasakan oleh Ku Li.Acara rasmi pecah tanahanya dilakukan oleh Husin Onn dan Ku Li.Penulis ada hadir di Mjlis pecah tanah itu. |
Beliau ( Ku Li ) dilihat sanggup berkorban apa sahaja demi kelangsungan parti Umno terus hidup subur demi jadi pergantungan hidup dan survivable orang2 Melayu di Malaysia ini di masa muka ini.
Hari ini,melalui portal Malaysiakini Mahathir dilihat begitu marah pada Ku Li. Sebab-sebabnya Mahathir marah DAN sangat marah pada Ku Li? Ku Li dah beri pukulan K.O.pads Mahathir.
Di Kelanatan, pada hari semalam, telah dilapaorkan oleh media arus perana bahawa Ku Li bersama-sama ahli-ahli Umno dan juga orang2 Melayu di Kelantan,di saksikan oleh Annuar Musa, Ketua Penerangan parti Umno yang baharu telah membuat satu kejutan pada Mahathir.
Ku Li dan Annuar Musa didapati telah mengisytiharkan (Deklarasi Rakyat) bersama-sama rakyat Kelantan seramai 10,000 orang ramainya telah melahirkan sikap politik yang positif lantas mengisytiharkan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada pimpinan Presiden parti Umno, Datuk Seri Tun Razak.
Nah! Lagi sekali dilihat gerakan Mahathir nak gulingkan Najib itu dah kantoi. (deklarasi Rakyat) yang diketuai oleh Mahathir hanya mampu kumpulkan 56 orang aje. Sementara yang menyokong Najib di Kelantan itu lebih 10 ribu orang ramainya.
Ertinya? Lebih 2000 kali ganda besarnya sokongan yang Najib dapat dari sebahagan aje rakyat yang manjadi ahli-ahli Umno di Kelantan.
Aapabila melihat senario politik di Kelanatan itu? Maka lemah longlai lutut dan urat saraf Mahathir dan konco-konconya terutamanya Zahd Ibrahim, penyokong tegar Mahathir,apabila melihat kehebatan sokongan politik dari ahli-ahli Umno dan orang-orang Melayu di Kelantan itu terhadap Najib yang mana Mahathir dan konco-konconya hendak gulingkan itu ?
Dari fenomena politik mutakhir di Kelantan ini?Berani penulis menegaskan bahawa keduduakan politik Dattuk Seri Najib,dari hari ke hari,dilihat semakin mantap.Tak mustahil yang akan terguling teruk?
Ialah Mahathir dan konco-konconya yang "anti-Najib" itu lebih cepat terguling bergulung-gulung dari atas bukit ke lurah yang dalam sebelu tibanya PRU ke-14 pada tahun 2018 itu nanti? (Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal. blogspot.com at 1237 hrs on March, 27,2016).
No comments:
Post a Comment