Sunday, September 1, 2013

Cadanagn Anwar agar segera adakan dailog terbuka menguntungkan Datuk Seri Najib.

Apakah  Najib dan Anwar bincangkan itu? Hanya Pendekar Amin Mulia,Speaker Parlimen ( tengah ) yang mengetahuinya. Dari memek wajah ketiga-tiga tokoh politik itu? Suasannnya dilihat amat kondusif sekali.



Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
Septermber 02,2013 at 7.40pm.

Sesungguhnya politik ini memang unik sekali.Ia susah untuk diramalakan oleh rakyat apakah tujuan atau motif yang sebenarnya sesuatu isu yang diorbitkan oleh tokoh-tokoh politik negera yang memegang peranan utamanya sebagai pihak berkuasa memerintah negara.

Sedangkan isu-isu yang diorbitkannya secara meluas oleh mereka itu di dada-dada media sosial? Ia masih bersifat rahsia. Belum didedahkan motifnya pada rakyat. Hanya Allah SWT., yang Maha Mengetahui yang mengtahuiNya.

Kita Insan yang kerdil dan lemah ini tidak mampu untuk memahminya dan menekanya,apatah lagi untuk membuat ulasannya.

Pun begitu? Rakyat masih yakin bahawa para pemimpin negara yang telah diangkat oleh rakyat untuk menjalankan tugasnya.Sudah tentu mereka ini ketika menjalnkan tugas-tugasnya itu harus akan mendahuluak kepentingan rakyat jelata pada keseluruhannya.Tugas yang mereka pegang itu adalah amanah dari rakyat.

CADANGAN YANG MENGEJUTKAN?

Dengan tidak ada angin dan tidak ada ribut yang melanda tanah air? Secara tiba-tiba,entah apakah motive-nya?

Iaitu diketika rakyat Malaysia sedang berada di ambang pintu untuk menyambut tibanya hari kemerdekaan tanah air,iaitu sehari sebelum tarikh rakyat Malaysia hendak menyambut hari Kemerdekaan Negara Malaysia ke-56,yang jatuh pada tanggal 31 hb. Ogos 2013.

Satu berita yang mengejutkan telah tersebar di dada-dada di media sosial tanah air secara meluas.Tokoh pembangkang tersohor dan licin berpolitik,Datuk Sri Anwar Ibrahim,secara mengejut telah mengajak
diadakan sebuah dailog terbuka antara kerajaan BN dan pembangkang bagi membincangkan isu-isu kebangsaan yang perlu ditangani.

Ketika mereka berada di pentas ceramah politik? Mereka mencaci maki sesuka hati..tapi bila bertemu muka senyum manis begitu lebar sekali...itulah pembawaan orang-orang politik.
Tidak selamanya bermusuh dan tidak selamanya menjadi kawan.
"Kami mencadangkan sebuah dailog terbuka,ia akan berlangsung secara terbuka dan kondusif," kata ketua pembangkang itu selepas menyampaikan perutusan hari merdeka di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.

Bagaimanapun,katanya,seruan dailog itu tidak sama dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang pernah menjadi isu hangat sebelum ini.

"Dailog seperti ini berlaku dalam keadaan demontrasi yang sebenar," tambahnya.

Reaksi,ekoran dari cadanagan Anwar itu ia bukan sahaja telah mengejutkan tokoh-tokoh politik dalam Barisan Nasional (BN) akan tetapi juga kepada  Pakatan Rakyat itu sendiri(PR) iaitu parti PAS/DAP.

Menurut apa yang telah disiarkn oleh portal blog "The Malaysian Insider"seorang pemimpin kanan PAS memberi tahu The Malysian Insider,bahawa parti Islam itu tidak pernah mengetahui atau berbincang dengan ketua pembangkang mengenai rundinga dengan BN sebelum pengumuan itu di buat.

"Pemimpin PAS terkejut mendengar pengumuman Anwar itu.Semua masih tidak faham.," kata pemimpin itu dengan syarat namanya dirahsiakan. "Kita mahu tunggu dan lihat terlebih dahulu," tambahnya.

Manakala pemimpin-pemimpin DAP yang telah dihubungi enggan memberi komen dan bersikap dingin mengenai isu ini.

Reaksi dari pemimpin parti komponan PR itu menimbulkan tanda tanya tentang siapakah yang ingin berunding dengan BN, PKR atau gabungan yang tekah ditubuhkan selepas Pilihan Raya 2008 itu?

MAJORITI TOKOH-TOKOH UMNO SEMACAM TIDAK SETUJU.
Menteri Belia/Sukan,Khairy Jamaluddin

Ekoran dari cadanagan Anwar Ibrahim yang mahu diadakan sebuah dailog terbuka antara kerajaan BN dengan pembankang itu?

Secepat kilat segara telah dikomen oleh tokoh-tokoh politik Umno khasnya.

Menerusi The Malaysian Insider tanggal 31/08/13,Orang yang paling awal yang membuat komen terhadapa cadangan Anwar itu ialah Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan mengatakan Anwar terdesak dan memperlekehkan bantahan yang dilakukan oleh pembangkanag berhubung dengan keputusan PRU-13 pada 5hb.Mei, 2013.

"Apabila mahkamah menolak mereka  teruskan dengan perhimpunana bodoh,jadi inilah yang dilakukan seolah-olah beliau pula yang menyaturkan rundingan itu," katanya dalam satu sidang media dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno di PWTC pada Ogos 30,2013.

Mentyeri Besar Keah,YB.Mukhriz 
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Mukhriz Mahathir pula mempersoalkan motif Anwar untuk berbincang dengan Barisan Nasional (BN).

Menurut Menteri Besar Kedah itu,tawaran berbincang dibuat Anwar selepas PR kalah dalam hampir semuanya petisyen pilihan raya di seluruh negara.

Apa pun percaturanan Anwar,pada masa ini beliau dilihat tehegaeh-hegeh dan diperlekehkan oleh Khiry dan Mukriz serta pemimpi Umno lain.

Hari berikutnya,maka bertubi-tubi pula tokoh-tokoh politik Umno membuat komen dan diikuti oleh Setiausaha Agong Umno,Tengku Adnan Tengku Mansor yang meragui motif cadangan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang itu dalam perutsan Hari Kemerdekaan dengan tegas berkata,jika hendak bincang beliau perlu membawa perkara ini ke Parlimen.
Tengku Adnan,Menteri Wilayah

Menteri Wilayah Persekutuan itu turut mempersoalkan mengapa sekarang nak bincang setelah pembangkang mempertikaikan keputusan pilihanraya dan mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya.Katanya,tiada sebarang isu-isu kebangsaan yang perlu dibincangkan antara pembangkang dan kerajaan.

"Segala-galanya semata-mata tentang politik dan jika beliau mahu berbincang,beliau perlu membawa perkara ini ke Parlimen," katanya kepada wartawan selepas satu majlis di Putra Jaya pada hari Sabtu yang lalu.

Ketika mempertikaikan  cadangan Anwar  itu,Tengku Adnan berkata pembangkang dilihat tidak pernah ikhlas dalam setiap perbuatan dan perkataan mereka.

Datuk Nazri Abdul Aziz.Menteri Pelan congan
Menteri Pelancong dan Kebudayaan ,Datuk Nazri Abdul Aziz juga dilihat senada juga dengan Tengku Adnan Mansor.Beliau juga menyeru jika Anwar serius dengan cadangannya itu? Beliau diminta membawa cadanganya itu ke Parlimen pada Persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.

Dengan itu,katanya perbincangan  itu dapat dibincangkan secara telus dan terbuka oleh semua pihak malah dapat disampaikan terus kepada rakyat.

"Apa sahaja perkara yang hendak dibincangkan,dirundingkan,(kita) bawa bawa dalam Parlimen sebab kita kena telus tentang perkara ini supaya rakyat tahu," katanya kepada wartawan di Kuala Lumpur.

Nazri berkata,beliau hanya bersetuju sesi dailog itu diadakan jika Anggota Parlimen Permatang Pauh itu mahu berbuat demikian secara jujur dengan kerajaan. Namun beliau berpendpat Anwar membuat keputuan itu setelah mendapti pengaruh politiknya semakin tergugat.
Bekas Ketua Menteri Melaka, Dartuk Ali Rustam

Bekas Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Ali Rustam pula berkata, Barisan Nasional (BN) tidak perlu melayan hasrat Anwar untuk bertemu untuk membincangkan beberapa perkara melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Katnya,rakyat telah memilih BN sebagai kerajaan melalui Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) untuk berkhidmat untuk mereka.Beliau juga sependapat dengan Tengku Adnan Tengku Mansor dan Nazri Abdul Aziz.

Katanya,bahawa pembangkang sebaliknya boleh membawa sebarang isu membabitkan kepentinga rakyat dan negara di Parlimen untuk dibahaskan dan diputuskan oleh Ahli-Ahli Parlimen di dalam Parlimen Malaysia.

Ali juga melihat bahawa usaha Anwar itu bertujuan mengalihkan perhatian terhadap pembohongan parti tersebut pada PRU-13 lepas.

AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO RAGUI CADANAGN ANWAR


Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein
Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno  petang Jumaat telah menbcapai keputusan kolektif berhubung dengan cadanagn Ketua Pembangkang Datuk Sri Anwar Ibrahim supaya kerajaan segera mengadakan dailog terbuka dengan pembangkang bagi membincangkan isu-isu berkenaan.

Naib Presiden Umno,Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn berkata isu itu antara yang dibincang dalam mesyuarat berkenaan.

Namun beliau memberitahu keputusan akan diumumkan Perdana Menteri dan Presiden Parti,Datuk Seri Najib Tun Razak Najib yang tidak dapat mengadakan sidang akhbar seperti kebiasaan selepas mesyuarat itu kerana terpaksa bergegas untuk hadir acara di Melaka.

Bagaimanapun katanya, seruan dailog itu tidak sama dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang pernah menjadi isu hangat sebelum ini.

Dalam pada itu kalangan ahli Majlis Tertinggi Umno menyuarakan kemusykilan terhadap niat sebenar usul itu dikemukkan setelah sekian lama Anwar mengambil pendekatan tidak berkompromi dengan sebarang rundingan dengan Umno.

Hishamuddin mempersoalkan sama ada cadangan Anwar itu merupakan keputusan kolektif bersama parti lain yang membentuk pakatan pembangkang itu.

"Kita tekad keputusan yang dibuat adalah tanggungjawab bersama,tapi adakah bila Anwar buat cadangan itu merupakan 'collective  responsibility',katanya.

Turut juga musykil adalahlah Ketua Pergerakaan Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin turut mempersoalkan motif Ketua Pembangkang mengemukakan cadangan untuk berbincang mengenai isu parti dan negara walaupun Perdana Menteri membangkitkan perkara itu beberapa kali.

"Saya melihat beliau agak terlewat membawa isu ini.Sepatutrnya isu ini sudah dibincangkan lebih awal lagi. Kita juga kena lihat sikap pembangkang apabila perkara yang membawa keuntungan kepada mereka,maka mereka akan cadangakan.Kalau ia tidak menguntungkan,mereka akan menentang dan seterusnya memberikan macam-macam alasan.

"Venue yang paling sesuai adalah Parlimen untuk kita membincangkan agenda-agenda yang penting berkaitan negara," katanya yang bersikap terbuka dengan cadangan itu dan berkata kerajaan Barisan Nasional tidak pernah menolak apa-apa perkara yang membawa kebaikan kepada parti serta negara.

RUNDINGAN DENGAN ANWAR BUANG MASA,KATA NAIB PRESIDEN UMNO


Datuk Shafie Apdal,Menteri Luar Bandar
Pada pagi ini,hari ini, iaitu pada tanggal 02/09/2013menerusi The Malaysian Insider.Orang yang paling akhir turut menyatakan komennya berhubung dengan cadanang Anwar Ibrahim itu ialah,Naib Presiden Umno,dari Sabah,Datuk Seri Shafie Apdal.

"Tawaran rundingan oleh Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim "buang masa",kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal hari ini.

Shafie berkata,kerajaan tidak perlu menghirtaukan sebarang tawaran yang dibuat Anwar kerana Pilihan Raya sudah berakhir, sebaliknya kerajaan perlu memfokuskan untuk memerintah negara selepas mendapat mandat baru pada 5 hb.Mei yang lalu.

"Pilihan Raya sudah berakhir,tidak perlu kita beri platform kepadanya lagi.Bagi kita apa yang penting sekarang ialah kita teruskan memerintah negara dan bangunkan negara,satukan rakyat.

"Pandangan saya ialah ia membazirkan masa sahaja dailog dengan Anwar," katanay dalam sidang media selepas menghadiri majlis perasmian Karnival Usahawan Luar Bandar 2013 di Seri Pentas pagi ini.

Beliau berkata,rundingan itu tidak mendatangkan sebarang faedah dan tidak akan membantu kerajaan dalam meningkatkan khidmat kepada rakyat.

"Tidak ada manfaat untuk berdebat dan manfaat,"katanya.

DATUK SERI NAJIB MASIH MEMBISU

Setakat tulisan ini dibuat, Presiden Parti Umno dan Perdana Menteri Malaysia ,Datuk Seri Najib Tun Razak masih membisu dan masih belum membuat ulasan yang positif berhubung denagan cadangan yang telah dibuat oleh Ketua Pemabngkang bermula tanggal 30/08/2013 itu.

Tokoh-tokoh politik Umno sudah banyak yang memmbuat komen berhubung dengan cadangan yang telah dibuat oleh Anwar. Dari hujah-hujah yang telah dibuat oleh tokoh-tokoh politik Umno itu? Rata-rata dilihat semacam tidak begitu setuju dengan cadangan Anwar itu menjadi kenyataan.Tidak bersikap terbuka.

Bagi parti-parti yang berada di dalam Pakatan Rakyat pun dilihat masih membisu terhadap cadangan Anwar Ibrahim itu.Ada yang membuat komen tetapi meminta namanya dirahsiakan.Hanya Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob,Naib Ketua Pemnuda PAS merasa "musykil' mengapa Ketua Umum PKR itu dilihat beriya-iya untuk berbuat demikan.

Dalam isu bom jangka yang diletupkan oleh Anwar dengan mencadangkan agar dailog segera di adakan antara kerajaan BN dengan pembangkang secara tiba-tiba itu?

Pada hemat penulis ia sesungguhnya memberi keuntungan yang amat besar pada Datuk Seri Najib kerana cadangan Anwar itu sudah pasti akan dikomen oleh tokoh-tokoh besar Umno yang lain. Sebaliknya kesukaran akan menimpa Anwar.

Disebabakan Anwar semacam masih belum memberi taklimat pada parti-parti komponennya dalam Pakatan Rakyat (PR)berhubug dengan gagasannya itu.

Para pemimpin politik dari Umno pula masing-amsing telah pun membuat komen dan isi komen-komen mereka itu telah pun diketahui oleh Datuk Seri Najib. Sama ada releven atau tidak segala komen-komen itu? Ianya akan menjadi bahan kajian untuk Datuk Seri Najib.

Sekaligus, ia menjadi permulaan yang amat mudah bagi Datuk Seri Najib ketika mana akan memeberi penjelasan yang positif sesuatu berhubung dengan cadangan yang telah di uar-uarkan oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim itu kepada para pemimpin tertinggi Umno dan ahli-ahli Umno itu sendiri.

Selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri yang berwibawa, sudah pasti Datuk Seri Najib punya penilaian sendiri berhubung dengan cadangan Anwar itu.Dengan kata lain sebelum Anwar meletupkan bom jangkanya kepada umum?

Penulis begitu yakin mereka ini sudah pun mengadakan beberapa pertemuan yang sulit dan tidak rasmi dan dilihat dalam pertemuan itu Tim.Perdana Menteri,Tan Seri Muhyiddin Yassin ada turut sama termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia,Datuk Seri  Ahmad Shabery Ceek ada bersama.

Ini dapat dilihjat di dalam gambar-gambar yang telah disiarkan oleh sebuah blog tempatan pada tanggal 02/09/2013 dalam beberapa jam sahaja.Kemudian gambar-gambar itu hilang lenyap enatah kemana?

Penulis cuba nak pindahkan gambar-gamabr itu ke blog penulis,tetapi malangnya tidak boleh.Ia diblok oleh bloger tersebut. Gambar-gambar tersebut telah disiarkan walaupun tanpa caption tetapi sudah cukup bagi si Arif sahaja yang dapat mengenalkan manikam.

Perkembangan selanjutnya berhubungan dengan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu!Insya Allah! Akan terjawab bila mana tiba masanya Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengeluarkan kenyataan rasminya selaku Perdana Menteri dan selaku Presiden Parti Umno dan Pengerusi Barisan Nasional.

Datuk Seri Najib sahaja yang hanya punya jawapan yang mutlak berhubung dengan isu yang dicadangkan oleh Anwar itu.Di tangan beliaulah terletak keputusan berhubungan cadanan Anwar Ibrahim itu.Impian akan jadi kenyataan atau sebaliknya?

Marilah sama -sama kita tunggu dengan sabar. Pemimpin-pemimin Umno yang beriya-iya sangat semacam tidak bersetuju dengan cadangan Anwar itu? Harus ingat walaupun Umno-BN masih berkuasa di Pusat,akan tetapi Umno-BN tidak memiliki suara majoriti (dua per tiga) di Parlimen.Masih kurang 15 suara untuk mendapatkan keputusan majoriti di dalam parlimen.

Soal ini mesti direnungi oleh tokoh-tokoh politik Umno yang beriya-iya hendak menentang cadangan Anwar itu. .Umno sudah pun meminang PAS menubuhkan Kerajaan Perpaduan,tetapi ditolak oleh PAS.Jika tiada (suara majiriti dua per tiga) di Parlimen?

Adolf Hitler, Hero German berjaya memalukan Barat
Sistem demokrasi yang kita amalkan tidak berfungsi (lumpuh) sama sekali bila perlembagaan hedak diubah suai.Misalnya dalam isu persempadan semula kawasan mengundi di Parlimen dan negeri-negeri.

Maka untuk mengubah sesuatu hal yang amat penting bagi survival bangsa Melayu menerusi Parlimen,Ianya adalah sangat sukar dilakukan.

Persoalan ini harus dimengertikan oleh semua tokoh-tokoh besar Umno. Politik itu merupakan satu cabang kebudayaan yang hidup dan akan berubah-ubah mengikut keadaan semasa di dalam negara dan amat penting fungsinya.

Maka kitalah yang patut mewaraninya.Dalam politik, hari ini kita bermusuh.Tidak mustahil pada hari esok kita akan bersahabat semula demi survival masa depan negara,bangsa dan agama.

Demi kebaikan rakyat,dan bangsa Melayu khasnya, kita perlu berkawan semula dengan musuh kita.? Agama Islam melarang kita tidak bertegur sapa lebih dari 3 hari.

Pemimpin besar German,Adolf Hitler,ketika berada dipuncak kekuasaannya telah diriwayatkan oleh penulis-penulis barat pernah berkata:

"Demi German yang aku sayangi,aku sanggup menanda tangani apa sahaja perjanjian yang memberi manfaat pada German pada hari ini dan aku sanggup mengenkarinya kemudiannya demi kebaikan tanah airku German yang aku sayangi."(Posted by abnmulya/ Bakar Ninggal. blogspot.com.at 7.40pm on Sept.,02,2013.

Zahid tempelak aktivitis propembangkang

Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR 1 Sept. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menempelak aktivis propembangkang yang bertindak mempersenda Jalur Gemilang sebagai 'jalur temberang' selain mengibarkan bendera kononnya Sang Saka Malaya ketika sambutan Ambang Merdeka kelmarin. 

Menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar, menurutnya, pihak polis akan menjalankan siasatan jika mendapat laporan berhubung insiden berkenaan.

Malah beliau berpendapat laporan polis perlu dibuat kerana perkara itu jelas bertentangan dengan kedaulatan negara.

"Tak sepatutnya ada orang yang mempertikaikan Jalur Gemilang termasuk mahu menggantikannya dengan bendera lain. Kita sebagai rakyat, biarpun berbeza pendapat dan ideologi politik, kita kena terima hakikat, tak semua perkara perlu ditentang termasuk keputusan terdahulu khususnya berkenaan Jalur Gemilang.

"Kita tidak boleh menghina Jalur Gemilang. Saya fikir, penghinaan terhadap Jalur Gemilang, sampai nak kata jalur temberang, perlu dielakkan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Rauf Yusoh di Ukay Perdana dekat sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta beberapa menteri Kabinet yang lain.

Ahmad Zahid mengulas tindakan beberapa aktivis propembangkang mengibarkan Sang Saka Malaya selain menggelar Jalur Gemilang sebagai 'jalur temberang' ketika sambutan Ambang Merdeka.

Ahmad Zahid berkata, siasatan akan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai penglibatan pemimpin politik dalam kumpulan gangster, beliau berkata, polis tidak akan berkompromi dalam hal itu termasuk melibatkan pemimpin di pihak kerajaan mahupun pembangkang.(Utusan online-Dalam Negeri).Posted bgy abnmulya /Bakar Ninggal, blogspot. com. at 12.44 am on Ogos02,2013.

'Lucutkan taraf kerakyatanan'

Kiri Ramlah Adam, Sivamurugam,Syed 
KUALA LUMPUR 1 Sept. - Tindakan kumpulan tertentu mengibarkan bendera digelar Sang Saka Malaya dan bukannya Jalur Gemilang pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan negara di ibu negara pada Jumaat lepas adalah mencabar kedaulatan negara, kata pakar sejarah Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam.

Ramlah yang juga Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkata, ini melibatkan soal kemerdekaan, perjuangan yang dibuat orang terdahulu untuk memastikan negara tercinta bebas daripada penjajahan.

"Ini soal negara, bukan soal politik. Bagi saya, kumpulan tertentu itu telah mencabar kedaulatan negara. 

"Walaupun Malaysia mengamalkan sistem demokrasi, tetapi kita bercakap mengenai negara, tidak melibatkan politik," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kumpulan tertentu yang mengibarkan bendera itu pada malam sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56, di Dataran Merdeka, Jumaat lepas.

Tindakan kumpulan itu mencetuskan kemarahan seorang lelaki yang merampas bendera berkenaan lalu menggumpalnya sambil memberitahu itu bukan bendera Malaysia dan insiden itu mula dimuat turun di laman sosial.

Ramlah turut mempersoalkan matlamat kumpulan itu yang mengibarkan bendera digelar Sang Saka Malaya. 

"Mana kiblat mereka? Adakah mereka belot kepada negara? Mereka mendaulatkan sesuatu yang tidak pernah diterima pada satu masa dahulu," katanya.

Sang Saka Malaya merupakan bendera merah putih dengan 12 bintang kuning disusun tiga baris empat jalur dilaporkan bendera milik sebuah persatuan di negara ini pada era 1940-an.

Mengulas mengenai penglibatan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, Ramlah berkata, tokoh itu sepatutnya sensitif dengan perjuangan orang terdahulu daripada beliau (A. Samad), yang berusaha memperoleh kemerdekaan untuk negara.

Ramlah yang berasa sedih dengan penglibatan tokoh itu berkata, sebagai seorang yang matang dan tokoh yang dihormati beliau perlu menghormati negara yang telah berjasa kepada beliau.

"Kerajaan mengiktiraf beliau dan kerajaan itu adalah kerajaan yang memimpin negara sekarang," katanya. 

Menurut klip video itu, A. Samad dikatakan sedang mendeklamasikan sebuah sajak dengan bendera Sang Saka Malaya berada berhampiran dengannya ketika seorang lelaki merampas beberapa bendera itu. 

Sehubungan itu, Ramlah mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terutama yang membabitkan soal perlanggaran kenegaraan yang menyebabkan insiden seperti itu berleluasa.

Dalam pada itu, Ramlah mengucapkan tahniah kepada lelaki berkenaan yang berani merampas bendera itu. 

Beberapa penganalisis politik pula berpendapat pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mencetuskan api kemarahan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini termasuk mereka yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya itu.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian berkata, usaha menukar bendera negara telah bermula sejak tahun lalu lagi dan seperti tiada kesudahannya, insiden sama berulang semula pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan negara Jumaat lepas.

"Pihak berkuasa perlu lebih tegas dan berani untuk mengambil tindakan serta menghukum pihak yang tidak bertanggungjawab itu kerana jika tidak ia seperti kita mengiktiraf bendera Sang Saka Malaya itu," katanya. 

Beliau berkata, mereka yang memahami sejarah negara serta peri pentingnya kedaulatan itu dipertahankan, tidak akan melakukan tindakan sedemikian kerana bendera merupakan nilai dan simbol negara.

 Mengenai tindakan berani lelaki dalam klip video itu, Sivamurugan berkata:

"Tindakan lelaki dalam klip video itu patut dijadikan contoh dan iktibar oleh semua pihak kerana beliau berani bertindak walaupun seorang diri."

Nada sama turut dilontar Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi Pengajian Media Universiti Teknologi Mara, Prof. Madya Dr. Ismail Sualman yang berkata, tindakan berani pihak tertentu cuba mengibarkan bendera lain selain Jalur Gemilang jelas menunjukkan kurangnya penguatkuasaan daripada pihak berkuasa.

"Apabila bendera itu dipaparkan pada malam itu...pihak berkuasa macam tak ambil tindakan, tiada yang ambil perhatian sehingga ada pihak ambil kesempatan," katanya.

Beliau menegaskan, usaha menukar Jalur Gemilang merupakan tindakan tidak berakal kerana tiada negara di dunia ini yang menukar bendera masing-masing kerana ia simbol kedaulatan sesebuah negara.

"Pemimpin boleh bertukar dari semasa ke semasa...tapi bukan bendera. Tak ada lagi negara di dunia ini tukar simbol kedaulatan mereka," katanya.

Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, tindakan tegas perlu dikenakan kepada mereka yang tidak putus-putus mempersendakan Jalur Gemilang bagi memberi pengajaran kepada yang lain.

"Mengibarkan bendera yang bukan Jalur Gemilang tidak sepatutnya berlaku...mereka perlu menyanjung bendera kedaulatan kita bukan dengan mengambil kesempatan ketika merdeka dengan mengibarkan bendera lain.

"Kerajaan tidak seharusnya duduk diam lagi...satu tindakan tegas perlu diambil kepada sesiapa sahaja yang tidak menghormati bendera kita...jangan biar ia merebak," katanya.

Beliau turut memuji keberanian pemuda yang merampas bendera yang digelar Sang Saka Malaya itu daripada tangan individu-individu dan lantang mempertahankan Jalur Gemilang.

Ketua UMNO bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al-Habshee berkata, tindakan berani pemuda itu membuktikan ada rakyat Malaysia yang berani mempertahankan bendera negara walaupun sedar berhadapan dengan sebilangan kumpulan tidak bertanggungjawab di kawasan itu.

Katanya, tindakan itu adalah mesej kepada pihak tertentu supaya tidak sewenang-wenangnya mempermainkan bendera kebanggaan rakyat dan negara.

Beliau meminta Kementerian Dalam Negeri menjalankan siasatan dan menangkap individu yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya itu serta melucutkan taraf kerakyatan mereka.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad meminta kerajaan mempertimbangkan supaya menarik kembali gelaran tokoh Sasterawan Negara yang diberikan kepada A. Samad.

Katanya tindakan A. Samad itu boleh mencemarkan bidang kesusasteraan negara termasuk hasil karyanya sendiri yang turut berunsurkan patriotisme. - BERNAMA (Utusan online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.24 am on Sept.,02,2013.

Hukum penjara pihak hina Jalur Gemilang-Ahmad

PONTIAN 1 Sept. - Pihak berkuasa digesa tidak lagi bertolak ansur, sebaliknya mengambil tindakan tegas, termasuk mengenakan hukuman penjara terhadap mana-mana pihak yang menghina Jalur Gemilang.

Datuk Ahmad Maslan,Ketua Penerangan UMNO
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan tindakan seorang aktivis propembangkang yang menggelarkan Jalur Gemilang sebagai "Jalur Temberang" amat tidak wajar dan biadap sekali dan jelas dipengaruhi kebenciannya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

"Sikap melampau itu perlu dibendung kerana Jalur Gemilang merupakan lambang dan maruah negara yang mesti dihormati dan bukan dicaci, dihina disebabkan berbeza fahaman politik. UMNO amat kesal dengan sikap aktivis propembangkang yang sekali lagi menimbulkan isu ini sepertimana yang dilakukan pada tahun lalu.

"Sikap dan pendirian mereka ini amat bertentangan dengan sikap bertolak ansur kerajaan selama ini yang terus mengadakan provokasi bagi menghina Jalur Gemilang demi untuk kepentingan pihak tertentu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai IKS dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian yang baru di Benut, di sini hari ini.

Ahmad berkata demikian sebagai mengulas tindakan aktivis propembangkang, Hishamuddin Rais yang menggelarkan Jalur Gemilang sebagai "Jalur Temberang" pada Sambutan Malam Ambang Merdeka di Dataran Merdeka malam kelmarin.

Selain itu, Hishamuddin juga turut mendakwa tarikh 31 Ogos yang juga Hari Kemerdekaan sebagai "Hari Malapetaka", manakala bendera Sang Saka adalah bendera tradisi daripada Kerajaan Melayu Langkasuka. 

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan menambah, bukan sahaja Hishamuddin yang perlu dikenakan tindakan tetapi sesiapa sahaja yang terlibat mencemar dan menjatuhkan maruah Jalur Gemilang perlu dikenakan tindakan tegas kerana sudah sampai masa kerajaan bertindak tegas dalam isu menghina bendera dan lagu kebangsaan.

"Sikap berlembut dan bertolak ansur selama ini telah menjadikan sesetengah pihak bertambah kurang ajar dan biadap termasuk golongan pelajar yang berada di luar negara seperti yang berlaku di Taiwan sebelum ini.

"Aktivis propembangkang perlu memisahkan diri mereka dengan emosi kepartian dan dendam terhadap kerajaan sebaliknya menjadikan sambutan Hari Kemerdekaan sebagai satu hari bersejarah kepada setiap lapisan masyarakat," katanya. - (Utusan online-Dalam negeri). Posted by abnmulya / Bakar Ninggal. blogspot.com., at 1.29 am on Sept.,02,2013.

Akta Pencegahan Jenayah tidak berkesan kerana zaman canggih,kata bekas KPN

OLEH MD IZWAN SEPTEMBER 01, 2013 
LATEST UPDATE: SEPTEMBER 01, 2013 11:05 AM 

Bekas Ketua Polis Negara,Tan Sri Abdul Rahim Noor
Perubahan zaman yang semakin canggih menyebabkan penggunaan Akta Pencegahan Jenayah (APJ) 1959 tidak berkesan, kata Tan Sri Abdul Rahim Noor, sambil menegaskan pihak polis memerlukan undang-undang yang lebih tegas.

Bekas Ketua Polis Negara tersebut berkata zaman sekarang yang semakin canggih sekiranya dibandingkan semasa awal pelaksanaannya dahulu.

"Semasa APJ 1959 mula dilaksanakan dahulu, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tidak secanggih sekarang.

"Dengan segala kemudahan yang ada seperti telefon bimbit, internet dan komputer, individu yang dikenakan perintah sekatan masih lagi boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli kumpulannya," kata beliau dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Abdul Rahim kemudiaan berkata semasa tahun 1969 ketika negara berhadapan dengan jenayah kekerasan dan juga komunis, APJ kurang berkesan untuk menangani masalah tersebut dan terpaksa memperkenalkan Ordinan Darurat (E0) 1969, situasi yang sama berlaku ketika ini.

"Selepas EO 1969 dilaksanakan, kegiatan gengster kaum Cina semakin berkurangan dan pengaruhnya semakin hilang.

"Itu tandanya undang-undang yang ada sebelum EO digubal tidak berupaya menangani gejala gengsterisme secara cekap dan menyeluruh. Walaupun wujud dua akta yang berkuatkuasa secara serentak iaitu EO dan APJ, pihak polis lebih kerap menggunakan EO kerana cekap dan berkesan," katanya lagi.

Beliau kemudiaan juga membidas dengan pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik yang tidak bersetuju sekiranya undang-undang pencegahan sama seperti EO diperkenalkan atas alasan hak asasi manusia.

"Kalau boleh mereka mahu semua orang diberi kebebasan, seolah-olah kepentingan seseorang individu, termasuk ketua kumpulan gengster, contohnya, mengatasi kepentingan masyarakat sekeliling.

"Sedangkan tidakkah kepentingan masyarakat terbanyak itu juga merupakan sebahagian daripada hak asasi manusia?" soal beliau lagi.

Abdul Rahim bagaimanapun tidak mengharapkan kerajaan akan mengembalikan undang-undang pencegahan seperti EO 1969 memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri berkata undang-undang baru perlu menjamin hak asasi seseorang individu, tetapi beliau menggesa agar APJ 1959 diperkukuhkan.

"Untuk menghidupkan semua E0 1969 nampaknya boleh diibaratkan jauh panggang dari api.

 "Sekiranya kerajaan berpandangan tidak perlu menghidupkan semula EO 1969, saya fikir APJ 1959 mestilah diperkukuhkan lagi.

"Misalnya dengan penggunaan alat peranti pengawasan elektronik dan mengenakan hukuman lebih berat sekiranya melanggar perintah sekatan," terang beliau lagi.

Najib sebelum ini secara terbuka berkata tidak bersetuju dengan desakan mengembalikan penahanan tanpa bicara untuk mengekang peningkatan jenayah kerana penambahbaikan APJ wajar seiring dengan hak asasi manusia dan tahanan tanpa bicara bercanggah kerana penjenayah tidak boleh dibuktikan melakukan jenayah.

Kenyataan Najib dilihat bertentangan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan selepas pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) lebih kurang 260,000 penjenayah bebas di luar sana.

EO dimansuhkan pada tahun 2011 berikutan kritikan terhadap undang-undang itu yang dikatakan zalim dan tidak demokratik. - 1 September, 2013.(The Malaysian Insider).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.,at 2353 hrs on SEPT.,01,2013.

Polis akan siasat isu hina Jalur Gemilang-KPN

Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR 1 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan berhubung insiden sekumpulan aktivis propembangkang yang bertindak mengibarkan bendera yang mereka dakwa sebagai Sang Saka Malaya ketika sambutan malam Ambang Merdeka kelmarin.

Perkara itu dinyatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang turut menegaskan siasatan itu akan dijalankan secepat mungkin.

"Kita akan siasat secepat mungkin dan akan mencari bukti," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran bersama PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di pekarangan Muzium Diraja (Istana Negara lama), dekat sini hari ini.

Khalid mengulas tindakan beberapa aktivis propembangkang mengibarkan Sang Saka Malaya selain menggelar Jalur Gemilang sebagai 'jalur temberang' ketika sambutan Ambang Merdeka. Insiden itu mengundang kemarahan pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai biadab serta tidak menghormati bendera negara. - (Utusan online-Jenayah).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.,at 2315 hrs on Sept.,01,2013.

Aktivis propembangkanag hina Jalur Gemilang

Hishamuddin Rais memegang bendera Sang Saka Malaya ketika sambutan Malam Ambang Merdeka di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Sambutan Malam Ambang Merdeka menjelang Hari Kemerdekaan Ke-56 di Dataran Merdeka di sini malam tadi dicemari perbuatan biadab sekumpulan aktivis propembangkang mengibarkan bendera yang mereka namakan sebagai Sang Saka Malaya.

Malah, aktivis propembangkang, Hishamuddin Rais dalam ucapan ringkasnya di lokasi tersebut bersikap celupar apabila menggelar bendera Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sebagai 'jalur temberang'.

Beliau turut tidak menghormati sejarah negara dengan mendakwa tarikh 31 Ogos yang juga Hari Kemerdekaan adalah 'hari malapetaka'. "Saudara-saudara! Lupakan jalur temberang, ini (Sang Saka Malaya) adalah bendera baharu untuk negara Malaysia.

"Jalur temberang ialah bendera tipu daripada Amerika. "Bendera Sang Saka ini adalah bendera tradisi daripada Kerajaan Melayu Langkasuka.

"Bendera ini telah dinaikkan oleh rakyat pada tahun 1947. "Malam ini adalah malam bersejarah, kita kibarkan Sang Saka. Inilah bendera rakyat Tanah Melayu.

"Inilah bendera yang akan menjadi negara kita apabila negara kita bebas daripada United Malay National Organization.

"Ingat, 31 Ogos bukan Hari Kemerdekaan. 31 Ogos adalah hari malapetaka," katanya seperti dipetik menerusi rakaman video yang dipaparkan di portal RakyatNews.my (http://www.rakyatnews.my) hari ini. 

Turut kelihatan bersama Hishamuddin dalam rakaman video itu ialah aktivis propembangkang, Adam Adli Abdul Halim.

Sementara itu, seorang lelaki yang kurang senang dengan perbuatan biadab kumpulan aktivis propembangkang merampas bendera Sang Saka Malaya ketika Sasterawan Negara, A. Samad Said sedang berucap di Dataran Merdeka.

Lelaki terbabit juga menegaskan Sang Saka Malaya bukan bendera negara sambil menunjukkan jarinya ke arah Jalur Gemilang yang dikibarkan berhampiran lokasi kejadian.( Utusan online-politik).Postd by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com., at 2111 hrs on Sept,01,2013.