Thursday, January 31, 2013

Hasan Ali anggap tindakan terhadap Nasharuddin terlalu kejam

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Pemecatan Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama Pas disifatkan sebagai terlalu kejam kerana ia dilakukan tanpa sebarang pertuduhan ataupun memberi peluang kepada bekas Timbalan Presiden Pas itu membela diri.
ADatuk Dr.Hasan Ali Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati).

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, tindakan pucuk pimpinan Pas itu amat mengecewakan kerana ia dibuat tanpa sebarang notis dan ia diumumkan selepas Nasharudin pulang dari Gaza, Palestin.

"Saya juga dipecat dari Pas tanpa sebarang pertuduhan, sekarang sudah setahun lapan bulan dan saya masih tidak tahu apa salah saya dan saya yakin Ustaz Nasha pun tidak tahu apa salahnya.

"Baru-baru ini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah meminta waktu sejam penuh dalam siaran televisyen untuk membela diri berikutan isu Amanat Haji Hadi.

"Dia minta satu jam tetapi Hasan Ali dan Ustaz Nasha tidak diberi walau seminit untuk membela diri, terus dipecat," katanya ketika berucap pada program Fakta Sahih: Jom Tolak Pakatan di Bandar Baru Bangi, di sini malam tadi.

Yang turut hadir Presiden Pertubuhan Nambikai, Kalai Vanar; bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Abdul Ghani Haroon serta Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal.

Menurut Hasan, sekiranya penyertaan Nasharudin dalam lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza dijadikan alasan pemecatan, perkara itu tidak wajar kerana lawatan tersebut berbentuk kemanusiaan dan persaudaraan sesama Islam.

"Dalam usia Ustaz Nasha semuda 30-an, bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor sudah nampak potensinya dan mahukannya menjadi Setiausaha Agung Pas.

 "Ilmu Ustaz Nasha juga tinggi, saya boleh kata dalam seluruh Pas, tiada siapa boleh bercakap bahasa Inggeris dan bahasa Arab sefasih Ustaz Nasha," katanya yang merupakan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor. 

Beliau percaya nasib yang menimpa Nasharudin itu kerana ketegasannya mempertahankan akidah umat Islam dalam isu kebebasan beragama yang dicetuskan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar serta isu kalimah Allah yang dipolitikkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 9.38 am on Feb 01,2013.




Pengguguran Nasha dikatakan bukan tindakan politik? Apakah PAS itu bukan parti politik?

      

January 31,2013 at 9.13pm

Boleh dikatakan semua orang Melayu Malaysia dan lain-lain kaum yang menghuni Malaysia,iaitu lebih 50 tahun yang lalu hingga kini, sangat maklum bahawa parti Parti Islam Semelaysia (PAS) telah ditubuhkan.
Ustaz Nasharudin Mat Isa

Penubuhannya itu telah diluluskan oleh pihak pendaftaran pertubuhan Persekutuan Tanah Melayu ketika itu,sebagai salah sebuah di antara beberapa buah parti politik yang telah wujud.

Iaitu,seperti Umno,Parti Rakyat dan sebagainya ketika era zaman rakyat Malaysia sedang gigih berjuang untuk mendapatkan Kemerdekaan Tanah Melayu dari Penjajah British.

Setiap parti-parti politik itu,sudah semestinya mempunyai konsep perjuangan masing-masing demi untuk melakukan transformasi untuk memberi kenikmatan, kemakmoran, keselesaan yang kondusif kepada rakyat Malaysia pada keseluruhannya.

Untuk itu? Setiap parti politik itu terpaksa merancang beberapa program untuk melakukan transformasi kepada kehidupan yang lebih baik dengan cara-cara untuk memperbaiki taraf hidup rakyat itu sendiri?

Maka para pemimpin tertinggi parti itu mesti selalu bertemu sekaligus mengadakan mesyuarah untuk merangka aspek-aspek kehidupan rakyat agar dalam mesyuarat-mesyuarat tersebut akan mendapat keputusan politik sebulat suara atau keputusan yang majoriti dari ahli-ahli mesyuarat yang hadir dan cukup korumnya.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Kemudiannya barulah program=program yang di telah dirangkan itu bolehlah dikerjakan untuk dijadikan kenyataan dan ia memberi manfaat kepada rakyat jelata.

Untuk mendapatkan ahli-ahli yang semakin banyak dan bertambah-tambah yang akan menyertai sesuatu parti politik itu?

Maka para pucuk pimpinan tertinggi parti itu terpkasa pula menjelajah ke seluruh ceruk tanah air Malaysia memberi ceramah politik dengan menerangkan dasar-dasar dan konsep parti yang mereka  perjuangankan dengan harap rakyat akan percaya dan kemudiannya rakyat akan menyertai sesebuah parti itu.

Jika tiba pilihanraya umum sesebuah parti politik itu sudah tentu akan mengambil bahagian untuk bertanding dan sudah tentu pucuk pimpinan pusat sesebuah parti itu akan bermesyuarat politik untuk memilih calon-calon parti mereka yang difikirkan layak bertanding .

Juga, diharapakan akan menang sebagai Ahli Parliman (MP)di Parliman Malaysia sebanyak 222 kerusi itu atau pun bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri-negeri yang berada sebanyak 13 di Malaysia negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Lazimnya,selaku sesebuah parti politik iaitu, dari detik sesebuah parti itu hendak ditubuhkan hinggakan berjaya memerintah sesebuah negeri itu?

Semua keputusan yang melibatkan sesebuah parti itu tidak boleh dinafikan bahawa segala keputusan yang telah dicapai tidak boleh dinafikan kononnya bukannya keputusan politik.

Baik ketika menerima ahli-ahli baru mahupun memecat seseorang itu dari sebarang jawatan atau sebagainya yang menjadi ahli dalam parti tersebut itu? Segala keputusan yang telah diambil oleh sesebuah parti itu adalah merupakan keputusan politik oleh parti tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

NASHARUDIN MAT ISA DIGUGURKAN DARI MAJLIS SYURA.

Pada Ahad lepas,Setiausaha Majlis Syura  Nik Zawawi Nik Saleh berkata Nasharudin digugurkan kerana didapati melanggar peraturan berjemaah seperti ditetapkan oleh Majlis Syura dan keputusan dibuat pada 13 Jan lepas dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

BERKAIT RAPAT LAWATAN NASHA KE GAZA.

Dalam konteks itu,pada tanggal 29 hb.Jan,2013 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dilaporkan tetap menganggap pengguguran Nasharudin ada kena mengena dengan lawatan bekas timbalan presiden PAS itu ke Gaza.

Menerusi laporan Sinar online di hari yang sama juga  melaporkan bahawa Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai berkata, keputusan badan tertinggi parti itu pada 13 Jan lalu,dibuat berikutan"komitment yang kurang memuaskan" oleh Nasharudin.

"Tak ada kena mengena dengan politik.Kita mengambil keputusan pada 13 January lalu,namun saya tidak pasti bila surat rasmi dihantar kepada Nasharudin.Seperti kita katakan sebelum ini,kita ambil tindakan sedemikian disebabkan komitment yang kurang memuaskan," katanya dipetik dari Sinar Harian online.

Datuk Mustafa Ali
Lapuran itu juga menyebut,Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebagai  berkata, pengguguran Nasharudin bukan di sebabkan faktor politik,tetapi prestasinya yang didakwa kurang memuaskan.

"Saya memang bukan ahli Majlis Syura,tapi saya diberitahu Nasharudin digugurkan pada 13 January lalu sebelum pergi ke Gaza. Jadi,bukan faktor politik lah,Majlis Syura ambil tindakan sebegitu,tapi prestasi beliau," katanya dipetik dari Sinar Harian online.

Penganalisa politik tanah air bila penulis meminta membuat komen erhubungan dengan kenyataan politik Datuk Tuan Man Tuan Ibrahim dan Mustafa Ali itu?

Rata-rata mereka menjawab,"Mereka berdua boleh buat dalih itu dan taklid ini.Hakikatnya parti PAS adalah parti politik?

Jadi,sudah jadi lumrah.Segala keputusan yang diambil oleh parti PAS adalah merupakan keputusan politik yang ada minit mesyuaratnya.Yang Maha Mengetahui hanya Allah SWT sahaja. Nanti di sana berdalih-dalihlah dan bertaklid-taklidlah di Mahkamah Allah SWT di akhirat nanti.

Anihnya dimaklumkan bahawa Nasharudin menerima berita pemecatannya melalui  akhbar.Manakala surat pemecatannya pula sehingga kini iaitu pada tanggal 31/01/2013 masih belum diterima oleh Nasharudin.Jika benar Majlis Syura telah menghantar surat tersebut,buktikan?

Sejauh ini tidak ada berita yang mengkhabarkan bahawa Postmen di Wilayah Persekutuan atau pun negeri Selangor ini sedang mogok? Parti Islam mesti kerja mengikuti hukum Islam. (Posted by abnmulya at 2113 hrs on January 31,2013.



Tiada masalah jika DUN Selangor bubar awal,kata Muhyiddin


Oleh: ROSMIZA KASIM
31 Januari 2013

Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mempengerusikan perjumpaan tertutup Barisan Nasional (BN) Negeri Kelantan,di Kota Bharu,hari ini-Foto Bernama.
KOTA BHARU - Barisan Nasional (BN) tiada masalah jika Selangor mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) lebih awal, kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Muhyiddin berkata, BN akan mengikut keputusan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menentukan tarikh pilihan raya. Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, beliau tidak mengetahui sama ada pembubaran sebagaimana kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah benar atau tidak.

“Dulu dia kata tak nak bubar sekarang nak bubar… tempoh masa tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Saya tidak tahu apakah maknanya itu, adakah makna, kalau tidak ada pengumuman pembubaran Selangor akan mengadakan pilihan raya lebih awal.

“Kita BN tidak ada masalah, kita hadapi apa keputusan yang SPR buat dan kita akan laksanakan,” katanya kepada media hari ini selepas mendengar taklimat daripada pimpinan BN Kelantan dan kemudiannya mengadakan pertemuan dengan kumpulan strategik badan-badan bukan kerajaan di sini.

Beliau berkata demikian mengulas kemungkinan Selangor akan bubar Dun lebih awal selepas Cap Goh Meh.(Sinar Harian-politik).Posted by abnmulya at 1829 hrs on January 31,2013.

Friday, December 7, 2012

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Merasmikan Masjid Di Taman Melawati,Hulu Kelang,Gombak

Inilah bentuk masjid baru di Taman Melawati,Hulu Kelang,Gombak  yang telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj  Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, pada tanggal 07 hb.Disember 2012 (Jumaat) bersamaan 23 Muharam 1434.
























Haji Abu Bakar bin Ninggal
Disember 8,2012 at 8.22pm.

"Barang siapa yang membangun masjid kerana Allah,(nescaya) Allah akan membangunkan baginya yang seumpamanya di dalam syurga (Hadis riwayat Muslim.daripada Uthman  bin Affan r.a).

Justeru selaku umat Islam,kita harus yakin terhadap janji Allah bahawa sesiapa sahaja yang membangunkan masjid di muka bumi ini dengan niat kerana Allah semata-mata,maka Allah kelak membangunkan rumah baginya di syurga,sebagai mana maksud hadis yang tersebut di atas itu.

Duli Yang Maha Mulia Sultan sedanag menandatangani buku perasmian Masjid Taman Melawati kira-kira jam 12.30 tengah hari (Jumaat)
Wujudnya sebuah masjid di suatu tempat itu adalah menjadi tunggak kekuatan umat Islam setempat. Pada zaman Rasulullah S.A.W.masjid merupakan tempat beribadat bagi umat Islam,malah ia di jadikan pusat penyatuan umat Islam.

Pada ketika ini,begitu banyak masjid terus dibina di serata tempat dan diharapkan dapat pula membina kekuatan umat Islam menerusi penyatuan,persaudaraan,penyebaran dakwah Islamiyah, kesempurnaan ibadah dan sekaligus dijadikan pusat pelbagai kegiatan yang bercirikan keagamaan oleh penduduk setempat khasnya dan juga oleh umat Islam secara global.
Ketibaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Serlangor telah disambut dan diiringi oleh pembesar dan AJK Masjid Taman Melawati kira-kira jam 12.15 tengah hari Jumaat.
Dari hari ke hari penduduk semakin bertambah

Taman Melawati merupakan antara kawasan perumahan yang terbesar terletak di dalam kawasan Mukim Hulu Kelang,dalam  Daerah Gombak dan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ampang Jaya (MPAJ) dan kedudukannya pula di pinggir pusat Bandaraya ,Kuala Lumpur.

Pembukaan taman perumahan di Taman Melawati bermula pada  tahun 1970 dan terus berkembang dari masa ke masa sehingga kini mempunyai beberapa fasa.
Dengan di iringi oleh Menteri Besr Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim,kelihatan Duli Yang Maha Mulia Sultan sedang berjabat tangan dengan AJK masjid dan orang ramai.
Sementara penduduknya pula dianggarkan menjangkau 60,000 orang dan menjadi tumpuan dari pelbagai bidang profesion dan para profesional,terdiri dari usahawan,pegawai sektor awam dan swasta.Penduduk Taman Melawati boleh dikatakan majoriti para penduduknya adalah umat Melayu Islam.

Hasil kerja keras Ahli Parlimen Umno Gombak,mantan YB Datuk Dr Hj.Rahman Ismail , maka
tanah yang jadi tapak masjid Taman Melawati itu dah pun lulus sejak pada tahun 2006 semasa Umno berkuasa di Selangor.

Ahli jawatankuasa masjid  bagi penggal 2006-2009 telah diberi maklum mengenai kelulusan tapak masjid baru di Fasa 6 di mana Nazir dan beberapa ahli jawatankuas masjid telah dijemput oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Gombak,di pejabat Daerah Gombak, pada hujung bulan Ramadhan (Oktober 2006).iaitu semasa Negeri Selangor masih di dalam kuasa Kerajaan Barisan Nasional.

Penulis difahamkan bahawa kelulusan tapak masjid baru di Fasa 6 itu,adalah bertitik tolak kerja keras yang bersungguh-sungguh oleh Ahli Parlimen (MP) Umno Gombak, Datuk Dr Rahman Ismail yang ketika itu sedang menyandang jawatan Ahli Parlimen (MP) Umno Gombak bagi penggal 2004-2008. Ini harus di mengertikan!
Duli Yang Maha Mulia Sultan telah memberi ucapan. Dalam ucapan Duli Yang Masha Mulia,Baginda  juga telah memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin politik tanah air, agar jangan jadikan masjid medan politik bagi mengembangkan konsep politik mereka masing-masing.
Disebabkan masjid lama iaitu, masjid Al-Hidayah tidak lagi dapat menampung jumlah jemaah yang semakin semakin berkembang.

Maka AJK berpendapat dan memutuskan sebuah masjid baru harus dibina untuk menggantikan masjid Al-Hidayah itu akibat kedudukan dan pembangunan kawasan perumahan  di Taman Melawati itu sendiri yang telah dibangunkan 35 tahun yang lalu,giat berkembang dari masa ke masa dan tidak mampu lagi menampung ahli qartiahnya terutama di hari Jumaat dan di hari raya puasa dan hari raya haji.

Pembinaan masjid yang dicadangkan akan melambangkan keagungan Islam dan pembanguna masyarakat islam di Taman Melawati. AJK juga mengharapkan supaya masjid baru menjadi mercu tanda atas strategi mempamerkan keagungan  Islam.
Duli yang Maha Mulia Sultan memasuki ke dalam masjid untuk sama-sama membaca Yasin & Tahlil yang di pimpin oleh Sahibus Samahah Mufti Selangor.
Dengan berbekalkan keazaman ini,Nazir dan AJK telah menubuhkan satu Jawatankuasa  Pembangunan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Masjid dengan merlantik Timbalan Nazir Masjid ketika itu ialah Tuan Sirol Aflah bin Hasan Basri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembanguan.

Beliau diberi kuasa untuk membuat cadangn,mereka bentuk dan mencari dana tambahan dan seterusnya dia diberi tugas untuk merealisasi pembinaan masjid yang canggih sebagai pusat ibadah dan pusat sehenti (one stop cemtre),yang akan menyediakan pelbagai kemudahan untuk ahli qariah di samping  mewujudkan lambang keagungan Islam.
Sebelum menanda tangani buku lawatan masjid acara baca doa dan Duli Yang Maha Mulia turut mengamikan doa yang di bacakan oleh Sahibus Samahah Mufti Selangor itu.
Pengerusi Pembangunan Tuan Hj.Sirol dan beberapa AJK Masjid telah membuat beberapa tinjauan ke  masjid-masjid sekitar Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk mengkaji rekabentuk,kos pembinaan dan fungsi yang sesuai dengan kehendak semasa bagi diterapkan sebagai elemen reka bentuk banguanan Masjid yang baru.

Elemen utama adalah ruang solat utama dan disokong elemen pelengkap seperti dewan, bilik seminar/kuliah, rumah kaki tanagn dan sebagainya.

Mengambil model Masjid Bukit Indah,Ampang,sebagai model terbaik untuk Masjid Taman Melawati dan mengubahsuai beberapa rekabentuk mengikut keperluan masyarakt Islam setempat di samping mempunyai unsur-unsur ke Islaman yang unik.
Kelihatan para Jemaah Jumaat kelihatan begitu tenang mengikuti Khutubah yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Mufti Selangor.
Secara umum, cadangan pembinaan masjid ini dibahagikan kepada 3 zon. Dewan solat utama,Dewan Pelbagai Guna serta Kios Perniagaan dan Kuarters Imam,Bilal,Penginapan dan Tadika. Reka bentuk masjid wajar dipertimbangkan  faktor fungsinya sebagai 'tempat ibadah'.

Masjid mempunya hubungan yang rapat bagi individu, masyarakat dan juga alam persekitarannya. Ini kerana ia berfungsi sebagai simbol kepada hubungan antara manusia dan PenciptaNya (Hablum Minallah) dan hubugan antara sesama manusia (Hablum Minannas).

Dengan berpakaian sedongdong AJK Masjid Taman Melawati bersiap sedia untuk menyambut ketibaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang akan merasmikan majlis pelancaran masjid mereka.
Dengan terbinanya masjid yang dirancang dengan berasaskan konsep kesepaduan ibadah. Masjid Taman Melawati akan dapat menjadi salah satu contoh pelaksanaan institusi masjid di Negeri Selangor.

Diharapkan juga dengan lokasinya yang strategik di pertengahan Jalan  Lingkaran Tengah Dua (MRR2) yang menghubungi pelbagai destinasi,akan menjadikan sebagai landmark kawasan Hulu Kelang sebagai tumpuan masyarakat Islam dari dalam dan luar negara.

Kesimpulannya,masjid yang dirancang ini menjadi sebuah institusi yang dapat memenuhi fungsi ibadah yang bersepadu sebagaimana di tuntut oleh syariat.
Dari kiri berpakaian baju Melayu berwarna putih mantan (MP) Umno Bahagian Gombak bagi PRU penggal 2004-2008. Datuk Dr Hj. Rahman Ismail. Kini beliau merupakan Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak .
Masjid yang dibina akan berfungsi secara berterusan dan tidak terhad pada waktu-waktu  tertentu sahaja,sepereti waktu solat, Unsur kemasyarakatan, pendidikan, ekonomi,riadah dan pembinaan sahsia akan digembeling secara bersepadu bagi memantapkan lagi wadah Institusi Islam.

Masjid telah siap di bina dan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, pada 07/12/2012 pada jam 12.30 tengah hari (Jumaat).

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj,Sultan Selangor, tiba di Masjid Taman Melawati, lebih kurang pada jam 12.15 tengah hari, (Jumaat) untuk mensempurnakan Majlis Perasmian Masjid Taman Melawati,Hulu Kelang,Gombak dan sempena Hari Keputraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ke:67 kira-kira pada jam 12.30 hari .
Dari kanan yang berbaju hijau itu ialah KPT ( B) Tuan Haji Yusof,Pengerusi Nazir-Nazir masjid Daerah Gombak.Tengah ialah Datuk Yusof  Haslam, Penerbit dan Pengarah filem tempatan yang telah jadi jutaan.
Selepas itu acara membaca Yasin dan Tahlil dimulakan dengan dipimpin oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Di Raja,Mufti Selangor,Haji Mohd Tamyes bin Abdul Wahid dan diikuti dengan membaca khutubah Jumaat pula oleh Sahibus Samahah Mufti Selangor dengan tajuk khutubahnya Kepemimpinan dalam Islam.

Selaku para pemimpin yang berada di dalam negara yang beragama Islam, Sahibus Samahah dalam khutubah Jumaat itu telah mengingatkan agar setiap pemimpin negara yang sedang memimpin,agar memimpin negeri dengan penuh ikhlas,jujur dan amanah berdasarkan syariat Islam.


Selaku pemimpin Islam,"Anda akan dipertanggung jawab di akhirat kelak, di Mahkamah Allah, tentang sesuatu yang anda putuskan semasa anda berkuasa," katanya.


Dari kiri: Nombor 3 berbaju  putih ialah Datuk Dr Hj.Rahman Ismail, Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak dan mantan Ahli Parlimen Umno Gombak bagi penggal 2004-2008. Sebelah kiri Datuk Dr Rahman ialah Tuan Nazir Masjid Taman Melawati,Tuan Haji Sirol Aflah bin Hassan Basri.Yang lain ialah AJK Masjid Taman Melawati.
Pada satu peringkat di dalam khutubahnya itu Sahibus Samahah Mufti telah mengingatkan kepada jemaah Jumaat itu agar jangan jadikan masjid tempat yang mulia ini sebagai medan politik untuk memperjuangkan idealogi atau konsep politik masing-masing.

Menurutnya,jika ahli-ahli politik negara menjadikan masjid arena untuk menyebarkan konsep politik mereka masing-masing? Maka masyarakt Islam akan jadi porak peranda. Sedangkan fungsi utama setiap masjid itu dibina? Semata-mata berfungsi untuk menyatu padukan umat Islam agar tetap bersatu padu untuk memertabatkan akidah dan keimanan umat Islam.(Posted by abnmulya.blogspot.com.at 2023 hrs on Disember 08,2012).

ISTIADAT KONVOKESYEN (UiTM) KE:77 DI DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR (UiTM) DI SHAH ALAM.

Setelah semua GRADUAN telah menerima Ijazah masing-masing mereka  keluar ke anjung Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM menemui Ayah/Bonda mereka yang sekian lama menunggu. Kemudian dengan hati yang riang gembira, mereka  menjalankan acara mereka bergambar dengan Ayah/Bonda dan saudara mara dan kawan-kawan mereka di anjung tersebut pada tengah hari,pada tanggal 6/12/2012 itu..


Haji Abu Bakar Ninggal
Dis ember 07,2012 at 9.06  pm

SEJARAH pembangunan UiTM bermula dengan Dewan Latihan RIDA (Rural e-Industrial Develoment Authority) pada tahun 1956. Majlis  konvokesyen yang pertama telah menganugerahkan sijil kepada 50 graduan dan kini UiTM menganugerahkan hampir 60,000 graduan melalui dua konvokesyen setahun.
Tan Sri Dato' Wan Mohd Zaid
Hakikatnya universiti ini telah menjadi pilihan pertama ramai pelajar di  seluruh negara pada masa ini.Pada tahun 2011,lebih 250,000 pelajar  lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah memohon untuk masuk  Ke UiTM tetapi hanya 30,000 tempat sahaja dapat disediakan kepada calon-calon yang berjaya.

Demikianlah pandangan dari Tan Sri Dato' Wan Mohd Zaid bin Mohd Nordin,sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM yang penulis kutip menerusi akhbar lidah rasmi ICAN UitM edisi khas mereka,sempena menyambut Istiadat Konvokesyen UiTM ke :77 di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM, bermula pada tanggal 24 hb.November bulan lepas hingga 6 hb.Disember 2012.

"UiTM adalah peluang kepada kaum Bumiputra. Peluang yang teramat besar. Kita semestinya merebut dan memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin,ketika peluang masih ada.
Siti Hajar kelihatan sedamg memakai selendang Anugerah Naib Censelor (ANC) jurusan Diploma Sains yang dianugerahkan kepadanya pada tanggal 6/12/2012. Siti Hajar merupakan penuntut Diploma Sains di Universiti UiTM  Cawangan  Kuala Pilah 3 tahun yang lalu. Kini beliau sedang meneruskan pengajian prengkat Ijazah di bidang FORENSIC di UiTM Sahah Alam juga.
"Universiti ini mesti terus membina jati diri kaum Bumiputra untuk menghadapai segala bentuk cabaran demi kelangsungan generasi akan datang iaitu,generasi yang cekal,kental,tabah dan cemerlang," katanya.

"Universiti ini mempunyai peranan yang unik dengan objektif yang amat spesifik. Objektif utama penubuhan UiTM ialah untuk meletakkan kaum Bumiuputra yang berjaya ke dalam sektor swasta. Inilah tujuan  UiTM ditubuhkan.  Kita mesti konsistan dalam usaha mencapai tujuan ini.

"Walaupun  kita akan menghadapi pelbagai cabaran dan halangan tetapi kita mesti sentiasa fokus dan jangan terkeluar dari objektif penubuhan UiTM," sambungnya dengan harapan yang begitu kental.
Dari kiri ibunya Hjh.Roslina binti Hussin,Tengah Siti Hajar  binti Abu Bakar dan kanan sekali bapanya Hj.Abu Bakar bin Ninggal.
UiTM Fokus melahirkan graduan yang berpendapatan tinggi dan berdaya saing. 

Tan Sri Wan Wahid  mahu memastikan UiTM dapat menghasilkan  graduan yang berpendapatan tinggi dan memenuhi industri high-level.

"Dewasa ini,kita bukan sahaja melahirkan para graduan yang berjaya dapat pekerjaaan tetapi perlu memastikan graduan yang bekerja di industri high-end dan berpendapatan tinggi.Kita tidak mahu terperangkap di antara jurang golongan yang berpendapatan rendah dan golongan berpendapatan sederhana.

Ini adalah seiring dengan aspirasi pemimpin yang menginginkan sebuah negara yang berpendapatan tinggi," beliau menjelaskan lebih lanjut.
Barisan depan yang sedang duduk ialah Ayah/Bonda mereka.Di belakang dari kiri Lokman Hakim al-Hafiz adiknya.Lokman Hakim al-Hafiz  baru selesai ujian SPM baru-baru ini, di SMAK,Kajanag.Tengah Siti Hajar baru menerima sijil (ANC) Diploma Sains. Kanan sekali ialah kakaknya Siti Marsita binti Hj.Abu Bakar.Tahun depan kira-kira Jun 2013 akan tamat pengajian Ijazahnya di bidang " Food Teknolgi" di UiTM Shah Alam.
Menurut Tan Sri Dato'Dr Wan Mohd Zaid bin Mohd Nordin, UiTM bukan hanya menghasilkan pencari pekerjaan ( job seekers) semata-mata,tetapi sepatutnya dapat menghasilkan penjana pekerjaan ( job creators). Penjana pekerjaan adalah usahawan yang dihasilkan oleh universiti.

Penjana pekerjaan ini adalah lebih penting daripada pencari pekerjaan.Penjana pekerjaan merupakan usahawan yang akan menempah jalan ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi ( (Royal goal to high-income nation).

Pada hemat Tan Sri Dato' Dr Wan Mohd Zaid bin Mohd Nordin,bahawa UiTM kini sedang melalui proses transformasi mengikut peredaran dan kehendak semasa.
Sementara menunggu anaka-anak mereka akan keluar dari Dewan Agong membawa segulong Ijazah/Diploma mereka sanggup duduk di mana-pmana sahaja hatta di anak-anak tangga bagi menghilangkan lenguh-lenguh kaki dan sakit pinggang disebabkan tidak tahan berdiri lama terutama kepada insan-insan yang  hampir menjadi golongan keluarga emas.
"Kita harus mempunyai perancangan strategik yang teratur dan mestilah mempunyai suatu wawasan yang dapat dilihat secara jelas dan boleh dicapai mengikut peredaran zaman.Pada suatu masa dahulu UiTM merupakan institusi yang ditubuhkan bagi membantu bagi melahirkan sumber tenaga  sub-professional untuk industri desa dan low-end ( a stop gap measure ) tetapi sekarang UiTM  berubah wajah untuk menjadi sebuah unversiti yang bersaing di perengkat global bagi menghasilkan  graduan yang akan membantu mempertingkatkan ekonomi negara." katanya dengan serius.
Bagi tetamu yang tidak dapat masuk ke dalam Dewan Agong,keran auntuk satu graduan diberi pas masuk hanya untuk 2 orang sahaja.Mereka boleh melihat acara penyampaian Sijil dan Ijazah itu menerusi kaca TV yang disediakan di dalam khemah-khemah besar di luar, di anjung Dewan Agong  itu cara lebih terang sekali jika dibandingkan yang dapat masuk kedalam dewan tapi duduk di barisan atas serkali.

ANAK PEREMPUAN PENULIS DAPAT GILIRAN MENERIMA SIJIL DI ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM NOMBOR 21,SESI PAGI, PADA TANGGAL 06 Hb.DISEMBER 2012.

Sebenarnya UiTM telah melangsungkan Istiadat Konvokesyen pada tahun ini ialah,bermula dari 24 hb.Nomber 2012. Di sebabkan Diploma Sains terkandung di bawah FAKULTI SAINS GUNAAN dan tidak diketahui kenapa mendapat giliran yang terakhir.

Maka anak penulis Siti Hajar mendapat giliran untuk menerima sijil ANC Diploma Sains-nya, pada hari Rabu,bersamaan pada tanggal 06 hb. Disember  2012 dengan nomber giliran ke:21 sesi pagi iaitu di hari penghabisan.

Pun begitu,bagi penulis sendiri dan sekaligus jika dilihat dari wajah-wajah para tetamu(ibu/bapa) dan saudara mara graduan yang hadir di dalam Dewan Agong itu mahupun yang berada di luar dewan,kelihtan begitu gembira melihat anak-anak mereka sedang dan telah menerima Sijil Diploma dan Ijazah-ijazah dari Vice Censelor,Universiti Teknologi Mara (UiTM), YBhg Dato' Prof.Jr. Dr Sahul Hamid bin Abu Bakar menerusi kaca TV yang banyak di pasang di dalam khemah-khemah yang telah di dirikan di Anjung Dewan Agong.
Inilah sebahagian  daripada para tetamu yang punya pas masuk ke dalam Dewan Agong,di tingkat atas sekali. Dewan penyampaian di bawah itu kelihatan sayup-sayup mata memandanag. Nasib baik ada di bekalkan screen besar di kanan dan di kiri dewan tersebut bolehlah lihat menerusi screen itu.
Mereka ini, semua datang ke Dewan Agong Tuanku Censelor UiTM Di Shah Alam,boleh dikatakan dari seluruh negeri di dalam Malaysia. Ada yang datang dari Kuching,Serawak,dari Labuan dan juga dari Sabah.Sementara di Semenanjung pula? Penulis dapati mereka datang dari Kelantan,Trengganu dan Pahang dari Pantai Timur.

Menakalan dari Utara tanah air pula? Mereka datang dari P. Pinang,Kedah,Perlis dan Perak. Sementara dari bahagain Selatan tanah air pula? Mereka datang dari Johor,Melaka dan Negeri Sembilan.Mereka sanggup meredas,melintasi perjalanan yang begitu jauh,beratus-ratus batu demi untuk turut sama meraikan kejayaan anak-anak mereka yang telah berjaya  mendapat Sijil dan Ijazah dari UiTM.
Siti Hajar (anak penulis) sedang menerima Sijil Anugerah Naib Censelor , Diploma Sains(ANC) dari Vice Censelor Universiti Teknologi Mara (UiTM) YBhg Dato' Prof.Jr Dr Sahul Hamid bin Abu Bakar, pada pagi 6/12/2012 di Dewan Agong Tuanku Censelor UiTM di Shah Alam.
Para tetamu yang jauh-jauh telah menempah hotel-hotel di sekitar kawasan UiTM awal-awal lagi. Penulis ada menghubungi beberapa buah hotel di sekitar kawasan UiTM untuk kegunaan oleh kawan penulis yang datangnya luar dari Selangor.

Aduh malangnya! Penulis telah diberi tahu oleh petugas-petugas semua hotel berkenaan bahawa semua bilik hotel itu dah penuh belaka,sejak 24/11/ 2012 hingga 6/12/2012.

Hati ayah/ibu yang mana satu yang tidak merasa amat gembira ketika melihat dan sama-sama dapat meraikan kejayaan anak-anak mereka yang telah usai mengakhiri pengajian mereka di Menara Gading,gedung ilmu yang mana memang menjadi impian oleh semua ibu/bapa.

Kini, impian mereka semua telah jadi kenyataan.Ilmu sudah ada di dada anak-anak mereka berserta dengan segolong Sijil dan Ijazah yang SAH. Bukan beli,bukan tipu,tapi benar-benar sah di keluarkan oleh UiTM dan bolehlah mereka tunjukkan ketika mereka mahu mencari kerja.

Siti Hajar sedang berjalan menuju kepada Naib Censelor untuk menerima sijil Anugerah Naib Censelor(ANC) dari YBhg Dato'Prof Jr Dr Sahul Hamid bin Abu Bakar.
Ilmu itu adalah penyuluh hidup.Dengan punya ilmu yang boleh di jadikan penyuluh dan senjata hidup hasil dari penat lelah mereka belajar,siang dan malam? Insya Allah! Sijil dan Ijazah itu boleh mereka manfaatkan dengan sebaiknya. Peluang yang terang benderang menanti di hadapan mereka.

Tepuk dada tanyalah selera.Ilmu sudah di cari dan dah ada di dalam dada dan segulong Ijazah telah berada di dalam tangan.Yang belum ada ialah pengalaman kerja.Jika dah punya pekerjaan? Maka bertugaslah dengan tekun dan rajin-rajin di samping menimba pengalaman di bidang-bidang yang anda lakukan itu. Jika dah punya pengalaman? Silalah berhijrah dari tugas asal ke tugas yang baru pula jika perlu.

Lazimnya, hijrah oleh orang yang punya ilmu dan pengalaman itu,pasti punya masa depan yang terang benderang dan gilang-gemilang.Masa depan anda akan jadi semakin gemilang? Dengasn syarat Allah dan Rasul anda, hendaklah sentiasa diingati.

Tinggalkan yang salah dan yang dilarang oleh-Nya dan lakukanlah apa yang disuruh oleh Allah dan Rasulmu. Insya Allah!Anda akan berjaya dan akan selamat,di dunia dan di akhirat nanti.Amin!!!(Posted by abnmulya at 2106 hrs on Disember 07,2012).



Tuesday, December 4, 2012

IRAN TAWAN PESAWAT DRONE AS

TEHERAN 5 Dis. - Pengawal Revolusi Iran semalam mendakwa berjaya `menawan’ sebuah pesawat tanpa juruterbang drone milik Amerika Syarikat (AS) di perairan Teluk Parsi selepas ia memasuki ruang udara Iran dipercayai dalam misi mengumpul maklumat perisikan.

Bagaimanapun Armada Kelima AS yang berpangkalan di Teluk segera menafikan dakwaan itu dan menyatakan mereka tidak kehilangan mana-mana pesawat drone di rantau berkenaan.

Cawangan tentera laut Pengawal Revolusi Iran dalam kenyataan dalam laman web rasminya berkata, pesawat drone AS yang melakukan rondaan di perairan Teluk Parsi ditawan ketika memasuki ruang udara negara ini. - AFP ( Utusan online-luar negra).

Saturday, December 1, 2012

Bahaya Undi Pembangkang

PERWAKILAN Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pekan, Pahang terharu dan mengesat air mata ketika mendengar ucapan penggulungan oleh Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. 

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, pemberian undi kepada pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti akan membawa kerosakan akidah, perpecahan kaum dan penindasan ke atas kaum tertentu.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaskan, rakyat perlu memahami bahawa hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang berjuang untuk negara ini dan kemajuan orang Melayu serta kaum lain.

 "Yakin dan percayalah satu undi untuk PKR (Parti Keadilan Rakyat) bermaksud satu undi untuk kerosakan akidah dan kerosakan umat. Satu undi untuk Pas bermakna satu undi untuk perpecahan. Satu undi untuk DAP bermakna satu undi penindasan ke atas bangsa tercinta.

 "Satu undi untuk UMNO dan BN adalah satu undi untuk keselamatan akidah orang Islam. Satu undi untuk BN, satu undi untuk perpaduan dan kekuatan umat. Satu undi untuk BN, satu undi pembelaan bangsa Malaysia," katanya.

Beliau yang juga Presiden UMNO menegaskan demikian ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Najib berkata, inilah masanya untuk ahli-ahli UMNO berada dalam barisan yang bersatu bagi menentang fitnah daripada Pas, menentang pluralisme daripada PKR dan menentang perkauman daripada DAP.

"Adakah kita mahu anak-anak kita sesat akidahnya? Adakah kita mahu anak-anak kita sesat akidahnya? Adakah kita mahu anak-anak kita gelap masa depan? Adakah mahu negara ini porak peranda? Adakah kita sanggup memperjudi masa depan negara?

Kalau semua jawapan tidak, katakan "tidak" pada PKR, katakan "tidak" kepada Pas dan katakan "tidak" kepada DAP," katanya. Beliau juga meminta, ahli-ahli UMNO supaya membayangkan segala kesyukuran, kedamaian dan kebahagiaan yang dikecapi dan dinikmati serta yang akan terus dirasai hasil pemerintahan UMNO dan BN berbanding jika pembangkang yang memerintah.

"Bayangkan juga segala kehancuran, kemusnahan, kerosakan, porak peranda dan kebangsatan jika pilih pembangkang. Demi Islam, demi Melayu, demi Malaysia, demi bumi bertuah, demi anak cucu kita, mesti setia kepada perjuangan UMNO.

 "Yakinlah hanya UMNO yang mampu mempertahan kesucian agama Islam. Hanya UMNO yang mampu membela nasib bangsa Melayu dan kaum-kaum lain. Katakan dalam jiwa kita, hidup dan mati hanya untuk Islam. Wajib pertahankan UMNO kerana UMNO pertahankan Islam," katany.(Utusan online-berita utama).Posted by abnmulya at 10.19am on Dis 02,2012.