Tuesday, October 27, 2015

BANGKANG CARA BERADAB

MAISARAH SHEIKH RAHIM: 28 Oktober 2015 1:23 AM 

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu ingin menjadi pembangkang yang beradab di dalam Dewan Rakyat dengan mengamalkan pendekatan menerang bukan menyerang.
Abdul Hadi Awang
Sehubungan itu, beliau berkata, Pas mahu melaksanakan proses demokrasi yang beradab dan berakhlak di samping tidak melupakan konsep raja berperlembagaan selain memelihara konsep masyarakat majmuk.

“Ini sikap kita kerana kita bukan hendak tunjuk perasaan, kita mahu jadi ahli Parlimen yang membangkang secara beradab,” katanya pada sidang akhbar di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sebahagian ahli Parlimen pakatan pembangkang yang bertindak mengangkat plakad ‘Mana RM2.6b’ sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selesai membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, pada Jumaat lalu.

Abdul Hadi juga menegaskan, Pas akan menjalin kerjasama dengan semua parti termasuk kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam semua perkara yang baik.

Oleh itu, kata beliau, parti tersebut bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengemukakan perkara-perkara yang tidak dipersetujui secara baik termasuklah dalam isu cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Kita ada cadangan dalam soal untuk memungut hasil kerajaan. Kita juga ada cadangan dalam isu kejatuhan nilai ringgit dan bagaimana hendak mempertahankannya. Kita akan bertemu kerajaan untuk kemukakan cadangan,’’ katanya.

Jelas beliau, ia merupakan satu pendekatan baharu dengan semua pihak dalam menyelesaikan isu rakyat dan bukannya titik permulaan untuk menjalinkan kerjasama seperti mewujudkan kerajaan campuran.

“Kita pernah mempunyai pengalaman dalam kerajaan campuran, kita hanya mahu bekerjasama dalam perkara baik bukan perkara tidak baik termasuklah dengan DAP dan PKR,” katanya.

Mengenai pakatan pembangkang yang disertai oleh PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), Abdul Hadi menyifatkan pakatan tersebut umpama ‘bas ekspres’ yang tidak mungkin akan sampai ke destinasi sebenar.

Justeru tegasnya, Pas tidak akan naik ‘bas’ tersebut kerana tidak mampu menjayakan matlamat perjuangan parti berkenaan.

“Kita tidak akan menyertai sebarang langkah perjuangan yang tidak mencapai matlamat kita. Kita tidak mungkin naik ‘bas ekspres’ yang tidak sampai destinasi yang nak pergi.

“Kita tidak ada harapan dengan yang tidak sampai di destinasi. Naik bas untuk ke Kuantan tetapi guna jalan Kuala Lipis, mana boleh sampai?,” katanya.

Abdul Hadi menegaskan, Pas tidak mempunyai masalah untuk menjadi parti pembangkang bersendirian.

“Ini kerana Pas sudah lama bersendirian dan kita percaya banyak parti lain bergantung kepada kita. Kita ada akar umbi kuat, kamu saksi sendiri pihak lain membuat demonstrasi, apabila Pas tidak hadir maka tidak ada orang,” katanya.( utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blgspot.com a 1.6 am on Okt.,28,2015.

Pembangkang perlu dedah penyumbang dana politik

28 Oktober 2015 1:38 AM 



Irmohizan Ibrahim
KUALA LUMPUR 27 Okt. – Demi kepentingan politik, parti pembangkang sanggup merahsiakan penyumbang dana politik mereka walaupun mengetahui ada antaranya didakwa terdiri dalam kalangan penyokong kerajaan.

Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mustapa Kamal Mohd. Yusoff mendakwa, sekiranya sumber dana tersebut didedahkan, perkara itu dikhuatiri akan memberi kesan kepada kepentingan peribadi penyumbang dan agenda politik parti pembangkang.
“Sampai sekarang, pembangkang tidak pernah dedahkan siapa penyumbang dana politik mereka. Boleh jadi sumber tersebut datang daripada individu atau pihak yang sebenarnya menyokong kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang.
“Mungkin penyumbang dana dan parti pembangkang sudah bersetuju untuk saling membantu dan merahsiakan perkara sebenar demi menjaga kepentingan masing-masing,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim semalam mengenai parti pembangkang terutama DAP dan PKR yang tidak pernah telus dalam perjuangan apabila terus menyembunyikan identiti penyumbang dana politik mereka.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan, Faizan Mohd. Nor berkata, parti pembangkang disifatkan seperti baling batu sorok tangan apabila berterusan tidak mahu bekerjasama memberitahu sumber dana politik mereka.
Menurut beliau, sikap degil pembangkang itu seperti tidak menghiraukan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) bagi merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif.
“Adakah parti pembangkang takut jika rakyat mengetahui sumber dana politik yang diterima? dan kenapa perlu takut sekiranya yakin mereka adalah pemimpin rakyat?
“Sudah tiba masanya pembangkang bersikap telus kepada rakyat dan jangan membiarkan isu sumber dana politik mereka disembunyikan,” ujarnya( utusan online-politik).POSTED BY ABNMULYA // HAJI ABU BAKAR NINGGAL.BLOGSPOT.COM AT  9.49 AM ON oKT.,28,2015

Penyokong kerajan mesti tangkas tangkis tohmahan

ZULKIFLI JALIL: 27 Oktober 2015 6:10 PM

AHLI Parlimen Barisan Nasional pada sidang Dewan Rakyat, mesti tangkas menjawab lontaran pedas daripada wakil pembangkang.

Semalam, ketika Lim Guan Eng (DAP-Bagan) membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, selama hampir setengah jam beliau menggunakan platform itu untuk melontarkan ‘cili, peluru dan Mat
Jenin’ tetapi amat kurang dipintas atau dicelah penyokong kerajaan.

Antaranya, Guan Eng mendakwa kalau ringgit tidak dipulihkan, Bajet 2016 ‘dikira’ gagal. Benarkah?
Sedangkan kita maklum, kejatuhan ringgit tidak ada kena me­ngena dengan isu dalaman negara. Insiden nilai matawang Malaysia jatuh berkait rapat dengan elemen global, sebelum muncul ‘isu kontroversi’ yang diviralkan ketika ini.

Pada 2014, harga minyak dunia mengalami kejatuhan mendadak yang mana pada Januari 2014, harga minyak berada pada paras USD106 setong dan secara beransur-ansur mengalami kejatuhan sehingga ke paras USD50 setong hari ini.

Kejatuhan harga minyak dunia juga adalah disebabkan oleh masalah permintaan (demand) dan bekalan (supply) yang mana terdapat lebihan minyak yang dihasilkan oleh pengeluar minyak dunia. Ekonomi terbesar dunia,

AS dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini telah berjaya mengeluarkan minyak yang mencukupi untuk ke­gunaan domestiknya dan mengurangkan kebergantungan kepada OPEC sebagai pengeluar utama mi­nyak dunia.

Ekonomi kedua terbesar dunia, iaitu China pula sedang mengalami kelembapan ekonomi, menyebabkan bekalan minyak dunia melebihi permintaan (demand) dan menekan harga ke bawah.

Apabila berlakunya kejatuhan harga minyak dunia, ia memberi impak negatif kepada matawang komoditi (Commodity currency) se­perti ringgit.

Matawang komoditi adalah nama yang diberikan kepada matawang yang bergantung kepada hasil pengeluaran bahan mentah sebagai sumber utama perbendaharaan negara.

Disebabkan Malaysia bergantung kepada hasil pengelu­aran bahan mentah, terutamanya sumber petroleum maka ringgit cenderung untuk bergerak selari dengan pergerakan harga minyak mentah.

Penyokong kerajaan mesti tangkas menjawab dan mencelah. Ja­ngan hanya ‘pandai’ mencelah dan meminta penjelasan ketika rakan sendiri berbahas. Ada tiga hari lagi untuk dewan bersidang dalam ming­gu ini.( utusan online-parlimen).posted by abnmulya // haji bakar ninggal.blogspot,com.at 9.8 am on Okt.,28,2015.

Perhimpunan jalanan ditentang

Boleh mengakibat perpecahan, jejas perpaduan kaum 

28 Oktober 2015 1:41 AM 


Najib Razak
KUALA LUMPUR 27 Okt. - Kerajaan bertegas tidak akan berkompromi dengan kesa­lahan berhubung perhimpunan jalanan yang boleh mengakibatkan perpecahan dan menjejaskan perpaduan kaum di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perhim­punan jalanan yang disertai bilang­an yang besar sukar dikawal oleh penganjur dan kadang-kala ber­akhir dengan keganasan dan rusuhan.

Beliau menjelaskan, hal ini meng­akibatkan perhimpunan aman pada mulanya kemudian menjadi luar kawalan dan sering kali mengakibatkan campur tangan pihak berkuasa untuk mengawal dan mententeramkan keadaan.

“Tindakan provokasi oleh pe­mimpin penganjur perhimpunan dan para peserta dengan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan menjejaskan perpaduan.

“Pendirian kerajaan sangat jelas mengenai perkara ini, sebarang usaha untuk mengganggu-gugat perpaduan dan keharmonian negara adalah satu usaha yang ditentang kerajaan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan Teresa Kok (DAP-Seputeh) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Najib berkata, perhimpunan aman merupakan salah satu prinsip demokrasi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, kata Perdana Menteri, kerajaan melalui Akta Perhimpunan Aman 2012 telah menyediakan panduan mengenai pelaksanaan perhimpunan aman.

Beliau menegaskan, sekalipun perkara itu termaktub dalam Perlembagaan, pihak penganjur perlu sensitif kesan dan akibatnya terhadap ketenteraman awam seperti kesesakan lalu lintas, kesan negatif kepada peniaga dan sebagainya.

“Penganjur perhimpunan aman seharusnya menggunakan akal dalam mengekspresi pendapat dengan menggunakan saluran yang mencerminkan adat ketimuran yang lebih berdisiplin dan bersifat hormat menghormati melalui prinsip Rukun Negara yang seharusnya dihayati oleh setiap masyarakat negara ini,” katanya.( Utusan online-parlimen).Posted by abnmulya //hj.abu bakar ninggal.blogspot.com. 9.24 am on Okt.,28,2015.

Adakah 160 negara laksanakan GST "dera" rakyat mereka?

28 Oktober 2015 1:38 AM 

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Tuduhan liar dilemparkan pakatan pembangkang kononnya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bertujuan mendera rakyat menunjukkan mereka tidak memahami tentang ekonomi.
Dr. Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) berkata, GST merupakan sistem pemindahan cukai yang dikenakan mengikut nilai yang dibelanjakan setiap individu.
Menurut beliau, golongan berpendapatan tinggi lazimnya membayar jumlah yang besar untuk GST kerana mereka lebih banyak berbelanja.
“GST dibayar mengikut kadar pendapatan kita di mana orang yang kaya bayar lebih.
“Pada masa sama, kerajaan telah menyusun pelbagai cara untuk menyelamatkan golongan lain yang tidak mampu ber­belanja lebih.
“Dan saya nak ta­nya adakah lebih 160 negara yang laksanakan GST telah ‘mendera’ rakyat mereka?,” katanya ketika mencelah Anuar Abd. Manap (BN-Sekijang) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.( utusan online-par;imen).Postede  by abnmulya //hj.abu bakar ninggal.blogspot.com.at 9.03 am on Okt.,28,015.

PKR Selangor boleh turunkan harga rumah-- Noh

28 Oktober 2015 1:14 AM 

 SHAH ALAM 27 Okt. – Kerajaan PKR Selangor dicabar menyelaraskan semula peranan anak-anak syarikatnya yang terlibat dalam sektor hartanah bagi menstabilkan semua harga rumah untuk rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana di negeri ini.
NOH OMAR

Pengerusi Badan Per­hubungan UMNO ne­ge­ri, Datuk Seri Noh Omar berkata, langkah itu harus dilakukan sekiranya kerajaan negeri benar-benar prihatin mahu mengurangkan tanggungan rakyat dalam kumpulan pendapatan tersebut untuk memiliki kediaman sendiri.
Sambil memberikan contoh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), beliau berkata, anak syarikat itu sebelum ini menerima sejumlah besar rizab tanah daripada kerajaan negeri selaras matlamat penubuhan asalnya untuk memastikan pengagihan serta pertumbuhan sosioekonomi yang adil.
“Maka, dalam soal penstabilan harga perumahan di Selangor sebagai contoh, PKNS mungkin boleh memainkan peranan yang tidak boleh dilakukan oleh syarikat-syarikat pemaju swasta lain.
“PKNS boleh menyediakan perumahan untuk rakyat berpendapatan sederhana yang tidak berpeluang mendapat rumah mampu milik kerajaan negeri tanpa berasaskan kepada harga pasaran semasa yang terlalu tinggi.
“Kerajaan negeri tidak perlu menangani isu dan harga perumahan melibatkan kepentingan rakyat seolah-olah seperti syarikat swasta,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambah Noh, usaha untuk menurunkan harga rumah boleh dilaksanakan oleh kerajaan negeri menerusi kaedah timbal-balik dengan me­nurunkan premium tanah atau lain-lain caj kepada anak-anak syarikatnya yang membangunkan projek perumahan untuk rakyat negeri ini termasuk syarikat-syarikat swasta lain.
Dalam perkembangan berkaitan, Noh turut mempersoalkan keputusan kerajaan negeri mengenakan premium tanah kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang difahamkan berhasrat mahu membangunkan projek perumahan untuk golongan miskin di atas tanah miliknya di negeri ini.
Jika benar, tegas beliau, kerajaan negeri harus memberikan pengecualian atau pengurangan premium tanah kepada badan pengurusan agama Islam tersebut untuk melaksanakan projek seumpama itu.
“Namun, saya difahamkan, MAIS turut dikenakan premium tanah pada kadar yang sama seperti syarikat-syarikat pemaju swasta lain.
“Ekoran itu, saya difahamkan MAIS tidak dapat membangunkan projek perumahan tersebut kerana kosnya tinggi,” ujarnya ( Utusan online-politik).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 8.46 am on Oktober 28,2015..

Monday, October 26, 2015

ADAKAH DEWAN INI ADA JIN,JEMBALANAG?

27 Oktober 2015 1:43 AM

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Ahli Parlimen diingatkan agar tidak menggunakan perkataan berunsur kesat dan penghinaan semasa mempertahankan hujah masing-masing.
Pandikar Amin Mulia

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, segelintir Ahli Parlimen seolah-olah ‘dirasuk’ sehingga tidak dapat mengawal perkataan yang keluar dari mulut mereka.

Beliau memberitahu, setiap Ahli Parlimen sepatutnya mengawal diri daripada menuturkan perkataan yang tidak akan mereka ucapkan di luar sidang Dewan Rakyat.

“Adakah dewan perbahasan ini mempunyai jin, hantu dan jembalang yang merasuk kita, yang langsung kita tidak boleh tepis?

“Bukan semua bersikap begitu tetapi perlu dikawal,” katanya selepas sesi perbahasan Bajet 2016 disambung semula selepas rehat dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Pandikar Amin merujuk kepada kekecohan yang tercetus ketika usul tindakan terhadap Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) kerana menuduh Yang Dipertua Dewan Rakyat menyalahgunakan kuasa dan cuba mensabotaj siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam sidang Dewan Rakyat Khamis lalu.

Ramkarpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) ketika mencelah perbahasan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) berkata:

“Bukankah itu tujuan Tuan Yang Dipertua, kita ada satu peraturan khas di bawah Aturan Mesyuarat 80 untuk memberi Yang Berhormat Gelang Patah a right to be heard bukan a right to be heard oleh binatang macam ini.”

Ramkarpal kemudian menarik balik celahannya setelah diarahkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee untuk berbuat demikian.( UTUSAN ONLINE-PARLIMEN).. Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.25 noon on Oktober 27,2015.