Jurucakap itu juga berkata, sepucuk surat yang bocor daripada Arab Saudi menyatakan derma itu adalah hadiah kepada Najib kerana mempromosikan Islam sederhana serta memerangi keganasan dan eks­tremisme, termasuk melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global.
“Surat itu menyatakan dengan jelas bahawa pemberian tersebut boleh digunakan dengan cara yang difikirkan wajar oleh Perdana Menteri, akan dipindahkan secara terus atau melalui syarikat penderma, dan tiada sebarang manfaat diharapkan sebagai balasannya,” kata jurucakap itu dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, laporan Four Corners itu mengesahkan apa yang di­nyatakan Perdana Menteri selama ini serta apa yang dirumuskan pelbagai pihak berkuasa setelah me­lakukan penyiasatan secara rapi dan menyeluruh.
“Penyiasatan itu termasuk pemeriksaan forensik terhadap setiap pindahan kawat. Pihak berkuasa Malaysia juga pergi ke Arab Saudi untuk memeriksa dokumen dan mengadakan temu bual dengan anggota keluarga diraja serta para pegawai yang mentadbir derma itu,” kata jurucakap berkenaan. – BERNAMA (utusan online).posted by ab nmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1322 hrs on March 31,2016.