Tuesday, November 3, 2015

Isi kandungan TPPA dibentang dua minggu lagi

Ong Ka Chuan
MELAKA 3 Nov. – Kerajaan akan membentangkan isi kandungan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kepada umum dalam tempoh dua minggu lagi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong K
a Chuan berkata, kesemua negara yang bakal menandatangi TPPA sedang meneliti perkara-perkara yang perlu disenarai sebagai rangka serta isi kandungan perjanjian tersebut.

Menurutnya, 12 negara terlibat termasuk Amerika Syarikat (AS), Jepun, Singapura dan Thailand akan bersetuju dengan isi kandungan perjanjian tersebut namun sedang menanti keputusan serta persetujuan Malaysia.

“Sekiranya tiada sebarang kesilapan atau gangguan berkaitan isi kandungan perjanjian, ia akan didedahkan kepada orang ramai dalam tempoh dua minggu lagi.

“Pendedahan itu turut akan memberi penjelasan kepada rakyat negara ini malah negara-negara lain yang terlibat juga bakal melakukan perkara sama mengenai isi kandungan TPPA kepada rakyat mereka,” katanya.
]
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa lawatan rasmi ke pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Melaka di Menara Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Ayer Keroh, di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Lim Ban Hong dan Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia negeri, Mohammad Reduan Mohd. Zabri.

Jelas Ka Chuan, walaupun Malaysia belum menandatangani perjanjian tersebut kerana ia perlu dibawa untuk dibahaskan di Parlimen terlebih dahulu, beliau yakin negara akan menyertai TPPA.

Katanya, keyakinan itu adalah berasaskan dari segi kepentingan negara dan trend perdagangan dunia pada masa kini serta faedah yang mampu disumbangkan kepada ekonomi negara.

"Melalui perjanjian ini, kita akan mendapat lebih banyak peluang pekerjaan dengan adanya pertumbuhan kilang-kilang dari negara anggota TPPA yang akan serta pasaran perdagangan bebas cukai menjangkau nilai USD800 juta," ujarnya.

Tambah beliau, TPPA juga merupakan satu kebaikan kepada para pengguna terutamanya yang ingin berurusniaga dengan pasaran negara terlibat tanpa sebarang halangan cukai mahupun Kastam malah turut mewujudkan persaingan sihat dalam industri.

"Negara tidak boleh dikecualikan dalam perkara ini (TPPA) kerana ini bukan sahaja memberi faedah kepada pengguna malah dapat membawa masuk pelaburan langsung luar (FDI) ke dalam negara yang seterusnya memberi lebih faedah tambahan rakyat dan negara," katanya (utusan online).posted by abnmulya // hj.abu bakar ninggal.blogspot.com.at 12.36 noon on November 04,2015.

Komen Isu Debat Oleh Tuan Speaker Dewan Rakyat,Pandikar Amin Mulia Itu Ada Asas Dan Logiknya

Komen dan kata dua dari Tuan Pandikar Amin Mulia,Speaker Dewan Rakyat  itu ada asas dan logiknya.
                       


Oleh Haji abu bakar ninggal
Rabu,November 04,201 @ 3.23 am.

Datuk Sri Salleh Sai Keruak
Sesungguhnya komen yang telah dibuat oleh speaker Dewan Rakyat(DR )itu ada asas dan logiknya yang kuat dan harus dipertimbangkan oleh Menteri MultI Media,Datuk Seri Salleh Said keruak.

Ertinya progrem debat itu harus dibatalkan segera,jika Tony Pua dari Ahli Parlimen dari DAP dari Petaling Jaya Utara itu tak mahu juga letak jawatan sebagai ahli (PAC) terlebih dahulu.

Jika dibenarkan debat itu diteruskan juga?Maka implikasinya sangat buruk terhadap isu 1MDB itu. Ia boleh dianggap bahawa debat itu semacaam nak mendahului siasatan yang sedang dilakukan oleh  PAC Parlimen itu sendiri..

Jika Tony Pua itu berminat sangat untuk berdebat dalam isu 1MDB itu? Beliau harus letak jawatan sebagai PAC Parlimen sebagaimana yang diminta oleh Speaker Dewan Rakyat. Kerana PAC diwujudkan oleh parlimen.

SEdangkan Arul Kanda Kandasamy itu sendiri adala Presiden dan Pengara Eksekutif Kumpulan 1 Malaysia Developement Berhad (1MDB)yang merupakan subjek yang dipertikaikan ketelusannya.

Contohnya: Jika pihak polis sedang melakukan siasatan sesuatau kes jenayah dan sebagainya? Orang ramai ( rakyat) dilarang keras AGAR tidak mencampuri dan membuat sebarang ulasan-ulasan tentang kes yang sedang di saiasat oleh polis itu sebelum selesai siasatan dilakukan.
Tony Pua Ahli Parlimen dari DAP

Kerana ulasan-ulasan dari orang ramai itu akan memberi implikasi yang berat pada kes yang sedang di siasat oleh polis itu?

Maka kedudukan isu 1MDB begitulah juga akan jadinya? Maka komen dan kata dua dariTuan Speaker Dewan Rakyat itu ada asasnya,sangat munasabah dan ada logiknya ..

Isu 1MDB ini?  Bersabit dan terbabit dengan siasatan yang detail tentang tuduhan-tuduhan salah guna kuasa yang telah ditimbulkan oleh musuh-musuh politik Datuk Seri Najib Tun Razak,Perdana menteri kita oleh kalangan ahli-ahli Umno itu sendiri dan juga oleh parti-parti pembangkang di dalam Malaysia?.

Hasil dari siasatan itu kelak? Akan diumumkan kepada rakyat.sama ada segala tuduhan-tuduhan terhadap Datuk Seri Najib itu sahih atau sebaliknya?

Arul Kanda Ketua CEO ( 1 MDB).
Jika didebatkan isu ini? Ia tak akan dapat apa-apa bukti semacam bukti-bukti yang akan didapati di dalam siasatan itu nanti?

Isu debat ini membuangkan masa dan tenaga aje tanpa hasil? Kenapa harus dilayan sangat kemahuan dan karenah gila-gilaan parti-parti pembangkang ini?

Tak ada kerja?,Maka dicari kerja yang tak memberi manfaat untuk rakyat ini? ;

Juteru itu, Menteri Multi Media,Datuk Seri Salleh Said Keruak,diingatkan agar jangan tergopoh-tergopoh nak sediakan tempat perdebatan itu dan sebagainya.

Datuk Seri Salleh Said Karuak,harus segera revise (kaji) semula persetujuannya itu dan jangan mudah terjebak di dalam perangkap yang sedang dipasang oleh parti-parti pembangkang yang sentiasa mencari kelemahn kerajaan Umno/BN..

Apa guna IMDB pula nak sediakan "loop-hole" pada parti-parti pembangkang? Ini merupakan kerja bodoh lagi banggang?( Posted by abnmulya //hj.abu bakar ningal.blogspot.com at 3.23 am on Novmber 04,2015).

Monday, November 2, 2015

Pandikar tidak benarkan debat 1MDB,sedia letak jawatan Speaker

KAMIL MASLIH :03 November 2015 12:37 PM 
Tan Sri Pandikar Amin Mulia,Yang Dipertua Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak membenarkan perdebatan antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, malah beliau sanggup meletakkan jawatannya jika perdebatan itu diteruskan.

Menurut Pandikar, beliau tidak membenarkan perdebatan secara siaran langsung itu kerana Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) masih lagi menjalankan siasatan terhadap 1MDB.

“Berdebat ini tiada kesimpulan, kalau saya benarkan perdebatan ini, seolah-olah perdebatan lagi penting daripada siasatan PAC, kalau begitu, selepas ini tidak perlu wujudkan sebarang jawatankuasa, cukup dengan debat sahaja.

“Kalau kerajaan mahu teruskan perdebatan ini, saya tidak akan libatkan diri, malah, saya akan mengundur diri sebagai Speaker Dewan Rakyat,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini sebentar tadi.

Jelas Pandikar, beliau akan hanya membenarkan perdebatan itu dengan syarat Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara meletakkan jawatan sebagai Ahli PAC atau tidak melibatkan diri dalam mana-mana prosiding siasatan PAC mengenai 1MDB.

“Syarat kedua adalah Arul Kanda tidak boleh lagi terlibat (sebagai saksi) dalam mana-mana prosiding siasatan PAC, ini bagi mengekalkan ketelusan,” katanya. - Utusan online-).Posted by abnmulya  // hj.baklar ninggal.blogspot.com  at 12.57 noon on November 03,2015.

Mahkamah Tinggi tentukan 3 persoalan undang-undang dalam kes Khairuddin ,Matthias

NORLIZAH ABAS :03 November 2015 11:57 AM 


\PUTRAJAYA 3 Nov. - Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Mahkamah Tinggi menentukan tiga persoalan undang-undang berhubung pendakwaan terhadap bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang.

Panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria memutuskan demikian selepas membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi akan mendengar pada Khamis ini sama ada pertuduhan yang dihadapi oleh kedua-duanya di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, boleh dibicarakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 (SOSMA).

Pada 19 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur merujuk kes melibatkan kedua-duanya ke mahkamah tertinggi negara bagi memastikan sama ada pertuduhan yang mereka hadapi boleh dibicarakan di bawah SOSMA.

Mahkamah Tinggi mengemukakan tiga persoalan undang-undang iaitu sama ada pertuduhan mengikut Seksyen 124L tertakluk di bawah SOSMA sebagaimana diperuntukkan di bawah Perlembagaan.

Jika persoalan itu dijawab secara positif, persoalan berikut yang perlu dijawab ialah adakah kedua-dua pemohon (Khairuddin dan Matthias) berhak dibebaskan dengan jaminan.
]
Sebaliknya, jika jawapan kepada persoalan pertama adalah negatif, mahkamah akan menentukan sama ada perbicaraan terhadap kedua-dua tertuduh dijalankan di Mahkamah Sesyen dengan mengambil kira peruntukan hukuman tertakluk di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan.

Pada 12 Oktober lalu, Khairuddin dan Matthias didakwa cuba melakukan perbuatan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara di antara 26 Jun dan 26 Ogos lalu bertempat di lima lokasi berlainan.

Lokasi-lokasi itu ialah di Pejabat Ketua Polis Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Paris, Perancis; Balai Polis Charing Cross, London; Pejabat Peguam Negara Switzerland, Bern; Balai Polis Waichan, Hong Kong; dan Ibu Pejabat Polis Cantoment, Singapura.-utusan online).Posted by abnmulya // hj.abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1.47 noon on Novemver 03,2015.

Sunday, November 1, 2015

Tindakan Buruk Pembangkang Memakan Diri --Najib.

02 November 2015 1:31 AM 


NAJIB TUN RAZAK dan Musa Aman (depan, dua dari kiri) serta Joseph Kurup (depan, dua dari kanan) bersama-sama para perwakilan membaca ikrar Rukun Negara pada Persidangan Tri-Tahunan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di Kota Kinabalu, Sabah, semalam. UTUSAN/AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN

KOTA KINABALU 1 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan pihak pembangkang yang mudah melakukan fitnah dan menafikan tindakan progresif kerajaan dalam membantu rakyat hanya ‘memakan diri'.

Beliau berkata, perkara itu terbukti apabila ada pemimpin pembangkang terpaksa membuat permohonan maaf akibat perbuatan tidak bermaruah tersebut.

Kata beliau, banyak fitnah terhadap kerajaan tersebar, malah perbuatan itu mudah dilemparkan oleh pihak pembangkang, selain mereka juga begitu cepat menafikan tindakan proaktif kerajaan dalam membantu rakyat termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ternyata seakan-akan sama dilakukan oleh negara jiran yang maju seperti Singapura.

“Banyak fitnah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang untuk merosakkan maruah kerajaan dan diri saya, namun semua tindakan itu tidak benar dan terbaharu saya menang dalam kes fitnah melibatkan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

“Pihak pembangkang juga suka menafikan segala tindakan proaktif kerajaan dalam membantu rakyat, namun mereka akhirnya akur dengan apa yang dilaksanakan oleh kerajaan termasuk pelaksanaan BR1M serta cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang ternyata banyak memberi faedah kepada orang ramai serta negara,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Tri-Tahunan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup dan timbalannya, Datuk Ellron Angin.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, dalam apa jua tuduhan terutama daripada pihak pembangkang, rakyat diingatkan untuk melakukan pemeriksaan terlebih dahulu dan mendapatkan fakta tepat.

Menurut beliau, segala tindakan yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan adalah berlandaskan pertimbangan dan demi kepentingan rakyat, bukan membebankan dan menyusahkan orang ramai.

Tegas beliau, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin, sudah pasti segala tindakan yang akan dilaksana oleh BN berlandaskan kepada kebajikan rakyat serta kepentingan negara.( utusan online-posted by abnmulya  // hj.abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1516 hrs on November 02,2015.

ISU PTPTN : TARIK LESEN UNVERSITI SWASTA SENGAJA BERI KEPUTUSAN CEMERLANG

02 November 2015 1:32 AM 


KUALA LUMPUR 1 Nov. – Kerajaan digesa menarik lesen universiti swasta yang didapati sengaja memberi keputusan cemerlang kelas pertama bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda supaya mereka dikecualikan membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Ibrahim Ali
Ibrahim Ali

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan tegas itu mesti diambil ke atas pihak yang terlibat kerana ia boleh me­rugikan kerajaan selain kualiti pengajian akan menjadi rendah.

Selain menyiasat dan mengenakan tindakan tegas, kerajaan juga perlu mengkaji semula insentif itu yang menukar pinjaman ­PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang dalam kategori tersebut.

“Isu itu timbul apabila keputusan cemerlang pelajar di universiti swasta naik mendadak sejak setahun lalu. Perkara ini meragukan banyak pihak,” katanya ketika dihubungi hari ini .

Beliau mengulas ruangan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini yang mendedahkan tindakan itu merupakan salah satu strategi universiti untuk menarik ramai pelajar.

Menurut Awang, menerusi cara itu pelajar terbabit tidak perlu membayar balik pinjaman atau ia diterjemahkan dalam bentuk biasiswa.

Ibrahim berkata, jika perkara itu berlaku ia akan mencetuskan rasa tidak puas hati pelajar lain yang terpaksa membayar semula pinjaman PTPTN sedangkan pihak tidak bertanggungjawab terlepas daripada melunaskan hutang tersebut.

“Golongan ini bukan sahaja menipu dan tidak perlu membayar hutang malah, selepas itu akan lebih mudah mendapat kerja dengan gaji yang besar tetapi terlepas daripada membayar hutang. Bagi saya ini tidak adil buat peminjam PTPTN yang lain,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Gabu­ngan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa berkata, tindakan tegas itu mesti diambil ke atas pihak terlibat kerana ia boleh merugikan kerajaan.

“GPMS memandang serius perkara ini dan menggesa PTPTN, Kementerian Pendidikan Tinggi ataupun Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menyiasat mana-mana universiti swasta yang terlibat kerana kalau betul ia berlaku banyak pihak lain yang tentunya akan marah,” ujarnya.

Menurut Zambri, tindakan universiti terbabit dilihat sengaja mengorbankan kualiti pengajian dan memanipulasi keputusan akademik semata-mata untuk tujuan komersial dan agenda lain adalah jenayah yang patut disekat. (  utusan online).Posted by abnmulya //hj.abu bakar ninggal.blogspot.com at 1501 hrs on November 02,2015.

Selesai sudah Mesyurat Agung Tahunan kali ke-7 Masjid Al-Khairiyah,Taman Sri Gombak.

"Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid "








Oleh Haji abu bakar ninggal
Ahad,November  01,2015.@ 9.15 pm.

Syukur Al-Hamdulillah!,Dengan izin Allah SWT., yang Maha Berkuasa maka selesailah sudah Mesyuarat Agung Khas pencalonan Pegawai dan jawatankuas kariah sesi tahun 2016-2018 selesai sudah dalam suasan yang penuh mesra pada pagi ini,bertempat di Masjid Al-Khairiyah itu sendir ,di Jalan SG.7/1 Taman Sri Gombak, Batu Caves ,Selangor Darul Ehsan.

Mesyuarat itu dijangkakan akan bermula pada jam 9.00 pagi.Tetapi ia bermula lebih kurang pada jam 9.40 pagi. Majlis tersebut telah dirasmikan  oleh Tuan Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim,Tuan Pegawai Daerah Gombak,Pejabat Daerah dan Tanah Gombak.

Mesyuarat itu telah  dihadiri oleh anak khariyah Masjid Al-Khairiyah,Taman Sri Gombak yang berdaftar nama-nama mereka seramai 195 orang.dari jumlah nama-nama yang telah mendaftarkan nama-nama mereka selaku anak-anak kariah Masjid Al-Khairiyah seramai 1596 orang.semuanya.

TERPILIH SEMULA SEBAGAI AJK  SESI  2016 HINGGA 20118.
Dari kiri : Tuan Nazir  Masjid Al-Khairiyah,Taman Sri Gombak  Jr.Haji Mohd Rozi Salleh, sedang menyampaikan cendera hati kepada Tuan Ahmad Suaidi Abdul Rahman, ( berbaju merah jambu) Tuan Pegawai Dearah Gombak,Pejabat Daerah dan Tanah Gombak.,Sementara. di belakangnya sedang memerhatikan itu Hj.Wan Nawawi Wan Daganag Tim.Nazir.
DALAM konteks mesyuarat agung khas pencalonan pegawai-pegawai dan Jawatankuas Kariah bagi sesi tahun 2016 hingga 2018 itu.

Boleh dikatakan lebih 90%  daripada  jawatankuasa sesi 2014-2015 itu telah dicalonkan dan dipiliha semula berkhidmat pada sesi (2016-2018) kecuali kepada mereka yang tidak mahu lagi menerima jawatan-jawatan itu lagi dengan alasan-alasan yang munasabah walaupun telah dicalonkan untuk dipilih semula.

Maka penolakkan mereka itu terpaksa diterima oleh sidang hadrin itu dengan rasa yang amat sedih dan terharu sekali.

Sebagai contohnya, Imam Hj.Rambli Ariffin, sebagai imam nombor satu, Masjid Al-Khairiyah telah dicalonkan semula oleh penulis sendiri yang memang sahabat baik penulis yang sering bergurau senda.
Dari kiri : JR.Haji Mohd  Rozi Salleh,Nazir masjid  ak-Khairiyah sedanag menjawab segaal pertanyaan oleh anak kariah Masjid  berhubung  dengan banyak perkara yang ditimbulakn oleh hadirin.(Tengah) ialah Us.Mohd Rohissham Mohd Ikhlak,Setiusaha masjid.
Imam Hj.Ramli Arrifin ini merupakan Imam mesra rakyat dan beliau didapati begitu mudah mesra dan mudah berkawan dengan sesiapa sahaja tak kira penganut politik dari mana sekali  pun.

Asalkan orang-orang itu berbangsa Melayu dan beragama Islam. Beliau tetap mesra rakyat. Dengan kata lain? Beliau tak pilih bulu.Dengan berhijrahnya beliau ke kampung halamannya di Kedah itu?

Bererti merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada seluruh anak-anak kariah masjid Taman Sri Gombak itu sendiri. Kehilangan yang sangat susah nak dicari gatinya.Walaupun tiap-tiap yang hilang itu ada gantinya? Yang patah itu akan tumbuh.

Dari kiri : Imam Hj.Ramli Ariffinsatu masjid Al-Khairiyah yang telah menoilak pencalon Imam satu itu kerana belaiau nak berhijrah ke Kampungnya di negerinya di Kedah.
Pun begitu? Imam Hj.Ramli Ariffn sebenarnya telah bertugas bebelas tahun di Taman Sri Gobak termasuk sebagai bilal di Taman Sri Gombak,di masjid lama yang terletak di Fasa 1,Taman Sri Gombak sebelum wujudnya Masjid Al-Khairiyah,di Fasa 7 itu dan tugasnya sebagai Imam satu akan tamat pada 31/12/2015 yang akan datang ini..

Imam Hj.Ramli Ariffin ketika menolak pencalonan itu ? Didapati beriya-iya sangat tak mahu menerima pencalonan itu dengan alasan bahawa beliau dan keluarganya hendak berhijrah semula ke kmpung halamannya di Kedah.

Justeru  Imam nombor dua iaitu,Imam Haji Abdullah telah dicalonkan oleh majlis untuk dijadikan pertimbangan pejabat JAIS,Selangor bersabit dengan cadangan itu.

PERJALANAN TERJAUH DAN TERBERAT ADALAH PERJAANAN KE MASJID.

Wahai  para pembaca yang dimulikan ! Tahukan anda semua. Bahawa
 Perjalanan terjauh dan terberat bagi seseorang lelaki adalah perjalanan ke masjid..Sebab banyak orang kaya yang tidak sanggup mengerjakannya.Jangankan sehari lima waktu?

Bahkan banyak pula yang seminggu sekali pun terlupa juga.Tidak jarang pula seumur hidup tidak pernah singgah ke sana(masjid)..Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid..

Kerana orang pintar dan pandai pun sering tidak mampu menemukannya. Walaupun mereka mampu mencari ilmu hingga ke universiti di Eropah,Amerika. dan Russia.

Mudah melangkahkan kaki ke Jepon,ke Australia dan ke Korea,dengan semangat yang membara.

Namun ke masjid tetap sahaja perjalanan yang tidak mampu mereka tempoh walau pun dah jadi dan bergelar datuk-datuk tua bangka?

Sebahagian dari hadirin anak-anak kariah masjid  Al-Khairiyah,Taman Sri Gombak  yang boleh mencadangkan atau menyokong dan mengundi calon-calon  di perenghkat pegawai dan juga  AJK di mesyuarat tersebut.
Perjalanan yang jauh dan terberat itu? Adalah perjalanan ke masjid. Kerana para pemuda yang kuat dan bertubuh sihat yang mampu menawan puncak gunog everest dan puncak gunung Himalaya pun sering mengeluh ketika diajak ke masjid.

Alasan mereka pun beragam-ragam.Ada yang berkata sebentar lagi.Ada yang bercakap tidak suka dipanggil warak dan alim.Perjalanan yang jauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Maka berbahagialah kepadamu kepada insan-insan yang sanggup mengabdikan diri mereka mengimrahkan dan memelihara rumah Allah ini.

Sebahagian daripada anak-anak kariah dari kaum muslimat yang turut hadir didalam mesyuarat agung tahunan masjid  al-khairiyah kali ke-7 pada paghi ini.

Tahukah anda apakah rahsainya itu wahai para pembaca yang dimuliakan? Sejatinya?,Perjalanan-mu ke masjid itu adalah menuju untuk menjumpai Allah Ya Rabb-mu..

Sebahagian daripadanya anak-anak kariah  Muslimat yang telah hadir di pagi ini di Mesyuarat Agung  tahuan kali ke -7 itu.
Itu perjalanan yang di ajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW serta perjalanan yang akan membeza-bezakan orang-orang yang lupakan Rabb-Nya.

Perjalanan yang terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid. Maka lakukkanlah walau pun terpaksa merangkak di dalam kegelapna subuh demi mengenali Raab-mu.

KENAPA TETAP DIKEKALKAN (AJK) LAMA ITU?

Persoalannya kenapakah anak kariah yang hadir pada mesyuarat agung yang ke-7  pagi ini? Dilihat masih cenderung melantik semula sebilangan besar pegawai-pegawai dan AJK sesi tahun 2014-2015 itu?

Jawabnya senang sahaja. Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.Bukan semua orang yang mampu menempuhnya tugas-tugasa yang sangat berat dan mencabar yang memerlukan kesabaran dan ketekunan dan ketaqwaan iman yang tinggi tahapnya..Kerana perjalanan ke masjid adalah perjalana terjauh dan terberat?

Justeru itu,kenapa anak-anak kariah yang hadir di pagi itu dilihat begitu cenderung mengambil keputusana untuk melantik semula pegawai-pegawai dan AJK yasng dilihat benar-benar rela mengabdikan tenaga dan fikiran mereka itu khasnya untuk memelihara dan mengimarahkan "Rumah Allah" itu.

Mereka mengambil keputusan itu semata-mata mereka telah menyaksikan bahawa AJK sesi tahun 2014-2015 itu telah menunjuk dan mempamirkan prestasi kerja mereka yang sangat baik dan cemerlang.Tak ada oleh sebab-sebab yang lain?

Dari segi aktiviti-aktiviti masjid  Al-Khairiyah,Taman Sri Gombak? Boleh dikatakan penuh dan sarat dengan berbagai-bagai aktiviti-aktiviti yang telah banyak memberi manfaat pada nama baik masjid itu sendiri dan sekaligus pada anak-anak kariahnya itu sendiri guna menambahkan ilmu agama mereka dengan ada setiap malam dengan berbagai-bagai jenis kuliah agama yang telah disediakan.

Mereka yang telah diberi mandat pada tahun 2014-2015 itu telah mempamirkan usaha-usaha dan kerja-kerja yang supertop di bawah pimpinan Tuan Nazir muda, Jr.Haji Mohd Rozi bin Salleh yang kekal dicalonkan sebagai Nazir pada tahun 2016-20`18-

Begitulah juga dengan Setiusahanya Us.Mohd Rohisham bin Mohd Ikhlak  juga telah dipilih semula dan kekal sebagai setisusahanya.

Justeru itu tidak ada sebab kenapa pegawai-pegawai dan AJK-AJK itu harus ditukar ganti.Mereka yang telah diberi mandat itu benar-benar sedar bahawa Perjalanan terjauh dan terberat itu adalah perjalanan ke masjid. Satu-satunya Perjalanan menuju untuk menemui Rabb-Nya.

Mesyuarat Agung ke-7 itu selesaii lebih kurang pada jam 1.10 tengah hari.Selepasa selesai solat Zohor, para hadirin telah dijamu dengan juadah tengah hari 'mee kari" yang enak rasanya.(Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blospot.com.at 2151 hrs on Novembr 01 ,2015).