Phang Li Koon


Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, selain Li Koon pihaknya telah mengambil kete­rangan 32 lagi individu sepanjang minggu ini.
Menurut beliau, pada masa yang sama, pihaknya turut mengadakan lawatan ke pejabat Guan Eng dan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi mendapatkan maklumat berhubung isu tersebut.
“Setakat ini, kita masih belum selesai mengambil keterangan ke­semua individu terbabit. Sekiranya selesai, kita akan bertemu Guan Eng,” katanya ketika dihubungi di sini.
Pada 17 Mac lalu di sidang Dewan Rakyat, Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) mendakwa rumah berkeluasan tanah 10,161 kaki persegi (943.98 meter persegi) didakwa dibeli Lim pada 25 Okt tahun lalu dengan harga RM2.8 juta.
Menurut Shabudin, nilai pasaran harga rumah berkenaan ialah dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta.
Guan Eng dilaporkan telah menafikan dakwaan Shabudin itu.
Dalam pada itu, Pemuda UMNO negeri turut membuat laporan polis terhadap Li koon kerana mendakwa kandungan akuan bersumpah wanita berkenaan yang menegaskan dia menjual banglo­nya di Jalan Pinhorn, di sini kepada Guan Eng pada harga RM2.8 juta secara rela hati serta tidak mempunyai kepentingan perniagaan dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang meragukan.(Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at  1421 hrs on 01 April,2016