Thursday, October 3, 2013

Isa tolak pembelian apartmen London jejas peluanga jadi naib presiden Umno

OLEH DIYANA IBRAHIM
LATEST UPDATE: OCTOBER 03, 2013 03:07 PM
Tan Sri Mohd Isa Samad

Tan Sri Mohd Isa Samad hari ini menafikan isu pembelian kompleks apartmen mewah di London yang kini sedang di siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) akan menjejaskan peluangnya merebut jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan Oktober ini.

Menurut Pengerusi Felda Holdings itu, pembelian apartmen mewah tersebut bukannya untuk keperluan sendiri tetapi dibeli oleh Felda Investment Corp (FIC).

"Mana ada jejas, tidak ada isu pun. Ini dinamakan perniagaan, bukan Felda saja beli hartanah di luar negara, KWSP, Tabung Haji termasuk Mara pun beli juga. Jadi apa masalahnya?

"Ini berkaitan urusan perniagaan. Tidak ada kena mengena dengan politik. Pemilihan itu cerita lain," katanya dalam satu sidang di Menara Felda, Kuala Lumpur hari ini.

Pembelian kompleks apartmen mewah Felda bernilai £98 juta (RM497 juta) itu sedang disiasat oleh SPRM dan dijangka menjejaskan peluang Isa dalam merebut jawatan naib presiden Umno.

The Malaysian Insider difahamkan terdapat ketidakpuasan hati di kalangan pemimpin Umno berhubung perbelanjaan besar Felda Investment Corp (FIC) UK Properties untuk Grand Plaza Serviced Apartments di kawasan Bayswater, London yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia yang menetap di ibu kota United Kingdom (UK) itu.

Malah beliau juga mempertahankan tindakan Felda membeli hartanah itu dengan menyifatkan ia kos yang berpatutan sekiranya dibandingkan dengan pulangan yang bakal diperolehi.

"Kompleks Grand Plaza di London, logiklah dengan lokasi yang kita dapat, tempat yang strategik. Kita jadikan ia sebagai satu halal kitchen ia bukan pelaburan sangat menguntungkan.

"Malah Grand Plaza juga amat popular dalam carian tertinggi internet google kerana itu kita jangka akan mendapat semula pulangan modal pada tahun depan," katanya lagi.

Beliau yang dilihat kurang senang apabila ditanya mengenai peluangnya dalam pemilihan Umno kelak mengatakan pembelian kompleks tersebut dibuat sebelum proses pemilihan.

"Tidak ada kena mengena pun pembelian dibuat sebelum pemilihan lagi, dan proses ini memakan masa bukan dibuat sehari dua tetapi lebih daripada itu.

"Kalau kata ia akan menjejaskan peluang dalam Umno sebab saya Pengerusi Felda, takkanlah hendak dibekukan semua aset syarikat untuk bertanding. Sebab itu saya kata perniagaan ialah perniagaan, politik ialah politik," kata Isa.

Ditanya adakah beliau yakin dapat merebut jawatan naib presiden Umno, Isa dengan ringkas menjawab beliau mewakili pemimpin lama.

"Pemilihan ini juga satu perkara yang serius untuk merebut jawatan Majlis Tertinggi Umno. Ia bukan seperti pemilihan PAS, PKR.

"Hendak kata terlalu yakin, tidak. Namun, sebagai pemimpin lama saya tahu apa yang Umno inginkan. Saya juga tidak ada pakatan. Saya bersendirian dalam Umno dan ia terserah pada jawatankuasa" kata Isa.

Isa turut menafikan ada unsur rasuah dalam pembelian kompleks tersebut hingga menyebabkan ia disiasat oleh SPRM.

Isa merupakan salah seorang daripada tiga pencabar kepada tiga penyandang jawatan naib presiden Umno iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk, Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. – 3 Oktober 2013.Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli.(Posteed by abnmulya /Bakar Ninggal. blogspot. com.at 1815 hrs on October 03,2013.

Wednesday, October 2, 2013

Pindaan Akta Cegah Jenayah lulus

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD 
pengarang@utusan.com.my 

Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi,Menteri Dalam Negeri Malaysia.
KUALA LUMPUR 2 Okt. - Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang antara lain memberi kuasa kepada Lembaga Pencegahan Jenayah mengeluarkan arahan menahan penjenayah selama dua tahun akhirnya diluluskan sidang Dewan Rakyat awal pagi Khamis. 

Rang undang-undang yang hangat diperbahaskan diluluskan dengan suara majoriti di pihak penyokong kerajaan pada pukul 12.50 pagi (Khamis), setelah perbahasan berlarutan sejak pukul 11.30 pagi hari ini. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berada di dewan sehingga malam.

Sebelum rang undang-undang itu diluluskan, kedua-dua pihak, penyokong kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian aktif dengan mengemukakan pelbagai pandangan berhubung perkara tersebut.

Sebelum itu, rang undang-undang berkenaan telah dibacakan kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 25 September lalu.

Terdahulu ketika menggulung perbahasan di peringkat dasar, Ahmad Zahid berkata, proses pindaan rang undang-undang itu turut melibatkan perbincangan dengan Pejabat Peguam Negara serta pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri secara terperinci.

Sehubungan itu beliau berkata, dakwaan yang menyatakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak berbincang dengan kerajaan dalam menghasilkan rang undang-undang itu adalah tidak benar.

Malah beliau berkata, para pegawai di Pejabat Peguam Negara telah melakukan yang terbaik dalam usaha menjaga kepentingan rakyat ekoran berlakunya pelbagai kegiatan jenayah.

''Pegawai di Pejabat Peguam Negara telah melakukan terbaik kerana mereka turut rasa terpanggil dengan jenayah yang berlaku. Kepentingan rakyat dipentingkan berbanding soal-soal teknikal. Tujuannya adalah untuk pencegahan dan pembanterasan jenayah," katanya.

Selain itu Ahmad Zahid berkata, pihaknya juga mengadakan perbincangan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melalui seminar serta forum bagi mendapatkan maklum balas daripada mereka berhubung rang undang-undang tersebut.

''Saya berfikiran terbuka dan berlapang dada untuk berunding dan kita tidak melakukan sesuatu secara semberono kerana apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang dibuat untuk menangani masalah penjenayah," katanya lagi.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata, rang undang-undang itu tidak bertujuan sama ada secara tersurat atau tersirat untuk menahan mereka yang memegang jawatan politik, sebaliknya khusus untuk menahan penjenayah.

''Memang tiada niat dan tujuan tersurat atau tersirat untuk menahan mereka yang memegang jawatan politik walaupun berlaku perbezaan pendapat. Lagipun di dalam pindaan ini tiada kuasa menteri berbanding kuasa menteri di dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

''Di dalam ISA, menteri ada kuasa mutlak dan beliau boleh tandatangan penahanan. Namun, di dalam pindaan ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah arahkan Peguam Negara menyebut perkara itu kerana kerajaan tidak mahu diimplikasikan berlaku salah guna kuasa menteri," katanya.

Atas asas itu juga Ahmad Zahid berkata, Lembaga Pencegahan Jenayah ditubuhkan di dalam pindaan itu dan dianggotai tiga orang ahli dan mungkin lima orang dan mereka terdiri daripada pengamal undang-undang. 

''Niat Perdana Menteri untuk membuat transformasi politik jelas terpancar pada pindaan ini. Tujuannya adalah untuk tangani jenayah berat," katanya lagi.(Utusan online-Jenayah).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1447 hrs on oCTOBER 03,2013.

Kerjasama Pas-Umno bersatu bukan mustahil,banyak titik persamaan

TANJUNG MALIM 2 Okt. - Hasrat melihat UMNO dan Pas bekerjasama atau bersatu bukan sesuatu yang mustahil kerana kedua-dua parti itu mempunyai lebih banyak titik persamaan daripada perbezaan. 

Tokoh akademik Prof.Datuk Dr.Sidek Baba
Tokoh akademik, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba berkata, selain kedua-dua parti dominan orang Melayu itu pernah bersama suatu ketika dahulu, ahli-ahli UMNO dan Pas juga adalah beragama Islam.

 Katanya, kerajaan memerintah yang ditunjangi UMNO juga melaksanakan kerja-kerja Islam yang diperjuang Pas dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, ilmu pengetahuan, ekonomi, perbankan, syariah, undang-undang, keluarga dan sebagainya.

"Memanglah dua entiti politik berbeza ada persamaan dan perbezaan. Namun, titik perbezaan itu harus disantuni dengan sabar dan hemah yang tinggi supaya akhirnya kita dapati titik pertemuan lebih banyak daripada titik perbezaan.

"Jadi, UMNO dan Pas perlu mencari titik persamaan untuk menimbulkan penyatuan ummah di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas Seminar Perpaduan Ummah Dalam Peradaban Malaysia di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini hari ini.

Sidek merupakan antara tiga ahli panel dalam seminar bahagian kedua yang bertajuk Penyatuan Ummah Dalam Konteks Perlembagaan, Bahasa Budaya dan Pendidikan anjuran Institut Peradaban UPSI dengan kerjasama Majlis Profesor Negara (MPN), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Gabungan Penulis Nasional Malaysia (Gapena).

Dua lagi ahli panel ialah Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya MPN, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Awang Sariyan.

Sidek yang juga Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara Pas dan UMNO adalah lebih baik kerana kedua-dua parti tidak menolak Islam. 

"Mana lebih baik, melakukan tahaluf siyasi dengan UMNO atau dengan orang menolak Islam sebagai asas kenegaraan dan syariah serta mereka yang menganjurkan pluralisme agama dan menyarankan supaya kalimah Allah sama dengan trinity?

"UMNO dan kerajaan yang ada tidak melakukan begitu. Jadi, nampaknya Pas dan UMNO ada lebih banyak titik persamaan daripada perbezaan," ujarnya.

Terdahulu, ketika berucap dalam seminar tersebut, beliau berkata, antara penghalang kepada kesatuan ummah di negara ini ialah sikap pemimpin yang mempunyai ego terlalu tinggi sehingga merasakan diri mereka maksum.( Utusan online-politik).Posteed by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1341 hrs on October,03,2013.

Rais Yatim :Usaha temukan parti politik Melayu hampir pasti.Maka kepunanlah Karpal Sigh nak lihat "pembangkang" menawan Putrajaya?

Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan,Tan Sri  Dr.Rais Yatim,semacam berperanan untuk menautkan semula air yang dicincanag demi kemanfaat bangsa Melayu seluruhnya.



Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
Khamis,Oktober 03,2013 at 3.20am

Pepatah Melayu yang sering disebut-sebut oleh orang tua-tua kita di zaman dahulu kala yang sangat popular yang berbunyi,"Dicincng air tidak akan putus." Sementara satu lagi pepatah Melayu yang mempunyai erti dan maksud yang sama juga ialah "Sebusuk-busuk daging itu? Masih boleh dibasuh dan dibersihkan, kemudiannya dimasak dan akhirnya boleh dimakan juga."

Maksud utama pada dua peribahasa dan pepatah Melyau yang seperti tersebut diatas itu ialah,mahu memberi pengertian dan merungkaikan jika terjadi isu perbalahan atau pun sengketa yang telah terjadi di antara kita bangsa Melayu dengan bangsa Melayu lain di dalam Malaysia ini?

Ia merupakan seperti tindakan kita mencincang air di lautan.Pada bila-bila pun air itu tidak akan putus. Sebaik sahaja selepas dicincang,air itu akan bertaut semula.Begitu juga jadinya dengan sebusuk-busuk daging.Masih boleh dibasuh hingga bersih,kemnudiannya dimasak gulai kari dan pada akhirnya,daging itu boleh dimakan juga.
Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin pernaha terlibat untuk mengujudkan kerajaana perpaduan antara Umno-PAS selepas (PRU ke-12) pada 8 hb.Mac,2008,tetapi gagal disebabkan ada beberapa orang tokoh dalam PAS yang dash tua-tua belaka,tetapi begitu ego tidak bersetuju berdailog kononnya beliau sahaja yang maksum.
Kita tidak boleh nafikan bahawa selepas tsunami politik telah melandan Malaysia,pada 8 hb.Mac 2008 yang mengakibatkan parti PAS/PKR/DAP dari segi politik telah berjaya menawan 5 negeri di dalam Malaysia, pada  Pilihan Raya Umum  ke-12 (PRU ke-12).

Sekaligus merupakan buat kali pertama terjadi peristiwa sedih,bahawa Umno-BN hilang kuasa majoriti ( dua per tiga) kerusi di dalam Parlimen Malaysia yang mempunyai 222 kerusi semuanya.Umno-BN hanya menang sebanyak 140 kerusi sahaja termasuk kerusi-kerusi dari Sabah dan Sarawak.

Negeri-negeri yang berjaya mereka tawan(parti pembangkang) itu ialah,negeri Selangor,Perak,Kedah,Pulau Pinang dan PAS terus kekalkan kuasa politiknya di Kelantan.Tidak seorang pun yang dapat menduga sebelummnya, bahawa senario politik di negeri-negeri tersebut akan terjadi sedemikian rupa? Itulah ketentun Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa.

Kekalahan teruk yang telah dialami oleh Umno-Barisan Nasional pada PRU tersebut?Ia tidak boleh dinafikan sungguh mengejutkan para pemimpn tertinggi Umno-BN itu sendiri khasnya dan orang-orang Umno-BN di seluruh Malaysia amnya.Tak disangka-sangka,buah cempedak dah jadi nagka.

Itulah yang menyebabkan trajedi yang amat malang yang telah menimpa ke atas Umno-BN yang tidak pernah terjadi sebelumnya sejak mencapai kemerdekaan tanaha air dari penjajahan British? Trajedi i ni sangat menyedihkan.

Maka mulai dari tarikh tersebut maka lahirlah perkataan tsunami politik telah menjadi begitu popular dan mula meniti di setiap bibir rakayat Malaysia,sekaligus ia ditakrifkan bahawa tsunami politik telah melanda pantai politik Malaysia.

KEPUTUSAN (PRU-13) PADA  5 hb.Mei, 2013 PULA?

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang telah diadakan pada tanggal 5 hb.Mei 2013 pun tidaklah boleh menggembirakan hati Umno-BN dari segi keputusannya.

Walaupun Umno-BN dapat menawan semula negeri Kedah dari Pakatan Rakyat,di mana parti PAS menjadi tunjang kuasa politiknya dapat dikalahkan di Kedah?
Datuk Hasan Ali pun  pernah terlibat berusaha untuk mengujudkan "Kerajaan Perpaduan" antara Umno dan PAS.tetapi menemui kegagalan secara total
Pun begitu? Di Parlimen Malaysia? Umno-BN hanya menang sebanyak 133 kerusi sahaja dari jumlah semua 222 kerusi. Termasuk kerusi-kerusi dari Sabaha dan Sarawak.

Ini,bererti kerusi  parlimen Umno-BN telah susut sebanyka 7 kerusi lagi berbanding pada PRU-12 dulu dimenagi oleh Umno-BN 140 kerusi. Dari segi politik? Biar siapa pun yang menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Kedudukan politik semacam ini? Ia tentu amaat menggusarkan pada siapa sahaja yang sedang jadi Perdana Menteri Malaysia? Justeru itu,selaku seorang ahli politik yang berwawasan besar dan bertanggng jawab pada nasib masa depan rakyat Malaysia di masa-masa yang akan mendatang?

Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikenali merupakan seorang tokoh politik yang sentiasa gigih bekerja untuk rakyat dan negara Malaysia yang tercinta.Jauh disudut hati beliau?

Sudah pasti beliau berazam kuat akan mencari dan terus mencari jalan keluar dalam usaha untuk mendapatkan satu formula yang mantap,agar sebuah kerajaan yang punya suara majoriti ( dua per tiga) di dalam Parlimen Malaysia, harus segera diujudkan dengan apa cara sekalipun.

Melayu yang berada di dalam PKR dan PAS mesti difahamkan dan disatukan semula dengan menggunakan santunan yang luar biasa,supaya boleh menjadi satu saf di dalam kerajaan di mana Umno yang berpaksi sebagai tunjangannya.

Hikmah pepatah Melayu yang sering mengatakan, "Air dicincang tidak akan putus" mesti dijelmakan jadi di alam kenyataan dengan menggunakan santunan menang-menang buat kedua-dua belah pihak.

Orang-orang tengah untuk memulakan dailog mesti diujudkan untuk melakukan perundingan secara sulit pada permulaan untuk merisik-risik respon dari pihak sebelah sana.

Begitu juga dengan perkataan bidalan Melayu yang telah digunakan oleh orang tua-tua zaman dahulu kala yang mengatakan bahawa,"Sebusuk-busuk daging? Jika ia dicuci dengan bersih dan sebrsihnya?Akhirnya ia boleh dimasak gulai dan ia boleh dimakan".

KENYATAAN YANG MENGEJUTKAN?

Syukur Alhamdulilah ! Pada tanggal Oktober 01,2013 menerusi Utusan online telah menyiarkan satu kenyataan dari Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan,Tan Sri Dr.Rais Yatim, mendedahkan usaha untuk mempertemukan para pemimpin ketiga-tiga parti politik orang Melayu kini semakin hampir menjadi kenyataan.

Beliau berkata,jika menjadi kenyataan kelak,pertemuan melibatkan wakil-wakil daripada Umno,PKR dan PAS akan diadakan di Kelantan,Terengganu dan Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

Beliau berkata,usaha mempertemukan wakil-wakl daripada ketiga-tiga parti teresebut dibuat oleh bebeapa pihak termasuk pemimpin dan intelektual Melayau serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Namun,jelas beliau,pertemuan tersebut bukanlah atas dasar politik,sebaliknya perpaduan bangsa Melayu dan kepentingan Islam.

"Pertemuan itu kelak bukanlah tentang politik UMNO,PAS atau PKR,tetapi bertjuan membincangkan  tentang perjuangan Melayu.

"Mereka Umno,PAS dan PKR) janganlah takut untuk bersemuka kerana pertemuan tersebut untuk membincangkan isu ekonomi,agama,bangsa,budaya dan bahasa Melayu. Semua isu ini sebenarnya sangat dekat di hati orang Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perpaduan Ummah Dalam Peradaban Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) di Tanjung Malim,Perak.

SAYA TERUS BERJUANG SEHINGGA IMPIAN MENAWAN PUTRAJAYA TERCAPAI.

PADA tangga Sept 29,2013 Menerusi Utusan online,Pengerusi DAP,Karpal Singh menegaskan bahawa beliau tidak akan berundur daripada arena  politik selagi pakatan pembangkanag belum berjaya membentuk kerajaan Persekutuan.
YB Karpal Singh,Pengerusi DAP

Karpal yang merupakan Ahli Parlimen DAP di Bukit Gelugur juga membayangkan untuk terus bertanding pada pilihanraya umum akan datang sekiranya dicalonkan oleh parti.

"Saya akan berjuang bersama parti sehingga impian (menawan Putrajaya) tercapai.Pada pilihanraya akan datang,pakatan pembangkang berpeluang merebut kuasa daripada kerajaan pusat," katanya dalam sidang akhbar selepas selesai mengundi sempena pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada tanggal 29 hb.Sept.,2013.

Selaku seorang ahli politik kanan di dalam DAP? Sesungguhnya Karpal Singh memang bebas dan dibolehkan memasang impian menurut perhitungannya bahawa pada PRU ke-14 nanti pakatan pembangkang kononnya berpeluanag merebut kuasa daripada kerajaan pusat (menawan Putrajaya).

Itu merupakan hak Karpal bercakap selakau Pengerusi Parti DAP.Demokrasi sama sekali tidak menegah ataupun melarangnya untuk berkata demikian.

RAIS YATIM MENDEDAHKAN

Tetapi malangnya, Tan Sri Dr.Rais Yatim pula telah mendedahkan bahawa usaha untuk mempertemukan para pemimpin ketiga-tiga parti politik orang Melayu kini semakin hampir menjadi kenyataan.Beliau berkata, jika menjadai kenyataan kelak.

Pertemuan itu melibatkan wakil-wakil dari UMNO,PKR dan PAS akan diadakan di Kelantan,Terengganu dan di Kuala Lumpur di dalam masa yang terdekat. Dari kenyataan yang didedahkan oleh Tan Sri Dr.Rais Yatim itu? Ia membuktikan bahawa Air dicincang tidak akan putus.

Jelas dilihat,walau bagaimana pun busuknya daging itu? Ia,masih boleh dicuci jadi bersih,lantas dimasak gulai kari daging.Akhirnya boleh dimakan semula beramai-ramai oleh orang-orang yang tidak ego serta tidak sombong,bukan pada orang yang ego, kononnya beliau sahaja yang maksum dan arifbillah. Poorlah.. .ha... ha...ha. segera bersaralah.....

Penulis rumusankan di sini,jika apa yang telah didedahkan oleh Tan Sri Dr.Rais Yatim itu akan segera jadi nyata? Ini bererti satu petanda baik kurniaan dari Allah s.w.t. yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Sekaligus dan secara otomatik,impian Karpal yang tinggi menggunung untuk menawan Putrajaya pada PRU-14 yang akan tiba selama 5 tahun lagi itu? Akan terkubur di liang lahad,di dalam bumi yang gelap gulita.

Impian Karpal itu? Ia tetap tinggal jadi impiannya dan sekaligus bolehlah dikatakan Karpal Singh dan kawan-kawannya di dalam DAP akan merasa kepunan untuk berada dan berkuasa di Putrajaya.

Satu-satunya,harta pusaka bangsa dan negara Melayu yang harus dijaga,dengan apa cara sahaja, pada bila-bila masa jua dengan segala daya upaya yang ada di tangan kita,hatta walaupun terpaksa mengorbankan jiwa dan raga kita semua.(Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com at 3.20am on Oktober 03,2013).

14 wakil rakyat BN dilantik Pengerusi Penyelaras Kementerian

SHAH ALAM 1 Okt. - Bagi memastikan sebanyak 358 projek Kerajaan Persekutuan bernilai RM5.5 bilion di Selangor bagi tahun 2013-2014 berjalan lancar dan diketahui rakyat, sebanyak 14 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dilantik sebagai Pengerusi Penyelaras Kementerian di negeri itu.

Datuk Seri Noh Omar
Mereka yang dilantik Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS) itu ialah dua Ahli Parlimen dan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan menjadi Pengerusi Penyelaras di 21 kementerian.

Dua Ahli Parlimen yang terlibat ialah Datuk Seri Noh Omar (Tanjong Karang) dan Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh (Sabak Bernam) serta 12 ADUN.

Noh akan bertanggungjawab sebagai Pengerusi Penyelaras Kementerian Pelajaran serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sementara Mohd. Fasiah (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Kementerian Pertahanan).

Menurut Noh yang juga Pengerusi MTPNS, pengerusi penyelaras itu akan memastikan tiada pertindanan antara projek Kerajaan Persekutuan dengan negeri, menilai kesesuaian bentuk pelaksanaan serta lokasi projek Kerajaan Persekutuan selari dengan kehendak rakyat dan mengemukakan pindaan kepada MTPNS.

Beliau berkata, mereka juga menilai prestasi fizikal dan kewangan bagi mengenal pasti isu-isu pelaksanaan lebih awal serta mengenal pasti program atau projek bersifat kebajikan rakyat dan yang belum pernah dilaksanakan kerajaan negeri.

Katanya, mereka turut mengetuai isu-isu yang timbul di peringkat negeri, membantu kementerian menyelesaikan isu di peringkat negeri dan menjadi wakil kementerian yang berkenaan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

"Ini bermakna Pengerusi Penyelaras ini akan hadir dalam setiap mesyuarat kementerian yang telah dipertanggungjawabkan melibatkan isu negeri Selangor dan memantau perjalanan projek.

"Jika ada masalah berbangkit, akan terus dikemukakan kepada menteri terlibat agar dapat segera dilaksanakan.

Contohnya, pembinaan Sekolah Menegah Kebangsaan Bukit Kapar yang tergendala kerana peruntukan yang disalurkan iaitu RM29 juta tidak cukup RM2 juta," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MTPNS di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata beliau, melalui pelantikan tersebut pihaknya berharap semua masalah pelaksanaan projek di Selangor yang peruntukannya dikeluarkan Kerajaan Persekutuan akan diselesaikan.

 "Kita juga akan memastikan segala peruntukan yang diberikan itu bukan sahaja sampai kepada rakyat tetapi dihargai dan diketahui rakyat," katanya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /bakar Ninggal. blogspot.com at 2136 hrs on October 02,2013.

Tuesday, October 1, 2013

Pindaan APJ wajar-PM


Oleh Zulkefli Hamzah Najib Tun Razak menyerahkan replika cek AS$10,000 kepada para pelajar Malaysia pada majlis makan malam yang dihoskan oleh Perdana Menteri untuk pelajar dan masyarakat Malaysia di New York, malam semalam. - BERNAMA 

NEW YORK 30 Sept. - Pindaan Akta Pencegahan Jenayah (APJ) 1959 dibuat untuk mewujudkan suasana setiap rakyat Malaysia berasa selamat di negara sendiri, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dan ini akan dilakukan dengan komitmen bersungguh-sungguh kerana yang kita hendak utamakan ialah keselamatan dan negara Malaysia yang bebas daripada jenayah," tegasnya kepada wartawan Malaysia di sini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas polemik APJ yang disalah anggap kononnya kerajaan mahu mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menghalang kebebasan bersuara rakyat. Cadangan pindaan kepada APJ 1959 dibentangkan di Parlimen Rabu lalu yang antara lain memberi kuasa untuk menahan penjenayah tegar sehingga dua tahun tanpa perbicaraan.

Pindaan rang undang-undang itu yang akan dibahas di Dewan Rakyat dibuat bagi membolehkan polis melaksana tugas membanteras dan mencegah jenayah dengan lebih berkesan berikutan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan Akta Kediaman Terhad (RRA) 1933.

Perdana Menteri berkata, semua pihak harus sedar mereka yang terlibat dengan jenayah terancang telah melakukan jenayah secara terbuka dan ini telah menimbulkan satu suasana ketakutan dalam kalangan rakyat.
Jika tiada tindakan tegas dibuat, jelas Najib, semakin ramai yang bakal menjadi mangsa dan tahap ketakutan dalam kalangan masyarakat akan berada di paras yang lebih tinggi lagi.

Beliau turut memberi jaminan ISA tidak akan dikembalikan kerana akta itu mempunyai ruang yang begitu luas dan memberi kuasa tahanan tanpa proses mahkamah kepada polis dan Menteri Dalam Negeri. “

Tapi kali ini (pindaan APJ) lebih khusus untuk perangi jenayah dalam bentuk jenayah terancang," jelasnya sambil menambah semua keputusan penahanan akan dibuat oleh hakim.

Menurut beliau, pihak polis yang mahu membuat penahanan perlu membentangkan permohonan dan meyakinkan hakim bahawa pihak berkaitan perlu ditahan.

“Kita akan pastikan tidak berlaku penganiayaan kepada sesiapapun dan sudah tentu rang undang undang ini tidak akan melibatkan ahli politik yang percaya kepada apa jua pendirian dan ideologi politik," tegasnya. 

Mengulas tentang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tidak dibawa berbincang dalam pindaan itu, kata Najib, tidak semestinya pendapat pihak yang berkepentingan dibuat tetapi mereka bebas memberikan pendapat. - UTUSAN-online-Dalam Negeri. (Posted by abnmulya at 2245 hrs on October 01.2013.

Usaha temukan parti politik Melayu hampir pasti- Rais

Add captionTan Sri Dr.Rais Yatim
TANJUNG MALIM 1 Okt. - Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim mendedahkan usaha untuk mempertemukan para pemimpin ketiga-tiga parti politik orang Melayu kini semakin hampir menjadi kenyataan.

Menurut Rais, jika menjadi kenyataan kelak, pertemuan melibatkan wakil-wakil daripada UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan diadakan di Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, usaha mempertemukan wakil-wakil daripada ketiga-tiga parti tersebut dibuat oleh beberapa pihak termasuk pemimpin dan intelektual Melayu serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Namun, jelas beliau, pertemuan tersebut bukanlah atas dasar politik, sebaliknya perpaduan bangsa Melayu dan kepentingan Islam.

"Pertemuan itu kelak bukanlah tentang politik UMNO, Pas atau PKR, tetapi bertujuan membincangkan tentang perjuangan Melayu.

"Mereka (UMNO, Pas dan PKR) jangan takut untuk bersemuka kerana pertemuan tersebut untuk membincangkan isu ekonomi, agama, bangsa, budaya dan bahasa Melayu.

Semua isu ini sebenarnya sangat dekat di hati orang Melayu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perpaduan Ummah Dalam Peradaban Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE-dalam negeri).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at 2030 hrs on O
01.2013.