Wednesday, November 4, 2015

1MDB Bukan Punca Nilai Ringgit Jatuh

05 November 2015 12:51 AM 

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Kerajaan menjelaskan bahawa isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan punca utama kejatuhan nilai ringgit.
Datuk Johari Abdul Ghani,Timbalan Menteri Kewangan

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, dalam tempoh September 2014 hingga 16 Oktober lalu nilai ringgit telah menyusut sebanyak 21.6 peratus.

“Malah mata wang di negara serantau ini turut mengalami penurunan nilai antara 5.9 hingga 19.5 peratus berbanding nilai dolar Amerika Syarikat (USD) dalam tempoh sama.
\
“Jadi tidak timbul bahawa 1MDB menjadi punca nilai ringgit jatuh kerana negara lain di rantau ini turut mengalami kejatuhan nilai mata wang. Adakah ini kerana mereka juga mempunyai syarikat 1MDB di negara masing-masing?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Shamsul Iskandar (PKR- Bukit Katil) yang meminta kementerian menyatakan pendirian terhadap panda­ngan bahawa susutan nilai ringgit boleh dipulihkan apabila isu 1MDB diselesaikan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Johari, bagaimanapun, baru-baru ini, trend telah menunjukkan perubahan apabila nilai ringgit menjadi kukuh sebanyak 6.5 peratus bagi tempoh 1 hingga 16 Oktober lalu.

Menjelaskan berhubung faktor kemerosotan nilai ringgit, beliau memberitahu, penyusutan mata wang negara berpunca daripada empat faktor utama.

“Pertama adalah jangkaan pelabur terhadap kemungkinan faedah di Amerika Syarikat ditingkatkan yang akan mengalakkan pelabur jangka pendek terhadap pegangan aset dalam USD.

“Kedua, prospek pertumbuhan perlahan di China telah me­ningkatkan aktiviti penghindaran risiko pelabur di pasaran negara membangun pesat berkembang sekali gus menambah tekanan terhadap mata wang serantau.

“Ketiga, ketidaktentuan ekonomi di Greece dan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi China serta penurunan mata wang Yuan pada bulan Ogos lalu sehingga menjejaskan prestasi mata wang serantau sekali gus menjejaskan mata wang negara sebagai pengeksport komoditi termasuk Malaysia yang menerima kesan daripada kejatuhan harga minyak dunia,” katanya.

Tambahnya, punca terakhir adalah kerana faktor dalam negeri yang turut menyebabkan kejatuhan nilai ringgit antaranya isu penarafan daripada agensi penarafan antarabangsa ( utusan online-parlimen).Posted  by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1336 hrs on November 0,2015..

PAS TIDAK AKAN TUNDUK TEKANAN DAP

05 November 2015 12:12 AM 

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Pas tidak akan tunduk dengan sebarang tekanan DAP untuk keluar daripada pentadbiran Kerajaan PKR Sela­ngor serta akan terus menyokong kepemimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, Pas akan kekal dengan pendirian tersebut untuk terus mempertahankan kerajaan negeri Selangor sehingga pilihan raya umum akan datang demi kepentingan rakyat.
Malah, beliau turut meng­ingatkan DAP untuk memberikan penjelasan kepada rakyat tentang pendirian mereka terhadap kerajaan negeri itu yang diterajui Mohamed Azmin.
“Pas tidak bimbang jika dalam pilihan raya akan datang, DAP mahu bertanding tiga penjuru (dengan Pas) di kerusi-kerusi pe­ringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.
“Namun, buat masa ini, tiada apa-apa yang perlu diubah dan dimusnahkan kerana itu hanya akan memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Baru-baru ini, Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong dilaporkan mencadangkan kepe­mimpinan tertinggi parti memberi kata dua kepada Mohamed Azmin supaya memecat wakil rakyat Pas dalam pentadbiran negeri.
Bagaimanapun kelmarin, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad bertegas untuk tidak akan melayan sebarang desakan DAP itu serta mahu parti itu menghentikan sebarang bentuk kenyataan atau tindakan politik yang boleh menyebabkan rakyat berasa jemu.
Mengulas lanjut, Khairil Nizam berkata, adalah lebih baik DAP melihat ke hadapan untuk memastikan segala janji kepada rakyat ditunaikan sebelum pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata, DAP tidak perlu mengorbankan Selangor demi memenuhi hasrat pemimpin tertentu yang gagal melihat kepentingan rakyat berbanding kepentingan politik mereka.
“Dewan Pemuda menyokong kenyataan Iskandar untuk tidak tunduk kepada desakan Yoke Kong yang mahu Menteri Besar memecat wakil rakyat Pas dalam pentadbiran negeri itu.
“Bagaimanapun, kita terbuka untuk berbincang dengan sesiapa sahaja secara matang termasuk PKR atau DAP mengenai masa depan Selangor, namun saya percaya lebih ramai ahli DAP yang tidak bersetuju dengan pandangan itu, walaupun Pas dan DAP kini sudah tidak sehaluan,” jelasnya. ( utusan online).Posted online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1310 hrs on November 05,2015.

Beting Patinggi Ali milik Malaysia

Kerajaan memastikan 
kedaulatan negara terpelihara 


KASTHURI 
JEEVENDRAN :05 November 2015 1:27 AM 

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Malaysia ti­dak pernah mengiktiraf tuntutan Chi­na ke atas kawasan perairan Malaysia di Laut China Selatan terma­suklah di kawasan Beting Patinggi Ali, kira-kira 80 batu nautika dari Tanjung Baram, Sarawak.

Anifah Aman
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Malaysia juga tidak pernah menganggap Beting Patinggi Ali sebagai kawasan yang dipertikaikan atau kawasan di mana wujud ‘tuntutan bertindih’ di antara Malaysia dengan mana-mana negara.
Katanya, beting berkenaan berada dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia berdasarkan peruntukan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS 1982).
“UNCLOS 1982 memperuntukkan bahawa sesebuah negara berpantai seperti Malaysia berhak menuntut kawasan EEZ dan pelantar benua sehingga 200 batu nautika.
“Nelayan tidak perlu khuatir untuk menangkap ikan di kawasan Beting Patinggi Ali,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Anifah mengulas dak­waan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Miri, Jamali Basri kononnya nelayan laut kawasan itu semakin takut mendekati perairan Beting Patinggi Ali kerana ancaman dan ugutan kapal pengawal pantai China.
Dakwa Jamali, kali terakhir nelayan tempatan mengunjungi beting itu ialah pada Mei lalu.
Tambah Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis, terdapat kapal-kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Beting Patinggi Ali yang melakukan rondaan bagi memastikan kedaulatan negara terpelihara.
“Mana-mana kapal pengawal pantai asing termasuk kapal pengawal pantai China yang memasuki kawasan tersebut dianggap sebagai menceroboh kawasan perairan Malaysia,” ujarnya.( utusan onlined).Posted  by abnmulya // haji abu b akar ninggal.blogspot.com.at 12.41 noon on Novemner 05,2015.

RTM BATALKAN SIARAN lANGSUNG ( DEBAT) 1MDB.

Mohd Salleh Said  Keruak
Perdebatan secara langsung mengenai isu 1MDB yang dijadualkan Jumaat ini telah dibatalkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

"Perdebatan secara langsung dibatalkan. "Kami hanya setuju menyiarkan siaran langsung Pua dengan presiden 1MDB Arul Kanda," katanya kepada pemberita di luar lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata tawaran debat secara langsung tidak akan dilanjutkan kepada pengganti Pua, walaupun Arul Kanda bersetuju.(Dipetika dari Malaysiakini) posed by abnmulya // haji abu bakar ningal. blogspot. com at 1652 hrs on Novemeber 04,2015).

PANDIKAR TIDAK BERGANJAKA PENDIRIAN LETAK JAWATAN

04 November 2015- KUALA LUMPUR 4 Nov. - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak berganjak dari keputusannya untuk meletakkan jawatan sekiranya perdebatan umum antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy diteruskan.
Pandikar Amin Mulia

“Saya berpegang teguh kepada pendirian, kalau ketetapan saya tidak diterima, saya tidak teragak-agak.
“Kalau itu menjadi masalah kedua-dua pihak (kerajaan dan pembangkang), maka saya rasa tidak boleh pertahan integriti Parlimen dan saya sukacitanya meletakkan jawatan sebagai Speaker,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Pandikar, beliau tidak menghalang perdebatan itu, namun perkara berkenaan hanya boleh dilakukan selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selesai menyiasat 1MDB dan membentangkan laporan kepada sidang Dewan Rakyat..

(Nb).Melalau siaran TV pada malam semalam telah dinyatakan bahawa Presiden 1 MDFB Arul Kanda Knadasamy telah menegaskabn bahwa tidak akan berdebat dalam isu 1MDB itu.

Keputsan beliau itu sebgai menghormati pandangan Speaker Dewan Rakyat,Tuan Pandikar Amin Mulia berhubungan dengan isu debat bersabit dengan kemelut 1 MDB itu.

Ertinya isu debat itu dah ditutup oleh Arul Kanda. Case closed.(Posted by abnmulya // haji abu bakar ningal.blogspot.com at 1624 hrs on Novenber 04,2015)..

DAP TIDAK MUNGKIN KUASAI NEGARA KERANA RAKYAT MULA MEMILIKI KESEDARFAN

04 November 2015 1:17 AM 

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Seorang penyokong kerajaan hari ini menyindir DAP sebagai parti politik yang ‘berjaya mencatatkan nama dalam sejarah di atas pencapaian memecahkan kekuatan Pas serta meletakkan PKR di bawah telunjuknya’.


ANNUAR MUSA

Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) berkata, DAP bagaimanapun tidak mungkin menguasai negara ini kerana rakyat terutamanya masyarakat Melayu dan Islam mula memiliki kesedaran mengenai dasar sebenar DAP dan apa yang telah dilakukannya.

“(DAP) inilah satu-satunya parti yang boleh memecahkan kekuatan Pas, tercatat dalam sejarah, saya ‘tabik’ DAP kerana dapat menarik orang Pas untuk menjadi tali barut mereka, malah barangkali dalam Pas sekarang ini pun masih ada lagi yang berada dalam keraguan.

“Bagaimanapun, rakyat di luar sana sedang memerhati, sama ada DAP benar-benar dapat mengendalikan urusan kebajikan rakyat dan kestabilan politik negara,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Annuar, beliau merakamkan penghargaan terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) yang juga Presiden Pas di atas kesediaan parti itu bertindak sebagai penasihat bagi membantu kerajaan mentadbir negara demi kepentingan rakyat.

Jelasnya, beliau yakin Pas telah mengenali wajah sebenar DAP selepas berpengalaman berada dalam pakatan pembangkang sebelum ini dan diperlekehkan berulang kali oleh DAP.

“Mereka ini tidak faham, kekuatan pakatan datang dari Pas, kekuatan PKR dari Pas, siapalah DAP kalau tiada Pas di belakang, sekarang ini, DAP tidak boleh dabik dada lagi, tunggulah pilihan raya akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar menempelak tindakan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua yang mencabar Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy untuk berdebat mengenai isu 1MDB walaupun perkara berkenaan akan menjejaskan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
]
“Saya rasa Tony Pua tidak faham apa peranannya sebagai Ahli Parlimen (Petaling Jaya Utara) dan apa peranannya sebagai Ahli PAC yang terikat dengan peraturan.

“Tetapi dia masih hendak cari publisiti demi kepentingan politik dengan mencabar pegawai luar sana sedangkan kedudukannya sebagai Ahli PAC adalah cukup istimewa kerana dia orang yang pertama mendengar penjelasan, apakah beliau masih mahu adakan perdebatan?,” katanya.

Menurut Annuar, sekiranya pakatan pembangkang benar-benar yakin isu 1MDB dapat menjatuhkan kerajaan BN, individu yang sepatutnya berdebat bukannya Tony sebaliknya Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.(Utusan online).posted bya bnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1609 on November  04,2015.

Tuesday, November 3, 2015

Rakyat tolak kerakusaan DAP

03 November 2015 1:34 AM 

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Kerakusan DAP dalam usaha menawan Putrajaya sehingga membelakangkan faktor keharmonian masyarakat dan kestabilan politik akan menyebabkan parti itu ditolak oleh rakyat.
Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, hakikat itu lambat-laun akan di­sedari oleh rakyat termasuk kaum Cina sekali gus menyebabkan mereka menolak DAP pada pilihan raya umum akan datang.
Menurut beliau, sikap rakus DAP kebelakangan ini semakin terserlah dengan tindakan mereka ‘menunggangi’ parti-parti lain dalam pakatan pembangkang baharu serta beberapa aktivis Melayu yang menyertai DAP.
“Tindakan DAP mengisytiharkan keputusan mereka untuk bertanding di kerusi-kerusi yang dimenangi Pas di Selangor jelas membelakangkan Parti Amanah Negara (Amanah) yang diyakini mempunyai keinginan bertanding di kerusi yang sama.
“Selain itu, DAP terus mendesak Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali untuk menyingkirkan Exco Pas dan jelas sekali DAP kini cuba memperbudak-budakkan parti-parti lain dalam pakatan pembangkang baharu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam Konvensyen DAP Selangor di Petaling Jaya semalam, Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong dilaporkan menggesa kepemimpinan tertinggi parti itu memberi kata dua kepada Mohamed Azmin supaya memecat wakil rakyat Pas dalam pentadbiran negeri.
Konvensyen sama turut menyaksikan bekas Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari serta dua aktivis Melayu DAP, Syefura Othman dan Edry Faizal Eddy Yusof dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Selangor.
Di samping itu, DAP Selangor juga dikatakan sedang membuat persiapan untuk meletakkan calon-calonnya bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili Pas di Selangor.
Mohd. Zuhdi menambah, Pusat Penyelidikan Pas telah mengkaji strategi dan unjuran DAP untuk menguasai negara ini melalui pakatan pembangkang iaitu dengan memaksimumkan kemenangan calon-calon bukan Islam serta meminimumkan kemenangan calon-calon Islam.
Beliau memberitahu, pemerhatian yang dilakukan semasa Pas masih menjalinkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP mendapati, parti itu mengambil pendekatan memainkan isu-isu sensitif berkaitan sentimen agama dan kaum termasuk isu kalimah Allah serta menolak dasar-dasar afirmatif seperti Dasar Ekonomi Baharu (DEB).
“Ketika itu, Pas sentiasa menjadi halangan utama disebabkan manipulasi isu seperti ini akan merugikan pakatan pembangkang secara keseluruhan,” jelasnya.
Mohd. Zuhdi berkata, DAP kini dilihat mengamalkan pendekatan tersebut dengan menyerang kepentingan umat Islam, tidak menghormati institusi Melayu, memperlekehkan kepemimpinan Islam dan menyebarkan sentimen anti-Melayu.
Beliau berpandangan, DAP sepatutnya menerima realiti akar umbi sejarah, latar belakang budaya dan susur-galur nilai yang membentuk struktur sosial serta tata cara politik di negara ini.
“Semua elemen itu telah menjamin keharmonian masyarakat dan kestabilan politik di Malaysia,” katanya.( utusan online-politik).Posted by abnmulya// hj.abu bakar ninggal.blogspot.com at 1.04e noon on November 04,2015.