Friday, September 8, 2017

MALAYSIA KUASA EKONOMI KE-24 TERBESAR DUNIA PADA 2050


Malaysia kuasa ekonomi ke-24 terbesar dunia pada 2050 MALAYSIA bakal tersenarai sebagai sebuah kuasa ekonomi ke-24 terbesar dunia pada 2050. - UTUSAN.  

08 hb.September 017 @ 3.25pm. 

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Impian Malaysia untuk menjadi negara maju, bukan lagi angan-angan atau bualan kosong semata-mata berikutan negara ini bakal tersenarai sebagai sebuah kuasa ekonomi ke-24 terbesar dunia pada 2050.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, terdapat beberapa faktor yang menentukan ekonomi sesebuah negara dan pencapaian Malaysia itu termasuklah tahap keluaran dalam negara kasar (KDNK) serta keyakinan pelabur asing ke atas keteguhan ekonomi.

"Laporan daripada syarikat perkhidmatan profesional antarabangsa, PwC menyebut Malaysia akan tersenarai sebagai kuasa ekonomi ke-24 terbesar di dunia pada 2050. Inilah hasil kajian berdasarkan peningkatan KDNK dan keyakinan pelabur asing ke atas ekonomi negara," kata Najib dalam blognya, Najibrazak.com, hari ini.

Najib berkata, KDNK Malaysia pada suku pertama melangkaui jangkaan pakar ekonomi iaitu 5.6 peratus dan sekali lagi meningkat pada suku kedua ke paras 5.8 peratus.

Paras KDNK ini lebih tinggi daripada suku pertama tahun lepas sebanyak 4 peratus. Perdana Menteri berkata, pencapaian ini secara langsung menguntungkan rakyat kerana hasil ekonomi yang semakin kukuh membolehkan kerajaan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat seperti membina lebih banyak hospital dan klinik selain memberi bantuan kebajikan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

"Hakikatnya peningkatan ekonomi sesebuah negara tidak berlaku dalam sehari atau dalam tempoh yang singkat. Ini mengambil masa yang panjang dan perancangan yang teliti namun, boleh dimusnahkan dalam sekelip mata.

"Oleh itu, janganlah kita melibatkan diri dengan unsur atau pihak yang cuba meruntuhkan apa yang kita telah bina selama ini kerana inilah tanah air kita," kata Najib. - BERNAMA ( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakaar ninggal .blogspot.com at 1728 hrs on Sewptember 08,2017.

Thursday, September 7, 2017

SKANDAL FOREX:: DIA MENGAKU ADA PERANAN,BUKAN MENGAKU SEMUA SALAH DIA !!!.

SEPTEMBER 06,2017.


PENGAKUAN Nor Mohamed Yaakob hari ini sebenarnya berbunyi begini “I accepted my fair share of accountability for the forex losses and resigned from BNM”, tak tahu macam mana diterjermahkan.

Kepada “Saya bertanggungjawab semua sekali” oleh macai-macai Pakatan. Tapi kalau nak dihujahkan jugak, suka disebutkan disini ialah ini adalah pengakuan kali kedua.

Kali pertama bila Gabenor Bank Negara waktu itu, Allahyarham Tan Sri Jaffar Hussein pun mengaku silap dia. Dua orang mengaku benda sama, siapa sebenar-benarnya yang bertanggungjawab ni?


Sebab dari segi hierakinya, Nor Mohamed mesti report pada sesiapa, arwah Jaffar pun sama.

Dalam negara ni Agung saja dari segi pentadbiran tak perlu report pada sesiapa, yang lain tu kena.
Dia-mengaku-ada-peranan-bukan-mengaku-semua-salah-dia silap.

Besok Anwara bagi keterngan,entah apa yang dia nak mengaku pulak tetapi di Parlimen pada tahun 2012 ( hanya 5 tahun yang dulu) Anwar dah MENGAKU bahawa  Mahjathir dan Daim yang meluluskan perniagaan forex ini sehingga rugi besar.

Sebab itu jangan suka sangat dulu,filem ii belum tamat,banyaka babak lagi ni yang nakdilihat. Kalau dengan pengakuan in dah terjawab semua soalan, tutuplah prosiding tu hari ini,Mahathir dan Anwar tak perlu bagi keteranga,tapai prosisding masih berjalan kan?

Begitupun suka lah dijelaskan disini bahawa,Noor Mohamed Yaakob mengakui penglibatannya dalam perkara itu-dah dia penasihat Bank Negara dalam soal ni ,tapi dia tidak mengakui semua kerugian  itu adalah disebabkan dia seorang.

Yang macai cepat sangat nak memuliakan Mahathir tu dah kenapa? Baca tajhuk saja ke? Padanlah bodoh semuanya. Posted  by abnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1712 hrs on September 07,2017.

Dipetik dari  MyKmu Net.
Tulisan Adanmyan.

Wednesday, September 6, 2017

KESETIAAN NOOR MOHAMED YAAKOB DAN FOREX

07 hb.Septermber 2017.

Noor Mohamed Yaakop terpaksa menulis panjang lebar mempertahankan dirinya dan Tun Mahathir. Sebenarnya tiada siapa mahu menjatuhkan atau memburukkan Noor Yaakop. Suruhanjaya Di Raja sekadar mendengar penerangan beliau mengenai skandal Forex yang masih misteri.

Hakikat bahawa Noor Yaakop masih diberi kepercayaan kemudiannya oleh pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak membuktikan di sebalik skandal kerugian Forex masih ada banyak kelebihan beliau.

Apa pun beliau tidak boleh menafikan bahawa Bank Negara telah kerugian RM 32 bilion ringgit dalam permainan Forex semasa di bawah pengawasan beliau.

Alasan untuk menstabilkan matawang ringgit munasabah jika dalam amaun bertepatan dengan keperluan. Adalah munasabah untuk rugi dalam Forex.

Apa yang tidak munasabah ialah jumlah “permainan” yang terlalu besar. Ketika itu Bank Negara Malaysia satu-satunya bank pusat yang menjadi pemain terbesar dalam pasaran matawang.

Besar sangatkah ekonomi negara ketika itu sehingga menjadi Bank Pusat paling aktif dan ganas dalam Forex?

Adakah ia satu keperluan pengurusan kewangan atau satu perjudian? Kita akan terus tertanya-tanya apakah sikap robust BNM ini ada agenda lain seperti melesapkan sebahagian wang tersebut menggunakan alasan rugi dalam forex?

Apa pun tahniah kepada Noor Mohamed Yaakop. Beliau kekal sebagai “gentleman politician” yang tidak melepaskan tengkuk sendiri dan mengenakan bekas bossnya. Kucing dan anjing pun boleh ketawa mendengar Perdana Menteri tidak tahu permainan berbilion ringgit oleh bank pusat negaranya.

Kesetiaan Noor Mohamed Yaakop adalah sesuatu yang “rare” dalam politik hari ini.Posted by abnmulya / haji abu bakar ninggal.blogspot.com AT 15O4 hrs on September 07,2017..

Dipetik dari AmKmu.Net
Tulsan Ab.Jalil Backer.

NOR MOHAMED NGAKU BERTANGUNG JAWAB

Add captionnor mohamed  Yakcop


07 HB.SEPTEMBER 2017 @ 3.00AM.

PUTRAJAYA 6 Sept.-Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengakui beliau bertanggungjawab dalam kes kerugian lebih RM30 bilion yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM) akibat urus niaga mata wang asing sekitar 1990-an. menerima hakikat bahawa beliau memainkan peranan dalam menyebabkan kerugian tersebut dan perkara berkenaan merupakan an­tara sebab beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan. 

“Ketika itu, saya berasa amat sedih kerana terpaksa mengak­hiri khidmat saya selama 25 tahun kepada negara melalui BNM,” katanya ketika memberi keterangan sebagai saksi ke-17 dalam prosi­ding pendengaran di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang ­asing oleh BNM sekitar tahun 1990-an di Mahkamah Rayuan 6, Istana Kehakiman di sini hari ini.

Beberapa saksi sebelum ini termasuk bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid dan bekas Pedagang Mata Asing BNM, Fizaman Noor Mohammed Nasir memberitahu, Nor Mohamed merupakan individu yang membuat keputusan berkaitan urus niaga mata wang asing ketika berkhidmat sebagai Penasihat serta Pengurus Jabatan Bank bank pusat tersebut.

Walau bagaimanapun, Nor Mohamed yang kini Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad menafikan bahawa semua keputusan berkaitan urus niaga mata wang asing oleh bank pusat itu sekitar 1990-an ditentukan oleh beliau secara bersendirian.

Menurut beliau, perbincangan tentang kegiatan itu turut melibatkan Gabenor BNM serta timbalannya. “Selain itu, ada taklimat dalam Jawatankuasa Rizab Luar BNM dan mesyuarat pengurusan ka­nan,” jelasnya.

Sementara itu, bagi menjawab soalan pegawai pengendali RCI, Datuk Suhaimi Ibrahim sama ada beliau dipilih secara peribadi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk me­ngendalikan urus niaga mata wang asing di BNM, Nor Mohamed menjelaskan, andaian itu adalah tidak benar.

Sebaliknya, beliau memberitahu, Dr. Mahathir pernah memberi kepercayaan kepadanya untuk men­cari jalan penyelesaian bagi membantu negara keluar daripada krisis kewangan Asia pada 1997 dan 1998.

“Saya juga tidak pernah me­lapor kepada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri tentang sebarang isu berkaitan pengurusan rizab luar kerana bukan tanggungjawab saya untuk memberi laporan kepada mereka,” jelasnya.

Ketika ditanya tentang siapa yang memberi mandat untuk mengendalikan urus niaga melibatkan sejumlah besar dana awam itu, Nor Mohamed menjelaskan, perkara itu mempunyai kaitan dengan ucapan bekas Gabenor BNM, Allahyarham Tan Sri Jaffar Hussein di New Delhi, India pada 5 Disember 1988.

“Dalam ucapan itu, Gabenor secara terbuka membentangkan tentang kewajaran di sebalik polisi BNM untuk terlibat secara aktif dalam pengurusan rizab luar,” katanya.

Beliau menambah, kerugian besar yang dialami BNM akibat urus niaga mata wang asing pada 1992 dikatakan berpunca daripada dua peristiwa di luar jangkaan iaitu penolakan terhadap Re­ferendum Denmark 1992 dalam Perjanjian Maastricht dan Black Wednesday pada 16 September 1992 yang menyaksikan pound sterling dikeluarkan daripada Me­kanisme Kadar Tukaran Mata Wang Eropah.( Utusan online).Posted  by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 1424 hrs on September 07,017.

ERDOGAN KUTUK KEKEJAMAN TERHADAP ROHINGYA

Kerajaan Bangladesh dijangka akan meneruskan rancangan untuk memindahkan ribuan pelarian etnik Rohingnya ke sebuah kepulauan terpencil dikenali sebagai Thengar Char berhampiran Pulau Hatiya dalam masa terdekat. -Agensi 


 05 September 2017 10:25 

ISTANBUL 5 Sept. - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan membidas pelanggaran hak asasi yang menjadikan minoriti Islam Rohingya sebagai sasaran kekejaman Myanmar apabila berkesempatan menghubungi pemimpin tertinggi negara itu, Aung San Suu Kyi hari ini.

Presiden Turki,Recep Tayyip Erdogan
Erdogan sebelum ini lantang mengutuk tindakan Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap masyarakat Rohingnya.

Sumber dalam pejabat Erdogan mengesahkan, pemimpin Turki itu membuat panggilan telefon kepada Suu Kyi dan mengutuk pelanggaran hak asasi sehingga memperlakukan Rohingnya dengan tidak berperikemanusia.

Menurut Erdogan, Turki mengutuk keganasan serta operasi ke atas orang awam yang tidak berdosa dan kini ianya sudah bertykar menjadi krisis kemanusian serius sehingga mencetuskan kebencian dan kebimbangan seluruh dunia.

Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mendedahkan, seramai 123,600 pelarian Rohingya masuk ke Bangladesh sejak 11 hari lalu susulan peningkatan pertempuran antara pemberontak dan tentera Myanmar di Rakhine meningkatkan kebimbangan bencana kemanusiaan. -AFP ( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 3.13 am on September  07,2017.

Monday, September 4, 2017

SOROS PENGGANAS

GEORGE SOROS
Azman Ibrahim
04 hb.September 2017 @ 3.00.

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Lebih 100,000 rakyat Amerika Syarikat (AS) menandatangani petisyen yang meminta White House mengisytiharkan penyangak mata wang, George Soros sebagai pengganas domestik.

Akhbar The Washington Post melaporkan, petisyen itu telah disiarkan dalam seksyen We The People di laman sesawang milik pusat pentadbiran negara itu pada 20 Ogos lalu yang memerlukan lebih 100,000 tandatangan dalam tempoh 30 hari bagi mendapatkan maklum balas rasmi.

Namun, pada awal petang Sabtu lalu, petisyen itu telah ditandatangani secara digital lebih 110,000 kali. “George Soros de­ngan sengaja dan berterusan cuba menjejaskan kestabilan dan terlibat dengan perbuatan menghasut terhadap AS dan rakyatnya.

“Dalam petisyen itu menyatakan, Soros didakwa me­wujudkan dan membiayai organisasi yang semata-mata memudahkan ke­runtuhan sistem dan Kerajaan Berperlembagaan AS,” menurut la­poran akhbar itu.

Seksyen We The People dilancarkan oleh Barack Obama semasa masih Presiden AS pada 2011. Seksyen itu merupakan sebuah portal yang membo­lehkan sesiapa sahaja untuk mendaftar ma­suk ke laman sesawang White House serta menyiarkan petisyen yang akan mendapat maklum balas di peringkat kerajaan.

Sebelum ini, tiada mana-mana petisyen yang me­lepasi 100,000 tan­datangan mendapat jawapan balas daripada ke­rajaan Presiden AS baharu, Donald Trump.

Terdapat bebe­rapa petisyen yang masih dalam sena­rai me­nunggu un­tuk mendapat maklum balas ke­rajaan negara itu iaitu mengenai pulangan cukai Trump yang menerima lebih 1.1 juta tandatangan dan petisyen yang meminta AS mengiktiraf Antifa iaitu gerakan antifasis sebagai kumpulan pengganas yang menerima lebih 300,000 tandatangan.

Menurut salah seorang yang menandatangani petisyen, Soros telah membangunkan pengaruh yang tidak sihat terhadap seluruh Parti Demokrat dan sebahagian besar kerajaan persekutuan AS. 

Sehubungan itu, katanya, Ja­batan Kehakiman AS perlu segera mengisytihar Soros dan semua organisasinya sebagai pengganas domestik. ( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.98 am on  September  04,2017.



Friday, September 1, 2017

Umat Islam Di Rusia Turut Raikan Aidiladha

MASYARAKAT Islam di Russia menunaikan sembahyang sunat Aidiladha di atas jalan di luar Masjid Utama, Mocow sempena sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini. -AFP 

01  hb.September 2017@ 5.30 pm.



MOSCOW 1 Sept. - Beribu-ribu umat Islam di Russia merayakan sambutan Hari Raya Aidiladha di Moscow bermula dengan menunaikan sembahyang sunat Aidiladha di Masjid Pusat, di sini. 

Disebabkan masjid itu tidak dapat menampung kebanjiran umat Islam sempena Aidiladha ini, maka sebahagian besar daripada mereka menunaikan sembahyang di atas jalan di luar masjid tersebut termasuk mendengar khutbah daripada khatib yang bertugas. 

Selepas sembahyang mereka beramai-ramai bergegas menunaikan ibadah korban dengan pihak berkuasa Russia menyediakan 14 tempat untuk umat Islam melaksanakan ibadat berkenaan terutama untuk menyembelih kambing. - AGENSI( Utusan online).Posted by Abnmula // haji abu bakar ninggal blogspot.com at 2032 hrs on Sepetember 01,2017.