Salleh Said Keruak
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, bekas Perdana Menteri itu sudah kehabisan idea serta pilihan sehingga terpaksa menggunakan tindakan undang-undang untuk meneruskan agenda menjatuhkan Najib.
Menurutnya, sebelum ini Dr. Mahathir pernah mencuba nasib dengan menggunakan pengaruhnya dalam UMNO untuk memburukkan Najib dan apabila tidak berjaya, beliau menggunakan pembangkang untuk meneruskan niat tersebut.
“Apabila semuanya tidak membuahkan hasil, kini beliau menggunakan kaedah saman pula. Bagaimanapun, setiap tuduhan Dr. Mahathir tidak berasas dan benar, maka kali ini juga beliau akan kalah dalam kes ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dr. Mahathir memfailkan saman terhadap Najib kerana didakwa te­lah menyalahgunakan kuasanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jaz­lan Mohamed berkata, Dr. Mahathir tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman terhadap Najib kerana kerana bekas Perdana Menteri itu tidak terlibat secara langsung dalam siasatan ke atas 1MDB.
“Dia nak saman sebagai apa? Orang teraniaya? Atau pun orang yang ada kena mengena dengan kes itu? Dia saman sebagai apa? Yang boleh saman ini hanya orang ter­aniaya sahaja, itu pun jika ada.
“Saya melihat tindakan (memfailkan saman) ini sebagai gimik politik dalam meraih publisiti. Bagi saya dia (Dr. Mahathir) tiada locus standi untuk saman, biarlah mahkamah tentukan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Berbeza dengan Nur Jazlan, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzahpula berpendapat sebaliknya dengan mendakwa tindakan Dr. Mahathir dan dua yang lain itu mempunyai locus standi.
“Sebagai pembayar cukai, anda mempunyai tanggungjawab, jadi sekiranya mana-mana penjawat awam tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebagaimana yang ditetapkan, anda boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Saidhanya memberi reaksi bahawa beliau terkejut dengan tindakan ketiga-tiga individu berkenaan terutama Dr. Mahathir.
“Saya terkejut,” katanya ringkas.( Utusan online).Posted by abnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 9.26 am on March 2,2016.