Tengku Razaleigh

Tengku Razaleigh berkata, sebagai ahli UMNO, beliau berpendirian menyokong kepemimpinan kerajaan sekarang, justeru tidak timbul isu tindakannya menandatangani Deklarasi UMNO Kelantan sebagai berpaling tadah kepada bekas Perdana Menteri itu.

Katanya, dalam pertemuan bersama Dr. Mahathir sebelum ini, beliau telah menyatakan bahawa gerakan berkenaan bertentangan dengan Perlembagaan dan tidak akan berhasil selain hanya mampu memberi desakan kepada Perdana Menteri.

“Banyak orang menganggap apabila saya menandatangani apa yang dikatakan Deklarasi UMNO Kelantan, banyak orang memberi reaksi melampau dan menuduh saya berpaling tadah, sebenarnya saya tidak pernah terlibat dengan mana-mana gerakan jadi kenapa perlu kata saya berpaling tadah.

“Dokumen itu adalah biasa yang boleh dibuat di mana-mana, ia adalah gimik. Dokumen itu tidak ada kesan perundangan pun, jadi kenapa sibuk sangat, saya sebagai ahli UMNO boleh tandatangan dan itu tidak mengubah pendirian saya mengenai tadbir urus yang baik, ke­telusan serta banyak lagi yang mana diperjuangkan oleh parti saya UMNO.

“Jadi jangan salah faham kerana saya sebagai ahli UMNO dan saya tidak berada di dalam mana-mana kumpulan selain UMNO. Itu saya mahu jelaskan, jadi kenapa orang nak tuduh saya berpaling tadah,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat beliau di sini hari ini.

Khamis lalu, Tengku Razaleigh menandatangani Deklarasi UMNO Kelantan di bangunan Parlimen yang menyatakan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Perdana Menteri.

Tindakan tersebut menyebabkan Dr. Mahathir seperti dilaporkan mendakwa Tengku Razaleigh telah mengkhianatinya apabila menukar pendirian walaupun sebelum ini memberikan cadangan supaya Najib dijatuhkaN. ( Utusan online-politik). Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggall.blogspot.com at  2158 hrs on Mrch 30,2016.