Menurut sumber, persiapan untuk raptai itu dijalankan hari ini dan kemungkinan besar istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar akan diadakan pada Khamis ini atau selewat-lewatnya Jumaat.

“Jumaat ialah hari cuti di Kedah, jadi mungkin istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar akan diawalkan pada Khamis.

“Esok juga dijadualkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, jadi mungkin ada keputusan mengenai siapa Menteri Besar Kedah yang baharu,” katanya di sini hari ini.

Sumber itu berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir kini dilihat berjuang bersendirian apabila 19 daripada 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri menandatangani akuan bersumpah sebagai menyatakan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.

Tambah sumber itu, setakat hari ini tiga Exco dilihat mengemaskan barang-barang dan mengosongkan pejabat masing-masing di Blok E, Wisma Darul Aman di sini.( Utusan online- //posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal .blogspot.com t 12.31 am on January 28,2016.