Difahamkan mesyuarat mingguan yang berlangsung setiap Rabu it
u dihadiri ‘orang kuat’ Mukhriz iaitu Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Kesenian Kebudayaan, Pembangunan Insan, Datuk Aminuddin Omar.
Aminuddin dilihat memasuki pekarangan Wisma Darul Aman kira-kira 10.10 pagi dan sempat melambai tangan kepada wartawan di luar pagar bangunan tersebut setelah petugas media dilarang memasuki Wisma Darul Aman seperti kebiasaan sebelum ini.
DatukSuraya  Yaakub
Yang turut hadir dalam mesyuarat itu, ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Masyarakat, Datuk Suraya Yaacob serta Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia, Datuk Norsabrina Mohd. Noor.
Suraya dan Sabrina dikatakan memasuki Wisma Darul Aman tanpa menggunakan kenderaan rasmi masing-masing bagi mengelak daripada menjadi tumpuan media.
Datuk Norsabrina Mohd Noor
Menurut sumber, selain Mukhriz, Aminuddin, Sabrina dan Suraya, mesyuarat itu turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din dan Setia­usaha Kewangan Ne­geri, Datuk Sepiah Isa.
“Mesyuarat yang berlangsung hari ini bagaimanapun berjalan tanpa meluluskan sebarang usul.
“Ini kerana kuota kehadiran ahli-ahli Exco tidak mencukupi yang mana memerlukan keha­diran sekurang-kurang­nya empat Exco untuk berbuat demikian,” kata sumber berkenaan.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan, Datuk Tajul Urus Mat Zain ketika ditanya tentang ketidakhadirannya menjelaskan bahawa beliau kini berada di Putrajaya bagi menghadiri satu mesyuarat.
Exco lain se­perti Pengerusi Jawatan­kua­sa Penerangan, Pem­bangunan Luar 
Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah dikatakan berada di hospital dan tidak dapat menghadiri mesyuarat hari ini.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 10.40 am on January 28,2016.